Laman

17 August 2011

Terima kasih semua

Celoteh Aku MamaGlam at 1:06 PM 0 berbalas bebelan

image Semalam 16hb Ogos 2011. Hari memperingati hari kelahiran ku kata seorang kawan mamaG. Hihihi.. Yang keberapa agaknya tu kan.. Cer teka cer teka.. hahahaha.. Ya Allah, dah dewasa rupanya mamaG ni kan.. Semalam nak wat entry tapi tak sempat. Kat kepala tu dah macam macam dah tu nak taip.. hihihi, sabar jer la..

Bila tiba time time bufday bufday ni kan, mesti meriahkan nak sambut la apa kan. Eksaited pun ada. Tapi memandangkan pada tahun ini, bufday mamaG jatuh ngam ngam di bulan mulia Ramadhan, Alhamdulillah, setakat ini, tiada pun rasa rasa nak celebrate ke apa, nak keluar pegi mana-mana ngan hubby n kids utk sambut bufday mamaG macam tahun-tahun sudah. Pastu dapat hadiah segala kan.

Alhamdulliah tahun ni, bufday mamaG hanya sederhana. Makan bukak posa macam biasa, spend kualiti time ngan hubby n kids kat rumah jer. Tengok tv pastu main kat bilik ngan kids.

Ntahlah, mungkin sebab bulan puasa kut, pintu nafsu tu tertutup sikit. Hihihi.. Tapi nanti insya Allah bila balik kampung nanti, kami sekeluarga plan nak celebrate bufday kami kat kampung ramai-ramai. Sebabnya ramai yang lahir bulan Ogos. Nak tau sapa? Opkos la mamaG, Adik ketiga dan bongsu mamaG dan jugak anak bongsu mamaG c Rayyan tuh. Hah, berderet bufday. hahahaha.. Sekali buat, kan jimat kek tuh.. Tahun ni plan nak tempak kek fresh krim atau kek aiskrim yang beeeessssaaaaarrrr… Ha gitu kan..  Nanti kalau sempat, mamaG upload pics.. Ish tak sabar mamaG..

Lek mamaG, jangan terlebih eksaited, nanti punah harapan.. Hihihihi.. Okeh take a deep breath… pastu hembus esok jer.. Hhahaha, gurau jek..

Semalam, bila tengok wall FB mamaG, penuh dengan wish dari kawan-kawan, kuarga dan juga bff mamaG.. Dui, lubyu all lah much much.. hahahaha… Moga apa yang korang semua wish tu, didengar Allah swt dan dimakbulkan..

Ada satu wish yang mamaG baca kat wall FB, ada la beberapa orang.. Dorang wish mamaG dapat baby gegurl next time.. Wah, mamaG like like mucho mucho!.. Aminnn.. Insya Allah..

Semalamimage enchek hubby tanya, nak hadiah apa.. Wah for the 1st time mamaG tak minta apa-apa.. mamaG cuma minta “just dont stop loving me, care for me n owez b my lifetime bff”…

“Tapi kalau nak kasi hadiah juga, boleh. Bagi je la apa pun, mamaG tak kisah”..

Hah, gituu kan.. Baiknya kan.. hahahaha (puji diri sendiri tuu)..  Haish, susah ni nak dapat wife yang macam mamaG ni.. ekekeke.. Syukurla, dia terima mamaG seadanya mamaG. Segala keburukan dan kebaikan mamaG. Kelebihan dan kekurangan mamaG (Wah, tetiba terharu dengan ayat sendiri, huh..)

Syukur pada-Mu Ya Allah, sebab kau kurniakan aku sebuah keluarga yang gembira dan bahagia. Ahli keluarga yang saling menyayangi. Moga Kau lindungilah keluarga ku dan ahli keluarga ku daripada perkara yang tidak baik. Bimbinglah kami agar sentiasa berada di jalanMu, jalan yang benar. Kau limpahkan la kami dengan rezeki Mu yang halal, berkatilah setiap dari kami dengan keredhaanMu.  Aminn..

image

15 August 2011

Syukur Kerana Kau Ambil dia di bulan Ramadhan.

Celoteh Aku MamaGlam at 12:52 PM 0 berbalas bebelan
Hari ni, MamaG tak berapa ada hati la naik buat apa-apa sangat. Tapi kerja tetap jalan. Ni pun buat entry selepas kerja dah selesai. Tray In dah KOSONG. Yippey!! Leh Relaks sampai tiba waktu balik. 

Masih terkesan lagi di hati mamaG bila dapat panggilan daripada Ayah mamaG semalam. Bila tengok henpon semalam ada 4 misscall dari Ayah mamaG. Fuh, ni misscall banyak-banyak ni selalunya ada menda la ni yang penting nak gtau tapi malas nak hantar sms, nak bercakpa live jugak nih.. 

Bila mamaG return call, Ayah mamaG bagitau yang Guru Ram baru saja meninggal dunia. Terkesima dan terpegun kejap mamaG. Orang yang banyak tabur jasa dalam hidup mamaG masa kecik-kecik dulu walaupun dia la the ONLY person yang mamaG paling gerun dan amat-amat takut masa kecik-kecik dulu.. Bila ingat balik pasal Arwah ni, memang terasa lagi kegerunan tuh..


Insya Allah, Tengah hari nih arwah akan dikebumikan. Umi dan Ayah mamaG dah pun pi ke rumah arwah. FYI, Arwah ni best fren Ayah mamaG dan jugak DAtuk Bong Mokhtar. Dan Arwah jugak la yang diberi tanggungjawap mengajar mamaG dan adik-adik serta sepupu-sepupu mamaG yang nakal itu pandai mengaji al-quran.


Arwah, walaupun nampak garang dan memang pun berkelakuan garang, tapi sebenarnya arwah sangat-sangat la baik. mamaG ingat lagi, masa kami belajar mengaji dengan arwah time kecik-kecik dulu. Arwah ni suka sangat bawa rotan kecil dia.. Fuh, rotan tu memang akan diingati sampai bila-bila.. Dah berapa kali dah tu hinggap kat tangan mamaG dek kerana salah baca tajwid dan lupa nak baca berlagu. Duh, memang perit. Tapi keperitan tu la yang buat mamaG dan yang lain-lain tu khatam cepat al-quran.

Kalau boleh, memang seboleh-bolehnya nak elak dariapda jumpa dia.. Huish, garang weh.. Takot!.. 


Ya Allah, rahmatilah roh Arwah dan tempatkan la beliau dengan orang-orang yang beriman. Moga arwah dilimpahi keberkatan mu sepertimana berkatnya bulan ramaadhan ini. Ya Allah dan beruntung Guru Ram kerana Kau ambil nyawanya di bulan yang penuh keberkatan.


Tak banyak yang mamaG boleh cerita pasal arwah, sebab mamaG bukannya selalu jumpa arwah. Tapi kalau jumpa dengan arwah, selalu saja kena buli. Duh.. hihihi..


Ok la, kita jumpa next entry ya.. 


Asslamualaikum..

13 August 2011

Irfan irfan irfan irfan

Celoteh Aku MamaGlam at 7:23 PM 0 berbalas bebelan

Salam semua,

Macam posa, ok? Alhamdulillah. Hari ni mamaG berblog live dari dapur melalui henpon sementara tunggu masakan siap. Hihihi. Hari ni tadak apa sangat la nak masak. Menu hari ni simple n easy jer. Masak aa yg ada kat icebox jer. Pastu main campak sukati, janji boleh makan. Hahaha.

Ok, ri ni nak kongsi cerita pasal anak bujang mamaG yg sulung ni. C irfan. Tahun ni dah masuk 3 tahun dah. Waduh waduh lincah sangat. Bijak pon ya juga. Banyak sangat soalan “ini apa?“ “itu apa?“ “umi, nak buat sama2“. Tu kalau soklan nak minta izin wat sama2 tu maksudnya keja mamaG akan jd lambat siap.

Tapi takpa la, ni stage dia tengah explore n berangan. Biarkan n layan ja la. Orang kata budak yg bijak dan lincah ni kreatif otaknya. Good2.

Ok la ni nak kongsi hasil keja tangan irfan seja dia dah pandai amik gambar sendiri. Tak kirala kat henpon ke kamera. Tau aje mcm mana nak guna. Padahal tak ajarpun dia macam mana nak guna. Hantam la. Ok, jom tgk.







11 August 2011

Nak Kecoh Jugek!

Celoteh Aku MamaGlam at 12:10 PM 1 berbalas bebelan
Salam semua,

Korang watper tuh? Bizi sangat la konon tu ek.. hahaha, Same la ngan MamaG kekadang bizi kekadang edok ler bizi sangat. Macam sekarang ni la, ada masa sikit wat draf entry kat WLW nih. Kalau idok, memang tadak masa la.

 Wah, sekarang ni semua orang yang dalam sektor gomen, tengah kecoh pasal Bonus. Macam-macam hal. mamaG peratikan kan, tak kisah la kat keliling mamaG or kat laman sosial macam FB n Twitter, semua dok kecoh pasal bonus nih..

Ada yang bersyukur (alhamdulillah) walau pun sikit dan ada jugak yang macam tak bersyukur, mengutuk, tak puas hati sebab dapat sikit. Ada yang fikir ni semua permainan politik secara halus bersempana pilihan raya umum yang akan datang nanti. Tak tau bila, tapi akan ada PRU tak lama lagi.

Tapi mamaG syukur la jugak walaupun dapat setengah bulan gaji jer. Ekceli, rasanya tak pernah lagi la company lain buat kan, setengah bulan gaji. Gilo ker apo?!.. Tapi ok la daripada tak ado kan.. ahaks! Bukan ini ker yang korang (gomen staff) nak daripada dulu yang dok perjuangkan.. Tiap2 tahun dok merayu kat PM nak Bonus! Nak Bonus! Ni bila dah dapat, bising la pulok!

Bagi mamaG, sikit ker banyak, tak kisah la, cumanya kenapa boleh sampai terfikir nak kasik SETENGAH BULAN gaji ek?.. Napa tak sebulan ataupun fixed kan jer jumlah tu. Kira pulak ikut gaji pokok, Alahai, gaji pokok staff kerajaan ni berapa sen la sangat kan. Arap elaun jer tinggi, gaji pokok memang sikit lar. Contohnya, kalau gaji kerani yang baru masuk, starting gaji baru 800+. hah, sikit jer dapat tu kalau kalau setengah bulan gaji kan.

Yang untung, orang atasan jugek. Bayangkan la gaji dorang, gaji pokok jer dah 8-9 ribu gitu kan. Hah, berapa tu dapat tu kalau kalau bahagi dua pun, still banyak jugak. Hurm, ni la antara yang mamaG dengar rungutan daripada keliling mamaG yang mamaG peratikan.
Tapi apa-apapun, terpulang daripada diri sendiri lar, nak terima macam mana kan. Bagi mamaG tu rezeki bulan Ramadhan. Mungkin Allah swt nak menguji kita, macam mana kita ni menerima rezeki yang kita rasa ‘sikit’ ni. Wallahualam..

Okehla, enuf wif bonus bonus nih semua. Tak best, dah dapat rezeki tu, terimaa jer la dengan hati terbuka.

bekla semua, kita cerita lain kali lagi okeh..  Selamat berpuasa.

10 August 2011

Typical Gomen Service!!

Celoteh Aku MamaGlam at 12:10 PM 2 berbalas bebelan

Duiyai, dr pagi sampai skang kam masih lagi di klinik surgeri ni. Tengah tunggu Prof Dr. kat PPUM ni. Suda la sampai sini awal gila jam 6.50pagi. Campur lagi pusing-pusing cari tempat. Matilah macam ni.

MamaG bukannya saja saja nak komplen service gomen sebab mamaG pon orang kija gomenkan Tapi kalau lama tunggu macam ni then campur la kena tendang ke sana ke sini. Hah sapa yang tak hangin.

Sebab tu la agaknya rakyat salu komplen tapi takleh nak wat apa-apa sebab tak mampu nak ke klinik swasta. MamaG rasa kalau la semua rakyat malaysia ni mampu kan, konfem-konfem semua nak pi klinik swasta jer. Service baik mesra dan paling penting sangat ialah cepat. Betul tak mamaG cakap ni? Betul kn. Hah mamaG tau. Sebab mamaG pun rakyat seperti anda semua jika bukan waktu kerja dan time coti.

Bak kata auntie mamaG “org sakit sempat lg nak mati baru dpt result“. “Orang sakit sempat lagi cari ubat sendiri sementara tunggu giliran dipanggil“..its way to long to wait ti be serve.

Macam skang la. Hahaha.

So, apa yang nak dibuat time busan-busan tunggu giliran ni? Woahh for da 1st time ever mamaG mengisi masa yg dibuang dengan menjawap puzzle kat harian metro. Teka silang kata, cr huruf tersembunyi dan len lagi. Hahaha. Harus di rekod ni dalam World of book rekod ni. Hahaha, biasa dia tau.. 

Selalunya memang takda maknanya mamaG nak solve puzzle kat news paper. Salu kalau bosan, mesti main game kat henpon. Takpon surf tenet kat henfon. Kali ni memang buang tebiat kut. Hahaha. Okeh lets sambung men puzzle.

Okeh, tu jer nak cerita pon. Takda menda len. Hahaha. Tajuk entry bikin panas jer kan.


09 August 2011

Asyik nak yang FREE jer ko mamaG!

Celoteh Aku MamaGlam at 3:52 PM 1 berbalas bebelan

Salam semua,

Okeh, ni nak kongsi sikit pasal aplikasi henpon. Tapi khas untuk Android user, okeh. Selain tu, sila baca jer untuk pengetahuan am gitu kan.. Okeh, korang tengok kan video kat atas tu kan.

Tu 1 of aplikasi yang mamaG guna kat dalam henpon untuk chatting or calling anyone mamaG suka. Tapi syarat yang paling penting mesti ada internet atau wifi jer. Tak kisa la kelajuan berapa pon, janji online.

Ok apps ni best tau, nak tau apa yangbest sangat tu? Hah FREE to install n FREE TO USE! hahaha, I like!.. Dengan apps ni, kita blh la sms or call sesapa yg juga ada apps ni dan online. Contohnya nak bergayut dalam tepon bagi yg tengah bercouple ker apa yang bergayut jer keja kan, hah bek guna apps nih. Korang online jer tepon tu tak kisahla guna wifi ker data plan, pastu dail nombor tepon kawan korang tu (b4 tu suh kawan kita tu online jg la wifi or data plan), then tekan call untuk bercakap di telefon.

Sama macam kita guna tepon kita, dail nombor, tekan butang ijo, dah.. Pastu bercakap la korang puas2 sampai pengsan ka tertidur ka, selagi korang masih online. Free okeh! SMS pun sama juga, FREE. Penggunaan sms sama juga, masukkan nombor tepon kwn tu, then pilih sms, then hantar.. then teruskan bersms…

Hah, amacam, best tak? Hah, cuba la try apps nih.. Boleh install daripada Market Android. Ataupun korang masuk jer web market.android.com, pilih apps korang nak, then log in, nanti dia akan detect henpon jenis apa korang pakai secara auto, then klik ok then tunggu jer la, tiba-tiba dah ada kat dalam tepon korang.. hihihihi..

Ok, nnt mamaG share lagi mende baru kalau ada okeh, Adios..

 

Assalamualaikum..

I c U, U c Me!

Celoteh Aku MamaGlam at 10:02 AM 1 berbalas bebelan

Salam semua,

Kali ni nak share lagi apps untuk henpon pulak la.. Korang dah tengok kan gambar kat atas tu? Tau tak mende tu? Korang mesti penah dengar kan SKYPE? Salu kalau guna skype kat komputer, kena ada webcame n mic semua kan?..  Ala macam yang The Biggest Loser pakai tu untuk call family. Kira jimat la, takyah pakai tepon 3G gitu kan.

Lagipun kalau nak ber-3G ni kena tengok kawasan juga kut kut area tu area 3G ker tak. Tapi dengan Skype tak payah tu semua. Yang penting ada line tenet. Online Skype, then wat la video call sampai tertidur.. Pastu tu Skype tu yang tengok ko!. Ahaks!

Okeh, ni nak cerita ni bukan Skype yang guna kat laptop ka Pc tapi yang guna kat henpon!.. hah, I Like berry mucho!

Dengan Skype di henpon, mamaG boleh la ber –Skype dengan kawan-kawan secara free jer guna line tenet or wifi. Tapi haruslah henpon tu ada kamera depan okeh! Kalau tiada, memang tak boleh la. So, mamaG boleh la ber-skype dengan kawan yg guna PC or laptop melalui henpon mamaG jer.. Wah, i like!

Ni nanti misi terbaru bila balik kampung nanti ialah install kat laptop bapa mamaG Skype ni. So, nanti bila mamaG away from Sabah, boleh la dia nak berskype dengan cucu kesayangannya.. Bijak tak?.. praktikal kan..

Sapa kata gadjet zaman sekarang ni memusnahkan generasi dan melekakan?.. Tak semua okeh.. semua tu bergantung dengan tujuan kita guna gadjet tu jugak.. Kalau baik inputnya, baik la hasilnya.. Wah, gitu macam ahlil palsapah gitu kan.. Hah, apa lagi, coba la!

Okehla, nanti kita share lagi apps lain.. O yah, sila cari dan download apps ni kat Market Android, okeh. Terbaeeekkk..

 

Assalamualaikum…

Pasangan anda mencerminkan diri anda

Celoteh Aku MamaGlam at 8:35 AM 0 berbalas bebelan

Salam semua,

Wah, awal pagi gitu kan mamaG post entry.. Bukan apa, tak sabar ni hah nak share something dengan kaum Hawa yang gorges nih..  Thanks to my Gorges Sis Zatool. Jom Baca..

*******************************************

~~ Semua benda yg berat akan jd senang kalau pasangan suami isteri berkerjasama dan bertolak ansur. Mmg mudah kalau suami sentiasa redho dgn kemampuan isterinyer dlm semua hal…. ~~

 

FADILAT UNTUK ISTERI CERDIK DAN SOLEHAH

Untuk mendapatkan keberkatan dan keredhaan Allah Subhanallah Taala untuk muslimah adalah terletak pada tanggungjawab/ peranan isteri terhadap suami.

Antara tanggungjawab yang wajib untuk isteri mendapat lebih pahala adalah seperti dibawah :-

1. Memberi/membuat segelas air untuk suami

Fadhilat : mendapat pahala puasa sunat 1 tahun

2. Menyedia/memasak makanan yang mengenyangkan suami

Fadhilat : mendapat pahala haji dan umrah

3. Perkhidmatan yang diberi pada suami

Fadhilat : mendapat pahala yang tidak putus-putus

4. Menghamilkan benih suami

Fadhilat : mendapat pahala syahid

5. Isteri mandi Junub dengan suami

Fadhilat : pahalanya seperti sedekah 1000 ekor kambing pada fakir miskin

6. Suami meninggal dunia dahulu dari isteri dan meninggalkan anak

Fadhilat : Isteri mendidik anak itu menjadi seorang yg soleh/orang yang berguna dengan didikan agama yang sempurna. Maka suami tetap mendapat pahala dan menjadi benteng dari api neraka. dan sekiranya isteri berkahwin lain, suami yangg meninggal itu tetap dapat pahala sekiranya didikan Isteri pada anak-anak berterusan dengan baik.

7. Isteri yang memandang suami dengan harmoni dan menyukakan

Fadhilat : seolah-olah berzikir kepada Allah

8. Sekiranya seorang isteri meninggal dunia dengan keredhaan suaminya dia terus masuk syurga!

 

Nukilan hati :  AiMa ImNa(09.08.2011)Tuesday

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea