Laman

20 May 2010

Nak bibir menawan dan seksis..

Celoteh Aku MamaGlam at 9:12 AM
 Ni, i amik tips dr gua.com.my juga nih.. saja2 utk sharing perkara baik.. enjoy!!

********************************************************************

Memiliki bibir yang seksi dan sihat menjadi idaman setiap wanita. Penjagaan bibir amat penting kerana bibir merupakan antara bahagian penting yang perlu dititikberatkan.

Penggunaan gincu semata-mata tidak menjamin bibir yang seksi dan sihat. Kita perlu menjaga dan merawat bibir bagi memastikan bibir kelihatan seksi dan sihat!

Punca bibir kering, merekah
Kurang Minum Air – Kekurangan air putih menyebabkan tubuh sukar untuk menyerap air sekaligus mengakibatkan bibir menjadi kering.

Kurang makan buah-buahan serta sayuran – Kajian yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik bioteknologi mendapati, terdapat beberapa bahan aktif penting dalam pelbagai jenis buah-buahan dan sayuran yang amat berguna kepada seluruh tubuh manusia, sama ada untuk tujuan kecantikan luaran mahupun dalaman.

Merokok – Setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4,000 bahan kimia beracun yang membahayakan dan boleh membawa maut. Dengan ini setiap sedutan itu menyerupai satu sedutan maut.

Rokok mengandungi pelbagai jenis racun yang amat berbahaya. Selain barah paru-paru, risiko kerosakan sistem pernafasan pada bayi, kanser pundi kencing, sakit jantung dan lemah ingatan, rokok juga menyebabkan bibir kering dan merekah.

Menjilat bibir dengan air liur – Perkara ini sering dilakukan kononnya dengan menjilat bibir dengan air liur dapat mengelakkan bibir kering. Namun anda silap kerana air liur mengandungi ‘saliva’ yang boleh mengurangkan tahap kelembapan bibir.

Banyak lagi sebenarnya punca bibir kering antaranya, minum kopi dan minumam beralkohol, pengambilan makanan masam dan masin secara berlebihan, perubahan suhu, udara dan debu serta penggunaan kosmetik yang mengandungi bahan kimia yang banyak.
Tips untuk memiliki bibir menawan
Di sini GUA ingin berkongsi dengan anda tips untuk mendapat bibir yang sihat dan menawan.

1. Minum lapan gelas air putih setiap hari. Amalam ini dapat membantu mencegah dehidrasi yang menyebabkan bibir menjadi kering dan merekah.

2. Gunakan lip balm yang mengandungi pelindung sinar UV dan pelembap.

3. Basahkan bibir dengan air putih dan bukannya air liur. Air liur mengandungi kelenjar dan enzim yang boleh membuatkan bibir kamu bertambah kering.

4. Bersihkan sisa gincu sebelum membuat sapuan yang baru dan sebelum tidur. Kaedah ini dapat mengelakkan segala debu dan bakteria yang melekat pada bibir. Sisa gincu boleh dibersihkan dengan menggunakan berus gigi yang lembut.

5. Lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan. Pilih sayur-sayuran dan buah-buahan yang mengandungi vitamin B, C, E dan mineral. Amalkan minum air barli untuk menyejukkan badan.

6. Hati-hati ketika memilih gincu. Pilihan yang tidak sesuai akan menjadikan bibir menjadi kering dan pecah-pecah. Selain itu, jangan gunakan gincu atau lip balm yang sudah berusia lebih dari setengah tahun.

7. Jauhi gaya hidup tidak sihat seperti merokok dan minum minuman beralkohol. Bahan kimia yang terdapat di dalam rokok akan menyebabkan bibir menjadi hitam. Sementara alkohol pula akan membuatkan bibir kamu menjadi kering dan merekah.

8. Jadikan lip balm dan lip gloss sebagai teman setiamu. Sapukan pada bibir jika ia mulai kering dan setiap kali sebelum tidur. Selain itu, kamu boleh menggunakan madu sebagai pelembap semulajadi.

9. Untuk mengelakkan bibir menjadi luka dan berdarah, jangan mengelupaskan kulit bibir yang mati dalam kering! Sebaliknya bibir hendaklah dibasahkan terlebih dahulu dan lap dengan tuala basah.

10. Gincu yang mengandungi perisa dan pewangi akan menyebabkan bibir menjadi kering, namun dengan tambahan pelembap (vitamin E) dan pelindung sinar UV dapat membantu melindungi bibir. Justeru, kamu tidak perlu khuatir dengan sebarang produk kecantikan bibir yang mempunyai pewangi dan perisa.

11. Hindari makanan pedas dan panas, makanan bergaram (misalnya kuaci) atau buah-buahan bergetah seperti duku.

12. Bibir tidak mempunyai kelenjar lemak, namun banyak mengandungi melanin atau zat pigmen yang peka terhadap sinar matahari. Jadi lindungi bibir kamu dengan gincu atau lip balm yang mengandungi pelindung sinar UV.

13. Untuk bibir yang seksi dan sihat, GUA juga sarankan sentiasalah ucap kata-kata kebaikan, elakkan mengumpat dan bercakap buruk tentang orang lain!

0 berbalas bebelan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea