Laman

27 September 2012

Alkisah Raya 2012 : Purplely Raya

Celoteh Aku MamaGlam at 12:19 PM
Waaah, walaupon raya dah lama abis, mamaG tetap nak juga cer cer pasal raya mamaG yang mamaG rasa sangat happening dan paling hepi ever happen in mylife.. Bukanlah kata raya sebelum ni tak hepi, raya sebelum ni memang hepi juga dan kecoh seperti hari-hari bukan raya.. haahhaha... Cuma mungkin sebab kali ni semua ahli keluarga sebelah mak mamaG balik maka bertambah-tambah meriah la raya coz we are 1 very big big family tau.. Cer bayangkan, mamaG yang pangkat sepupu ni jew ada lebih daripada 35org dan mamaG cucu perempuan yang pertama. So, yang bawah-bawah mamaG tu semuanya kecik-kecik lagi, ada jugak yang dah berkahwin dan ada anak, yang masih belajar, yang tengah makan gaji pun ada lagi.. Dan apa yang bestnya, kami semua para sepupu-sepupu ni sangat-sangat la rapat. Dengan adik beradik mak mamaG pun kami memang rapat, sangat rapat. Kepala lak gila-gila... Bila jumpa je, memang kecoh la.. Ada jew bahan nak buat ketawa.. Setakat ni, mengikut rekod peribadi mamaG (cewah), sepupu mamaG yang paling kecik pun umur bar 1thn lebih, incoming sepupu insya Allah, next year. Dan, apa yang menjadikan kami semua ni ramai? Apa lagi kalau bukan sebab mak mamaG ada 10 org adik beradik. Dan semuanya produktiviti sangat subur. hahaha..

Mak ai, macam melalut dah ni mamaG ni... Sikit je lagi nak masuk simpang lari dari tajuk.. ekekeke... Okeh, cerita pasal raya tahun nih.. Bermula dengan raya pertama kami. Pagi tu, seperti biasa kami sebok la kan jalankan kerja masing-masing kan.. memandangkan terlalu sebok kononnya nak buat persediaan raya, masak itu ini, kemas sana sini, sekalinya pagi raya itu baru la terperasan yang, kami TIADA ketupat utk di cicah bersama kari ayam mak mamaG yang sodap itew.. Say what??!!! NO KETUPAT??!!! macam mana boleh terlupa nih?.. selalunya tiap-tiap tahun mamaG akan buat ketupat, sama ada mamaG anyam sendiri ketupat tu, or beli express kat pasar Sandakan yang kat tepi-tepi jalan tu, ada orang menjaja menjual ketupat yang dah siap dianyam.. Patutlah pagi tu bila makan, rasa macam ada yang kurang.. Sabar je la.. Redha jew la...

Ok, pagi tu, kami sekeluarga berkumpul di ruah nenek mamaG. Sesak dan kecoh je rumah nenek tu sebab terlalu ramai sangat kontinjen dah berkumpul untuk sama-sama beraya dan menunggu masa untuk menjalankan misi pagi tu, iaitu Berhari Raya di rumah sanak saudara. Berkonvoi lebih dari 6-7 kereta.. Part ni la yang meriahnya bila berkonvoi.. Tuan rumah yang diserbu tu pun, rasa macam segan jew nak layan, sebabnya sekali masuk rumah dia beraya, penuh rumah, siap terpaksa duduk kat kaki lima lagi hah.. hahahaha... Hari itu, kami semua menjalankan misi kontinjen kami, dari pagi sampai ke malam.. Non stop! Tak pernah kami buat sebelum ini.. Beraya dari pagi sampai malam.. Ko bayangkan macam penatnya kami tu.. Baju awal pagi raya tu, baju tu jugaklah pakainya sampai ke malam.. Pastu, semua naik bendera putih dah.. Tido tak ingat dunia dah.. hahahaha, memang penat! tapi sangat hepii... Yang tambah meriah lagi, Tahun ni, tema kaler satin purple.. adik beradik maamG beli kain satin purple beberapa gulung utk semua ahli kontinjen.. Satin kosong jew tapi lepas tu, potong ikut design masing2 dan hias ikut suka hati masing-masing.. yang penting pakai kain yang dah dibeli..

 Ni la adik beradik mak mamaG. Ada lagi yang belum masuk nih. Mak mamaG yang kedua dari kiri. Hah makcik yang ujung kiri tu, tu pun kira mamaGlam jugak tuh.. hahaha ampooonnn...

 mamaG, Mak dan Adik Bongsu... Santek tak kami?.. Purple Ladies...
 Dalam adik beradik mamaG, mamaG la yang paling rendah, 160cm je tingginye.. Tu yang bongsu tu yang paling tinggi tu, ntah la berapa tinggi dia rasanya dalam 170cm ke atas kut.. Ni bergambar pun, kami paksa dia rendahkan sikit badan tu.. Tu yang macam ala-ala sama tinggi je konon.. hahaha padan muko...




 Wif YB Rayyan..
 Suka bergambar like Uminya but tak suka senyum bila bergambar.. Bajet macho la konon tuh..


Okeh, amatur photoshoot session kat rumah nenek... 
 


Yang ni suka sangat lari tema tau.. kan dah jadi team lain.. Katanya baju yang potong kaler purple tu, terlupa nak bawa.. Sabar jew la.. Potng stim betul la.. tapi xpa, dimaafkan sebabnya tahun ni je terlupa bawa kan.. selalupun memang ikut tema..

Hah, famili yang ni, memang tiap-tiap tahun or tiap kali kenduri yang dah tetapkan tema dan beli kain sedondon, MESTI without fail akan lari dari tema dan tak nak ikut tema langsung.. sukati jew nak pakai baju kaler apa.. every year n every time pun memang spoil theme..

Yang ni mamaG panggil keluarga Glam gitu.. macik mamaG yang tu (dua dari kanan), dia memang sangat suka melaram macam mamaG.. Tanak kalah pulak tuh.. Setiap kali raya n setiap kali ada kenduri yang ada tema, dia ni pun without fail, memang sangat glam-glam dari orang lain.. hahahahaa.. (ni geng mamaG share pasal fashion n beauty)..

Ni keluarga polis. sebabnya laki bini pun kejenya polis.. Pakcik mamaG ni kawin ngan orang mualaf dari kunak ke kudat, tak igt la pulak.. makcik yang sangat aktif dan sporting.. ni geng jugak nih.. hahaha

Adik beradik mamaG, Ipar-duai (pertama dan kedua di ujung kiri) dan my gorjes granny (yang tengah)..



Mak dan Granny.. Luv u both...

Okeh, beraya time!...

mamaG dan Irfan bergabung, memang mletup la.. dua-dua pun photolergik.. haahha




wif enchek Asben.. Hai, jeling kenapa tu? Apa nak buat i memang dilahirkan suka bergambar.. hahahaha.. Terima la seadanya binimu ini..


wif adik nenek (yang tengah)..

Sempat berjejak kasih dengan saudara pangkat makcik a.k.a bekas housemate time bujang dulu.. miss u bunch, darl! (paling jarang balik kampung beraya - gila workaholic!)

 Nila keje budak-budak ni, orang beraya, dorang sebok tengok movie Upin Ipin kat ipad.. Geng budak-budak gajet! hahaha


Kat sofa tu, geng anak-anak baru nak jadi anak dara.. kejenye melawa jew.. hahaha
 




 Melepak wif sepupu sepapat kat beranda belakang rumah adik nenek.. Kat belakang tu dulu ada sungai tempat kami waktu kecik-kecik dulu mandi.. sungai tu la prot paling baik punya.. hahaha.. hurmmm, banyak kenangan ngan sungai tu la.. sekarang dah takda..






hah yang ni bukan sepupu or sepapat tapi MAKCIK BONGSU!.. Suka masuk geng kitorang.. selalunya dia la leader of the leader kami.. hahaha.. Perangai pun lebih kurang je gila-gila..




mASA uNTUK zIARAH kUBUR.. ah 5tahun mamaG tak pergi ziarah kubur. Macam-macam halangan. Period la, jaga anak la (selalunya lah).. Tahun ni alhamdulillah berpeluang menziarah kubur. Patut la rasa cam complete je raya kali nih..






hah jangan jeles, santek tak ai?..








hah macam artis tak kami kat sinun?.. ahahaha.. ko hade payung kuning?.. hahaha






Adik beradik nenek mamaG..
 Bersambung....




2 comments:

  1. Hebat, gojes kamurang skeluarga! Hihi. Kagum aku. Terus aku terpkir2 klu beli satin kosong akan jadi baju apa? Blm prnh buat camni utk rya. Ok, idea utk mjlis kawen yg akn dtg. Tradisi kami, siapa punya majlis, dia yg sponsor baju seragam, bagi kain ja masing2 hntr kedai jahit. Best pula tgk baju kamu dari kain yg sma tp jd fesyen2 yg macam2. Siok, siok, hehehe

    ReplyDelete
  2. hahaha, tq nani.. kami mmg gini.. tiap2 tahun raya n kenduri mesti buat tema pastu beli kain bergulung-gulung pastu masing-masing la buat..

    nah ok la tu, buat mcm kami tuh.. tggl ko tambah labuci ka manik ka apa..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea