Laman

23 September 2010

Bila Orang tu dah reti buat sendiri....

Celoteh Aku MamaGlam at 2:24 PM 1 berbalas bebelan
salam readers,

mmm, entry kali ni nak cerita pasal my lil hero, c irfan tuh.. pejam celik pejam celik dah 2 tahun dah umurnya.. x terasa pula dia sudah besar... mungkin sebab c irfan ni kecik kenit jer orangnya.. almaklumlah, irfan kan lahir tak cukup bulan (8 bulan ja dah lahir, x sabar la katakan, huhuhu)...

makin meningkat umur irfan ni, mamaG tengok macam perangai dia sekarang nih. lucu pun ada, geram pun ada. Perangai degil dia, ya Allah x payah cakap la, makin menjadi-jadi... kadang geram betul dengan perangi dia.. tapi kan, dalam irfan tau kita tengah geram ngan dia, pandai pulak dia memujuk untuk redakan geram mamaG dan hubby.. kalau kena marah sikit, mulalah dia buat muka comel dia, wat mata dia besar, senyum-senyum manis lagi tuh.. kalau tak kuat iman, tak jadik nak marah.. hahahaha...

sekarang ni, mamaG tengok, semua perkara irfan nak buat sendiri.. nak makan sendiri tak nak kena suap, nak mandi sendiri, dan macam-macam lagi yang sendiri. hihihi.. lagi 1, dia suka tolong orang tak kira la bila di suruh atau tak di suruh.. kadang tu dia lagi nak paksa kita terima pertolongan dia.. hahaha.. alhamdulillah..

cuba tengok gelagat irfan nih.. 

tak payah pakai sudu la, minum jer terus sup nih..
"ye puan2, kita campurkan semua bahan-bahan ya".. hahaha, cewah, macam main masak-masak la pula kan..
hahaha, ni baru makan time.. korang tak tau, abis 'berjurit' makanan atas lantai.. makanan tu habis la juga tp 50% masuk perut dia, 50% lagi atas kantai.. hahaha.. sib baik atuk dia rajin nak tolong bersihkan..

tu la kan, macam ni la ada anak.. kita takkan pernah berehat lebih daripada 30 minit selain dia tido.. bila dia celik mata ja.. macam-macam keja kena wat.. bak kata orang tua-tua, "biasa la budak-budak..." rumah kalau tak tunggang langgang, tak sah.. huhuhu..

ini sajala cerita pasal lil hero aku yang kira 'hyperactive' ni buat masa ni...
jumpa lagi next entry.. babai...

Virus oh Virus.. Why!!!!!!!!

Celoteh Aku MamaGlam at 10:58 AM 0 berbalas bebelan
salam readers,

hari ni mamaG x berapa nak sihat.. bukan apa, mamaG rasa la di rumah ni dah banyak virus berkeliaran lar.. ni semua start masa bulan posa lagi.. habis beberapa org ahli kuarag mamaG kena jangkit termasuklah baby Rayyan dan sekarang ni la pula turn mamaG kena jangkit start semalam.. ayoyo.. sungguh tak selesa.. tapi itu tidak menghalang mamaG meng-update blog mamaG, hihihi..

nak tau virus apa yang bermaharajalela kat umah ni?.. hah apa lagi, penyakit mata.. ntah apa namanya tapi ala yang mata merah nih.. yang kuar tahi mata bebanyak tuh.. tapi syukur la juga, sakit mata mamaG taklah teruk sangat, cuma bengkak sikit dan merah jer.. masih boleh tengok skrin komputer lagi, hihihi (kalau x mcm mana boleh wat entry ni kan?)...

tengok ni, betul tak bengkak mata mamaG...

bengkak dua2 mata lak tuh tp belah kanan la yang paling teruk.. ni pun, umi mamaG dah tolong letak ubat traditional, special made dari air tangan umi gitew.. ni yang dah kurang skit.. tahi mata yang tak sabar nak uar tu, dah xda dah... tinggal bengkak jer.. macam kat gambar tu, tu latest nanaG amik dan terus upload kat entry nih.. huhuhu.. (punyala konfiden, macam bangga pula kan mata sakit, hahaha)...

hah, nak tau macam mana nak kurangkan sakit mata dan tahi mata tuh? okies, mamaG kongsikan petua umi mamaG.. 1st korang amik gula bancuh ngan air suam,sikit jer tau, xyah buat banyak2 okies, kalau banyak tu dah boleh buat bancuh minuman, hahaha..

 ok, pastu letak ler ke dalam mata yang sakit tuh.. pas dah letak air gula tuh, korang p amik ais then tuam kat mata.. amalkan selalu.. tiap sejam ker 2 jam.. insya Allah, mujarab macam mata mamaG ni yang semakin pulih walaupun baru semalam jer kena.. tapi JANGAN LUPA juga doa minta kat Allah swt supaya dapat iizin-Nya petua tu berhasil..

ok la readers, mamaG nak rehat jap nak letak ubat lagi.. adios!

22 September 2010

Hari Raya wif Luv - U & me

Celoteh Aku MamaGlam at 11:21 AM 2 berbalas bebelan
huhuhu, entry minggu ni mmg lebih byk mamaG masukkan gambar.. kira minggu ni mamaG kurang nak membebel byk2 kat post entry.. main taruk gamba jer, gamba pon blh bercerita dan menceritakan jg kan..

so, tajuk entry kali ni " hari raya wif luv" actually psl mamaG dan hubby terchenta.. sedih jg la sket, coz raya kali ni mamaG xbrapa nak photolergic la.. bkn pa, susah nak bgerak byk coz bby kene sentiasa melekat jer.. rasa macam xde semangat raya kat dalam jiwa mamaG ni kalau xda amik pic byk2 (hahaha, kira amik gamba tu mcm supplement la, ahaks!) memang begini la nasib orang yang cuti berpantang selepas bersalin...  :(

so, lets see apa yg wif luv d hari raya nih...


amacam, manjakan? ahaks! minta puji tak sedar diri betul la kan mamaG nih.. huhuhu.. weh, bukan senang tau nak amik gambar berdua dengan hero kesayangan aku nih.. almaklumlah, bak kata hubby ku ini, " i pemalu orangnya" .. hahaha, pemalu la sangat sayang oii.. mana taknya, dia mana ada kamera, di situ ada mamaG, ahaks... alahai, Ya Allah, only Allah swt know how much i luv u..

Putih Telur, Telur Putih???

Celoteh Aku MamaGlam at 9:38 AM 0 berbalas bebelan
 halo readers, 


hari ni mamaG nak kongsi info kesihatan yang mamaG rasa bagus untuk dikongsi sebagai pengetahuan semua.

5 hal menarik dari putih telur yang setakat ini mamaG tahu, mungkin masih banyak lagi yang mamaG tak tau, so, kepada yang tahu lebih lagi silalah kongsi info yang korang tau di ruangan komen :


  • Putih Telur adalah Sumber Protein Alami
Dalam putih telur terkandung beberapa jenis protein, di antaranya fosfor, kalsium, zink dan pottasium. Protein alami dalam putih telur juga baik dalam menghasilkan asid amino untuk pembentukan otot.


  • Putih Telur Tidak Mengandung Kolesterol
Dalam putih telur tidak terkandung lemak, kolesterol, lemak trans dan karbohidrat. Sehingga putih telur dimakan dan digunakan untuk membantu mengurangkan kolesterol dalam badan kita.


  • Protein Putih Telur Mudah di Serap Tubuh
Protein alami dalam putih telur ternyata lebih mudah di serap oleh tubuh di banding makanan lain seperti daging ataupun minuman berprotein. Jadi protein dapat d serap sepenuhnya dalam tubuh.


  • Putih Telur Boleh Mengurangkan Berat Badan (wah, yg ni bagus nih)
Berdasar penelitian di Pennington Biomedical Research Centre (kalau xsilap) membuktikan , mereka yang  makan 2 putih telur setiap pagi berat badannya berkurang sekitar 65% dan merasa lebih bertenaga daripada orang yang hanya makan roti biasa.


  • Putih Telur Boleh Mencerahkan Kulit
Protein dalam putih telur mampu membantu melembabkan kulit wajah dan mampu mempercepat proses regenerasi pada kulit wajah. Caranya dengan mengoleskan putih telur ke seluruh bagian wajah secara merata jadi masker dan biarkan selama 30 minit.Lepas tu barulah dibasuh.


hah, amacam banyak sebenarnya peranan putih telur ni kan..

Jeragat Oh Jeragat! - Tip untuk kurangkannya..

Celoteh Aku MamaGlam at 9:26 AM 1 berbalas bebelan
Salam readers,

Entry kali ni, mamaG nak kongsi tips keshiatan kulit pula la.. especially readers mamaG yang ada jeragat, x kira la banyak ke sikit, tp adala juga jeragat, kan.. mesti korang teringin banget nak hilangan jeragat yang jadi penghalang kepada keyakinan diri korang kan..

so, sini mamaG nak bagitau rahsia untuk men-nyah!-kan jeragat durjana tuh.. nak tau guna apa???... senang jer nak carik bahan2-nya, kat rumah korang mesti ada punya la..

hah, guna ni hah --->>>
hah, dah tau kan apa bahan-bahannya.. betul x kat rumah korang semua mesti ada benda-bendi semua kan.. hihihi...

okies, apa nak wat ngan bahan-bahan ni semua?

1st sekali, beras tu korang tumbuk sampai jadi halus.

pastu, gaulkan dengan serbuk kunyit sampai sebati.

pastu pulak, gaulkan pula dengan putih telur (putih jer tau, yang kuning tu, boleh la nak wat utk menda lain, macam puding caramel ker, wat kek ker, apa-apa pon boleh, ahaks!)

dah sebati tuh semua bahan tuh, cuba korang lumurkan ke muka ataupun jeragat spot ala masker gitew. o yah, jangan lupa selawat 3 kali hihi, bukan pa nak minta berkat semoga berhasil. insya Allah...

nanti bila dah kering, basuh la muka tu.. kang pelik pulak muka kuning semacam.
hah, senangkan, xyah nak p beli produk mahal kat luar tuh.. guna ja yang tradisional..

okies, selamat mencuba...

'Kemarungan" beransur pergi...

Celoteh Aku MamaGlam at 3:15 AM 1 berbalas bebelan
salam readers, 

sekarang ni mamaG amatlah hepi sedikit. bukan apa tadi mamaG p buka akaun nuffnang, dapat tau trafik mamaG naik dah. walau pun x banyak macam orang lain, tp syukur sangat sebab trafik dah naik lebih sikit daripada sebelum ni.. (huhuhu, xda la 'marung' ja tiap kali tengok analitik tu).. tambahan pula, mamaG dapat rating 3 bintang dari nuffnang. 


mamaG memang tengah berusaha untuk menaikkan lagi trafik dan rating blog ni dengan belajar daripada bloger lain.. more trafik = more earning.. hah, cakap pasal earning kan, sedey la pula.. bukan apa, setakat ni blog mamaG hanya dapat earning sedikit sangat. mungkin sebelum ni disebabkan mamaG jarang2 sangat update blog, so trafik pun kurang la kan.. 






harap-harap lepas trafik sentiasa la naik, tak pon maintain ja. so, mamaG memang perlukan support dari u all semua. Pesanan penaja, selalu selalulah masuk blog mamaG ni dan rajin2 la post-walk entry dalam blog mamaG nih.


it's not just about earning and traffic, but it's more about kepuasan berblogging... 


ok la, ini saja untuk kali ini.. jumpa lagi next entry, babai..

Is value blog mamaG Glam enuff?..

Celoteh Aku MamaGlam at 12:43 AM 2 berbalas bebelan
halo my dear readers.. huhuhu, malam ni membebel lagi mamaG.. siang tadi mamaG bosan gila nih. daripada melayan bosan jadi mamaG ada la wat ronda2 blog blogger lain, saja utk tambah ilmu gitew... lepas tu, ada 1 blog ni, menarik perhatian mamaG utk baca entry dia.. 

ingatkan orang seja ada value, barang2 jak ada value, rupa-rupanya, blog pun ada value juga ya.. baru ku tauuuuu.. hihihi.. ini la bagusnya blogwalking ni kan.. macam2 info ada.. credit to ZYASH sebab wat entry pasal blog value... napa korang x caya ker blog kita ada value.. x caya, cuba korang nilai sendiri value blog korang di SINI.

mamaG pun utk isi masa bosan try la tgk value blog ni.. hasilnya... jeng jeng jeng....



 alahai, kesian kan... rendah jak nilai blog mamaG n rupanya... but ok la tu utk blogger yg br berjinak2 aktif nak berblogging.. yala, selama ni kan mmg jarang2 sgt update blog.. insya Allah, pasni aktif.. oleh itu, mamaG akan coba sedaya opaya utk naikan lg value blog ni.. huhuhu... tengok la nnt.. adoiyai, mmg bersemangat waja la ni kunu nih.. 


so, my dear blogger, bosan2 tu, xda keje nk wat, pa kata gatal2kan tangan anda mencuba, okies..

21 September 2010

Cute Baby Contest - Please vote for me!

Celoteh Aku MamaGlam at 5:46 PM 0 berbalas bebelan
aloha, readers.. skang ni mamaG tgh giat berusaha (cewah..) mempromote pic irfan utk dpt vote tinggi dlm Cute Baby Contest by Happy Baby Shop di facebook... alhamdulillah adalah jg kwn2  fb yg vote, thanx u ols..

wah, ni 1st time sebenarnya mamaG ikut contest2 mcm ni d internet.. kali ni kunu2 nak try la.. sapa tau ada rezeki.. x dpt nombor 3, no. 1 pown jadi lah, hahaha,, amiiin... salu jg tgk ramai kwn2 fb yg join mcm2 contest yg dianjurkan oleh kwn2 fb.. mcm best jak.. kadang teringin jg la kan.. tu yg try join nih..

amacam, cute tak irfan? kiut kan (waahh, puji sendiri lg, ahaks!).. kalau korang pikir mmg kiut, pls vote for him, okies..


so readers yg ada fb tu mamaG arap korang dpt la bg vote korang utk my lil hero, irfan tuh di http://www.facebook.com/photo.php?pid=133097&id=100001302545547&ref=fbx_album#!/photo.php?pid=134999&id=100001302545547&ref=fbx_album&fbid=119875381399213 pls klik LIKE di bawah pic irfan okies..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea