Laman

08 October 2010

Bugis - Hebat sangat ka???

Celoteh Aku MamaGlam at 12:34 PM
SAlam readers,

hahaha, lama rasanya mamaG tidak bersiaran ni kan.. biasala begini la kan kalau sakit, lagi pula suda start bertukar jadi RUNAWAY MUMMY, ahaks... Apa lagi, welcome back mummy life! pasni memang sibuk la sama macam dulu sebelum mengandung dulu, cuma mungkin sekarang ni bertambah-tambah la lagi sibuknya kan, mana lagi kerja, urus anak awal pagi, hantar anak awal pagi pi rumah pengasuh, bekejar lagi balik umah amik baby dai umah pengasuh, mo masak dinner lagi, mo layan baby breastfeeding lagi, mo pump stok breast milk lg.. nah, memang penat dan mengantuk gilak nih.. stress ada juga kadang-kadang nih.. apa boleh buat, ndak kan mo merungut lebih-lebih pulak kan, ini yang kita pilih, ini la yang kita mesti tanggung dengan hati yang terbuka, adedeh..

okies, full stop! Bukan pasal RUNAWAY MUMMY (lain kali mamaG wat, okies) ini sebenarnya entry yang mamaG nak buat tapi psal satu kisah nih, yang kira menjadi persoalan di hati mamaG gitew... Bagi orang semenanjung mungkin, tiada masalah (mungkin la kan) tapi bagi orang Sabahan macam mamaG ni mungkin pernah terdetik di pikiran korang juga kut...

Mo dijadikan cerita begini bah.. (adedeh, kuar udah sabahan ku nih)... mamaG mo tanya "APA ADA PADA KETURUNAN?" Apa yang hebat sangat pada keturunan yang mengalir dalam darah korang tuh? Apa yang korang bangga sangat dengan keturunan itu?... Berdaulat ka?... Korang tau ka apa sebenarnya kehebatan keturunan korang tuh? atau kamu ikut-ikut kata orang tua-tua dulu kala?...

Mungkin la, bagi sesetengah kaum ataupun bangsa tu, mereka memang bangga dengan adat resam dan budaya yang dipelihara sejak turun temurun.. tapi adakah itu satu alasan untuk kita memperlekehkan bangsa dan adat budaya kaum keturunan lain? Sehinggakan kita sanggup mengenepikan mereka dan tidak dapat menerima mereka yang bukan dalam senarai kaum ataupun keturunan febret kita sebagai salah seorang daripada ahli keluarga kita?... Mulia dan tinggi sangat ka darjat keturunan kita sehinggakan keturunan lain itu memang la tidak setaraf dengan kita?.. hairan betul mamaG... Dari mamaG sekolah, pendek kata sejak mamaG dah pandai berfikir dan membezakan sesuatu, mamaG memang selalu saja tertanya kenapa keturunan mereka sukar untuk diterima? Kenapa kita dilarang berkawan dengan keturunan mereka?

Mahu tau siapa MEREKA itu yang mamaG maksudkan? Maaf kalau terasa, tapi memang betul dan inilah hakikatnya... Keturunan itu ialah keturunan BUGIS di Sabah... mamaG tertanya-tanya juga kat kuarga mamaG, hina sangat ka bangsa dorang ni hinggakan dulu masa mamaG sekolah, dilarang berkawan rapat dengan mereka nih... nak study group sesama pun tidak dibenarkan... Dari apa yang mamaG nampak, dari cara penerangan dan larangan kuarga mamaG itu, macam mereka ni dikatakan bangsa yang tidak baik, jahat, gengster, perompak, penyamun, dan macam-macam lagi..

Tapi betul ka bangsa Bugis ni begitu? seperti yang di-claim oleh kebanyakan kaum atau keturunan lain di Sabah nih.. mamaG minta maaf pada orang-orang yang berbangsa Bugis di SAbah nih, tapi memang inilah hakikatnya di Sabah tuh (kecuali Tawau la kan)... Bukan apa, memang kebanyakan orang yang mamaG jumpa di Sabah tu, bila tanya pasal bangsa Bugis ni, perspektif mereka tu memang sama terhadap kaum itu... Sehinggakan ada yang sanggup mem-band atau melarang anak-anak mereka berkahwin dengan orang Bugis...

mamaG sendiri pernah ada pengalaman juga berkawan dan bercintun dengan anak kaum ini (ala, time tu cinta monyet gitew).. dan memang mamaG sendiri pernah mengalami larangan-larangan dan dimarahi keluarga sebab berkawan dan bercintun dengan mereka ini..

Tapi tula kan, orang tua-tua selalu cakap, apa yang kita selalu kata TAK MAU TAK MAU TAK MAU itu la yang kita akan dapat... jadiknya, mo dijadikan cerita, abang ipar mamaG sendiri juga tersangkut dengan anak orang Bugis ini.. huhu, kecoh la 1 famili tatkala (cewah!) abang ipar mamaG cuba untuk meminta restu hubungan cintun mereka nih.. mula0mula tu memang la, dingin juga la famili belah hubby mamaG ni, tapi pastu ok jer (ntah napa boleh ok tiba-tiba kan) demi amik hati abang ipar agaknya..

Tapi baru-baru ni, dengar cerita lagi, tengah kecoh sangat-sangat bila abang ipar mamaG itu ambil keputusan untuk berkahwin dengan gadis Bugis tu.. kesian juga abang ipar mamaG tu dengarnya habis kena 'tembak' macam-macam, kena cuci otak...

Tula kan, ini baru senario real antara bangsa... tapi kan, bagi mamaG selama mamaG berkawan, berkenalan dengan orang yang berketurunan Bugis ini, tidak pernah lagi mamaG dilayan buruk oleh mereka nih.. malah mereka ni bagi mamaG (pendapat mamaG la) teramatlah peramah dan sangat baik, mamaG juga ada bestfren dari kaum Bugis (C Kenon a.k.a. Wahab namanya) mungkin ada juga segelintirnya mungkin yang mengjengkelkan dan kompetetif tapi bukankah semua bangsa dan kaum juga begitu?

Jadi apa bezanya keturunan kita dengan mereka?... mungkin juga la, zaman dulu mungkin bangsa mereka pernah melakukan sesuatu yamg mungkin menyebabkan bangsa mereka tidak disukai.. macam perumpamaan melayu, 'kerana nila setitik, rosak susu sebelanga'..

Bangsa itu kan cuma lambang darah keturunan yang membezakan budaya kita... siapa kita untuk melabelkan mereka itu baik ker jahat ker, samseng ke apa... Habis bangsa keturunan kita ini bagaimana pula? baik sangat ka? Habis keturunan Brunei (mamamG la ni), Kadazan, Melayu, Dusun, Sungai, dan lain-lain bangsa di sabah tuh baik sangat ka? Pasti ada juga slack-nya kan?... Jadi, kita ni sama saja, cuma bezanya keturunan saja kan...

oklah, readers, siapa pun kita, apa pun bangsa kita, kita tetap 1 komuniti, itu la idenditi sabah kan.. berbilang kaum.. Tapi mamaG percaya, zaman sekarang ini, bangsa Bugis tidak lagi dipandang hina seperti dulu.. malah mereka pun maju dan diberikan hak yang sama dengan rakyat Sabah yang lain.. mamaG jugak makan Burasak apa.. huhuhu..

p/s: moga-moga abang ipar mamaG tabah menghadapi dugaan antara dua keturunan.. bagi mamaG jika betul dia sayang dan mahukan gadis itu, harusnya dia berusaha mempertahankannya dan cuba untuk cari jalan untuk merapatkan lagi hubungan antara gadis itu dengan ahli kuarga yang lain, biar mereka tau dan nampak kebaikan dalam diri gadis Bugis itu, kan kan kan.. Amiinnn...

7 comments:

  1. Errmmmm.....
    nase baek le kesah ni Bugis di Sabah...
    sebabnye awok ni pun darah Bugis...
    n name awok D tu bermaksud Daeng....
    tapi tak sangke le sampei macam tu sekali prejudis nye oghang Sabah dengan Bugis ye MamaG???

    ReplyDelete
  2. aku orang bugis bah ni niza....

    btw, Aku setuju dengan ko niza... Aku ndak paham kenapa dunia ni ada orang2 yang suka membezakan bangsa dan keturunan. Mengkali, orang-orang yang mcm ni sbnrya diorang sendiri takut dgn bayang2 diorang... jadi dgn berbuat begitu mengkali boleh menutupi rasa takut diorang? wallahualam...

    ReplyDelete
  3. @aweng:
    tu la kan, memang musyhkil kan org2 di sabah tuh.. tapi kalau d tawau kali teda masalah, sebab majoriti orgnya ramai jg Bugis kan.. tapi kan memang aweng, kalau di tempatku, mmg la dorang ni macam anti sikit atau pun kurang senang ngan bugis nih.. tapi ko jan risau, ko tetap kawanku, ahaks! mama glam owez! ahaks..

    @ D08:
    bkn la semua org di sabah bgtu, tetapi kebanyakannya mcm tuh la perspektifnya. tapi walaupun mereka ni kurang disenangi tapi org2 di sabah tu tetap jg layan dorang ni baik-baik... mcm org lain jg.. cuma bila tiba psl kahwin jer ni kut, sensitif skit..

    ReplyDelete
  4. sama jak d tawau niza.. bezanya diorang ndak sukak pulak dgn orang bajau.. haih! macam2 bah diorang ni...

    ReplyDelete
  5. Aku org bugis , kawin ngan orang jawa...ok jek..
    Cume jgn bg aku naik angin jek la, biasa la, bugis ni panas baran..
    Tp xde la smpai mcm g2 skali

    ReplyDelete
  6. slm.org bugis adalah kaum pendatang dr indon,manakala kaum lain adalah org asli sabah.dan org bugis ni mmg kebanyakanny jahat2..buktinya di klang s'lngor,terutama di bukit tinggi klang.org2 bugis merompak,menyamun,minum arak,judi di kwsn tuh.ini adalah realiti dan bkn rekaan semata2..sy mmg xsuka org bugis,dia bangga dgn keturunan dia dan merasa diri mrk hebat.sdgkan hakikatnya penakut.bila org dia kena belasah sorg pun xberani tlg,sume lari.kena belasah pun sbb nk ragut org.silap pilih mangsa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asalm sory ye, saya keturunan bugis juga yg telah tinggal di kawasan klang sejak 7 keturunan lalu, yg peliknya tiada pun di ketahui masalah yg timbul seperti dimaksudkan. Cuma saya nasihatkan jangan timbul fitnah sudah.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea