Throwback masa cuti ari tu... outing wif ma bodyguard a.k.a kawan gaduh di rumah... bila da budak budak ni pinjam henfon mamaG memang gini la jadiknya...selfie sesama dorang.. hihihihi.. layannn...
Sempat membebel via Blogaway 😘
Dia & Ceritanya
Throwback masa cuti ari tu... outing wif ma bodyguard a.k.a kawan gaduh di rumah... bila da budak budak ni pinjam henfon mamaG memang gini la jadiknya...selfie sesama dorang.. hihihihi.. layannn...
Weekend baru ni, mamaG buat sesi diy ngn kids.. bg kertas gunting gam tali kaler etc utk dorang fikir nak buat apa pun.... nanti dapat hadiah.. yaktu eskrim... saja ja la nak bagi semangat sambil asa bakat kreativiti kononnya kan.. padahal niat disebaliknya nak suh dorang fokus duk diam2 tak sepahkan rumah lagi. Letih dowh nak kemas... mamaG nak buat aktiviti sental menyental dapur dan tandas lagi hah... bek bagi dorang ni aktiviti berfaedah skit kan daripada duk main robot jek...
Lepas abis je keja mamaG, time duk rehat nak luruskan pinggang yang da bengkok tu sebab tertonggeng tonggeng sental lantai jamban kan, tetiba si rayyan datang bagitau... *umi, buka la rantai umi kat leher tu... pakai yang ni.. rayyan buat utk umi sayang... cantik tak? Ada yang untuk kat tangan... pakai tau.. cantik kan rayyan buat...mesti umi suka kan...*
Alahaiiii so sweet.... melting kejap mamaG tengok hahahaha... so kiut si rayyan ni buatkan umi dia rantai dan gelang... pandai la pula.. ni bagi set barang kemas diy lebih ni nak bodek lebih ke apa ni? Nak dapat eskrim lebih ke apa hahaha...
Takpa, yang penting effort dia nak buat kan.. mesti time dia buat tu dengan niat yang baik demi umi dia. Mesti dia hepi kalau umi dia suka kan... hihihi
Umi suka rayyan sayang... terima kasih sangat sangat... umi tak boleh lupa bila tengok muka rayyan nampak sangat puas dan hepi bila umi kata umi suka sangat rantai rayyan buat ni... makasi sayang... 😘😘




Dah settle hal keja tadi, tengok masa masih ada duk hangkut kids ni pi taman pula. Dah berapa minggu tak chillin ngan bebudak ni... MamaG hangkut bawa ke taman rekreasi yang biasa mamaG bawak ler. Tempat yang mamaG juga salu jogging kalau berkesempatan. Petang ni dok bawa kids bagi makan ikan kat tasik di taman ni. Mak aih makin gebus kebabas ikan ikan kat tasik ni.. besar peha mamaG pun ado.. takut pula tengok.. ahaks...
Dah abis roti bagi kat ikan, pa lagi kids ni pi serang la playground. Biasala budak lelaki memang lasak la mainnya... habis je main bukan main lagi kotor... haiyokk.. hantam ler janji ko hepi.. balik mandi sental habis habis badan tu.. huhuhu...
Sempat membebel via Blogaway 😘
| Buat la apapun, dia tetap mo umi dia juga yang buatkan, ubatkan, tenangkan, tidokan, mandikan, sayang sayangkan, nak suapkan... nak pegang tangan umi ja time tido... |
My life support lil angel Rayyan demam panas lagi... sian dia... tadi petang time on the road balik keja, tetiba dapat call dari mr. Hubby yang Rayyan nak bercakap ngan umi dia. Dia nak bagitau kat umi dia yang dia nak tengok wayang malam ni jugak. Dia tunggu umi dia balik keja nak pi tengok wayang sesama. Dia nak bagitau umi dia, dia takmo tengok wayang besok. Walaupun demam, dia nak bagitau umi dia yang dia larat lagi nak pegi tengok wayang. Nak tengok malam ni jugak.
Hurmm... tak daya la mo tolak permintaan si kecil ni. Biarpun dah puas mr. Hubby pujuk dia tunggu dah sembuh dari demam baru pi tengok wayang tapi dia tetap nak jugak. Eksaited dia nak tengok wayang.
Sian tengok keadaan dia tadi sepanajang di mall. Sepanjang tengok wayang. Dia sandar di arm rest kerusi sambil pegang tangan umi dia. Takmo lepas. Sian tengok dia. Mata dah sembab dah. Sampai berair mata dah. MamaG tau sangat tu mesti badan dia dah panas sangat dalam tu. Tengok badan sia pun dah kuar dah corak petak petak tu. Tangan dah pucat sampai biru. MamaG dan mr. Hubby dah risau dah. Sambil sambil tu pujuk la juga kot kot dia betul betul dah tak tahan, nak ja ajak Rayyan kuar panggung. Tak tahan la tengok keadaan dia. Pilu la pulak. Tapi dia selamba ja jawab, takmo balik. Nak tengok juga sampai habis. Dia larat lagi katanya. Hurmm ye la umi dan ayahnya turutkan jela kalau tu buat dia hepi dalam sakit sakit tu...
Balik rumah, suma dia nak umi dia yang buatkan. Takmo ayah dia. Kecuali umi dia yang minta tolong ayah dia. Baru la dia benarkan ayah dia buatkan apa apa untuk dia. Hihihi sabo ye mr. Hubby... layankan je la. Asalkan dia tak mengamuk dah ler...
Malam ni dia dapat izin dari ayah dia untuk tido dengan mamaG. Hihihi.. special treatment dan hospitality dr umi dia. Hihihi...
MamaG ingat lagi dulu masa mamaG demam panas. Rayyan tetiba gi bawak seluar pendek basahan dia, pi basahkan then dengan tak abis perah lagi airnya, terus dia tepek kat dahi mamaG. Terkejut mamaG yang time tu tengah collapse. Habis basah kepala hihihi.. nak marah tak sampai hati bila mengenangkan kesungguhan dia tu. Siap temankan mamaG. Cium cium tangan mamaG sama. Urut urut mamaG lagi. Sama macam apa yg mamaG selalu buat bila kids demam. Hihihi... kids kan belajar dari apa yang kita buat. Baik yang kita buat dan tunjukkan, baik la jugak yang dorang ni ikut dan buat. Gitu jugak sebaliknya.
Muhammad Rayyan Arsyad bin Azman, sila sembuh cepatnya. MamaG dan ayah sunyi la takda kawan gaduh kat rumah. Takda tukang bebel kat umah. Takda orang petah bercakap kat umah. Cepat sembuh ya sayang...
Penat hunting hunting kasut. Anddddd still belum ketemu jugak. Dah nak masuk buka posa time dah ni. Terpaksa singgah beli makan kat bazar ramadhan bdr tun hussien onn. Dah lama tak gi bazaar ramadhan sini. Last pi pun 2thn lepas hohoho...
Seperti biasa nak menunggu time buka posa amatlah bosan kan. So, ni la jadiknya bila bosan. Melayan DNA hahaha...
Lepas makan ni sambung hunting lagi.. alhamdulillah ketemu jugak kasut yang berkenan tu pun setelah lama berjalan jalan. Kaki pun rasa macam nak tercabut kan. Tadi makan kat marry brown tu, mamaG bukak kasut. Pijak lantai dengan bare foot je. Lega rasa tapak kaki ni hahaha... penat gila menapak ari ni. Dari pagi ke malam. Semata mata nak cari kasut kids je powwwnnn. Hadoi la kan...
Syukur la, so esok takyah la nak kelam kabut nak cari mende lagi kan. Sok cuma acara kemas mengemas packing mempacking jew. Selasa pagi gerak dah ke epot. Sincw tahun ni raya, bff mamaG takdop, ado kat london and beraya kat london nu, takda la bff mamaG dapat anto ke epot seperti tahun tahun sebelum ni. Tahun lepas memang takda la sebab mamaG kat labuan kan. Ni 1st time ler gi epot tak berhantar oleh bff mamaG hihihii.. rindu pulak kat bbf sorang tu.
Selamat hari raya dan maaf zahir batin ya dear Lia my beloved bff. Ada jodoh kita jumpa ya. In shaa Allah. Tahun ni aku gi epot sendiri dulu la yerk. Tunggu ko balik tahun depan yer. Hihihi..
Mr. Hubby kata, tahun ni dia kata kitorang pi epot nek bas je since dah takda orang nak tolong anto macam dulu hehehe... Ok jugak kan. Dah lama tak nek public transport gi klia. Salu orang anto dan ambik je. Penah nek pun erl je la. Kali ni nak nek bas la pulak kan. MamaG ok je asalkan sampai dan tak tertinggal flite. Tak kira la apa caranya pun ke epot tu. Tapi kena gerak awal la kot kan. Bukan boleh jangka trafik kat jalan tu kan. Dalam masa sama boleh bagi kids merasa nek bas kan. Dah biasa pun travel kids ni sebelum ni. Cuma dorang tak penah pula la kan nek bas ke epot. Erl penah ler. Cuma 1 halnya ialah, mamaG kene minimize kan beg nak bw balik. Kalau boleh nak 1 beg je. buh suma 1 beg. Takda la kiri kanan nak bawa beg kan. Dengan kids lagi kan. Memang hadoi la kan. Hihihi... kang ada yang terpaksa beli share kat bas pula kan. Almaklumlah kena ada share kat bas supaya kids mamaG senang nak buat sukati dia hahahaha. Gurau jek..
Ok lar, merepek dah ni... doakan perjalanan pergi dan balik mamaG sekeluarga lancar sentiasa ya. Nak siap siap tido dah ni. Letih amat dah. Sok nak keje pulak. Banyak mende nak settlekan. Selasa gue cutiiiiii.. yeay!! Hihih
Nite nite korang suma. Muaaxx...
11 Mei 2015 - semalam mamaG demam. Balik keja badan rasa panas dan xlarat. Kononnya nak baring la kejap lepas tukar baju sebelum nak start masak bagai kan... seperti kebiasaan rayyan, dia suka ciu cium tangan mamaG. Peluk peluk mamaG. Macam amik bau la konon. Huhuhu kadang lucu juga tengok hihihi...
MamaG tak sedar yang mamaG terlelap. Sedar sedar rayyan sebok tanya tanya mamaG. Kalau badan panas kena letak air kat kepala kan. MamaG layankan je iya kan je. Sebab memang tak larat sangat dah. Pastu dia tnya lagi kalau letak air kat kepala tu kena pakai yang bersih kan. MamaG sedar tak sedar iyakan je la.
Selang beberapa minit tu, tengok dia dah datang dengan seluar pendek dia yang dia dah siap basahkan. Tak berapa nak perah la airnya kan hahaha... terus letak kat dahi mamaG seluar dia yg basah tu. Habis basah kepala dan bantal mamaG hahaha... speechless mamaG. Pastu dia suh
M mamaG rehat supaya cepat baik. Hihihi alahai anakku...
Ayahnya balik keje tkejut tengok seluar basah kt dahi mamaG, gelak dia. Walaupun tak berapa proper, tapi niat dan kesungguhan c rayyan menjaga uminya yg sakit ni yg wat melting ni. Huhuhu.. terharu gilo kot!
Time tu dia peluk dan cium je salu tangan mamaG hihi.. kesian kt mamaG katanya. Last2 ayahnya bagi kain keci suh rayyan tukar ngan seluar tu. Seluar tu letak kat leher mamaG. Hihihi..
Tenkiu sayang umi ni... sebab jaga umi dengan penuh perhatian dan kasih sayang rayyan. Umi baik dah. Kejap je demam sebab kebah oleh kasih sayang rayyan.. hihihi...
![]() |
| Suh senyum dia xmo.. hiihi |
![]() |
| Umi mengajuk Rayyan merajuk ekekke |

![]() |
| Ayahnya lagi galak mengusik rayyan yg tengah mrajuk hihhi... pujuknya tidak huh... |









Wah wah wah mamaG ada assistante in da house la pagi ni. Good boy! Kalau salu macam ni kan bagus. Salu tolong mamaG lipat baju kan. Ni salu tolong sepah jew.
Hari ni baik punya mood dua beradik ni offer diri nak tolong umi dia lipat baju dorang. Wah terkujat mak tau. Hahahaa... syukurlah kan ada assistant pagi ni.
MamaG ni lau bab bab lipat kain baju memang fail la. Dari keci sampai anak 2. Masa d KL dulu pun mana ada lipat baju pun. Semuaaaaa mamaG hanger kan saja. Baju kids pun mcm tu. Huhuhu.. nak wat cane kan, kelemahan mamaG. Kelemahan yang menggembirakan. Huhuhu...
Okies, makasi my lil heroes tolong umi lipat baju. Walaupun huru hara tapi xpa. Yang penting niat kan. Muaxx muaxx..
Ya la mamaG rasa macam pelik dan funny pula tu kan. Masa duk KL dulu, kalau di rumah, mamaG dan enchek asben cakap bahasa sabah dengan anak-anak supaya dorang tau dan penah dengar la slang sbah tu. Walaupun anak2 mamaG ni dua2 pun bercakap bahasa melayu semenanjung sepenuhnya. Tapi salunya kena juga cakap bahasa melayu semenanjung baru la anak2 mamaG ni paham arahan. Rasa tak pelik bila kita bcakap bahasa semenanjung dengan anak sendiri sedangkan asal sabah dan berbahasa sabah. Mungkin sebab dikelilingi oleh orang melayu.
Tapi bila pindah di labuan ni, rasa macam lucu dan pelik pula bila kena ckp semenanjung dengan anak sendiri yg dikeliling oleh orang2 berbahasa melayu sabah/labuan. Hurm... sampaikan cikgu kat taska tu tanya mamaG kenapa anak2 mamaG semua bercakap bahasa semenanjung sedangkan mamaG asal sabah. Hohoho...
Dah lahir dan berbesar di semenanjung jadi, gitu la hasilnya. Xoxoxoxoxxoo...


Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea