Aha, akhirnya ade juga workstation mamaG sendiri utk wat keje. Ni utk sementara. Semua ni idea enchek Asben la ni. Makaseh laling, lubyu! Dia kesian agaknya mamaG menjahit kat meja makan dan kadang tu mengukur kain bentang kat lantai. Tapi memang kejenye cenggitu pon kan. Sebab kli mengukur kat meja memang tak muat pon. No workstation kat ruang tamu je. Kat area 'wall of fame' mamaG. Ok la boleh menjahit sambil tgk pics (ilham n motivator) dan juga sambil jeling-jeling tengok tivi gitu kan... Santai je menjahit, dun stress stress nanti jahitan tak kemas n customer pon taj puas hati. Kan susah nanti.
Enchik asben kata utk sementara guna meja study je dulu. Nanti kononnya nak belikan meja yg proper sikit. Alahai laling ku i tak kisah pun guna meja apa asalkan ada tempat menjahit. Lagipun mesin tu letak kat meja bila nak guna je, bila ada tempahan. Tapi utk minggu ni dan seterusnya mesin jahit n mesin jahit tepi ni kene duk luar je, sebabnya beberapa hari ni dpt beberapa tempahan jahit baju la pula. Dan juga ada oramg offer tender jahit set sarung tilam dan bantal baby utk kedai online dia. Semalam dia hantar kain dan sample. Cantik kain dia, baru mari dari Jepun.
Minggu lepas lagi tuan kedai ni tepon nak book mamaG utk tender dia ni. Tapi kain dia order dari Jepun tu minggu ni baru sampai. Tu yang semalam baru dia hantar. Hah kalau korang nak tengok apa tuan kedai ni jual cuba la pi website dia kat www.tilambayi.com. Gambar yang kedua tu, tu la sample tuan kedai tu minta tlg jahitkan. Kiut kan kan kan. Rasa cam nak beli tapi baby kecik tadak lagi. Hohoho beli sebab kiut tidak digalakkan, okeh. Hahaha
Okeh la, nak update tu jew. MamaG nak sambung keje menjahit kejap ya. Ada few order lagi tgh tunggu. Esok pulak nak kene jumpa org Cyberjaya, dia nak tempah baju kurung moden pula. Rezeki kan.Yang penting jangan tamak kalau tak reti or tak menang tangan nak buat. Kualiti tu penting. Enjoy ur petang... Muahh..
Translate My Blog
MamaG Official Batch
Si MamaGLam
08 October 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 berbalas bebelan:
Post a Comment