Laman

30 September 2012

Alkisah Raya 2012: Raya ke-3 1 Big Family Photoshoot Session @ Studio

Celoteh Aku MamaGlam at 9:30 AM 0 berbalas bebelan

Tahun ni semua pakat-pakat nak amik gambar ramai-ramai dalam satu studio. Pakai baju yang sama masa raya pertama ari tuh.. Wah, sangat teruja time tu.. Kedai sutdio gambar tu penuh dgn kami jew semua.. Yang lain duk melpak diluar sebabnya panas dan sesak sangat kat dalam ni.. Nak tunggu turn bergambar famili masing-masing dan juga semua skali. Bayangkan, start dari jam 5pm temujanji amik gambar, dekat jam 8 baru selesai bergambar.. Abis-abis je bergambar memang lapar gila.. hahaha..



tuan punya studio tengah arrange kan keduduka kami.. hampir-hampir tak muat tapi coba juga dimuatkan sampai muat.. hahaha

Dah macam nak nasyid dah mamaG tengok.. hahaha




DD dan Umi mamaG

32tahun bersama... Alhamdulillah..




Lil sis wif her fiance

hah ni yang mamaG pelik mak mamaG ni, si Beno ni a.k.a tunang adik mamaG belum rasmi dan registered lagi jadi ahli kuarga tapi mak mamaG insist juga nak suh si Beno ni datang juga semata-mata utk photoshoot ni.. Sayang betul mak mamaG kat dia ni.. Tapi dia mmg best pun, klu jumpa mamaG memang ada ja la kami ni.. apa-apapun pre-welcome to my future in law, okeh..

parent wif my bro... (orang yang paling susah nak amik gambar sama-sama.)



ahhh, so in lurve..


bersambung lagiiii

28 September 2012

::Artikel :: Ibu Memakai Susuk

Celoteh Aku MamaGlam at 5:06 PM 0 berbalas bebelan
 

alt
Kami menerima komen dari seorang pengunjung yang meminta penjelasan tentang kedudukan ibunya yang memakai susuk. Berikut adalah catatan beliau:

Daripada Insan Mengharap:  

"Salam. Saya memerlukan pendapat mamafarhah untuk menyelesaikan masalah saya ini.. 10 tahun dahulu, ibu bapa saya mengalami masalah rumahtangga disebabkan oleh kehadiran perempuan lain. 

Atas nasihat kawan, ibu saya memakai susuk untuk memikat suami yang didapati daripada seorang bomoh yang kononnya sebagai penyelesaian masalah tersebut tanpa pengetahuan ayah saya. Ibu saya jenis yang tidak terdedah dengan dunia luar dan kurang pengetahuan agamanya, maka dia tidak mengetahui memakai susuk salah dari segi Islam. 


Saya tidak mampu untuk menasihati ibu memandangkan pada waktu itu saya masih bersekolah rendah. Menurut bomoh itu susuk tersebut boleh hilang kuasanya  apabila umur mencapai 40 ke 50 lebih.


Apakah hukumnya dalam kes ini dan apa komen mamafarhah? Bolehkah susuk akan hilang sendiri tanpa dibuang? Saya mohon pendapat mamafarhah memandangkan keadaan ibu saya yang tidak pernah bersolat walaupun usianya telah mencapai 40 tahun lebih. Saya bimbang andai susuk tersebut menjadi penyebab utama sebagai penghalang ibu untuk beribadat."


Ulasan kami adalah seperti berikut:

1. Terlebih dahulu kami mengucapkan tahniah dan syabas atas sifat prihatin saudari yang ingin melihat ibu dan ahli keluarga berada pada jalan Allah S.W.T. Moga Allah memberikan kekuatan dan istiqamah kepada saudari.

2. Pemakaian susuk adalah dilarang oleh Allah kerana ia merupakan satu amalan sihir iaitu meminta bantuan jin untuk mendapat sesuatu. Sihir ini boleh memesongkan aqidah dan boleh membawa kepada keluarnya agama jika pergantungan kepada makhluk jin itu mengatasi pergantungan kepada Allah.

3. Orang yang mengamalkan susuk akan mendapat keseronokan kecil yang sementara, tetapi akan mengalami penderitaan yang panjang dalam hidup di dunia, dan penyeksaan yang dahsyat di Akhirat nanti, jika dia tidak segera bertaubat dan meninggalkan amalan itu.

4. Sifat jin kafir (Syaitan) amat suka jika dapat menumpang pada jasad manusia. Sekali dia diberi ruang, dia tidak akan mudah keluar atau pergi begitu sahaja. Maka pada umumnya susuk itu tidak akan hilang sendiri, bahkan perlu dihilangkan melalui perubatan Islam. (Atau sekurang-kurangnya perlu disahkan bahawa ia telah hilang melalui rawatan perubatan Islam).

5. Berasaskan maklumat saudari, ibu saudari tidak pernah bersolat, maka perkara utama yang perlu dilakukan ialah untuk menimbulkan kesedaran beragama bagi mengukuhkan aqidahnya kepada Allah dan keyakinan kepada balasan Allah melalui Syurga dan Neraka selepas kematiannya.

6. Kemudian, perlu dibimbing agar dia mengamalkan rukun Islam yang asasi seperti solat, puasa dan lain-lain di samping mendekatkan dirinya dengan al-Quran.

7. Selepas itu, dedahkanlah kepadanya dengan ilmu-ilmu Islam termasuk dalam soal amalan sihir dan perubatan Islam. Ajaklah dirinya supaya kembali ke jalan Allah.

8. Usahakan agar dia dibawa menjalani rawatan perubatan Islam (seperti Darussyifa di bawah pimpinan Dr. Harun Din atau Darussalam di bawah pimpinan Ust Ismail Kamus) bagi membuang susuk yang ada pada dirinya.

9. Dorongkan diri ibu agar istiqamah pada jalan Allah.

10. Selain itu kami cadangkan juga agar saudari menggunakan pendekatan yang hikmah agar usaha ini dapat mencapai sasaran yang terbaik.
Moga Allah merahmati usaha saudari itu.

- Artikel iluvislam.com

Alkisah Raya 2012: Raya Ke-2 (Suka-sukati)..

Celoteh Aku MamaGlam at 11:00 AM 0 berbalas bebelan

Raya kedua mamaG dah ada kat rumah mak mentua mamaG di bandar Sandakan. Seperti kebiasaan dan juga tahun-tahun sebelumnya, keluarga sebelah hubby akan buat open house. So, mamaG n hubby jadi part of tuan rumah juga la kan time tuh.. Bila beraya di sebelah kuarga hubby, tiada apa yang meriah sangat pun, raya seperti biasa saja, taklah terasa sangat meriah raya tuh.. Dan tak lah semeriah dan sekecoh kaluarga sebelah mamaG.. Dan lagi pun sebelah hubby ni, dorang takda apa-apa tradisi atau aktiviti keluarga tiap-tiap tahun pun untuk sama-sama berkumpul dan bergumbira selain daripada open house dan juga berhari raya..  Jadi raya tahun ni, memang tak ade apa-apa yang dapat di kongsikan pengalaman raya mamaG di keluarga sebelah hubby.. Yang ada hanyalah, gambar-gambar photolergik dan photogediks jew la.. hahahaha.. 


Rayyan.. Picture taken by Irfan (Pandai betul dia snap)..

Yang ni also taken by Irfan.. habis potong separuh muka macik bongsu dia.. hahaha

sis Ieda wif mak - picture taken by adik sendiri.. (Pantang ku suruh pegang hpku, habis penuh gambar dia saja..)




mamaG and Mak yang gorjes..




Nah kann, abislah penuh ngan mukanya seja.. hahaha


Me and Hubby

alolololo... jangan jelesss...

Dis is 1st time mamaG beli baju ala jubah gini yang glamer ni.. Santek tak?.. combinasi biru dan pink yang soft.

Ada gaya model tak?.. Tadak sapa ka nak sign aku jadik model?.. Anyone? No one?.. hahaha (Perasana la haiii!)








Jumaat Yang Ceria.

Celoteh Aku MamaGlam at 8:58 AM 2 berbalas bebelan

Salam Jumaat u all. Amacam ari ni sihat kew? Moga hari ni semua sht dan ceria jew, macam mamaG. Ekekeke... Ntah apa hangin ari ni ni mamaG sampai opis awal drp kebiasaan yg biasanya pun memang awal jg. Tapi ni lg awal.

Pas hantar Irfan kat taska pi kedai kat JPN tu, utk mkn bekfas. Wah pagi ni bekfas mmg lite mcm biasa TETAPI macam macam. Hahaha... Ussual mamaG.

Pagi ni ai bekfas minuman cereal nestum, pastu sandwich telur, roti gulung kari kentang ( hah ni mamaG baru nak try, sebab ianya benda baru bagi mamaG tu yg beli nak try tu. Kuih ni macam roti jala tapi ada inti kari kentang gitu la. Kira xda nak cicah2 kuah kari dah sebab karinya kat dalam kuih) ngan cookies cadbury. Mak ai, ni melantak namanya biarpun bkn makanan yg berat tetapi kandungan vitamin dan protien (cewahh) dlm bekfas mamaG ni dah cukup kut cover sama byk mcm orf lain makan yg berat2 mcm nasi lemak kew, bihum/mee goreng ke. Kan kan kan... Ye kan ajeee.. Hahaha..

Ok la, enjoy Jumaat.. Jangan notti2 yaa..

27 September 2012

Projek Hujung Minggu

Celoteh Aku MamaGlam at 6:55 PM 0 berbalas bebelan

Memandangkan cuti selama 3 hari ni xjadik nak bercuti seperti yang dirancang, mamaG n hubby set satu projek ujung minggu. Hah, tau per? Cuci, kemas dan hias rumah. Hohoho... Lokasinya, ruang tamu, bilik laundry, dapur dan bilik anak bujang mamaG.

Itu Muhammad Irfan Arsyad a.k.a Irfan, suda berumur 4 tahun, jadinya dah kena tidur bilik sendiri. Kena biasakan. Dulu penah juga biasakan dia tidur bilik sendiri time adiknya belum lahir lg. Bk mai syok dia, berani pula tu tidur sendiri. Tak silap mamaG time tu dia umur dalam 2 tahun kut. Tapiiii kejap je la pun dalam 2-3 minggu je gitu. Pastu dok sebok tidur ngan mamaG n hubby walaupn tak setilam. (kacau daun jew)... Hihihihi...

Lepastu deko pula picture wall yg mamaG panggil 'wall of fame'... Guna satu ruang dinding khas utk gantung frame gambar sahaja. Waaa saya suka saya sukaaa.. Tapi xhabis gantung semua lagi. Gambar pun byk la yg belum masuk dlm frame. Gantung frame je dulu..

Sekarang ni memang mood mendeko jew. Idea tengah mariiii. Hihihi

Sepetang wif Kids di The Lake, Bdr. Tun Hussien Onn, Cheras.

Celoteh Aku MamaGlam at 6:51 PM 0 berbalas bebelan

Tadi enchek asben tepon suh balik awal, kononnya nak ajak budak2 pi taman kat The Lake. Bagi makan ikan kat tasik n bg budak2 tu lepas bebas main kat play ground.

Kitorang salu g sini sebab tempat ni best. Pusat riadah la. Playground pun ok. Ada tempat jogging, open gym dan luas. Kalau korang tau kat mana Kaffu bdr tun hussien onn, hah kat belakang kaffu jew. Memang rasa damai jew bila pi sini.

Lagi satu sebab nak pi taman ni pu sebabnya si Rayyan tu hari2 tnya bila nk pi taman. Pengasuh pun ada bagi tau, hari hari si Rayyan tanya, "maakkk, ummii ner? Nak gi aman laa. Ambat a ummiii..." hari hari dok tanya soklan yg sama kat pengasuh. Hahaha sabar jela ngan anak bujang aku sorang ni...

Orang paling gembira ialah YB Rayyan. Hahaha...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea