Laman

30 November 2010

Saya Seorang Muslim.. Mengapa? Terkejut?

Celoteh Aku MamaGlam at 5:33 PM 0 berbalas bebelan

Artikel ni mamaG dapat daripada Syamsul Hazry Bin Mohamad Sabari yang sudi berkongsi kisah ini… TErima Kasih. Kepada kawan-kawan lain, silalah lawat blog dia, macam-macam info berguna kita boleh dapat.

Jom, kita baca kisah di bawah nih..

 


Semasa saya tiba di wilayah Arab itu untuk bekerja di pusat kebajikan di Gaza dan Tebing Barat, saya membawa bersama pandangan yang dimiliki semua wanita berkulit putih kelas pertengahan (secara senyap atau terbuka) mengenai wanita Islam, wanita yang saya anggap tidak lebih dari sekadar jasad yang dibalut dengan jubah hitam.


Sebagai seorang wanita Barat yang mempunyai semua kebebasan, saya jangka saya akan hanya berurusan dengan golongan lelaki sahaja. Bukankah itu yang menggambarkan dunia Islam?


Nampaknya pandangan stereotaip saya itu terbukti masih dikongsi oleh semua penduduk Barat apabila beberapa kolumnis yang mendengar saya sudah menganut Islam, menjerit ketakutan dan terkejut.


Ya, begitulah pandangan mereka terhadap lebih setengah bilion wanita di dunia yang menganut agama Islam.


Semasa lawatan pertama saya ke Ramallah, dan diikuti dengan lawatan ke Palestin, Mesir, Jordan dan Lebanon, saya banyak berurusan dengan lelaki yang berkuasa, termasuk lelaki berjambang yang kita selalu lihat dalam berita di tempat-tempat di mana kita sendiri menghantar bom untuk dimusnahkan.


Tetapi sesuatu yang mengejutkan (untuk saya), semasa lawatan ini, saya turut berurusan dengan banyak wanita berkuasa pada semua peringkat umur yang memakai pelbagai gaya tudung.


Percaya atau tidak, wanita Islam boleh dididik, mampu bekerja dalam tempoh waktu yang lama seperti wanita Barat, dan mereka juga mengarah suami mereka supaya melakukan sesuatu, walaupun di hadapan rakan lelaki itu.


Adakah bukti ini mencukupi? Saya harap ia mencukupi, kerana selepas saya menganut Islam, pengulas sinis menggunakannya sebagai alasan untuk menimbulkan pelbagai pandangan buruk terhadap wanita Islam di mana-mana.
Jadi mari kita semua menarik nafas panjang dan benarkan saya mendedahkan dunia Islam sebenar pada abad ke-21 ini.


Kebanyakan amalan dan peraturan di negara 'Islam' sudah jauh terpesong daripada ajaran Islam sebenar.


Amalan-amalan yang merendahkan wanita ini wujud daripada budaya dan tradisi (yang dikuasai lelaki) yang telah menular ke seluruh lapisan masyarakat.
Perjalanan saya menuju kepada Islam bermula dengan kesedaran mengenai jurang dalam apa yang diberitahu kepada saya mengenai Islam, dan realiti sebenar.
Semasa lawatan saya ke Iran September lalu, apabila saya melihat jemaah berwuduk, sujud dan membaca doa di dalam masjid, saya teringat mengenai pandangan Barat yang salah mengenai agama ini, agama yang menolak keganasan, mengamalkan keamanan dan kasih sayang melalui meditasi secara senyap.
Saya melalui perubahan ketara yang saya sendiri tidak sedari iaitu setiap kali berdoa sejak setahun lalu, saya mengucapkan 'Ya Allah' dan bukannya 'Ya Tuhan.'
Memang kedua-dua perkataan itu mempunyai maksud yang sama tetapi bagi mereka yang baru memeluk Islam, bahasa asing yang digunakan dalam solat dan al-Quran kadang-kala menjadi penghalang untuk beribadat dengan sempurna.
Tetapi saya amat bernasib baik apabila dapat mengatasi perbezaan bahasa itu tanpa saya sendiri sedari.


Kemudian saya mula merasakan hubungan emosi antara umat Islam lain dengan perasaan penuh terbuka dan kemesraan.


Sejak memeluk Islam, saya mula merasakan betapa rakan-rakan bukan Islam seperti tidak berperasaan.


Mengapa kita tidak boleh menangis di tempat awam, memeluk satu sama lain atau mengucapkan kata-kata sayang kepada kawan baru tanpa disyaki atau diperlekehkan?


Saya melihat bagaimana pelbagai perasaan dikongsi antara umat Islam dan berfikir jika peraturan yang ditetapkan Allah berasaskan ketakutan semata-mata, mengapa rakan-rakan Islam saya tidak berpaling tadah daripada agama mereka dan mula meminum arak untuk mendapatkan 'keseronokan' seperti kita di Barat?
Kita seronok, bukan?


Dahulu, saya sering cuba berhenti mengambil minuman beralkohol tetapi tidak berjaya, namun sejak saya memeluk Islam, saya langsung tidak membayangkan akan minum arak lagi.


Saya yakin inilah pilihan yang tepat bagi saya, terlalu banyak yang dapat dipelajari, dinikmati dan dikagumi dalam Islam.


Sebelum saya mengakhiri perkongsian pengalaman ini, saya ingin memperjelaskan perbezaan antara budaya Islam dan budaya media yang mungkin dapat memberikan orang ramai lebih pemahaman mengenai agama suci ini.
Apabila kita melihat rakaman media yang menunjukkan penganut Islam melaungkan 'Allahu Akhbar!', kita, orang Barat, telah dilatih menterjemahkan perbuatan itu sebagai ancaman.


Kita berfikir apabila mereka melaungkan kalimah itu, mereka sebenarnya mengatakan: "Kami membenci anda rakyat Britain, dan kami akan meletupkan diri di pusat membeli belah semasa anda sedang membeli keperluan harian."
Padahal sebenarnya, kami (umat Islam) hanya melaungkan 'Allah Maha Besar!' dan kami cuba menenangkan jiwa selepas negara bukan Islam menyerang kampung kami.


Kalimah itu mewakili harapan kami untuk hidup dalam suasana aman dengan semua masyarakat, sama ada beragama Islam atau tidak, dan jika itu terlalu susah untuk dicapai seperti keadaan sekarang, kami hanya mahu supaya kami tidak diganggu.
*Lauren Booth, 43, adalah adik ipar kepada bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair. Booth memeluk Islam selepas melalui 'pengalaman suci' semasa melawat Iran, September lalu. Beliau menulis rencana ini untuk akhbar Britain, The Guardian bagi menjelaskan kritikan yang diterima daripada media Barat selepas mengumumkan keputusannya memeluk Islam.

R u bz with ur biz? No time to stay in contact with others? Then, Check out the #CelcomBiz Promo for the Celcom BB Bold 9780 and BB Torch 9800 today!

Celoteh Aku MamaGlam at 10:22 AM 0 berbalas bebelan


Huhuhu, Speaking omputih gitu.. ok lah, ekceli mamaG tengah run kempen utk celcom.. so kepada sesapa yang berminat dan nak kan blackbery terbaru dengan pakej promo yang terbaik dari celcom, so tunggu apa lagi, klik link tau pic di atas tu untuk keterangan lanjut.. Berbaloi-baloi kata Amy search!!!

29 November 2010

Lega… Bagaikan terapi…

Celoteh Aku MamaGlam at 4:35 PM 0 berbalas bebelan

huhuhuhu, Ya Allah, lega rasanya dapat share something dengan kawan-kawan perkara yang kita minat… apa lagi kalau bab shopping.. hari ni, ntah napa, agenda lebih cenderung kepada SHOPPING!

Yang baiknya kali ni, mamaG tak shopping???????? OMG!!!!!

Biar betul??? hah, memang betul! ni bukan gurauan ka, cobaan ka.. memang betul mamaG tak shopping.. mamaG cuma bawak kawan opis mamaG pi shopping jer… Punya la baik kan kan kan. Tapi mamaG memang hepi bila dapat share mende macam nih.. lagi-lagi bila ada SALE!!.. Ke mana jer mamaG pi, kalau ada Sale, mamaG cepat jer tangan tuh SMS gtau member, ada sales kat tempat tuh.. huhuhu..

Apa-apapun, sesiapa pun memang dilahirkan dengan sikap/tabiat suka shopping.. tak gila shopping pun, pasti akan shopping sikit-sikit jugak kan kan kan..

ok la, mamaG akhiri entry ni dengan selamat ber-shopping pada semua yang suka shopping!

26 November 2010

Lambat ker???????

Celoteh Aku MamaGlam at 5:17 PM 0 berbalas bebelan

 

Nampaknya mamaG kena blik lambat nih..

wah, ari ni penat sikit otak ni… Pagi tadi, diskus ngan bos n agensi pasal slide proposal.. dari pagi tadi bincang pasal input, sambung balik petang lak utk wat slide.. ni nampak gayanya kena balik lambat, jam berapa tu pun tak pasti.... hurm.. Alah, bukan selalu pun kene stay back kan.. tu pon nak berkira kan kan kan..

Kan ker namanya kena berkhidmat untuk negara, hahaha, hantam sajalah kan.. Takpa, nanti mamaG coba wat laju-laju (hah gituuu!)…

ok la, nak gi sambung keja lagi.. (sempat lg tu wat entry, huhuhu)..

25 November 2010

Wow!!!! Seantero rupanya..

Celoteh Aku MamaGlam at 7:05 PM 0 berbalas bebelan

 

4lilone 251110

lokasi 251110

Short Entry jer..

Wow! Seantero rupanya pengunjung blog mamaG yang lagi satu ni..  Blog From Us to Our Lil One yang diwujudkan pada tahun ini, 2010. Statistik ni amik kat akaun nuffy mamaG.. Alhamdulillah..

Ramai yang taktau lagi kan yang mamaG ada 1 lagi blog yang mamaG bangunkan khas untuk parenting stuff, maternity n child matter… Blog ni, adalah himpunan semua rtikel-artikel dan info-info berkaitan kekeluargaan, kesihatan, kanak-kanak, bayi, kehamilan dan kelahiran. Baik daripada website mahupun daripada buku dan majalah.. Blog ni hanya untuk berkongsi info, bukan untuk entry yang merapu kepunden macam blog Mama Glam nih..

Jadik, kepada semua kawan-kawan, mamaG yang dah kawen bolehlah singgah baca info, yang belum kawen pun boleh jugak sebagai pengetahuan am ataupun tips akan datang gitu kan…

Dalam ni jugak mamaG ada muatkan pasal Hospital Rakan Bayi yang disenaraikan oleh KKM. Dan jugak, mamaG ada sediakan ruangan aktiviti kanak-kanak seperti Mari Mewarna. Kat menu tu, parents boleh pilih dan print beberapa gambar untuk aktiviti mewarna anak-anak korang… Tak payah nak pi beli buku mewarna kat luar kan..

Ok la, apa-apapun, korang bolehlah singgah kat blog From Us to Our Lil One ni. Moga-moga semua info yang ada dalam blog tu dapat bagi sedikit pengetahuan kepada para ibu bapa di luar sana.. Ilmu yang baik mestilah dimanfaatkan bersama (cewah!)…

Terima kasih pada semua pelawat blog mamaG…

oklah, salam blogging dari mamaG..

Suka Duka Raya Haji + Akikah + Cukur Jambul part 2

Celoteh Aku MamaGlam at 3:52 PM 0 berbalas bebelan

huhuhu, nak menyambung upload pics sekitar sepanjang minggu raya haji yang lepas.. yang ni part 2.. banyak sgt pics…

So, Pics! Apa lagi tell them the story!

 

IMG_2317 IMG_2313 IMG_2314 IMG_2315

Mak Mertuaku…

 

IMG_2353 IMG_2333 IMG_2335 IMG_2337 IMG_2341 IMG_2367 

Beberapa senario time on d way balik ke rumah umi.. Inilah a bit of sandakan..

 

 IMG_2394 IMG_2395

Si kambing yang bakal menjadi korban akikah…

Di bawah ni, pics sekitar majlis kenduri cukur jambul..

IMG_2397 IMG_2401 IMG_2411

IMG_2410IMG_2438 IMG_2418 IMG_2436IMG_2421 IMG_2429 IMG_2432  IMG_2646 IMG_2618IMG_2598 IMG_2599 IMG_2610  IMG_2731 IMG_2507 IMG_2508 IMG_2510 IMG_2567 IMG_2575 IMG_2652 IMG_2683 IMG_2684 IMG_2693 IMG_2705 IMG_2709 IMG_2711 IMG_2714 IMG_2722 IMG_2726  IMG_2946 IMG_2766 IMG_2772  IMG_2792 IMG_2812IMG_2831IMG_2803IMG_2786  IMG_2818 IMG_2827  IMG_2837

 

Dah habis kenduri cukur jambul, ni kena gerak ke rumah nenek pulak untuk kenduri akikah…

IMG_2885 IMG_2907 IMG_2908 IMG_2911

 

Bila budak-budak dah berkumpul, bermain sama-sama, macam ni lah ‘kekemasan’ rumah.IMG_2930 IMG_2945

 

Aktiviti melapah daging kambing…

IMG_0984 IMG_0981

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea