Laman

31 May 2010

My Name is Khan - The Movies

Celoteh Aku MamaGlam at 3:43 PM 0 berbalas bebelan
My Name is Khan.. mm, boleh tahan juga la movie nih.. lakonan c kajol n shah rukh khan.. aku bukanlah minat sgt tgk cerita hindustan nih, hubby aku yg minat sgt, terutama c shah rukh khan.. DVD ni pown aku tgk bab hubby yg beli, dah bosan sgt, xtau nk wat apa so, DVD c shah rukh khan juga la aku tgk..

actually, jalan ceritanya xlah bosan sgt tp isi ceritanya mmg bermakna sgt dan byk tauladan yg PATUT kita sebagai umat Islam contohi dan lakukan.. mmg movie ni lain skit n lari daripada konsep cerita hindustan yg lain.. xda la lagu2 yg meleret2, sampai ke gunug ganang semua tuh.. dalam movie ni mmg lain...

movie ni cerita pasal c SRK sebagai org yg ada asperger syndrome (aku pown xtau mcm mn penyakit tuh) yg beragama Islam berjumpa n jatuh in love dgn c kajol yg beragama Hindu... dorang ni tggl d america,, hidup hepi.. but ingat lagi x kisa 9 september WTC tower tu runtuh dilanggar kpal terbang yg dirampas yg dipercayai didalangi oleh al-Qaeda.. hah sejak 9 sept tu la, org islam d bumi america di tindas...

c SRK ni pula bgaduh ngan kajol  disebabkan kajol menyesal kawen ngan c SRK bab dia muslim.. disebabkan dia muslim lah anak dorang mati kene pukul dek anak2 america tuh yg bencikan islam yg kononnya terorist...

ada jg adegan dan tindakan c Khan ni dalam movie tu yg menyebabkan terbuka skit minda dan mata umat islam yg lain untuk membersihkan nama org islam d bumi america tuh.. bahawa ISLAM is NOT TERORIST..

actually, C khan wat suma tu bkn atas sebab nk bersihkan nama islam jer tp mmg atas dasar kemanusiaan.. pendek kata, mmg cerita nih wat aku terharu. 1st time juga aku tgk SRK bw watak mcm nih.. n yg bestnya tuh, siap Obama (Menteri America skang ni) pown ade kat dalam movie ni di mana kononnya Obama declaire n terima yg org islam bukannya terorist.. dan bangga dgn apa yg c khan ni dah lakukan..

wah,, mmg best crita nih.. aku bukannya suka sgt layan crita hindustan, tp yg ni, mmg thumbs up!! dari aku...

Me n My Lil Hero ~ Melayan Bosan time cuti..

Celoteh Aku MamaGlam at 3:25 PM 0 berbalas bebelan
Minggu ni kira cuti agak lama skit la kakn.. start hari Jumaat ari tu lagi.. tambah boring lagi cuti kali ni bila my beloved hubby pulak kena p Penang start hari khamis ari tuh sampai la semalam (ahad baru balik)...

    Tinggal la aku ngan my Lil hero Irfan yg xreti diam nih.. actually xlah bosan sgt pown.. coz masa ari jumaat tuh, aku bw irfan p shopping barang mainan dia kt Jusco Cheras Selatan.. mmm, bukan main lg dia gumbira dapat mainan... aku pown gembira juga bila tengok telatahnya dapat mainan.. rasa bangga skit la pulak bila dpt gembirakan c irfan nih..

          nway, malam tu aku bw dia jalan2 sekitar putrajaya.. kat mn lagi kalau bukan kat depan masjid putra tuh.. hah, bukan main gumbira lg irfan.. mcm kambing baru kene lepas dari kandang jer aku tgk dia.. main2 n lari2 sampai penat.. xsedar2 dah kul 11 mlm.. pastu, kami pown balik dah... yela, jalan sampai tengah2 malam, dah tu kami berdua je pula tuh.. kang jadi apa2 kang, sapa nak jawap.. hihihi...

       malam tu, dah sampai umah, c irfan asyik main ngan mainan barunya.. mmm, biarlah dia kata hatiku... malam tu c irfan dok melayan mainannya, aku lak dok melayan DVD movies.. sampai kul 3pagi gak la aku melayan.. aku tgk c irfan dah tertidur sambil peluk mainannya.. mm, mcm2 saja lar..

Hadis Hari Ini

Celoteh Aku MamaGlam at 2:50 PM 0 berbalas bebelan
Dari Abdullah bin Zaid bin Aasim al-Ansariy r.a, beliau telah ditanya: “Tunjukkan kepada kami cara Rasulullah S.A.W berwuduk.. Maka beliau pun meminta sebekas air, lalu menuang sedikit air ke atas tapak tangan dan membasuhnya sebanyak tiga kali. Kemudian beliau memasukkan tangan ke dalam bekas untuk mencedok air dengan tangannya dan berkumur-kumur serta memasukkan air ke dalam hidung dengan air yang sama sebanyak tiga kali. Kemudian beliau mencedok air sekali lagi lalu membasuh muka sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau mencedok lagi dengan tangannya lalu membasuh tangan hingga ke paras siku dua kali. Kemudian beliau mencedok lagi lalu menyapu kepala dalam keadaan menyapu tangannya dari arah depan kepala ke arah belakang dan menyapu tangannya kembali ke arah depan kepala, kemudian beliau membasuh kedua kakinya hingga ke paras buku lali. Selepas itu beliau berkata: Beginilah cara Rasulullah s.a.w mengambil wuduk .”
"
Sumber : MASTIKA HADITH - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

The Goodwife Way's

Celoteh Aku MamaGlam at 10:53 AM 0 berbalas bebelan
Semalam, ada iklan kat channel 702 Astro psl tips The Good wife Way's.. boleh tahan jugak lah.. n mungkin betul jg.. kali ni topiknya pasal "HOW TO IMPRESS UR IN-LAW".. hihihii.. tips is ~ ajak in-law kita p bercuti n sumer perbelanjaan kita lak yg tanggung.. mmmm, kalu mampu boleh la kut.. bukan pa, dia kata kt ctu lagi, ni utk amik ati para in-law kita... bcoz, dia kata "MARRY ME, MARRY MY FAMILY"... mmm, kadang logik gak... kadang tuh, mcm x ok jer..

apa2 pown, lain org lain cara nk impress in-law masing2 kan.. gunakan charming kita sendiri lar kan.. everyone di dunia ni Allah swt ciptakan dengan keistimewaan masing2... kalu tak, mcm mana la pulak hubby kita boleh pilih nak kawen ngan kita kan kan kan .. hahahaha...

26 May 2010

New Item for Shopaholics - Comin' Soon

Celoteh Aku MamaGlam at 5:08 PM 0 berbalas bebelan
Hallo Shopaholics!!  new stock akan di update kan dalam masa beberapa ari nih.. so, don't miss it!.. fashionable N murah!!!

jangan lupa singgah blog http://mama-glam.blogspot.com okies.. c u all soon...

Sehari wif my Lil Hero... Letih... Part II

Celoteh Aku MamaGlam at 3:47 PM 0 berbalas bebelan
Dah penat jalan2 ari tuh, singgah umah jap mandi.. pastu jalan lagik.. hihihihi.. it's dinner time.. malam tu kami mkn kt bistro orkid.. ok lar daripada xmkn langsung.. saja nak rasa2 masakan kat bistro tuh..


* huhuhuhu, irfan tgh wat muka lapar.. xsabar nak tunggu makanan sampai.. C Yayah pulak dok pujuk dia.. "saabr dek, sabar.. sabar itu separuh daripada iman".. hihihihi... entah paham ke tidak c irfan nih, aku pown xtau.. tp aku tgk irfan tu dok angguk2 jer.. hihihi.. consider paham ler tuh.. 

* yeay!! akhirnya sampai juga makanan dia.. wah, aku tgk selera btl irfan mkn nasik goreng.. dah tu febret dia.. setengah pinggan abih.. tu pown siap nak mintak aku punya lak tuh.. xpa la, asalkan irfan bersemangat waja nak makan nasik, aku bg jer lar... kang x pandai besar2 anak aku nih kang.. hhihihihi.

Okies, skang dessert time!!! yum yum yum.. esklim!!!! sejak irfan dah pandai makan esklim kon nih, sikit pown x mau kongsi ngan aku.. tepaksa la aku beli lg satu utk aku.. hihihihi.. kedekut!!

Sehari wif my Lil Hero... Letih...

Celoteh Aku MamaGlam at 3:29 PM 0 berbalas bebelan
    *hihihi, wajah gumbira aku n irfan bila dapat kuar dari umah.. hihihi.. yeay!! jalan2...
 
         Weekend baru ni, boring yg amat sangat terutama aku n irfan.. kalau dah memang jenis xleh nak duduk diam, mmg mcm tu la kan.. last2 dengan beralasankan cuaca panas kat umah tuh konon2nya, aku n irfan pown memujuk hubby aku bawa kami kuar.. berjaya juga akhirnya.. xda la p mana2 pown.. paling2 pon p jusco n mines ja.. malas nak jalan jauh2 la.. x larat dah aku ni meng-kandung-kan bby dalam perut nih hah.. kaki pown dah mula bengkak dah.. hihihi

~Peace~ huhuhuhu, irfan nak wat Peace xbrapa nak jadik.. 

*Mana lah p 'drebar' kami nih.. tunggu punya tunggu, punya tunggu.. sempat lg irfan berlakon jadik dreba kejap.. hahaha lawak.. ditambah pula ngan ada kamera lak.. hah makin menjadik la posing dia.. hahahaha.. mmg kalau dasar alergic kamera.. nakpak kamera ja trus posing.. mcm auto-posing pulak anak aku nih..

24 May 2010

mmmm..

Celoteh Aku MamaGlam at 5:05 PM 0 berbalas bebelan
mmm, ari ni igt nak p cr roti john lar.. teringin la pula baby kt lam perut nih nk mkn roti john (cheh, asik2 bby lam perut jg dsalahkan)..

aku pown xtau apa yg sedap sgt roti john kt warisan, presint 16, putrajaya tuh.. mungkin bab wangi, pastu rotinya basah2 gitew.. n paling aku suka.... mayo dia melimpah ruah... i likeee..

hohohohoho, roti john, m comin...

21 May 2010

verification

Celoteh Aku MamaGlam at 9:12 AM 0 berbalas bebelan
Undergoing MyBlogLog Verification

20 May 2010

Aiskrim Goreng... yum yum yum

Celoteh Aku MamaGlam at 9:37 AM 0 berbalas bebelan
Ok cara buat aiskrim goreng version sempoiii

aiskrim tak kira lee aper jenis or perisa
roti sandwich -tak kira brand aper janji roti lee

basahkan sedikit roti dengan air biasa supaya lembab
supaya masa menekan dengan acuan roti tak pecah
acuan telur (mcm dlm gambar ya
)

caranya :


1. skop aiskrim letak atas sekeping roti  
2. ambil lagi satu roti kosong tangkup atas aiskrim tadi




3. tekankan acuan telur atas kedua2 roti tadi - kuat2 sampai roti putus jadi bulat



4. masukkan dlm plastik dan simpan dlm peti ais bahagian atas semalaman or 3 jam 


5. panaskan kuali letak minyak mcm nak goreng pisang tu...


6.minyak kena betul2 panas - baru gorengkan roti tadi
7. balik2kan supaya kuning kedua2 belah

8. angkat dan hidangkan bersama2 dengan susu cair kalau suka - kalau tak makan cam tu ok jugak 



 


Note : aiskrim yang digunakan di atas adalah aiskrim potong tau (yang ada kayu kat tengah tu..so buangkan kayunya ajee ) biasa lee nak buat experimen kena guna aiskrim yang murah2 ajee (JANGAN RISAU AISKRIM TU AKAN CAIR TAPI KENA GORENG CEPAT NGAN MINYAK YANG PANAS2 BETUL ) dan lebihan roti tu jgn membazir lak....leh wat pudding roti tau n letak cheese ya .Selamat bersantai dihujung minggu sambil makan aiskrim goreng

Jom pakai legging..

Celoteh Aku MamaGlam at 9:27 AM 0 berbalas bebelan
Sekarang ini memang ramai yang mengenakan ‘legging’. Seluar yang melekat di kaki ini sudah menjadi ‘hot item’ yang mesti dimiliki oleh mana-mana wanita. Selain daripada boleh digayakan dalam pelbagai cara, pemakaian ‘legging’ juga membuatkan pemakai rasa selesa.  

Di pasaran sekarang ini terdapat pelbagai jenis ‘legging’ yang boleh dipilih. Fabrik, corak dan warna memainkan peranan penting dalam menentukan gaya seseorang. Warna yang paling selamat sudah tentulah hitam kerana ia boleh dikenakan dengan sebarang warna baju. Tetapi, jangan membataskan pilihan yang ada. Ketahui tips memilih ‘legging’ yang sesuai untuk badan korang.

1. kalo memakai ‘legging’ warna cerah, pastikan anda mengenakannya dengan baju yang berwarna gelap. Begitu juga sebaliknya.

2. Kalau memakai ‘legging’ yang mempunyai motif, jangan padankannya dengan baju yang bercorak. Sebaliknya pilih yang polos.

3. Penting untuk mereka yang memiliki paha berisi atau agak besar, pilih ‘legging’ dengan warna gelap.

4. Pastikan juga baju yang dikenakan labuh menutupi pinggul. Gaun mini dan kemeja longgar antara pilihan terbaik. Jangan pakai baju yang terlalu ketat kerana ia boleh membuatkan anda kelihatan seperti ingin pergi bersenam. Jika masih ingin mengenakan baju ketat, sebaiknya padankan dengan skirt mini atau hot pants supaya penampilan nampak kasual dan bergaya.

5. Kenakan ‘legging’ yang betul-betul padan dengan saiz kaki anda. Bukan yang terlalu ketat atau terlalu longgar. Pasti anda tidak mahu ‘legging’ yang dipakai nanti tiba-tiba koyak ketika sedang melangkah bukan? Kalau terlalu longgar pula, ‘legging’ akan menjadi berkedut-kedut dan ini mencacatkan penampilan.

6. kalau ingin tampil dengan gaya bohemian atau kasual, kenakan kasut mendatar (flat shoes) atau wedges. tapi jika  ingin tampil glamor, anda boleh padankan ‘legging’ dengan kasut bertumit tinggi.

wat, masa ni i xleh nk pakai la kan.. coz i tgh preggy nih.. huhuhuhu.. lg 3 bulan jer nak tunggu.. 

Nak bibir menawan dan seksis..

Celoteh Aku MamaGlam at 9:12 AM 0 berbalas bebelan
 Ni, i amik tips dr gua.com.my juga nih.. saja2 utk sharing perkara baik.. enjoy!!

********************************************************************

Memiliki bibir yang seksi dan sihat menjadi idaman setiap wanita. Penjagaan bibir amat penting kerana bibir merupakan antara bahagian penting yang perlu dititikberatkan.

Penggunaan gincu semata-mata tidak menjamin bibir yang seksi dan sihat. Kita perlu menjaga dan merawat bibir bagi memastikan bibir kelihatan seksi dan sihat!

Punca bibir kering, merekah
Kurang Minum Air – Kekurangan air putih menyebabkan tubuh sukar untuk menyerap air sekaligus mengakibatkan bibir menjadi kering.

Kurang makan buah-buahan serta sayuran – Kajian yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik bioteknologi mendapati, terdapat beberapa bahan aktif penting dalam pelbagai jenis buah-buahan dan sayuran yang amat berguna kepada seluruh tubuh manusia, sama ada untuk tujuan kecantikan luaran mahupun dalaman.

Merokok – Setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4,000 bahan kimia beracun yang membahayakan dan boleh membawa maut. Dengan ini setiap sedutan itu menyerupai satu sedutan maut.

Rokok mengandungi pelbagai jenis racun yang amat berbahaya. Selain barah paru-paru, risiko kerosakan sistem pernafasan pada bayi, kanser pundi kencing, sakit jantung dan lemah ingatan, rokok juga menyebabkan bibir kering dan merekah.

Menjilat bibir dengan air liur – Perkara ini sering dilakukan kononnya dengan menjilat bibir dengan air liur dapat mengelakkan bibir kering. Namun anda silap kerana air liur mengandungi ‘saliva’ yang boleh mengurangkan tahap kelembapan bibir.

Banyak lagi sebenarnya punca bibir kering antaranya, minum kopi dan minumam beralkohol, pengambilan makanan masam dan masin secara berlebihan, perubahan suhu, udara dan debu serta penggunaan kosmetik yang mengandungi bahan kimia yang banyak.
Tips untuk memiliki bibir menawan
Di sini GUA ingin berkongsi dengan anda tips untuk mendapat bibir yang sihat dan menawan.

1. Minum lapan gelas air putih setiap hari. Amalam ini dapat membantu mencegah dehidrasi yang menyebabkan bibir menjadi kering dan merekah.

2. Gunakan lip balm yang mengandungi pelindung sinar UV dan pelembap.

3. Basahkan bibir dengan air putih dan bukannya air liur. Air liur mengandungi kelenjar dan enzim yang boleh membuatkan bibir kamu bertambah kering.

4. Bersihkan sisa gincu sebelum membuat sapuan yang baru dan sebelum tidur. Kaedah ini dapat mengelakkan segala debu dan bakteria yang melekat pada bibir. Sisa gincu boleh dibersihkan dengan menggunakan berus gigi yang lembut.

5. Lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan. Pilih sayur-sayuran dan buah-buahan yang mengandungi vitamin B, C, E dan mineral. Amalkan minum air barli untuk menyejukkan badan.

6. Hati-hati ketika memilih gincu. Pilihan yang tidak sesuai akan menjadikan bibir menjadi kering dan pecah-pecah. Selain itu, jangan gunakan gincu atau lip balm yang sudah berusia lebih dari setengah tahun.

7. Jauhi gaya hidup tidak sihat seperti merokok dan minum minuman beralkohol. Bahan kimia yang terdapat di dalam rokok akan menyebabkan bibir menjadi hitam. Sementara alkohol pula akan membuatkan bibir kamu menjadi kering dan merekah.

8. Jadikan lip balm dan lip gloss sebagai teman setiamu. Sapukan pada bibir jika ia mulai kering dan setiap kali sebelum tidur. Selain itu, kamu boleh menggunakan madu sebagai pelembap semulajadi.

9. Untuk mengelakkan bibir menjadi luka dan berdarah, jangan mengelupaskan kulit bibir yang mati dalam kering! Sebaliknya bibir hendaklah dibasahkan terlebih dahulu dan lap dengan tuala basah.

10. Gincu yang mengandungi perisa dan pewangi akan menyebabkan bibir menjadi kering, namun dengan tambahan pelembap (vitamin E) dan pelindung sinar UV dapat membantu melindungi bibir. Justeru, kamu tidak perlu khuatir dengan sebarang produk kecantikan bibir yang mempunyai pewangi dan perisa.

11. Hindari makanan pedas dan panas, makanan bergaram (misalnya kuaci) atau buah-buahan bergetah seperti duku.

12. Bibir tidak mempunyai kelenjar lemak, namun banyak mengandungi melanin atau zat pigmen yang peka terhadap sinar matahari. Jadi lindungi bibir kamu dengan gincu atau lip balm yang mengandungi pelindung sinar UV.

13. Untuk bibir yang seksi dan sihat, GUA juga sarankan sentiasalah ucap kata-kata kebaikan, elakkan mengumpat dan bercakap buruk tentang orang lain!

Ayat-Ayat Mengurat

Celoteh Aku MamaGlam at 9:01 AM 0 berbalas bebelan
hahaha,.. ni aku jumpa artikel ni kat gua.com.my.. lawak tul la artikel nih.. tp kan ada betulnya juga..

so, i just nak share artikel nih.. kepada sesapa yg dah abis ayat2 power nak ngorat, hah boleh la amik tips kat dlm artikel nih.. hihihihi...

klik kat link, okies..

Ayat-Ayat Mengurat

Morning, morning, morning..

Celoteh Aku MamaGlam at 8:53 AM 0 berbalas bebelan
assalamualaikum...

hai, morning semua... wahh, ari nih i terbangun tersangat la awal la pula.. ntah apa mimpi ntah.. bersiap2 p kerja pon kejap jer.. tup tup, dah sampai kt opis.. tgk2 jam kul 7am td.. hurmm.. apa kenelah ngan aku ari nih... sudahnya, aku duk sorang2 kt opis nih coz xda org lagi sampai..

ari ni, seperti biasa, i nk mulakan misi utk clear-kan tray in i.. wah, dah mula membukit... sbelum jadi gunung baik i settle cepat2.. hihihihi...

ok lah all, nnt kita pot pet opt pet lg k.. i nak stat misi dulu.. adios!!

18 May 2010

Kebosanan Melanda Diri Ini...

Celoteh Aku MamaGlam at 4:37 PM 0 berbalas bebelan
Ari ni mmg terasa bosan sgt2... keja pula dah abis, selesai semalam lg.. bersungguh2 aku buat keja.. ari ni keja aku surf intenet jerk.. bosan la pulak... Apa la aku nak wat lepas nih...

           Ari nih tetiba la pulak teringatkan c Irfan n Yayahnya.. mmm, apalah hero2 aku wat ari nih ek.. petang ni pulak hujan... mmm, malas la pulak nak kuar umah, jejalan ker.. dah la ari nih ada pasar tani... x dapat la aku nak p..

           Ari ni jugak aku berkongsi masalah ngan besfren aku d kk, sabah tuh.. jauh2 cam ni pun, blh kongsi jg kan.. nama pun besfren.. aku risau dgn masalah yg melanda hubungan dorang skang nih.. aku risau dorang x jadi nak kawen jer... harap2 semuanya ok lar.. tadi aku beria-ia, tenangkan n nasihatkan tunang besfren aku tuh.. biasalah, dugaan org tgh bertunang, mcm tu la kan..

Apa2 pun, aku mmg salu mendoakan kebahagiaan dorang dua.. arap Allah swt tetap kan dan panjangkan lg jodoh dorang, Amiiin...

17 May 2010

Amature Photoshop wif my EOS 1000D - Part I

Celoteh Aku MamaGlam at 3:09 PM 0 berbalas bebelan
Memandangkan c irfan dah tido, jadik aku pun dalam diam2 menjadikan dia model kamera ku tanpa kebenarannya.. huhuhuhu...

ni tgh cuba guna monochrome photo, kaler sephia n try fokus only on tangan dia sahaja, the rest become blur.. jadik juga, hahahaa...




hah, yang ni pulak aku try fokus only on his face lak... amboi, hero kecik aku ni, nyenyak gila tidur.. bagus bagus, teruskan.. senang umi nak try test kamera canggih umi nih...






kiutnya tangan..

13 May 2010

Untuk diri saya sendiri yang MELAYU juga ...

Celoteh Aku MamaGlam at 12:06 PM 0 berbalas bebelan
Ni aku amik daripada email yg aku terima dr seorang teman.. menarik utk aku kongsi ngan kwn2 semua.. renung2kan lah yer... 

Peringatan buat diriku jua keran diriku begitu berharga... (waahh)


Untuk diri saya sendiri yang MELAYU juga ...

Di mana boleh cari ramai Melayu
Pastinya di Kelantan dan Terengganu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh, pusat pemuilihan, dulu di Pudu
Dan di jalan, lumba haram, rempit tak berlampu
Dan di selekoh duit rasuah depa pun sapu

Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan chandu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu
Apa hobi orang Melayu
Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu

Atau baca majalah Mastika, Metro pasal cerita hantu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Berpusu-pusu pergi tengok pamiran hantu
Sambil makan junk food, kuaci dan muruku
Sibuk bercerita tentang Datuk K dapat bini baru
Apa pakaian Siti nak pakai itu yang nak tahu
Mana tak gendut berpenyakit selalu

Kalau nak berlagak melayu masih nombor satu
Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu
Boleh tak jumpa mereka di kedai buku
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada tapi kurang sangat mereka di situ
Kenapa melayu jadi begitu

Nak salahkan siapa ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut ialah Melayu malas selalu
Nak harap Kerajaan saja membantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuh siapa dulu
pasal jambatan senggek atau siapa dia penghulu
Dan suka sanggat dengan budaya ampu mengampu
Sampai bila kita nak tunggu

Bangsa Melayu jadi bangsa yang maju
BOleh! dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata nabi ikutlah Quran dan sunnah ku
AlQuran yang diturunkan 1400 tahun dahulu
tapi apa yang kita tahu, cuma baca bila nak halau hantu


No Komen...

Celoteh Aku MamaGlam at 9:51 AM 0 berbalas bebelan
Sah, mmg photolergic anak aku sorang nih... 

Ceh, kira senyum paling kiut la konon nih...

Hello!!!... No Komen, Okey!!!

Aku dan Yayahku...

Sayang Yayah... 

* mmg sah, Like Father, So very like Son.... nway, luv u both, muah muah muah!!!

Irfan on d move

Celoteh Aku MamaGlam at 9:40 AM 0 berbalas bebelan
 
Yayahku pulang dari keja, Yayah ku belikan kereta...
Kereta kecil warna warni, akanku ronda2 dalam rumah...

Pon pon pon pon pon, keretaku xde hon,
nnt yayahku pulang minta upgrade hon....

La la la la la la, akanku bawa penuh skill...

Macam ni pon boleh lar...

Selamat tinggal juliet, jangan ditanya kemana ku pergi.......


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea