Laman

18 October 2012

Nasi Ayam Penyet, Sedap Ke?

Celoteh Aku MamaGlam at 12:50 PM

 

Gambar ini hanyalah menyebok di dalam entry, sebabnya time ni lepas makan, pi beli ni. Time pula ada promo kat watson. Buy 1 Free 1. Dah la gitu, kalau guna member price pula dapat lagi diskaun. Kalau tak member, harga RM19.90 dan dpt 1 free lagi bedak. Kalau member just bayar RM17.90 jew n get 1 free bedak lagi. Hah, kan untung.. Ni baru namanya perut kenyang, senang hati (sebab dpt promo n diskaun, hehehe)..




 *Entry.Bulan.lepas.terlupa.nak.citer. *

Time ni 1st time mamaG masuk restoran Ayam Penyet kat Alam (Alamanda) ni, BFF mamaG yang bawa makan kat sinun. Nak harap mamaG, memang tak tua wujudnya restoran nih.. Kalau pi ALam pun, alih-alih fast food je la, yela, nak food yang fast jer, sebabnya nak meronda kawasana kan.. huhuhu...

Okeh, pendapat mamaG, Nasi Ayam Penyet ni, macam biasa je pun.. Tadak la kata sedap bebenor.. sori la pada peminat tegar or fanatik Nasi Ayam Penyet ni.. Tekak orang berbeza-beza..

Restoran ni Nasi Ayam Penyet ni, adalah restoran masakan Jawa, Indonesia gitu kan.. Dari Menunya saja dah menampakkan kepelbagaian jenis masakan Jawa yang macam sedap je bila tengok gambar tu kan. Ok, mana tu mamaG order Menu Nasi Ayam Penyet biasa jew. Yela baru nak try kan. Kalau ok, it will B next time la, kalo tak, it will be NEVER come back la. Masa 1st time tengok dia hantar order mamaG tu, mamaG was like "mmmmmmmmm, ini je ke? Nasi putih, Ayam goreng yg dipenyekkan, tempe goreng, sayur kankung rebus, kobis rebus dan sambal belacan... hurmmmm"...

Then mamaG pun makan la, oleh kerana lapar, mamaG makan jugak la.. huhuhu.. So far, rasa macam biasa jew, macam kita makan nasi putih ngan ayam goreng. TETAPIIII, hah ada tapinya.. walaupun rumah menunya biasa-biasa jew, tapi jangan dipandang enteng (wah gitu) tempe dengan sambal belacannya. Mabeles sedap gue cakap lo.. Sambal belacan dia memang terbaeekk..

Untuk menambahkan lagi betapa sedapnya sambal belacannya, mamaG tanpa segan (segan sikit dan malu juga) minta refill sambal belacan ituuuu... hah, nasib baik boleh.. Korang penah ke buat agenda refil-merefill sambal belacan?.. hahaha.. mula-mula tu segan juga, ye la malu kut nak minta tambah sambal kan.. Maunya dia kata tak boleh kan.. 1 order, 1 kali je bagi sambal hah..

Memang boleh refill sambal dia, tp yang buat mamaG n BFF mamaG elok-elok tak segan jadi segan dan malu tu, lepas je mamaG menyatakan hassrat nak tambah sambal tu, boleh pulak orang restoran tu main jerit kuat kat pelayan dia suh tambahkan sambal kat meja kami.. Mak ai... agaknya time tu muka mamaG sama merah ku dengan sambal belacan tu..
hahaha..

Dan, selepas daripada itu, mamaG pon pomot la kat hubby makan tempe ngan sambal belacan.. huhuhu.. Mula-mula enchek hubby macam tengok pelik jew.. Tapi lama-lama tu terjebak jugak la.. hahaha. Sejak itu, tiap kali beli tempe jew, mesti sambal belacan pun ada  skali.. Memang mabeles la.. Tenkiu Restoran Ayam Penyet sebab  bagi inspirasi kat mamaG buat menu kat rumah yang memang tak boleh nak resist lagi dah.. Walaupun sambal belacan tak sama macam kat Ayam Penyet, tapi konsep (ade ke?) menunya sama.. huhuhu..

Nanti korang try la makan kat situ.. o ya, psst psst psstt, walaupun mamaG suka sambalnya yang enak itu, tapi mamaG kurang suka persekitarannya yang banyak sanat lalat menyinggah tu.. Tak senang nak makan.. Ade je lalat yang hinggap kat makanan.. Kalau seekor 2 takpa gak, ni berekor-ekor.. Mungkin sebab tertarik dengan bau sambal kut..

0 berbalas bebelan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea