Laman

18 October 2012

Terima Kasih www.tilambayi.com

Celoteh Aku MamaGlam at 10:59 AM
Salam semua, ni entry lama sebenarnya. Kira minggu lalu la punya cerita kan. Nak update kat blog tp tak sempat nak publish, berkepok dalam draft. Ish apa yg dibizikan xtau la c mamaG ni.

Neway, nak citer ni hah Jemah. MamaG sebenarnya bizi menjahit seperti yg mamaG cerita kat entry sebelum ni kan. Adalah beberapa tempahan baju kurung moden. Lepas tu pula dapat tempahan trial utk jahit set sarung tilam baby.

Nak jadikan cerita, mamaG dapat order tu Ahad lepas (30/09/2012), tapi sebabkan sebok jahit baju kurung moden yg berlining kain lace, dan perlukan tumpuan lebih supaya jahitan kemas, dan mamaG pula sakit beberapa hari xboleh nak menjahit sgt, jadinya set sarung tilam ni terlewat start dan dateline pula sabtu (6/10/2012), hah apa lagi. Masa jumaat aritu mamaG lepas je blk keja, rehat, tengok tv, masak n mkn. Rehat jap. Pastu jam 10pm baru start jahit sarung tilam tu.

Nak siap kan satu set tu bknnya kejap. Sebabnya dia kene guna dua jenis kain. Utk body n border. 1 pc sarung tilam, 2 pcs sarung bantal dan 2 pcs sarung geguling. Lepas tu owner pula nak perincian yg sebiji mcm kat sample yg dia bagi.

Siap potong, jahit tepi dan jahit semua luar dan dalam dan details, xsedar time tu dah jam 4am. Mak ai. Tapi siap semua la. alhamdulillah. Pagi esoknya jam 11am owner kedai dah ready nak nilai dan amik.

Syukur lah, rezeki owner tu puas hati dgn jahitan mamaG dan dah runding harga untuk tempahan seterusnya secara pukal pula. Dalam 30set. Hurm, insya Allah.

Orang kata, kalau nekad kita kuat, insya Allah apa pun yg kita nak buat pasti ada hasil walaupun susah. Macam mamaG, walaupun 1 malam je siapkan semua set tu tapi dalam nak buat tu mcm mcm hal jadi, mesin jahit tepi buat hal la, anak mamaG yg kecik tu meragam la. So xboleh nak fokus sangat. Dah lepas jam 1am baru la mamaG boleh buat keja laju sikit tanpa gangguan anak mamaG. Cuma sesekali je la kene layan dia bila dia bangun nak susu botol atau susu badan.

Tapi sebab nekad hati mamaG kuat nak siapkan juga demi biz mamaG yg akan datang, mamaG kene la bkorban sikit kan. Yang penting persepsi klien kene jaga dan kualiti on top of it.

Kat bawah ni few pics set mamaG jahit. Kualiti kain memang bagus. Kain cotton kualiti tinggi. Sejuk pula tu sesuai utk baby. Korang boleh la singgah menjengok website owner ni kat www.tilambayi.com.





0 berbalas bebelan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea