Laman

21 August 2012

Cara Nak Hilangkan Panau

Celoteh Aku MamaGlam at 12:50 PM
 SApa ada panau, angkat tangn!!!! Konpem la kan tadak sapa nak angkat.. Takpa, tak kesahpun, kalau mamaG pun tanak angkat tangan kan, malu beb!.. Okeh, kat sini mamaG nak kongi macam mana nak hilangkan panau durjana itew.. jom tengok.. Ni mamaG dapat drp website 101petua.com... Terima kasih kerana share...

Jom tengok cane... Ada banyak cara tau, korang pilih n coba la mana satu yang korang nak.. okeh, ingat tau, ia perlu diamalkan selalu, bukannya sekali dua kali terai terua nak nampak hasil okeh... Yang penting juga, yakin, mujarabnya petua ini kerana dengan izin dan kekuasaan Allah swt... 

- Ambil halia sebesar ibu jari dan tumbuk hingga lumat. Tepekkan halia yang telah ditumbuk pada bahagian kulit yang berpanau. Biarkan selama 15-20 minit. Amalkan selalu.

- Tenyehkan pucuk lada pada bahagian kulit yang bepanau. Amalkan selalu.

- Tumbuk 2 ulas bawang putih bersama sedikit halia. Sapukan pada bahagian kulit yang berpanau. Biarkan sehingga kering. Amalkan setiap hari.

- Tumbuk beberapa ketul lengkuas dan ambil air perahannya. Sapu air lengkuas pada bahagian kulit yang berpanau. Sementara itu jangan makan makanan yang mengandungi lenkuas. Amalkan selalu.

- Tumbuk beberapa helai daun lengkuas dan ambil air perahannya. Sapukan air perahan tersebut pada bahagian kulit yang berpanau. Sementara itu jangan makan makanan yang mengandungi lenkuas. Amalkan selalu.

- Tumbuk daun pinang hingga lumat dan sapukan pada bahagian kulit yang berpanau. Amalkan selalu.

- Ambil air perahan buah pinang dan sapukan pada bahagian kulit yang berpanau. Amalkan selalu.

- Tumbuk beberapa helai daun belimbing hingga lumat. Campurkan dengan sedikit asam jawa dan sedikit beras. Tempekkan pada bahagian yang berpanau. Amalkan setiap hari.

- Campurkan secekak daun kesum dengan minyak tanah. Gosokkan pada bahagian kulit yang berpanau. Aalkan setiap hari.

- Tumbuk beberapa helai daun gelenggang hingga lumat. Sapukan pada bahagian kulit yang berpanau dan biarkan selama 15-20 minit. Bilas hingga bersih. Amalkan selalu.

0 berbalas bebelan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea