Raya datang lagi tahun ni. Syukur lah. Harap harap umurku dipanjangkan untuk menyambut hari lebaran ni...
Makin dekat hari raya makin rasa macam tak selesa. Mungkin sebab phobia kut. Laaa phobia lagi kew? Bukan apa, tahun lepas kan mamaG sekeluarga sambut raya dengan penuh tragis. MamaG hampir kehilangan mak dan adik perempuan mamaG sehari sebelum raya. Tahun lepas raya mamaG tak meriah mana tapi lebih menghargai apa yang ada didepan mata. Betapa mamaG tak sanggup nak kehilangan mak dan adik mamaG yang sorang tu.
Disebabkan insiden itu, kami sekeluarga lagi jadi lebih rapat, walaupun sebelum ni memang rapat pun. Kalau berkumpul ada jew cerita. Tak boleh nak stop stop dah... Berenti bila nak tido jer.. Hahaha... Pastu rumah jadik riuh dok gelak jew keje... Ade je yg lucu... Imaginasi lebey.. Hahahaha.. Rumah duk 2-3 org jew tapi dengar suara macam saploh org dalam rumah. Riuh bkn main lagi...
MamaG syukur sangat kami adik beradik rapat. Dan, mamaG syukur juga mamaG jadi tempat adik adik mamaG merujuk atau berkongsi cerita dan masalah. Macam best friend gitu... MamaG memang treat dorang macam kawan baik mamaG. Itu je cara kalau kita nak adik2 kita rapat dgn kita, x malu nak kongsi cerita peribadi ngan kita dengan rela hati, tak sengan nak minta nasihat kita dalam hal hal peribadi dorang. Yela, masing masing kan dah besar, ada life sendiri, cara sendiri.
Part yg paling best, imaginasi ngan suka kongsi tukar tukar barang.. Honohoho...
Apa2 pun mamaG suka dan harap keakraban kami adik beradik ni kekal la sampai tua, macam adik beradik mak mamaG. Sampai dah bercucu pun masih rapat, gila-gila pula tu, sporting, saling tolong...
Dan itu la yg mamaG cuba amalkan... MamaG nak jadi best friend kepada semua adik beradik mamaG. Sebab bagi mamaG, macam mana baik buruk pun dorang, dorang tu jela adik beradik kandung yang mamaG ada. Dorang jela saudara sedarah dengan mamaG. Kalau boleh susah senang, sama-sama kita lalui. Tak banyak dpt di tolong, sit pun jadi lah.. Atleast, mamaG sentiasa ada utk bagi bantuan, tak kiralah, nasihat ka, bantuan kewangan ka, cadangan ka, bantuan tenaga ka, apa saja... MamaG cuba bantu setakat yg mampu, dengan izin suami mamaG dan redha-Nya.
Apa2 pun mamaG harap tahun ni, raya akan lebih bermakna. Tambah lagi mamaG balik kampung lama skit daripada kebiasaannya. Biasanya seminggu atau saploh hari jew, kali ni direct 2 minggu.
Insya Allah, mamaG akan guna masa yg ada spend time yang berkualiti dan enjoy dengan keluarga mamaG.
Translate My Blog
MamaG Official Batch
Si MamaGLam
08 August 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 berbalas bebelan:
Post a Comment