Laman

17 August 2011

Terima kasih semua

Celoteh Aku MamaGlam at 1:06 PM

image Semalam 16hb Ogos 2011. Hari memperingati hari kelahiran ku kata seorang kawan mamaG. Hihihi.. Yang keberapa agaknya tu kan.. Cer teka cer teka.. hahahaha.. Ya Allah, dah dewasa rupanya mamaG ni kan.. Semalam nak wat entry tapi tak sempat. Kat kepala tu dah macam macam dah tu nak taip.. hihihi, sabar jer la..

Bila tiba time time bufday bufday ni kan, mesti meriahkan nak sambut la apa kan. Eksaited pun ada. Tapi memandangkan pada tahun ini, bufday mamaG jatuh ngam ngam di bulan mulia Ramadhan, Alhamdulillah, setakat ini, tiada pun rasa rasa nak celebrate ke apa, nak keluar pegi mana-mana ngan hubby n kids utk sambut bufday mamaG macam tahun-tahun sudah. Pastu dapat hadiah segala kan.

Alhamdulliah tahun ni, bufday mamaG hanya sederhana. Makan bukak posa macam biasa, spend kualiti time ngan hubby n kids kat rumah jer. Tengok tv pastu main kat bilik ngan kids.

Ntahlah, mungkin sebab bulan puasa kut, pintu nafsu tu tertutup sikit. Hihihi.. Tapi nanti insya Allah bila balik kampung nanti, kami sekeluarga plan nak celebrate bufday kami kat kampung ramai-ramai. Sebabnya ramai yang lahir bulan Ogos. Nak tau sapa? Opkos la mamaG, Adik ketiga dan bongsu mamaG dan jugak anak bongsu mamaG c Rayyan tuh. Hah, berderet bufday. hahahaha.. Sekali buat, kan jimat kek tuh.. Tahun ni plan nak tempak kek fresh krim atau kek aiskrim yang beeeessssaaaaarrrr… Ha gitu kan..  Nanti kalau sempat, mamaG upload pics.. Ish tak sabar mamaG..

Lek mamaG, jangan terlebih eksaited, nanti punah harapan.. Hihihihi.. Okeh take a deep breath… pastu hembus esok jer.. Hhahaha, gurau jek..

Semalam, bila tengok wall FB mamaG, penuh dengan wish dari kawan-kawan, kuarga dan juga bff mamaG.. Dui, lubyu all lah much much.. hahahaha… Moga apa yang korang semua wish tu, didengar Allah swt dan dimakbulkan..

Ada satu wish yang mamaG baca kat wall FB, ada la beberapa orang.. Dorang wish mamaG dapat baby gegurl next time.. Wah, mamaG like like mucho mucho!.. Aminnn.. Insya Allah..

Semalamimage enchek hubby tanya, nak hadiah apa.. Wah for the 1st time mamaG tak minta apa-apa.. mamaG cuma minta “just dont stop loving me, care for me n owez b my lifetime bff”…

“Tapi kalau nak kasi hadiah juga, boleh. Bagi je la apa pun, mamaG tak kisah”..

Hah, gituu kan.. Baiknya kan.. hahahaha (puji diri sendiri tuu)..  Haish, susah ni nak dapat wife yang macam mamaG ni.. ekekeke.. Syukurla, dia terima mamaG seadanya mamaG. Segala keburukan dan kebaikan mamaG. Kelebihan dan kekurangan mamaG (Wah, tetiba terharu dengan ayat sendiri, huh..)

Syukur pada-Mu Ya Allah, sebab kau kurniakan aku sebuah keluarga yang gembira dan bahagia. Ahli keluarga yang saling menyayangi. Moga Kau lindungilah keluarga ku dan ahli keluarga ku daripada perkara yang tidak baik. Bimbinglah kami agar sentiasa berada di jalanMu, jalan yang benar. Kau limpahkan la kami dengan rezeki Mu yang halal, berkatilah setiap dari kami dengan keredhaanMu.  Aminn..

image

0 berbalas bebelan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea