Laman

24 September 2010

5 Perkara tentang perkahwinan Part 1

Celoteh Aku MamaGlam at 3:54 PM
SAlam readers,

entry kali ni pasal gerbang perkahwinan.. info ni mamaG terbaca kat ajalah nih.. nice info to share mamaG rasa, tu yang buat entry pasal nih.. biasala, lagi pun mamaG pun dah kahwin juga kan.. tapi, tips ni bukan khas untuk orang yang dah kahwin je tau, arap-arap orang yang belum kahwin atau baru nak kahwin pun kena amik tau juga.. bukan apa, sebagai info dan juga langkah berjaga-jaga.. insya Allah, aman rumahtangga..

okies, lets see....

10 perkara mengenai perkahwinan.

1) Berkahwin tidak bermakna korang tidak bersendirian lagi (Sedar atau tidak..)

    - memanglah dah kahwin tu dah berdua, berteman dah, yala ada tempat mengadu domba dah kan tapi biasa la kita ni ada ego dan pendapat sendiri jadi, mesti ada gaduh juga tu kalau tidak dapat dikawal. So, bagaimana caranya mo handle?  1 cara ialah jumpa kaunseling jer.. tu pun kalau sudah sampai tahap gaban dan buntu dah.. masing-masing pon dalam itu kapala ada batu besar juga duduk.. hahahaha

2) Berkahwin tiadak semestinya kita rasa dicintai dan mencintai setiap hari. (macam betul jer ni)

- Betul la tuh, bukan hari-hari cinta tu datang, kan. kadang-kadang tu bosan juga tu asyik-asyik muka ko, asyik-asyik muka hang (ops.. hihhihi.. tapi betulkan wahai readers yang dah berkahwin??  :) ni lah punca masalah rumah tangga juga nih sampai ada yang curang.

p/s to my hubby: watever, wenever, will luv u owez.. kekadang jer rasa nak 'take a break'.

3) Masing-masing memahami kesibukan kerja. 

- betulkah faham ni?.. abis kalau faham kesibukan kerja pasangan masing-masing, kenapa selalu gaduh juga.. hah, ni mulalah nak curang juga nih kononnya pasangan sentiasa tiada disisi bila diperlukan.. hah, cemburu pun ada kan siap syak wasangka lagi tuh.. 

4) Perkahwinan tu suatu yang 'FUN' (yang ni sila amik perhatian)

- pelik betul la orang yang dah kahwin yang dah ada anak ni, mamaG tengok kan macam dah bertukar (ajuk cara transformer bertukar, hihih) mood, penampilan dan sikap.. memang tidak salah berubah jadi orang yang ada komited tetap nih but jangan la di-NYAHKAN terus keseronokan hidup tuh.. cuba kekalkan indahnya bercinta dulu sebelum kahwin bawa ke alam perkahwinan. biar ada anak sekali pun. treat ur child as a fren but still respect u. trust me, anak-anak kita pasti tidak segan silu nak kongsi apa-apa saja pasal diri dorang.. do things 2gether..

and, kadang-kadang tu, ajaklah pasangan kita tu 'dating'.. hah yang ni mamaG selalu juga buat dengan hubby.. apa salahnya hantar anak p nursery, then kita hubby-wife cuti 1 hari pergi 'dating'.. do watever yang korang dah lama tak buat sama-sama.. cuba la, insya Allah, bahagia la korang, barulah cinta datang hari-hari.. hahahaha


5) Korang tidak semestinya setuju dengan apa saja 

-   adoiyai, yang ni pun masalah juga ni, bukannya tak bagus, ni kira bertolak ansur la kan.. tapi kalau setiap kali pun korang setuju apa je pendapat pasangan korang DEMI MENJAGA HATI dan tidak mahu gaduh-gaduh, abis la, jaga punya jaga, lama-lama makan hati la pula.. mustahil korang tak ada terdetik di hati tu nak memberontak tidak setuju kan?.. (mamaG pun macam tu juga kadang)..

so, apa korang boleh buat ialah, luahkan pendapat korang.. bak kata orang, "hakikat itu memang pedih nak diterima".. korang kenalah berterus terang, kena tau cara berkomunikasi dengan pasangan masing-masing.. terangkan pada dia kenapa korang tidak setuju pendapatnya.. nanti terpulang la pada dia nak terima atau tidak.. nanti kemudian hari, korang tak da la bersalah kalau jadi apa-apa kan... "siapa suruh tak nak dengar cakap orang, kan".. hahaha

0 berbalas bebelan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea