Laman

29 August 2012

6 Jenis Makanan Yang Boleh Elakkan Kena Migrain..

Celoteh Aku MamaGlam at 1:16 PM 0 berbalas bebelan
Beberapa jenis makanan sering disebut sebagai pengubatan alternatif untuk penyakit tertentu. Menurut pakar gizi terkenal Joy Bauer yang juga penulis buku Food Cures, ternyata ada makanan yang boleh membantu mencegah migrain.
Berikut adalah diantara makanan yang dikatakan dapat membantu mencegah penyakit tersebut:

1. Telur
Makanan terkenal dengan kandungan omega-3 yang dapat mengurangi peradangan yang dikenal pasti sebagai penyebab migrain. Anda boleh mendapatkan telur yang diperkaya dengan kandungan kandungan omega-3, kerana ia dipercayai dapat melawan kesakitan akibat migrain.

2. Kekacang
Sejumlah penyelidikan telah mengaitkan kekurangan magnesium dengan migrain. Daripada hasil penyelidikan menunjukkan bahawa sebahagian daripada penghidap penyakit ini memiliki jumlah magnesium yang melalui proses pengionan dalam darah dengan jumlah yang sedikit. Cubalah untuk amalkan mengambil kacang-kacangan. Magnesium di dalam kacang melindungi tubuh dari sakit kepala dengan cara merehatkan pembuluh darah. Antara lain, magnesium juga dipercayai berkesan untuk menenangkan fikiran yang sedang berada dalam keadaan tegang, sepanjang sakit kepala melanda.

3. Susu skim
Riboflavin atau lebih dikenali sebagai vitamin B2 memiliki peranan penting dalam membentuk sel darah merah, antibody di dalam tubuh dan juga berperanan dalam melepaskan tenaga daripada karbohidrat. Riboflavin juga memiliki peranan penting dalam menghasilkan tenaga sebab kurangnya tenaga dikenal pasti dapat meneybabkan migrain.

4. Biji rami
Biji-bijian dengan ukuran kecil ini memiliki kandungan gizi yang tinggi dengan asid omega-3 dan telah dibuktikan untuk mengurangi peradangan akibat migrain. Tidak hairanlah kerana biji rami memang sering dikatakan sebagai ubat untuk menurunkan risiko hipertensi, strok, kanser, gangguan imunisasi dan juga masalah penyakit kulit tertentu.

5. Bayam
Merupakan salah satu jenis sayuran hijau yang paling terkenal. Ini kerana bayam kaya dengan kandungan magnesium yang berkesan untuk menghindari migrain.

6. Salmon
Ikan ini sering disebut-sebut sebagai ikan tinggi kandungan omega-3. Ikan mahal ini juga termasuk di dalam kategori jenis makanan yang berpotensi untuk mencegah migrain.

Sumber: RadioInfo.com

21 August 2012

Cara Nak Hilangkan Panau

Celoteh Aku MamaGlam at 12:50 PM 0 berbalas bebelan
 SApa ada panau, angkat tangn!!!! Konpem la kan tadak sapa nak angkat.. Takpa, tak kesahpun, kalau mamaG pun tanak angkat tangan kan, malu beb!.. Okeh, kat sini mamaG nak kongi macam mana nak hilangkan panau durjana itew.. jom tengok.. Ni mamaG dapat drp website 101petua.com... Terima kasih kerana share...

Jom tengok cane... Ada banyak cara tau, korang pilih n coba la mana satu yang korang nak.. okeh, ingat tau, ia perlu diamalkan selalu, bukannya sekali dua kali terai terua nak nampak hasil okeh... Yang penting juga, yakin, mujarabnya petua ini kerana dengan izin dan kekuasaan Allah swt... 

- Ambil halia sebesar ibu jari dan tumbuk hingga lumat. Tepekkan halia yang telah ditumbuk pada bahagian kulit yang berpanau. Biarkan selama 15-20 minit. Amalkan selalu.

- Tenyehkan pucuk lada pada bahagian kulit yang bepanau. Amalkan selalu.

- Tumbuk 2 ulas bawang putih bersama sedikit halia. Sapukan pada bahagian kulit yang berpanau. Biarkan sehingga kering. Amalkan setiap hari.

- Tumbuk beberapa ketul lengkuas dan ambil air perahannya. Sapu air lengkuas pada bahagian kulit yang berpanau. Sementara itu jangan makan makanan yang mengandungi lenkuas. Amalkan selalu.

- Tumbuk beberapa helai daun lengkuas dan ambil air perahannya. Sapukan air perahan tersebut pada bahagian kulit yang berpanau. Sementara itu jangan makan makanan yang mengandungi lenkuas. Amalkan selalu.

- Tumbuk daun pinang hingga lumat dan sapukan pada bahagian kulit yang berpanau. Amalkan selalu.

- Ambil air perahan buah pinang dan sapukan pada bahagian kulit yang berpanau. Amalkan selalu.

- Tumbuk beberapa helai daun belimbing hingga lumat. Campurkan dengan sedikit asam jawa dan sedikit beras. Tempekkan pada bahagian yang berpanau. Amalkan setiap hari.

- Campurkan secekak daun kesum dengan minyak tanah. Gosokkan pada bahagian kulit yang berpanau. Aalkan setiap hari.

- Tumbuk beberapa helai daun gelenggang hingga lumat. Sapukan pada bahagian kulit yang berpanau dan biarkan selama 15-20 minit. Bilas hingga bersih. Amalkan selalu.

20 August 2012

Bahaya Tidur Depan Kipas...

Celoteh Aku MamaGlam at 1:14 PM 0 berbalas bebelan
Ternyata sekarang ini musim panas dan ramai di antara kita gemar tidur dengan menghadap kipas angin yang dihidupkan. Namun perkara itu sebenarnya mengundang bahaya kepada diri sendiri. Sebagai contoh cubalah bernafas di dalam kereta yang sedang bergerak laju dengan tingkap terbuka. Anda mungkin akan sukar bernafas kerana cepatnya aliran angin. Angin kencang dari kipas angin diarahkan ke muka kita pun akan menyebabkan fenomena yang sama.

Kerana aliran udara ini sangat kencang, kita tak boleh menghirup oksigen yang kita perlukan sehingga akan timbul gejala sukar bernafas. Lebih parah lagi kalau kita tidur menggunakan kipas angin yang arah anginnya menghadap ke wajah kita di dalam bilik yang semua tingkapnya tertutup, kerana suhu tubuh kita akan menurun. Pada dasarnya, waktu tidur suhu tubuh kita akan menurun perlahan-lahan. Angin dari kipas angin akan membuat suhu tubuh kita semakin turun, nafas dan denyut jantung kita akan menurun perlahan-lahan. Jadi, angin dari kipas angin akan membuat suhu tubuh kita semakin turun, nafas dan denyut jantung kita menjadi lambat, serta tekanan darah kita pun menurun.

Fenomena ini sama seperti ketika kita masuk ke air sejuk untuk tempoh yang lama, yang boleh menyebabkan jantung kita tidak boleh bekerja dan fungsi pernafasan kita lemah, dan akhirnya boleh menyebabkan kematian. Dengan kata lain, kalau kita tidur di dalam bilik yang semua tingkapnya tertutup dengan kipas angin terbuka, lalu kipas anginnya menghadap tepat ke wajah kita, boleh mengakibatkan kematian kerana hal itu membuat kita sukar bernafas, kekurangan oksigen, serta membuat suhu tubuh kita menurun.

Sumber: Radioinfo.com

19 August 2012

Allah s.w.t. Lebih Tahu Apa Yang Terbaik..

Celoteh Aku MamaGlam at 10:04 AM 0 berbalas bebelan

18 August 2012

Cara Nak Hilangkan Sembelit

Celoteh Aku MamaGlam at 1:17 PM 0 berbalas bebelan
 Jom cuba cara-cara untuk merawat sembelit. Moga berhasil.

1) Makan buah pisang atau betik selalu.

2) Ambil dua biji pisang lemak manis yang cukup masak. Buang kulitnya dan kisar bersama segelas air. Amalkan minum air pisang ini dua kali sehari sehingga sembuh.

3) Dapatkan akar temu lawak dan segenggam biji sawi. Masukkan ke dalam periuk dengan air secukupnya. Rebus hingga mendidih. Tutup api dan biarkan sejuk pada suhu bilik. Tapis dan minum airnya pagi dan petang setiap hari sehingga sembuh.

4) Rebus daun gelenggang dan jadikan ulaman makan bersama nasi setiap hari.

16 August 2012

Diam, Senyum dan Doa...

Celoteh Aku MamaGlam at 9:03 AM 0 berbalas bebelan

15 August 2012

Jangan Semasa Tidur....

Celoteh Aku MamaGlam at 1:25 PM 0 berbalas bebelan
1. Jangan memakai jam tangan ketika tidur.
Mungkin ada di antara korang yang terlupa untuk membuka jam tangan yang korang pakai sebelum tidur. Sebenarnya jam tangan boleh mengeluarkan radioaktif. Walaupun jumlahnya tidak banyak, sedikit sebanyak ia memberikan kesan yang negatif terhadap kesihatan anda.

2. Jangan tidur dengan handphone di sisi anda.
Para saintis percaya bahawa, jika kita meletakkan telefon bimbit bersebelahan anda ketika tidur, ia akan mengeluarkan sejenis gelombang yang boleh membahayakan kesihatan anda. Walaupun ada yang berbuat demikian kerana untuk dijadikan sebagai alat penggera. Kalau boleh elakkan.

3. Jangan tidur dengan muka yang bermekap.
Jika anda tidur dengan muka yang bermekap, ia sebenarnya mendatangkan kesan dalam kualiti tidur anda kerana, muka kita tidak rasa selesa dengan mekap yang belum lagi tertanggal. Selain daripada itu, ia juga menghalang kulit muka anda untuk bernafas dan mendapatkan pengaliran udara yang sepatutnya ketika tidur. Oleh itu, tanggalkan mekap sebelum tidur.

4. Jangan tidur dengan memakai coli.
Hal ini juga penting kerana pakar kesihatan di luar negara mengesahkan bahawa mana-mana wanita yang memakai coli ketika tidur berisiko tinggi untuk menghidap kanser payudara. Memakai coli lebih dari 12 jam juga tidak baik untuk kesihatan wanita.

5. Jangan tidur dengan memakai seluar dalam.
Ini untuk kaum lelaki khususnya. Pakailah seluar yang longgar dan tidak terlalu ketat semasa tidur.

6. Jangan tidur tanpa seurat benang.
Ia juga mengelakkan diri kita daripada tercedera ketika tidur bagi yang agresif cara tidurnya. Selain itu, ia juga sebagai persediaan untuk menghadapi kecemasan.
Nota Kaki:  Jangan lupa sebelum tidur berwuduk, membaca doa tidur, agar tiada gangguan.


Sumber: RadioInfo.com

14 August 2012

Rajuk Si Lelaki...

Celoteh Aku MamaGlam at 9:52 AM 0 berbalas bebelan
Betul ke ni?... Nanti nak test la kat Enchek Asben... Nak tengok dia merajuk macam mana.. Tapi kalau kita sakitkan hati suami dengan sengaja sampai dia merajuk, bukan ker kita sebagai isteri ni dikira berdosa sebab menyakitkan hati suami???? Hah, sapa nak jawap ni?...

Tarikh Luput Tong Gas... Dah Cek Belum???

Celoteh Aku MamaGlam at 9:47 AM 0 berbalas bebelan

mamaG baru tau pasal nih. Nak kongsi la sikit info berguna ni. Arap2 korang semua pun alert la mende2 macam ni ek. Jaga keselamatan kita dan keluarga dan rumah kita jugak.. Kang tak pasal-pasal meletup lak.. Nauzubillah.. TErimak asih pada yang sudi share info ni dengan mamaG.

Isteri Henyak Kepala Suami????

Celoteh Aku MamaGlam at 9:41 AM 0 berbalas bebelan
Ya Allah, sampai macam tu sekali punya main marah tak dibelikan baju raya. Apa nak jadilah kan umat akhir zaman nih.. Banyak sangat perkara-perkara pelik yang jadi kan.. Walau macam mana pun dia tetap suami kita, Syurga kita tetap kat bawah telapak kaki dia, takdenyer derr syurga kita isteri ni boleh main pass2 ke telapak kai suami orang lain ker, kaki jiran ker sesapa la hai...

Nak ker masuk neraka sebab tak dapat pakai baju raya baru jer?... Astaghfirullah.. Banyak2 la bersabar time-time posa ni.. Ya Allah, Kau lindungi dan berikanlah hidayah-Mu kepada kami para isteri agar tetap taat dan redhda pada suami kami... Aminn...

APa Kata Karpal Singh Mengenai Islam - Betul ke ni?

Celoteh Aku MamaGlam at 9:38 AM 0 berbalas bebelan

Sumber: Facebook Photo of Zainal Abidin Omarali

Wallahualam.. Kalau ikutkan, ni macam artikel Tahun 1990 ketika kenyataan ni dibuat. Akhbar mana tidak dibagitau la pula.. Betul ke tidak, tak pasti.. Watever it is, kalau betul dia pernah bagi kenyataan begini, Kesianlah Parti politik PKR kan.. Tidak salah memperjuangkan hak rakyat, bagus. tetapi jangan la sampai tidak sedar bangsa kita sedang dimanipulasikan utk kepentingan/agenda tersembunyi bangsa lain.. Dilaungkan 1Malaysia secara zahirnya tetapi disebaliknya hanya 1Bangsa sebenarnya.. Bukan 1Malaysia..


13 August 2012

Senarai harga rawatan Gigi yang disyorkan oleh Persatuan Doktor-doktor gigi Malaysia

Celoteh Aku MamaGlam at 1:27 PM 0 berbalas bebelan
Senarai harga rawatan Gigi yang disyorkan oleh Persatuan Doktor-doktor gigi Malaysia
Di bawah ini senarai harga rawatan yang disyorkan oleh Persatuan Doktor-doktor gigi Malaysia yang dikeluarkan pada tahun 2007. Harga yang disyorkan ini adalah supaya klinik-klinik swasta dapat memberikan rawatan yang selamat dan mengikut panduan yang ditetapkan serta menjaga kualiti rawatan. Bahan-bahan pergigian serta jenis rawatan yang dibuat sekarang mestilah yang terkini dan mengikut peraliran zaman. Diharap ianya dapat memberi anggaran rawatan di klinik-klinik pergigian swasta di negara ini. Kebanyakan klinik ikut harga yang ditetapkan ini tetapi ada juga segelintir yang tidak mengikuti, samada terlalu murah ataupun terlalu mahal. Jadi untuk mengetahui dengan lebih lanjut berapakah harga yang di tetapkan bolehlah bertanya kepada klinik yang di kunjungi sebelum memulakan rawatan. Jadilah pengguna yang bijak..TANYA DULU HARGA RAWATAN SEBELUM DI RAWAT.”

1. Diagnosis
a. Consultation – 25 ke atas
b. X-ray periapical atau bitewing – 20 ke atas
c. x-ray panoramic atau cepahamoletric ( utk rawatan orthodontik) – 60 ke atas
d. x-ray occlusal – 40 ke atas

2. Tampalan
I) Amalgam
a. simple – 50 ke atas
b. Complex – 65 ke atas
c. pin – 30 setiap pin

II) tampalan sewarna gigi ( GIC/Composite)
a. Gigi depan simple – 80 ke atas
b. Gigi depan complex – 150 ke atas
c. gigi belakang simple – 80 ke atas
d. gigi belakang complex – 200 ke atas
e. composite veneers – 250 ke atas

III) Tampalan Sementara – 40 ke atas

3. Crown
I) Ceramic – 1000 ke atas

II) Porcelain bonded to metal crown ( Luar porcelin dalam metal)
a. non-precious metal – 650 ke atas
b. semi-precious metal – 850 ke atas
c. precious metal – 1200 ke atas

III) Full metal crown
a. non-precious metal – 600 ke atas
b. precious metal – 1000 ke atas

IV)Post and core – 250 ke atas

V) Stainless steel crown ( utk kanak-kanak) – 250 ke atas

VI) Ceramic veneers – 1000 ke atas

4. Inlays & Onlays
a. Non-precious metal – 400 ke atas
b. precious metal – 800 ke atas
c. ceramic – 800 ke atas
d. composite – 400 ke atas

5. Simen semula crown yang tanggal – 60 ke atas

6. Rawatan saraf
I) Pulpotomy ( untuk kanak-kanak) – 150 ke atas per visit

II) Rawatan saraf ( dewasa)
a. Gigi depan – 400 ke atas
b. gigi geraham kecil( premolars) – 600 ke atas
c. gigi geraham besar ( molar) – 850 ke atas

III) Rawatan saraf secara pembedahan – 1000 ke atas
* semua harga rawatan saraf tidak termasuk harga tampalan

7. Periodontik
a. Scaling & polishing ( cuci gigi) – 85 ke atas
b. Polishing saja – 65 ke atas
c. Root planning ( cucian ke atas akar) – 80 ke atas utk sebatang gigi
d. simple perio flap surgery – 1000 ke atas ( per quadrant)
e. complex perio surgery dengan graft procedures – 1500 ke atas
* harga graft dan GTR tidak termasuk

8. Harga Gigi Palsu
I) Gigi separuh penuh ( partial denture)
a. tapak acrylic dengan sebatang gigi – 200 ke atas
b. tapak cast metal dengan sebatang gigi – 500 ke atas
c. tambahan gigi – 40 ke atas

II) Gigi palsu penuh
a. tapak acrylic utk atas saja atau bawah saja – 800 ke atas
b. tapak acrylic utk dua2 atas dan bawah – 1600 ke atas
c. tapak cast metal utk atas atau bawah saja – 1200 ke atas

III) Reline
a. gigi palsu tak penuh – 80 ke atas
b. gigi palsu penuh ( dibuat di klinik) – 200 ke atas
c. gigi palsu penuh ( dihantar ke lab) – 300 ke atas

IV) Tambahan gigi ke gigi palsu sedia ada
a. gigi pertama – 85 ke atas
b. tambahan gigi – 40 ke atas

V) repair gigi palsu atau tambahan clasp (cangkuk) – 60 ke atas

9. Cabutan
I) cabutan gigi dewasa
a. gigi depan – 60 ke atas
b. gigi belakang – 80 ke atas
c. cabutan susah – 350 ke atas

II) cabutan gigi kanak-kanak
a. gigi depan – 40 ke atas
b. gigi belakang – 60 ke atas

III) cabutan gigi geraham bungsu secara pembedahan kecil – 600 ke atas

IV) Biopsy dan report – 200 ke atas

V) Incision and drainage ( pembuangan nanah) – 70 ke atas

VI) Post operative review per visit ( rawatan susulan selepas cabutan bermasalah/pembedahan) – 25 ke atas

VII) Rawatan pendarahan berpanjangan selepas cabutan – 80 ke atas
* Ubat di caj berasingan

10. Rawatan Pencegahan
a. Florida – 80 ke atas
b. Fissure sealant utk sebatang gigi – 70 ke atas
c. Preventive resin restoration – 80 ke atas

11. Orthodontik (braces – pendakap gigi)
a.Simple removable appliance ( boleh tanggal-tanggal) – 1500 ke atas
b.Braces – 4000 ke atas
c. Functional appliance – 2000 ke atas
d. Retainer – 400 ke atas

12. Harga Implant Gigi (harga tanam gigi)
a. Prosedur implant ( termasuk skru dan healing cap) – 5000 ke atas sebatang
b. Prosedur prosthetic – 3000 ke atas
c. prosedur sinus lift – 2000 ke atas
d. prosedur tissue grafting – 3000 ke atas
e. surgical stent – 250 ke atas
f. bone maping – 250 ke atas
g. Prosedur guided bone regeneration dengan membrane – 2000 ke atas
h. Prosedur guided bone regeneration tanpa membrane – 1500ke atas
i. implant dengan bantuan komputer – 3000 ke atas
j. Prosedur stage 1 – 3000 ke atas
k. Prosedur stage 2 – 3200 ke atas
l. crown sementara – 1000 ke atas
* harga tidak termasuk consultation, planning, model gigi, x-ray, bahan graft, permanent crown, bridge dan gigi palsu

13. Lain-lain caj
a. dental report ( untuk insuran, peguam, dan lain-lain) – 200 ke atas
b. customize sport mouth guard – 400 ke atas
c. night guard ( utk mereka yang gesel gigi) – 400 ke atas
d. merawat gigi sensitive utk sebatang gigi – 40 ke atas
e. pemutihan gigi

I) satu gigi – 100 per visit

II) di rumah – 800 ke atas

III) di klinik gigi – 1500 ke atas
f. house call – 150 ke atas
g. hadir ke mahkamah utk keterangan – 250 ke atas
h. non-expert witness – 500 ke atas
i. expert witness – 1000 ke atas
j. attending dentist statement ( utk insuran) – 50 ke atas

Anda yang menghidapi masalah gigi, sebelum membuat rawatan boleh lah rujuk list di atas tu untuk dijadikan panduan semasa survey harga di klinik gigi. Setiap masalah gigi, kosnya berbeza, ada yang mahal, ada yang murah. Tambah-tambah pula jika dibandingkan kos klinik gigi kerajaan dengan kos klinik gigi swasta, contohnya: harga sebatang gigi palsu dengan tapak paling murah di klinik swasta sekitar RM100, manakala yang murah di klinik gigi kerajaan dalam RM12.

TIPS: Serbu saja mana-mana dental hospital di Universiti dan dapatkan rawatan Percuma! Anda pasti akan dilayan dengan baik sekali oleh bakal-bakal Doktor Gigi Malaysia. Sebab, Pertama; bakal Dr gigi memerlukan anda untuk pengajian mereka. Kedua; Pensyarah mereka akan memantau hasil kerja dan membuat penilaian. Maka mereka wajiblah buat dengan sebaik mungkin

Tak Faham Orang Macam ni.. Hah Kan dah Kena Potong..

Celoteh Aku MamaGlam at 10:07 AM 0 berbalas bebelan
Gurauan or Perkauman?.. Wallahualam,,, Watever it is, Jagalah dan hormatilah orang lain. Kitakan 1Malaysia.. Kalaupun tanak sokong, Senyap jer, sudahlah... Kan dah makan diri sendiri.. Lepastu tak berani nak kotakan janji.. Cubalah, janji yang baik-baik.. Kalau dia menang nak sedekah byk2 ker, nak berubah jadi lebih baik ker...

12 August 2012

MOM = WOW

Celoteh Aku MamaGlam at 9:36 AM 0 berbalas bebelan

p/s: bersyukur menjadi seorang Isteri dan Ibu... Kita takkan pernah menjangka kita akan dapat melakukan tugas sebagai seorang Isteri dan Ibu dalam satu masa jika kita tidak mengalaminya. Allah s.w.t. ciptakan wanita untuk melakukan apa yang lelaki tidak mungkin dapat lakukan ketika susah mahupun senang. Dan untuk itu, wanita diberi pelbagai ganjaran yang tidak terjangkau di dunia dan di akhirat dan kebajikannya dijaga oleh Allh s.w.t agar tidak diperlakukan sesuka hati.

10 August 2012

Keep On Moving...U Will Find What U Need..

Celoteh Aku MamaGlam at 12:49 PM 0 berbalas bebelan

Risau... Moga Semuanya Baik Aja...

Celoteh Aku MamaGlam at 12:42 PM 0 berbalas bebelan
Salam semua, 
Wah, dr pagi tadik tak senang hati ni hah, risaukan adik mamaG yang sedang bertarung nyawa nak melahirkan baby hari ni. Ya Allah, Kau permudahkanlah prosesnya, Kau berikanlah dia kekuatan dan Kau anugerahkanlah dia dan bayinya kesihatan yang baik. 

Tadi pagi mamaG dapat panggilan telefon daripad adik lelaki mamaG katanya adik mamaG yg membuyung itew dah masuk spital sebab subuh tadi air ketuban dah pecah dah... MamaG pun apa lagi terus call mak mamaG, bertanyakan status mak mamaG sekarang kat mana. Oh, dah OTW nak ke Kota Kinabalu dah, alhamdulillah, insya ALlah tengah hari sampai. 

mamaG pun pi la menyibuk call adik mamaG tu, kut la kan belum bersalin lagi, masih boleh jawap telefon. Hurm, tak dapat bercakap pun dengan dia. Dapat bercakap dengan hubby dia jew. Ok la tu, boleh tanya khabar adik. Hurm nampaknya masih dalam bilik menunggu sebabnya bilik bersalin penuh. Aduh la, pesalla ramai pulak yang nak bersalin ari ni kan.. hahaha... Takpa, berkat hari Jumaat, penghulu segala hari. 

Tadi jam 11.30 mamaG call lagi, tanya khabar, masih lagi dalam bilik menunggu. 'Jalan' dah bukak 5cm. Alhamdulillah. Kira cepatlah juga tu pembukaan jalan keluar bayi. Moga-moga kedua-duanya selamat. Sekarang ni dah jam 12.40pm, waduh, takda berita lagi. Nebes eh.. 

Tetiba terasa macam ngilu sekejap rasanya bila teringat balik masa mamaG melalui proses bersalin kedua-dua anak mamaG tuh.. Memang tiada perkataan yang boleh menggambarkan apa yang dirasa dan dilalui. tetapi semua perasaan itu akan terasa berbaloi selepas zuriat kita ada disebelah dan selamat dilahirkan dengan sihat dan sempurna.. Apa yang di rasa semasa proses bersalin tu, akan hilang macam tu saja tatkala melihat si comel... 

Ya Allah, tak sabar nak jumpa, peluk cium anak sedara ku yg bakal lahir ni la.. Insya Allah... Bersua juga raya nanti, jika dipanjangkan umur.. 

Kek Lapir Keju Kukus - Mo Try Yg Ini...

Celoteh Aku MamaGlam at 11:21 AM 0 berbalas bebelan
TErima kasih share resipi yg nampak sangat yummilicious nih.. 

kek lapis keju kukus...

bahan kek choc:
1 cwn koko
1cwn susu cair
1cwn minyak
1cwn gula
1/2 cwn susu pekat
(masak atas api) biar sejuk

(b)
1cwn tepung naik sendiri

(c)
3 biji telur (pukul sampai kembang)

cara2
masukkan (c) dlm bahan koko td..kacau...masukkan (b) kacau lg

bahan cheese

250g cream cheese
60g gula castor
25ml air
1 biji telur
25g tpg gandum

pukul semua bahan kecuali telur
pukul sampai kembang dan gebu
masukkan telur pukul lg

dh siap semua kukus selang seli mcm wt kuih lapis

Lelaki dan Samping Raya. Betul Ker?...

Celoteh Aku MamaGlam at 10:49 AM 0 berbalas bebelan
Betul ker? Ish ish ish...

Simbolik Di Sebalik Duit RM Yang Baru

Celoteh Aku MamaGlam at 9:02 AM 0 berbalas bebelan

Sesungguhnya Kita Saling Memerlukan...

Celoteh Aku MamaGlam at 9:00 AM 0 berbalas bebelan

09 August 2012

Ready Mix Cup Cake in Trial...

Celoteh Aku MamaGlam at 1:58 PM 0 berbalas bebelan

Hujung minggu hari tu, tak ingat la bila sebabnya ni dah lama la buatnya pon kan, time bizi urusan rasmi but weeken masih boleh lagi la nak have fun wif kids kan,... MamaG pi la menerai kononnya nak buat kek sponge guna yang dah ready mix punya kan.. Kepingin orang bilang kan... Ada yang kada yang ready mix pun sedap n paling penting senang sebabnya cuma tambah telur n butter jew.. So nak terai la ni konon kan...

Buat la ikut yang di tulis dalam kotak tu.. MamaG guna kek sponge ready mix yang ni hah... Perisa vanila jew... Tapi kan mamaG guna adunan ni utk buat cup kek... Sama jew kan, kek ke cup kek ker sama je cara buat kan. Bezanya cuma kalau dalam loyang, dia jadik kek, kalau guna cup, dia jadik la cup kek.. Gitu la alkisahnyeeeee ye jemah oi..

Pastu dah siap adun tu, mamaG bahagi dua adunan tu sebabnya nak letak kaler lain lain. Kononlah nak buat kek marbel konon kan. Pastu, letak pula filling coklat n peanut jem. Waduh waduh, xbley tahan dah... Konpem sedap ni.. Hahaha puji dirik sendirik nampak..

Dah bakar tu, hurm,... Pesal cam tak kembang ponnnn... Takpa la yg penting rasanya kan kan kan...

Kat atas cup kek tu mamaG letakkan cream cheese n sprinkle star skit... Waaaah, dah jadikkkk cup kek rady mix ku....

Okeh, komen ku pasal cup kek ready mix ni.... Silalah buat sendiri adunan tu. bukan apa, gila manisssss ready mix ni... Mmg macam tertumpah sekilo gula je dalam adunan... Makan satu sudu, minum air masak setengah gelas... Manis sangat-sangat, jemah oiiii, tak tahan mak la... Lepas ni konpom mamaG buat sendiri je la. Takyah nak ready mix bagai tu. kang tak pasal2 kene kencing manis kang.. Ish ish ish nauzubillah...

Hah yang ni, memang la pelanggan setia mamaG tiap kali mamaG baking ape je. Jadik ke tak jadik ke, dia bedal aje... Tambah2 kalau yang ade cream cheese, hah liciiiiiinnnn... Hohohoho... Terima kasih anak Umi.... Sayang dia....

 

 

 

 

Larangan Berdiri Utk HOrmati Seseorang...

Celoteh Aku MamaGlam at 1:41 PM 0 berbalas bebelan

Habis tu, macam mana dengan yang pemimpin-pemimpin tu? Tiap kali majlis yg melibatkan VVIP ni, bila dorang ni masuk jew, kita semua kene berdiri tanda hormat kan. Kesiannya, tak pasal-pasal kan. Kita pula baru tahu hal-hal macam ni sebenarnya ditegah kan. Sama-samalah kita cuba elakkan untuk mengamalkan budaya berdiri tanda hormat ni. Insya Allah.. Sebarkan lah, maklumat ini kepada kawan-kawan ada yang lain ya..

1Malaysia Thru Sabahans Live.

Celoteh Aku MamaGlam at 12:56 PM 0 berbalas bebelan
Terjumpa artikel ni kat facebook. terasa nak share pendapat org nih.. Memandangkan Negeri Sabah sekarang ni menjadi tumpuan media maya/blog/website. Dihentam macam-macam dan kadang-kadang sampai tahap menghina negeri Sabah dan orang-orang peribumi Sabah sendiri, which is makes me sad to hear n see it. Y dis happen? Kenapa ada sifat dan statement perkauman? Kenapa menghina Negeri Sabah? Teruk sangat ker SAbah ni? Mundur sangat ker Sabah tu? Jijik sangat Ke Negeri Sabah sampai ada yang taksanggup nak duduk di Sabah?

Setahu mamaG la, selama mamaG pernah berjumpa dan berkenalan dengan orang-orang Semenanjung yang berpindah atau bekerja di Sabah, rata-ratanya tak nak balik pun ke Negeri asal, kalau boleh. Sebabnya, diorang hidup di Sabah jadi serba mewah. Pakai kereta pun yang besar2, 4x4 lagi. Malah ada yang mengaku, hidup di Sabah, hanya dengan guna duit elaun jew, gaji pokok boleh simpan. Mula-mula kene transfer je, dorang2 ni tak suka duduk Sabah, Sebabnya secara mentalitinya sudah disogokkan dengan macam-macam cerita yang tak baik pasal Sabah. SO, takut la nak duduk  Sabah kan.. Tapi, bila dah biasa, e'eh, jadi tanak balik pula ada lah, Siap kawin dengan orang Sabah lagi..

Lagi satu yang mamaG kesalkan, Orang Peninsular (bukan semua, thank God) ni suka sangat samakan orang-orang sama dengan orang-orang Indonesia. Hanya sebab tutur loghat yang hampir sama ka? Di Sabah juga kami orang Sabah memang tidak menyenangi orang-orang Indonesia, sama seperti kalian semua. Memang kesianlah, kalau orang-orang Sabah datang ke Peninsular ni, dilayan kadang-kadang tu macam pendatang/strangers. Padahal Sabahan juga adalah Malaysia, sama macam kalian. Tanpa sabah dan sarawak, tak wujudlah Malaysia. Sebab Malaysia adalah gabungan Sabah, Sarawak dan Peninsular. Tetapi, Sabah dan ASrawak a.k.a. Borneo ni, selalu akur dengan pentadbiran yg berpusat di Peninsular. Hasil bumi dikumpul sama-sama, tetapi, pembangunan, hanya sedikit diberikan kepada Borneo. Demi pemangunan di Peninsular. Tetapi, rasanya jarang orang-orang Borneo ni bersuara menuntut hak samarata dari segi pembangunan.

Orang Peninsular yang datang ke Sabah (i believe Sarawak do the same too), pasti akan dilayan mesra tanpa mengira pangkat or bangsa apa pun, sebab itulah budaya dan sikap orang-orang Sabah. Selagi tidak menimbulkan kemarahan or sensitiviti, selagi itu, layan baik pasti akan diterima.

MamaG bukannya nak menimbulkan soal perkauman atau kebencian antara Borneo dan Peninsular, tetapi untuk meluahkan apa yang mamaG nampak dan alami sendiri. Dan ini pendapat mamaG. MamaG bekerja di Peninsular, berjumpa setiap hari dengan orang Peninsular, keliling mamaG orang Peninsular, sampaikan cakap pun sama macam orang Peninsular sebab taknak bercakap berulang-ulang since i am not a recorder (hihihihi)... Bagi mamaG, orang-orang Peninsular ni baik-baik semuanya, cuma ada sedikit macam skeptikal terhadap sesuatu kaum, dat's a typical mind set of orang Melayu di sini. Ini based on apa yang mamaG nampak lah.. Kalau salah, i am so sorry.

Sebab di sini ada 3 bangsa majoriti, dan setiap bangsa tu ada ideologi dan mind set masing-masing terhadap sesuatu kaum. So, mungkin itu la juga yang cuba di bawa bila melibatkan Borneo. Berbanding dengan Sabah, terlalu banyak bangsa etnik, tetapi boleh hidup harmony saling menghormati bangsa lain dan saling membantu memajukan bangsa sendiri dan bangsa lain. Tak kira la kau Cina ka India ka Melayu ka apa saja bangsa, jika mereka merasa kau sentiasa menyumbangkan sesuatu kepada mereka, sentiasa baik bagi mereka, sentiasa saling menghormati, mereka akan sentiasa sudi membantu apa saja keperluanmu dengan hati yang terbuka. Dan mereka ni terlalu peramah sesama bangsa sendiri dan bangsa orang lain.. Tak pelik ker, macam mana orang Borneo boleh hidup harmoni dan masih boleh mengekalkan budaya dan adat nenek moyang masing2? Tak pernah ker terfikir apa kunci sebenar keharmonian Borneo tu?

MamaG terusterang bagitahu, mamaG memanglah tak suka dengna segelintir orang-orang Peninsular yang suka saling menjatuhkan bangsa sendiri demi kepentingan sendiri. Sebab tu, Peninsular maju membangun tetapi milik siapa? Bangsa apa? Majoriti ker minoriti? In d end, bangsa sendiri saling berkelahi.

Tak kisah la apa orang nak kutuk Negeri Sabah tu negeri pengotor ker, mundur ker, tiada pembangunan ke, pakai cawat ker, watsoever ker, tapi mamaG tetap berbangga jadi anak jati negeri Sabah. Suasana hidup di Sabah, walaupun susah, serba kurang, tetapi keharmonian dan keamanan tu sentiasa ada. Apa-apa pun, jangan laungkan 1Malaysia kalau belum bersedia menerima Borneo sebagai Rakyat Malaysia.

Dan kepada sesiapa sahaja yang cuba untuk menimbulkan isu perkauman dan cuba memcahbelahkan keamanan dan keharmonian di antara Peninsular dan Malaysia, harap-harap berhentilah. Dan cuba letakkan diri anda, jika ianya berlaku kepada diri anda, apa anda akan rasa. Dan muhasabah balik, inikha yang anda benar-benar mahu terjadi? dan apa sebenar-benarnya yang anda mahukan? Betulkah ini tindakan yang betul-betul baiktanpa menjejaskan keharmonian dan keamanan Malaysia itu sendiri?...

Jika bencikan Malaysia, silaha berpindah ke negara lain yang lebih baik bagi anda, tetapi jangan pecah belahkan perpaduan yang sedia ada dari zaman nenek moyang kami hingga sekarang.. Tak kisah la orang Peninsular ke orang Sabah ker orang Sarawak ker, we all are Malaysia. And owez proud to be Malaysian. (unless u tukar kewarganegaraan negara lain la, hahah)...

D Best Salesperson - Ah Wing.. derrr..

Celoteh Aku MamaGlam at 11:36 AM 0 berbalas bebelan

hahhaa, ni video pasal seorang salesmen ni nak jual kamera dslr kat sorang pelanggan ni hah.. Macam-macam cara la dia buat nak bagi pelanggan ni beli. So funny tau... enjoy...

Only In Malaysia...ahahaha

Celoteh Aku MamaGlam at 11:27 AM 0 berbalas bebelan
Nak share lagi video pasal orang-orang kat Malaysia ni.. hahahaha, sangat lucu tau.. tapi memang itulah hakikatnya pon.. Nak-nak bab-bab nego nak beli barang kat kedai.. hahahaha.. ini biasa ni mamaG buat.. hahahaha.. enjoy...

Generasi MamaG Back Then...

Celoteh Aku MamaGlam at 11:07 AM 0 berbalas bebelan

Salam semua, mamaG nak kongsi satu video ni.. Tajuk asal dia My Generasi. Best n it's true. Semua yang ada dalam video ni kan, memang berlaku dalam generasi mamaG dulu. Gembira dan lucu pun ada bila tengok video ni. Kredit kepada JinnyboyTv team yang buat short movie nih.. Buat mamaG terkenang-kenang balik zaman mamaG kecil dulu time skool..

Sangat beruntung la zaman dulu.. Generasi sekarang ni memang tak pernah rasa sangat kegembiraan bermain or kegembiraan di zaman persekolahan macam zaman mamaG. Yela perbezaan zaman dan teknologi tu yg jadi macam tu kan.

Neway, enjoy d movie okeh. Sure korang pasti tersenyum mengenangkan zaman korang bila korang tengok short muvie nih.. Enjoy!...

Bekerja Biar Berkat...

Celoteh Aku MamaGlam at 10:01 AM 0 berbalas bebelan
Selamat Menunaikan Ibadah Puasa dan Selamat Mengerjakan Tugasan Harian di Pejabat.. Moga kita semua mengamalkan ciri-ciri dalam pic tuh. Insya Allah..

Jadi Isteri Yang Diredhai Suaminya...

Celoteh Aku MamaGlam at 9:55 AM 0 berbalas bebelan

Untuk Lelaki: Jangan Duduk di Atas Dompet! Please!

Celoteh Aku MamaGlam at 9:44 AM 0 berbalas bebelan
Jangan duduk atas dompet anda. Memang sudah menjadi kebiasaan kita, terutamanya lelaki yang letak dompet dekat poket belakang dan duduk di atas dompet. Salah ke letak dompet dekat poket belakang dan duduk di atas dompet?

Lelaki yang suka meletakkan dompet di poket bahagian belakang (punggung) akan menyebabkan masalah pada tulang belakang, antaranya kaki menjadi pendek sebelah. Jadi, untuk memastikan tulang belakang anda terus sihat, maka gunakanlah poket di bahagian depan. Sepertimana anda tidak akan duduk di atas batu untuk tempoh masa yang panjang, anda juga tidak harus duduk di atas dompet anda. Sesiapa yang memandu lebih daripada setengah jam duduk di atas dompet, mereka berpotensi untuk mendapat sakit belakang.

Pada peringkat awal sakit itu tidak datang dan mungkin akan rasa bertahun kemudian. Sakitnya bermula di pinggang sehingga boleh dibawa ke kaki. Duduk di atas dompet untuk satu jangka masa yang lama, biasanya berlaku pada mereka yang bekerja di pejabat. Jadi, cuba bangun dan berjalan-jalan selama satu minit bagi merenggangkan tulang belakang.

Sumber: RadioInfo.com

Banyak Cakap vs Banyak Gelak = Banyak Nangis???

Celoteh Aku MamaGlam at 9:35 AM 0 berbalas bebelan
Kalau tengokkan pic di atas, kata-kata tu sebenarnya ada benarnya... memang betul pun.. Bagi orang yang terlalu banyak kesedihan atau keperitan dalam hidupnya akan cuba sedaya upaya untuk menggembirakan hatinya supaya dia boleh menghadapi hari-harinya dengan lebih tabah dan cuba melupakan apa jua suka duka yang pernah di hadapi.

Kalau boleh, apa saja perkara atau cerita-cerita sedih, pasti akan cuba dielak utk didengar atau dilihat. Takut hatinya aka ntersentuh, dan akan terbawa-bawa semula perasaan sedih itu. Maka hari-harinya pasti akan rasa sugul, muram dan sedih. Serba tak kena. Spoil jer mood tu kan.. So, salah satu cara untuk happykan hati yang lara selain daripada mendekatkan diri dengan yang Maha Esa ialah, dengan banyak bercakap dan ketawa. Tak kisah la, kongsi cerita lawak ker, buat lawak ke, tengok lawak ker, wat ever la.. asalkan hati ini gembira.

Sekurang-kurangnya, kita masih mampu ketawa, happy dan senyum dari hati yang gembira. Cuba korang senyum tapi hati tu tengah sedih, korang rasa macam mana rupa senyum korang tuh? Manis tak? Nampak ikhlas tak? Nampak happy tak? opkos la tak kan.. Senyum dan ketawa yang lahirnya dari hati berbeza tau... Senyum time sedih, lain. Senyum time marah, lain. Senyum time happy lagi lain...

Biasanya orang menangis dalam diam ni, orangnya tabah. Dan jarang nak kongsi kesedihan hidup dia dengan orang lain. Sebab tak nak simpati dari orang tu.. Dan lagi satu, biasanya orang yang macam ni (dalam pic tu), dapat rasa kegembiraan bila dia dapat membuat orang lain atau sekelilingnya gembira, tersenyum dan tertawa. Kalau boleh tak nak tengok orang sekelilingya bermuram atau bersedih..

Bukan hendak lari daripada kesedihan atau masalah dihadapi tetapi nak melapangkan hati dan mengelakkan diri daripada terus terbawa-bawa dengan perasaan sedih dan muram yang boleh menjejaskan mood dan tingkah lakunya. Lagipun, jika hati dah tenang, gembira dan boleh senyum, barulah kita dapat menghadapi hari-hari kita dengan penuh yakin dan bersemangat. Yang penting, kita kena la juga Yakin yang apa saja perasaan kita ketika itu, apa saja kejadian yang menimpa itu adalah ujian dan ketentuan Ilahi dan ada hikmah disebaliknya.

Jadi, layankan je la orang yang banyak cakap dan ketawa ni. Tapi jangan layan orang yang cakap banyak KEBURUKAN/KEAIBAN/FITNAH orang dan banyak ketawa pasal KELEMAHAN/KEKURANGAN/KEBODOHAN orang lain. Biarlah kita layan orang-orang yang banyak bercakap pasal sesuatu yang juga boleh memanfaatkan dan beri pengetahuan dan tauladan kepada kita, sesuatu yang kita boleh pelajari dan amalkan, dan yang banyak ketawa sekadar untuk menghiburkan hati kita seketika untuk merehatkan diri tanpa mengusik sensitiviti sesiapapun dan apapun.

P/S: mamaG tergolong dalam golongan orang-orangi ni.. Allah s.w.t Maha Mengetahui disebalik setiap senyuman dan gelak tawa. Terima kasih Ya Allah Ya Raab, kerana sudi menjadi pendengar setia.. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar...

08 August 2012

senggugut nie cakaran dari Iblis?

Celoteh Aku MamaGlam at 4:32 PM 0 berbalas bebelan

Ada orang kata, senggugut nie cakaran dari Iblis..

Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu”. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.

Raya Kali Ini...

Celoteh Aku MamaGlam at 2:25 PM 0 berbalas bebelan
Raya datang lagi tahun ni. Syukur lah. Harap harap umurku dipanjangkan untuk menyambut hari lebaran ni...

Makin dekat hari raya makin rasa macam tak selesa. Mungkin sebab phobia kut. Laaa phobia lagi kew? Bukan apa, tahun lepas kan mamaG sekeluarga sambut raya dengan penuh tragis. MamaG hampir kehilangan mak dan adik perempuan mamaG sehari sebelum raya. Tahun lepas raya mamaG tak meriah mana tapi lebih menghargai apa yang ada didepan mata. Betapa mamaG tak sanggup nak kehilangan mak dan adik mamaG yang sorang tu.
Disebabkan insiden itu, kami sekeluarga lagi jadi lebih rapat, walaupun sebelum ni memang rapat pun. Kalau berkumpul ada jew cerita. Tak boleh nak stop stop dah... Berenti bila nak tido jer.. Hahaha... Pastu rumah jadik riuh dok gelak jew keje... Ade je yg lucu... Imaginasi lebey.. Hahahaha.. Rumah duk 2-3 org jew tapi dengar suara macam saploh org dalam rumah. Riuh bkn main lagi...

MamaG syukur sangat kami adik beradik rapat. Dan, mamaG syukur juga mamaG jadi tempat adik adik mamaG merujuk atau berkongsi cerita dan masalah. Macam best friend gitu... MamaG memang treat dorang macam kawan baik mamaG. Itu je cara kalau kita nak adik2 kita rapat dgn kita, x malu nak kongsi cerita peribadi ngan kita dengan rela hati, tak sengan nak minta nasihat kita dalam hal hal peribadi dorang. Yela, masing masing kan dah besar, ada life sendiri, cara sendiri.
Part yg paling best, imaginasi ngan suka kongsi tukar tukar barang.. Honohoho...
Apa2 pun mamaG suka dan harap keakraban kami adik beradik ni kekal la sampai tua, macam adik beradik mak mamaG. Sampai dah bercucu pun masih rapat, gila-gila pula tu, sporting, saling tolong...

Dan itu la yg mamaG cuba amalkan... MamaG nak jadi best friend kepada semua adik beradik mamaG. Sebab bagi mamaG, macam mana baik buruk pun dorang, dorang tu jela adik beradik kandung yang mamaG ada. Dorang jela saudara sedarah dengan mamaG. Kalau boleh susah senang, sama-sama kita lalui. Tak banyak dpt di tolong, sit pun jadi lah.. Atleast, mamaG sentiasa ada utk bagi bantuan, tak kiralah, nasihat ka, bantuan kewangan ka, cadangan ka, bantuan tenaga ka, apa saja... MamaG cuba bantu setakat yg mampu, dengan izin suami mamaG dan redha-Nya.

Apa2 pun mamaG harap tahun ni, raya akan lebih bermakna. Tambah lagi mamaG balik kampung lama skit daripada kebiasaannya. Biasanya seminggu atau saploh hari jew, kali ni direct 2 minggu.

Insya Allah, mamaG akan guna masa yg ada spend time yang berkualiti dan enjoy dengan keluarga mamaG.

Smile Smiley

Celoteh Aku MamaGlam at 2:05 PM 0 berbalas bebelan

Senyumlah selalu walaupun dalam keadaan yang paling sukar. Senyumlah selalu walaupun dalam keadaan paling buntu dan senyumlah walaupun dalam keadaan paling sedih, sebab, pasti hati kita akan turut tersenyum menghadapi apa jua keadaan paling sukar dalam hidup kita.

Fakta Tentang Buah Tembikai Yang Ramai Tak Tahu..

Celoteh Aku MamaGlam at 1:24 PM 0 berbalas bebelan
Abu daud dan Tirmizi merekodkan, Aisyah berkata,
” Rasulullah s.a.w pernah memakan buah tembikai bersama-sama dengan buah tamar basah.”

Tembikai mengandungi 92% air dan 8% gula. Ia juga mengandungi antioksidan lycopene yang mampu mencegah daripada pelbagai penyakit terutamanya kanser. Hal ini dilaporkan di laman web Centers for Disease Control and prevention, Atlanta.Mengikut pengkaji-pengkaji dari Universiti Harvard, lelaki banyak mengambil makanan yang mengandungi lycopene mempunyi risiko rendah menghidapi penyakit kanser terutamanya kanser prostat.
Buah tembikai juga kaya dengan vitamin C dan beta karotena. Kedua-dua ini merupakan antioksidan yang diperlukan kerana ia berfungsi memperbaiki sel-sel badan yang rosak di samping mencegah kanser. Mengikut satu kajian yang dilakukan di Universiti Harvard, beta karotena berfungsi membunuh sel-sel kanser di samping mampu mengubah protein yang diperlukan oleh sel-sel kanser ini dan dengan itu mencegahnya supaya terus tumbuh.

Tambahan daripada itu tembikai kaya dengan kalium (potasium). Apabila seseorang mengambil separuh sahaja daripada buah tembikai, dia memperoleh lebih kurang 825mg kalium. Kalium adalah zat logam penting yang berperanan merendahkan tekanan darah. Hal ini pernah dinyatakan oleh Dr. George webb, Profesor Madya dalam bidang fisiologi dan biofizik dari universiti Vermont College of Medicine. Kalium juga berfungsi menghalang kolesterol keji (bad cholesterol) daripada melekat dan menyempitkan pembuluh darah arteri.

Di samping kalium, tembikai juga mengandungi asid folik, sejenis vitamin B yang diperlukan oleh ibu bagi mencegah bayi dalam kandungan daripada mengalami kecacatan dan penyakit jantung. mengikut Prevention’s new Foods for Healing Guide, kajian yang dilakukan ke atas 4,000 orang ibu mendapati bayi-bayi yang dilahirkan oleh ibu yang mengambil asid folik dengan kadar yang mencukupi, berisiko lebih rendah mengalami kecacatan otak dan saraf tunjang berbanding bayi-bayi yang lain.

Subhanallah… Banyak kan khasiat buah tembikai? Antaranya, dapat mencegah penyakit kanser. Itulah antara nikmat3 yang telah Allah turunkan kepada kita umat manusia. Cuma, semuanya bergantung pada diri kita sendiri samada mahu bersyukur atau pun tidak.


Sumber: RadioInfo.com
Petikan diambil dari buku Quran Saintifik
[Dr.Danial Zanial Abidin]

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang Ke-55

Celoteh Aku MamaGlam at 12:46 PM 0 berbalas bebelan
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke-55 Malaysia. 
APa yang mamaG harapkan, Biar lah Malaysia ni kekal aman dan harmoni sentiasa, kekal seperti dulu. Bagi mamaG, Malaysia ni dah macam tak berapa nak aman dan selamat dah. Nak duduk pindah balik kampung kat London dan Paris, takleh, sebabnya passport tadak, apatah lagi ongkosnya kan kan kan (hahahaha)... 
Kat Malaysia ni kan, macam-macam la jadik hah, rusuhan la, demonstrasi la, pembunuhan la, penculikan la, kes rogol la. Waduh, di mana-mana dan bila-bila masa jew berlaku dan tak kira dah, orang besar ke orang kecik ker, baby ke tak baby ker... Makin berleluasa pulak tuh.. Sampaikan mamaG kadang tu memang taknak baca paper news dah tuh. Bukan ape, banyak sangat la kejadian-kejadian ngeri kan...
Apa-apapun, mamaG harap semua pemimpin yang dipilih oleh rakyat ni dapatlah menjaga kebajikan rakyat jelata yew.. Bela la nasib dan lindungilah rakyat Malaysia ni.. Kami memanglah menghargai apa yang dah org dulu-dulu yang memperjuangkan kemerdekaan ni lakukan.. Kerana mereka la kita ni aman damai. 

Kenapa Sabah Tiada......???

Celoteh Aku MamaGlam at 12:33 PM 0 berbalas bebelan
 

Ni mamaG dapat daripada fan page Sabahan Troll, fan page kegemaran mamaG. Banyak pic2 lucu cara Sabahan. mamaG kadang tu kelucuan ketawa sampai rasa macam nak guling-guling keliling bangunan jew, tak memang tak la kan mamaG nak buat.. Kang orang ngata pulak, anak sapa la macam tu kan.. hahahaha.. Yang ni, one of it.. Persoalan tentang Sabah compared to Negeri Semenanjung. hahaha, memang terbaeekkk, memang betul betul betul la jawapan dia.. So, apa lagi, jom la bace... 

p/s: mak aih, tak sabar nak balik Sabah la... 

Khasiat Kurma Untuk IWanita Hamil

Celoteh Aku MamaGlam at 12:23 PM 0 berbalas bebelan
Hamil tak hamil, boleh jew makan kurma nih. Banyak khasiatnya khasnya untuk kesihatan badan kita. Tambah lagi ikut sunnah Nabi s.a.w. lagi. Bagi yang tak berapa nak suak makan kurma ni, cuba jew makan kurma tu atleast 1-2 biji sehari kan. Tak mati pun.. Tambah sihat ada la kan.. Kenapa nak berbelanja mahal-mahal beli ubat kesihatan yang ntah apa-apa ntah kandungan toksik kat dalam tu, sedangkan Allah s.w.t dah turunkan/kurniakan kita buah yang sangat-sangat banyak khasiatnya, tanpa bahan pengawet lagi ha.. Mahal? takde la.. kalau yang import jauh, mmg la mahal sikit tapi tak la semahal ubat-ubat kesihatan yang korang beli kat farmasi kan..

Okey la, selamat menjamu kurma.. Insya Allah, kita dapat khasiatnya, percaya dan yakin pada-Nya..

Bersihkan Niat Hati Kita Ya..

Celoteh Aku MamaGlam at 12:07 PM 0 berbalas bebelan
 
Sakit hati? Dendam? Sakit hati takpa, tu perkara biasa tapi janganlah simpan dendam di hati. Itulah salah satu punca rosaknya dan gelapnya hati kita.. 
Apalah untungnya kita balas dendam kan. Puas hati sekejap jer, lepas tu?... Menjejaskan hubungan silaturahim. Kan Allah swt tak suka kita saling bermusuhan dan memutuskan silaturahim.. Selagi boleh dibincang dan dileraikan, apa salahnya berbaik walaupun orang itu pernah menyakitkan hati kita. Ingat lah, semua perkara yang kita lakukan atau kita rasa, semuanya bermula daripada hati. Dari hati itulah timbulnya niat. Dan daripada niat itulah muncullah tindakan. 

Jika baik hati kita, baik lah niat kita dan baik lah juga tindakan kita. Tapi kalau dah hati tu aura negative dan dah rosak gelap pula tu, makanya lahirlah niat yg tak baik, dan tindakan yang ditegah... 

Apa-apapun, kita ni kenalah sentiasa berfikiran positif. Jangan terlalu senang-senang menilai sesuatu dengan mata kasar kita dan mendengar dengan telinga kita ni tanpa fakta yang nyata dan benar. Tanpa mendengar sebarang penjelasan disebalik kejadian yang kita nampak atau yang kita dengar.  

Tau kenapa? Hah, 'menjawap' la korang kalau apa yang kita dengar tu atau lihat itu sebenarnya bukan la seperti yang kita dengar dan lihat, dan lepastu pulak pegi sebarkan atau ceritakan dengan orang lain. dan mereka pula percaya dan pergi pula menceritakan kepada orang lain. Kan itu dah jadi kategori fitnah dan mengaibkan, KALAU ianya tak benar dan hanya penilaian peribadi tanpa fakta/penjelasan sebenar disebalik kejadian.
Ingatlah dan cubalah amalkan, tiap perkara yang berlaku yangk ita dengar, 
lihat dan baca itu, cuba kita positifkan WALAUPUN  perkara tu memangnya perkara tidak baik dipandangan, penglihatan dan pendengaran kita. Mungkin ada penjelasan disebaliknya kenapa perkara tu terjadi. Fikirkan kemungkinan-kemungkinan yang positif jew.. Yela, setan ni lagi suka kalau kita pikirkan yang negatif jew.. Nanti macam-macam la yang dibisik oleh setan yg bergayut kat telinga, mata dan mulut kita tuh.. 

Dan, yang paling paling paling penting kita kena jaga fizikal luar kita ialah MULUT. Fizikal dalaman pula, HATI kita.. Jaga kedua-dua ni, insya Allah, kita takkan ada masalah dengan manusia mahupun binatang di muka bumi ni. Kalau pun ada masalah juga dengan manusia, tu memang sahlah, bukan kita yang bermsalah dengan manusia tu, tetapi manusia tu yang ada masalah dengan kita. Mungkin dia mengidap penyakit HATI  yang sangat kronik. 
Puaslah kita ni berfikir dan fikir dan cuba renungkan, perjalanan hidup dan perlakuan kita terhadap manusia tu, "apa yang telah ku lakukan pada dia hingga dia memperlakukan aku?", " adakah apa-apa tindakn atau kata-kataku yang mengguris hati orang lain?" dan macam-macam lagi la persoalan. 

Bagi mamaG, takpa la kalau manusia lain ada masalah dgn mamaG asalkan mamaG tahu dan yakin yang mamaG takda mengguris sesiapa. Sebabnya mamaG suka bersikap diam dan bersabar jew apa manusia lain nak buat kat mamaG asalkan mamaG tak buat kat manusia lain. Sebab mamaG selalu cuba meletakkan diri mamaG ke tempat orang lain, "macam mana kalau orang lain buat/kata kat aku macam tu? Apa agaknya aku rasa ek?".. 

So, memandangkan tak nak rasa apa org lain rasa sakit hati or watsoever perasaan pun, so, mamaG seboleh-bolehnya taknak buat kat orang perkara yamgmamaG tak suka orang buat kat mamaG. Imbalan yang fair enuf la kan.. Lagi satu, berfikiran terbuka dan positif la sentiasa dengan manusia-manusia yang berpenyakit hati yg kronik ni. Memang sakit hati jumpa manusia-manusia berpenyakit hati yang kronik ni tapi, cuba walaupun susah, untuk positifkan fikiran kita. Bukan apa, kalau teru-terus ikutkan hati yang sakit tuh, insya Allah, lelama kita pun akan mengidap penyakit hati dan mulut yang kronik macam manusia-manusia tersebutttt..... Nak tak?.. Nauzubillah, tak nak la kan..

So, memandangkan mamaG ni dah macam melalut-lalut karangannya, dulu time skool tadak pula rajin mengarang cenggini panjang kan, yang ni boleh pulak ek.. hahhahaha.. ish ish ish... so, mamaG rasa sampai sini je la dulu yer, ni mamaG rasa macam sikit je lagi ni nak kuar tajuk.. hahahha, macam tak biasa ek.. ok la, selamat berpuasa semua ya...

07 August 2012

Wat Frust evening...

Celoteh Aku MamaGlam at 5:04 PM 2 berbalas bebelan

 

Arghhhh.... Frustnya.... Ish ish ish, macam ni la kalau jadi perempuan kan. Terpaksa redha jew la. Grrr..... MamaG frust sangat petang tadi. Memang takda rezeki la mamaG untuk hari tu. hurmmmmm.... Alkisahnya maka tersebut la kisah, petang tadi agak-agak dalam jam 6.30pm gitu, tengah syok2 bergurau manje ngan enche Asben menyiapkan menu buka posa, sekali tu mamaG rasa macam tak sedap badan. Rasa macam tak selesa jew. MamaG pon ke tandas la kejap kan kut la nak kencing... Sekali tu,..... TIDAAAAAAKKKKKK!!!!!.... MamaG period la pulak..

Haloooo,... Dah jam 6 lebih kut.... Sejam je lagi nak buka posa... Waduh waduh.. Sangat sangat frust tau.... Memang tadak rezeki betul la nak penuh posa hari ni... Takpa la, ku redha.... Terima kasih Ya Allah... Time tu juga mamaG terpaksa berbuka awal drp enchek Asben. Dan makan pun tadak selera dah... Huhuhu... Tapi abis la jugak nasi sepinggan... Siap meratsh lauk lagi... Hahahaha (frust la sangat mamazg tu kan)...

04 August 2012

Kini Bersua...

Celoteh Aku MamaGlam at 4:56 PM 0 berbalas bebelan

Assalamualaikum... Wahahaha, lamanya tak hapdet blog mamaG ni. Bizi sangat la tue konon konon kan.. Bulan lepas memang bizi sampailah masukke bulan posa ni. Semua tak sempat-sempat nak buat. Memang masa tu mamaG perlukan ketahanan mental, fizikal dan stamina. Sebabnya sibuknya dari mula keja time pagi tu, pastu menyambung ke tengah malam. Beberapa minggu asik tidurnya lewat.

Ni pagi ni, mamaG baru perasan macam dah nak timbul dah tu eye bag tu. waduh waduh... Gimana ni? Ish ish iskene cari cara ni camna nak ilangkan eye bag tu. hurm sebelum bertambah berbag-bag lagi. Hahaha... Dah la nak raya ni hah kan...

Waduh waduh. Habis la... Okeh tak per, kang nanti kang mamaG google jew... Macam mana nak ilangkan mende alah tu...

Beberapa hari ni nak hapdet la konon blog ni, banyak betul mende nak share ngan korang-korang ni semua tau tapi tu la, i ni manusia yang alpa juga yew... Kadang tu dah nak start je hapdet, sekali tu terbuat mende lain la pula... Hohoho(baik punya alasan)...

Tak pa, nanti nanti mamaG share mende yg kononnya banyak nak share tu.. Ni ada gangguan lagi ni nak wat entry ni.. So, c uols next entry... O ya, selamat berpuasa...

01 August 2012

Marion n Me

Celoteh Aku MamaGlam at 3:45 PM 168 berbalas bebelan

Hah, cer teka anak sapa pulak ni mamaG celop bergambar sama? Cer teka... Hahaha, yg kenal tu konpem la tau kan... Hah, ni la diaanak pegawai mamaF. Kiut kan... Nama dia Marion Lorelai Miseh binti Martin Luther Miseh... Dia ni kan special sikit tau.

Tau mende? Hah, mami dia asal org Sarawak, dadi dia pula org Sabah. Borneoan gitu kan.. Gabungan dua negeri etnik. Walaupun muka Marion ni nampak garang jew (copycat sebiji muka dadi dia), tapi dia ni sangat la peramah jugak tau... Malu tapi mau... Hohoho... Kiut kan kiut kan.. Luv her...

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea