Laman

20 December 2010

Kehebatan Syurga

Celoteh Aku MamaGlam at 10:05 AM 0 berbalas bebelan

 

Allah menciptakan perkara-perkara yang luar biasa indah dan nikmatnya kepada orang-orang yang bertaqwa sehingga menurut Nabi Muhammad s.a.w. di syurga itu terdapat apa-apa yang belum pernah dilihat oleh mata dan didengar oleh telinga serta tidak pernah pula terlintas di hati manusia.

Berikut adalah beberapa ayat Al-Quran tentang kehebatan syurga Allah SWT :

"Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertaqwa ialah (seperti taman); mengalir sungai-sungai di dalamnya; buahnya tak henti-henti sedang naungannya (demikian pula). Itulah tempat kesudahan bagi orang-orang yang bertaqwa, sedang tempat kesudahan bagi orang-orang kafir ialah neraka." (Surah Ar-Ra'd; 35)

"Kedua syurga itu mempunyai pohon-pohonan dan buah-buahan." (Surah Ar-Rahman; 48)

"Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang mengalir." (Surah Ar-Rahman; 50)

"Di dalam kedua syurga itu terdapat segala macam buah-buahan yang berpasangan." (Surah Ar-Rahman; 52)

"Mereka bertelekan di atas permadani yang sebelah dalamnya dari sutera. Dan buah-buahan di kedua syurga itu dapat (dipetik) dari dekat." (Surah Ar-Rahman; 54)

"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin." (Surah Ar-Rahman; 56)

"Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang memancar." (Surah Ar-Rahman; 66)

"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik." (Surah Ar-Rahman; 70)

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, bagi mereka syurga-syurga yang penuh kenikmatan..." (Surah Luqman, 8)

"Dan dimasukkanlah orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya dengan izin Tuhan mereka. Ucapan penghormatan mereka dalam syurga itu ialah "salam"" (Surah Ibrahim; 23)

"Mereka tidak mendengar perkataan yang tak berguna di dalam syurga, kecuali ucapan salam. Bagi mereka rezeki di syurga itu tiap-tiap pagi dan petang." (Surah Maryam; 62)

"Berlumba-lumbalah kamu kepada (mendapatkan) ampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-rasul-Nya. Itulah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar." (Surah Al-Hadid; 21)

"Di syurga itu mereka memperoleh buah-buahan dan memperoleh apa yang mereka minta." (Surah Yasin; 57)

"(Bagi mereka) syurga 'Adn mereka masuk ke dalamnya, di dalamnya mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang dari emas, dan dengan mutiara, dan pakaian mereka didalamnya adalah sutera." (Surah Fathir; 33)

"....Syurga itu sebaik-baik tempat menetap dan tempat kediaman." (Surah Al-Furqan; 76)

Ya Allah, anugerahkanlah kepada kami syurga-Mu dengan rahmat dan kasih sayang-Mu. Jadikanlah kami hamba-Mu yang beriman dan bertaqwa. Kami teringin menemui-Mu di syurga. Ampunkahlah dosa-dosa kami.

05 December 2010

HUKUM PENYUSUAN

Celoteh Aku MamaGlam at 11:19 AM 0 berbalas bebelan

Sumber: DuniaSusuIbu.com

 

Para fuqaha’ berpendapat bahawa penyusuan wajib ke atas ibu.

Tetapi apabila seseorang ibu itu telah bercerai dan tamat iddahnya, pihak berkuasa iaitu kadi atau hakim tidak boleh  memaksa ibu supaya menyusui anaknya.

Ini kerana penyusuan anak termasuk dalam tanggungan nafkah sedangkan nafkah anak menjadi tanggungjawab bapa.

Namun begitu, sekiranya keadaan anak itu memaksa ibunya supaya menyusuinya, maka ketika ini pihak berkuasa boleh melakukan paksaan ke atas ibu supaya menyusui anaknya (Salleh Ismail. 1993. Tuntutan Hidup Muslim. Terengganu: Terbitan KUSZA, hlm 42).

Mengikut pendapat jumhur ulama yang terdiri daripada mazhab Shafi’e, Hanafi dan Hanbali, pihak kadi atau hakim boleh memaksa ibu menyusui anaknya sekalipun hubungan antara kedua-dua ibu bapa itu masih kekal sebagai suami isteri yang sah.

Keadaan ini berlaku apabila anak itu tidak dapat menerima susu lain selain susu ibunya.

Begitu juga jika tidak ada sesiapa yang mahu menyusuinya atau kerana bapanya orang miskin dan tidak mampu membiayai upah penyusuan atau tidak ada sesiapa yang sudi menyusuinya dengan percuma dan anak itu tidak mempunyai harta (Muhammad Salam Madkhur. 1978. al-Wajiz li Ahkam al-Usrah fi al-Islam. Qaherah: Dar al-Nahdah al-’Arabia, hlm 452).

Walau bagaimanapun ibu-ibu hanya wajib menyusui anak-anaknya jika mereka tidak memiliki apa-apa keuzuran yang menghalangnya daripada menunaikan tugas tersebut seperti kekeringan air susu atau berpenyakit yang boleh mendatangkan mudarat dan berbahaya kepada bayi.

Jika ibu sihat dan tiada sebarang keuzuran yang menghalang, tetapi telah ada persetujuan antaranya dengan suami untuk mengupah orang lain menyusui anak mereka, maka ia diharuskan kerana kewajipan tersebut berdasarkan kepada kepentingan dan kemaslahatan anak. (Muhammad Rasyid Redha T.th. Tafsir al-Quran al-Karim al-Shahir bi Tafsir al-Manar. Juzuk 2. Misr: Maktabah al-Qaherah,hlm  409-410).

 

Hal ini dinyatakan telah oleh Allah S.WT dalam ayat-Nya:

Maksudnya:

Kalau kedua-duanya (suami isteri) hendak menceraikan penyusuan sebelum dua tahun dengan persetujuan dan perundingan antara kedua-duanya, tidaklah mengapa. Dan kalau kamu hendak menyusukan anakmu kepada perempuan lain, tidaklah mengapa jika kamu berikan pembayaran mengikut sepatutnya.          

(al-Baqarah 2: 233)

 

Dari aspek kehakiman, para fuqaha’ berselisih pendapat dalam menentukan hukum penyusuan.

Menurut satu pendapat yang masyhur daripada Imam Malik, ibu wajib menyusukan anaknya dari segi kehakiman sebagaimana wajib dari segi keagamaan (Zakiyuddin Say’ban. 1971. al-Ahkam al-Shar’iah li Ahwal al-Shakhsiah. Misr: Dar al-Nahdah al-’Arabiah, hlm 605).

Menurut pendapat Imam Hanafi pula, tidak wajib ibu menyusukan anaknya dari segi kehakiman sekalipun ia wajib dari segi keagamaan.

Jika ibu enggan sedangkan dia berkemampuan dan  berkuasa, maka kadi boleh boleh memaksanya dalam keadaan ter­tentu.

Imam Shafi’e pula berpendapat, adalah menja­di tanggungjawab serta kewajipan bagi ibu menyusukan anaknya terutamanya susu permulaan (kolostrum) kerana ia amat penting bagi bayi untuk membina kekuatan mental dan fizikal.

Selain itu, sekiranya ibu tidak merupakan satu-satunya orang yang akan menyusukan anaknya dan kebetulan pula ibu tidak mahu menyusukan anaknya, maka wajib bapa mencari wanita lain dan membayar upahnya untuk menyusukan anaknya itu.

Prosedur penyusuan boleh dibincangkan antara kedua-dua suami isteri samada bayi itu perlu dihantar ke rumah ibu yang menyusukan itu atau ibu tersebut datang sendiri ke rumah bayi apabila tiba waktu bayi menyusu (Zakaria Ahmad al-Barri. 1964. Ahkam al-Aulad fi al-Islam. Misr: Dar al-Qaumiah, hlm 35).

Tetapi jika cara ini tidak disepakati di antara ibu kandung dengan wanita yang menyusukan itu, maka wajiblah wa­nita yang menyusukan tinggal bersama-sama dengan ibu kandung bayi tersebut supaya ibu kandung dapat melaksanakan tugasnya sebagai pengasuh anak tersebut.

Apabila masa menyusu yang disepakati telah tamat tetapi bayi itu masih memerlukan penyusuan ibu maka ibu atau wanita yang menyusukan itu mestilah memanjangkan lagi tempoh penyusuan dengan ditambah pula upah yang akan diterima. 

Ketentuan itu perlu dilaksanakan demi menjaga kesejahteraan bayi sehingga bayi tidak lagi memerlukan air susu ibu.

Tugas menyusukan bayi boleh juga digantikan oleh lain sekiranya ada yang sanggup dan mahu bayi itu menyusu kepadanya.

Begitu juga tentang upah ibu susuan yang kedua akan dikira sesuai dengan tempoh lamanya dia menyusukan. (Salleh Ismail.1993. Tuntutan Hidup Muslim. Terengganu: Terbitan KUSZA, hlm 145).

Sekiranya ibu yang menyusukan itu mahu menyusukan anak dengan sukarela tanpa dibayar upahnya tetapi dalam waktu beberapa bulan dia mahu berhenti menyusukan maka permintaannya itu boleh diterima.

Tetapi jika bayi itu sudah terbiasa menyusu kepadanya dan tidak mahu lagi menyusu kepada orang lain maka tugas menyusu tetap dibebankan kepada ibu tersebut dengan dibayar upah tertentu waalaupun pada mulanya dia menyusukan secara sukarela.

Hal ini perlu dilaksanakan agar bayi itu tidak sakit atau lemah atau lemah kerana terlalu cepat dihentikan tempoh penyusuan.

 

Rujukan: Ayu Aima Yusuf (2002). Hukum Penyusuan. Penyusuan Susu Ibu Menurut Perspektif Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors, hlm 44-36.

04 December 2010

Amalan Penyusuan Rasulullah s.a.w

Celoteh Aku MamaGlam at 10:43 AM 0 berbalas bebelan

Sumber : DuniaSusuIbu.com

 

Amalan penyusuan telah dipraktikkan oleh masyarakat sejak zaman jahiliah lagi.

  • Menjadi kebiasaan golongan bangsawan Arab di Mekah apabila seorang anak dilahirkan mereka akan segera mencari wanita-wanita dari kawasan pedalaman untuk menyusukan anak.

 

  • Kabilah pedalaman yang terkenal menyusukan bayi adalah kabilah Bani Saad (Muhammad Husain Haekal. 1989. Sejarah Hidup Nabi Muhammad. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka).

 

  • Persekitaran yang bersih dan nyaman serta bahasa Arab tulen yang belum lagi bercampur dengan bahasa lain menyebabkan masyarakat zaman jahiliah le­bih suka menyerahkan anak mereka kepada wanita-wanita Bani Saad untuk disusui (G.W Choudry. 1993. The Prophet Muhammad, His Life and Eternal Message. Kuala Lumpur: WHS Publications Sdn. Bhd., hlm 20).

 

  • Setelah lapan hari dilahirkan, Rasulullah s.a.w telah disusui oleh Thuwai­bah iaitu hamba kepada Abu Lahab untuk sementara waktu sebelum diserahkan kepada seorang wanita dari kaum Bani Saad bernama Halimah binti Abd Dhuaib atau lebih dikenali dengan nama Halimah al-Saadiah.

 

  • Ciri-ciri masyarakat Bani Saad yang pintar dan petah bercakap serta  keperibadian Halimah sendiri yang berbudi bahasa dan berpekerti mulia memberikan pengaruh yang besar dalam kehidupan Rasulullah s.a.w. (Sutina Sulaiman. 1993. Kelahiran Rasulullah s.a.w. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 192)

Rujukan: Ayu Aima Yusuf (2002). Sikap Masyarakat Terhadap Amalan Penyusuan. Penyusuan Susu Ibu Menurut Perspektif Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors, hlm 4.

03 December 2010

CARA HIDUP SIHAT…

Celoteh Aku MamaGlam at 4:37 PM 0 berbalas bebelan
 

Kunci untuk kehidupan yang sihat adalah mengamalkan cara hidup sihat:

-Makan Secara Sihat
-Lakukan Aktiviti Fizikal
-Tidak Merokok
-Belajar Menangani
Stress

 


Faedah cara hidup sihat:


• Meningkatkan
status kesihatan anda
• Mengurangkan risiko anda mendapat pelbagai penyakit seperti
diabetes, serangan jantung, strok (angin ahmar)dan tekanan darah tinggi
• Membuat anda kelihatan dan berasa lebih baik
• Membolehkan anda memiliki stamina dan keupayaan yang lebih untuk menikmati kehidupan

Bila Baby Rayyan Demam… Hurmmm :(

Celoteh Aku MamaGlam at 4:25 PM 0 berbalas bebelan

Sedih bila tengok Rayyan merengek x selesa dengan badannya.. agaknya terlalu panas kut dalam badan tuh.. sejak semalam lepas amik dia di rumah pengasuh lagi mamaG perasan… mamaG ingatkan, sebab mamaG demam tu yang bila pegang baby Rayyan pun panas juga.. rupanya, badan baby Rayyan lagi panas daripada mamaG…

APa lagi, cepat-cepat mamaG tuam badan dia dengan air sejuk (as doktor yg rekemen dulu tu)… gagah jugaklah Rayyan ni, coz dia demam panas pun tak menangis, cuma merengek jer nak kene layan.. manja gitu kan, biasa la orang sakit ni…

Jadiknya, hari ni, mamaG coti lagi sebab mamaG dan baby Rayyan demam.. hambik ko, orang demam menjaga orang demam juga.. hahaha.. sib baik la Rayyan tak banyak ragam, merengek jer, minum susu, makan ubat, dah tido.. tapi kejap jer tido, mungkin sebab dia tak selesa kut, panas..

kadang terfikir juga, mungkin Rayyan demam sebab mamaG demam kut.. sebab orang tua-tua kata, baby yang susu badan ni, ikut ibunya.. kalau si ibu demam, dia pon ikut gak, kalau si ibu stress, dia pun meragam tompang sekaki gak… mungkin kut..

kalau betul la, umi minta maaf ya Rayyan.. sian Rayyan ikut umi demam gak… takpa, Rayyan minum jer susu umi banyak2 okies n makan ubat too..

IMG0356A IMG0357A

sian dia, kena tuam air sejuk sepanjang malam.. sib baik tak nangis… gud boy!IMG0358A IMG0359A IMG0360A IMG0361A IMG0362A IMG0363A   mama pegang tangan adik nak kasi tenang dan kasi semangat gitu… IMG0364A IMG0365A IMG0366A IMG0367A

Ntah napa si Rayyan ni wat mulut macam ni.. lucu jugak… huhuhu.. IMG0368A IMG0369A IMG0370A IMG0371A IMG0372A IMG0373A

ni dah elok sikit, dah boleh senyum dan gelak bila disergah. dah lega sikit la kut, lepas mandi kan…

IMG0374A IMG0375A

moga anak umi cepat sembuh ya..

Kebaikan Seks Selepas Bersalin

Celoteh Aku MamaGlam at 12:07 PM 0 berbalas bebelan

Sumber: Dunia SusuIbu yg diambil dari ruangan Prof. Madya Dr. Shah Reza Johan Noor (2009). Utusan Malaysia Online. 20 Disember.

 

 

 

 

********************************************************************************

 

AMALAN di kalangan wanita di Kelantan, mereka lazimnya tidak melakukan hubungan kelamin untuk selama 100 hari selepas bersalin. Apabila ditanya kenapa, tidak ada jawapan yang khusus, ia hanya amalan turun temurun daripada emak kepada anak.

Walaupun tidak ada hubungan kelamin, mereka masih tidur bersama suami. Kecekalan serta daya tahan ini memerlukan dedikasi yang padu. Dari segi perancangan keluarga, amalan ini memberangsangkan.

 

Kelahiran

Lain bangsa lain pula amalan mereka. Tidak ada bukti kenapa setiap amalan diperlakukan. Walaubagaimanapun, tempoh yang diamalkan ini boleh dikatakan bagus kerana wanita sempat mengembalikan kecergasan fizikal selepas kepenatan bersalin serta mengandung selama 40 minggu.

Suami sepatutnya lebih arif serta memahami tugas serta tanggungjawab baru sebagai seorang bapa. Hubungan suami isteri bukanlah hanya hubungan kelamin semata-mata, ia lebih dari itu!

Walaupun hubungan kelamin semasa mengandung kerap serta aktif dan menyeronokkan tetapi lain pula selepas bersalin. Hubungan kelamin bukanlah agenda utama untuk beberapa julat masa akan datang selepas ketibaan ahli keluarga baru.

Proses kelahiran merupakan proses fizikal yang meletihkan. Bayangkan isteri terpaksa menahan kesakitan serta kontraksi rahim untuk berjam-jam lamanya sama seperti pelari marathon semasa Sukan Olimpik! Tentulah isteri akan keletihan serta kelesuan, apatah lagi apabila diberi ubat penahan sakit jenis narkotik semasa proses kelahiran.

Kemuncak emosi berlaku apabila ibu melihat bayi yang dilahirkan sihat serta selamat.

Badan ibu akan mengambil masa untuk pulih kembali, terutamanya selepas mengalami perubahan hormon semasa mengandung. Adaptasi serta fokus isteri sekarang sebagai seorang ibu mula menampakkan keanggunan seorang wanita.

Tempoh selepas bersalin dikenali sebagai postpartum, kehadiran si sayang baru menambahkan lagi keberkesanan perhubungan serta komunikasi.

Kemaskini cara berkomunikasi suami dan isteri sebelum agenda hubungan kelamin bermula. Suami tentu dan perlu memahami akan tanggungjawab masing-masing terhadap si kecil dan juga sesama sendiri.

 

Keinginan

Kerana kesibukan tanggungjawab baru, mungkin isteri terlupa akan hubungan kelamin. Ada doktor yang menasihati supaya berehat dari hubungan kelamin selama 6 minggu, namun nasihat ini sebenarnya tidak ada bukti kukuh.

 

Ada doktor yang nasihatkan supaya berehat di antara 3 hingga 6 minggu, bergantung kepada:

* Berhentinya darah dan juga discaj selepas bersalin.

* Penyembuhan luka dari episiotomi di faraj semasa proses kelahiran

* Penyembuhan dari pembedahan caesarean

 

Sebab-sebab lain yang menyebabkan keinginan hubungan kelamin menurun selepas bersalin termasuklah:

* Keletihan dan kelesuan dari tanggungjawab baru kerana setiap kelahiran merupakan pengalaman baru. Banyakkan meminum air serta mengambil makanan yang berkhasiat. Senaman ringkas khas untuk mereka selepas bersalin juga boleh mengurangkan ketegangan.

* Ketegangan dan rasa tidak selesa, mungkin juga kesakitan dari tempat jahitan episiotomi dan juga di abdomen dari kelahiran caesarean.

* Menyusu badan menyebabkan cairan lubrikasi di faraj menurun, jadi faraj menjadi kering dan hubungan kelamin jadi menyakitkan. Ada banyak cecair pelincir yang boleh didapati di farmasi untuk mengelakkan kekeringan.

* Anggapan bentuk badan sekarang tidak menarik, berat badan bertambah dan kulit pula menampakkan belang-belang di bahagian abdomen (selalu berlaku di kalangan orang Malaysia kerana mempunyai pigmen warna kulit yang lebih).

* Cemas dan was-was tentang peranan sebagai ibu, apatah lagi melihat si comel yang begitu lemah serta sensitif.

* Fokus terganggu dengan bunyi tangisan si comel, langsung mengganggu aktiviti kelamin.

 

Suami juga dipengaruhi oleh faktor-faktor sama dengan para ibu dan mereka mungkin tidak bersyahwat dan langsung tidak berupaya untuk hubungan kelamin. Jangan bimbang, sama-samalah berbincang dan hadapi setiap hari bersama.

 

Termengandung?

Isteri serta suami mungkin tidak bersedia untuk seorang lagi si comel untuk masa sekarang. Sekiranya ibu menyusu badan secara 100 peratus (tidak mengamalkan susu formula), proses ovulasi mungkin berlaku selepas 3 bulan.

Tetapi, sekiranya pengenalan susu formula dilakukan bertindih dengan penyusuan badan, ovulasi mungkin berlaku selepas 3 minggu.

Jadi, berbincanglah antara suami isteri akan kaedah kontraseptif terbaik.

Berjumlah dan minta nasihat doktor atau jururawat semasa lawatan susulan bayi.

Kondom merupakan kaedah perancang keluarga terbaik untuk peringkat ini kerana ibu masih menyusu badan. Sekiranya ibu yang menerajui kontraseptif, pil yang mengandungi progesteron sahaja yang terbaik kerna ianya tidak mengurangkan jumlah susu.

Untuk alat dalam rahim, pastikan dahulu yang saiz rahim telah kembali ke saiz sebelum mengandung.

Hubungan kelamin mempunyai kebaikannya sendiri. Hormon yang dikeluarkan boleh mencepatkan lagi proses penyembuhan setelah bersalin. Begitulah juga dengan penyusuan badan. Rahim akan cepat ke saiz asal. Sekiranya penyusuan badan tidak diamalkan 100 peratus, kitaran haid ibu mungkin kembali pada minggu keempat.

Secara langsung, mungkin diamati sebagai darah dari proses bersalin yang tidak lagi berhenti dan tiba-tiba jumlahnya banyak dari biasa. Ingat, penyusuan badan merendahkan hormon estrogen wanita dari ovari. Ini akan menyebabkan suasana dalaman faraj kering.

Jadi sekiranya hubungan kelamin dilangsungkan, pastikan cecair pelincir digunakan. Mungkin juga isteri serta suami boleh melambatkan hubungan zakar-faraj dengan meningkatkan tempoh sentuh menyentuh atau cumbuan.

 

Perubahan

Mungkin para ibu mengamati yang garis pusat faraj serta kontraksi otot-otot di sekitarnya tidak sebagaimana sebelum bersalin. Jangan runsing, dengan penyusuan badan serta latihan senaman khusus di bahagian pinggul dan perineum akan mengembalikan struktur asal dengan lebih berkesan. Sekiranya tidak berpuas hati, berjumpalah dengan doktor untuk nasihat.

Untuk seketika selepas bersalin, disebabkan paras hormon wanita estrogen serta progesteron jatuh dengan pantas, para ibu akan mengalami keadaan seakan-akan menopaus terutamanya pada kawasan sekitar faraj. Tahap pH faraj akan meningkat dan sel-sel yang melindungi faraj dari irritasi berkurangan, menyebabkan ibu terdedah kepada gangguan serta iritasi dari sabun ataupun cecair pencuci faraj.

Jangkitan pada faraj pada waktu ini mudah berlaku, apatah lagi dengan kehadiran darah dan juga discaj. Jadi, berhati-hatilah dengan dengan produk pelincir yang digunakan, ataupun jenis-jenis kondom yang digunakan.

Penjagaan perineum juga amat penting selepas kelahiran. Perineum adalah bahagian tubuh puan di antara faraj dan dubur. Pastikan kawasan tersebut bersih dan kering. Ini meningkatkan lagi proses penyembuhan. basuh tangan setiap kali puan menukar tuala wanita.

Keringkan dengan menyapu dari depan ke belakang, supaya kuman dari bahagian dubur tidak merebak. Jahitan episiotomi, biasanya akan hilang dalam masa dua minggu.

 

Emosi

Ada juga di kalangan ibu-ibu yang mengalami perubahan emosi selepas bersalin. Ini juga menyukarkan perhubungan kelamin sekiranya aktiviti ini ingin dimulakan. Kemurungan ini akan dibebankan lagi dengan tanggungjawab baru sebagai seorang ibu, perubahan masa serta perubahan perhubungan di antara suami serta si comel.

Perasaan juga terganggu dengan perubahan hormon yang berlaku pada badan ibu.

Adalah tidak janggal untuk ibu berasa cemas, kurang tidur, rasa keresahan serta kemurungan, kadang-kala mungkin menangis, sedih dan mudah terguris. Suami harus memahami perubahan yang dilalui oleh isteri. Semua ini normal sekiranya berlaku dalam tempoh dua minggu dan akan segera hilang apabila penyesuaian dengan persekitaran baru berlaku.

Tetapi sekiranya berterusan, segera berbincang dengan doktor!

 

Nota Ummu Ibtisam : Inilah hikmahnya Allah MELARANG isteri yang sedang nifas bersetubuh dengan suami. Susu ibu juga mampu menjadi pencegah kehamilan selagi proses ovulasi tidak berlaku. Ibu menyusu yang lain ada mengamalkan pil perancang untuk mencegah kehamilan? Kongsikan di bahagian komen. Terima kasih :-)

02 December 2010

Rest in Peace!

Celoteh Aku MamaGlam at 12:14 PM 0 berbalas bebelan

Apa nak jadik nih??? Kepala phenin, pandangan kabur macam jerebu teruk, mata berat semacam ja macam ada batu the bata, badan rasa seram sejuk mamcam baru lepas jumpa hantu dan sengal-sengal macam tuannya punya badan (opss!)… huhuhu, tula kan, ekceli, mamaG tak sihat secara tiba-tiba (mcm mn tuh??) nih hah.. kemarin lagi dah stat rasa tanda-tanda kat atas tu hah masa kat opis lagi..

Dah la kemarin balik lambat gilaaaa dari opis.. jam 10 malam baru balik, dok kalut-kalut buat dokumen untuk meeting hari ni.. huhuhu, macam nak pengsan jer semalam, tapi mamaG tahan jer selabi boleh.. MAlaysia boleh gitu kan.. ahaks! Tu pun sebenarnya belum siap lagi tuh, tapi mamaG balik jer biar staff n pegawai yg lain tu sambung la. bukan pa, nanti bising pulak kan hubby tu.. lagipula, time tu memang dah tak tahan dah.. drive balik pun laju jer, nak cepat sampai.. takut pitam di tengah highway, mampos!

 IMG0348A IMG0349A IMG0351A IMG0352A IMG0355A

Ni la kunun2nya JKK dokumentasi dan sekretariat. Semua dok sibuk wat part masing2.. mamaG??? time ni tengah rehat la, kalau tak macam mana la pulak boleh amik gambar ni kan kan kan…

Tiap kali ada meeting yang kami buat jer, MESTI  lah jadik macam ni, mesti balik lewat punya, tengok tu siap buat kerja kat lantai lagi..

mula2 tu memang la buat kat meja masing-masing … pastu, hah, hambik ko, dok kat lantai jer.. baru puas hati wat keja kan, hahaha.. luas gitu.. boleh duduk ikut suka hati jer.. nak bersila ker, bertimpu ker, nak berlunjung ker pon boleh.. nak baring-baring sambil buat keja pown boleh.. cuma bantal ngan tilam jer tadak.. huhuhu.. siap break kejap tu order domino’s pizza.. yum yum, sedapppp… lapar kan tu yang semua pun sedap.. ahaks!

tapi kan, walaupun salu macam ni, tapi best jugak.. bukan per, staff n pegawai sama2 kepala gila-gila kan, boleh masuk sekaki, siap boleh ketawa besar sama2, buat lawak bongok. hahaha… tapi aktiviti macam ni la yang merapatkan lagi hubungan antara kami di bahagian nih.. huhuhu..

harap-harap hari ni meeting tu berjalan lancar la ya..

hari ni, mamaG rehat kat rumah jer.. jap lagi baru nak pi klinik.. pastu nak pi farmasi lak nak beli supplement… jarang demam, bila kena hambik ko!

ok la, tak berapa nak ada mood nih.. tak selesa badan nih.. salam semua, moga kalian semua sihat-sihat saja…

01 December 2010

Strategi Para Suami Mendidik Isteri…

Celoteh Aku MamaGlam at 12:52 PM 0 berbalas bebelan
Sumber: Intranet


SUAMI sebagai pemimpin rumah tangga semestinya sentiasa kreatif dalam mendidik isteri. Allah membekalkan kepada kaum lelaki kekuatan akal yang rasional, tidak terlalu emosional atau tidak mudah didorong oleh perasaan. Oleh sebab itulah lelaki dikurniakan sembilan akal dan satu nafsu. Jika kekuatan akal ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya, ditambah dengan kesabaran serta kekuatan jasmani untuk mencari nafkah keluarga, maka suami akan menjadi pelindung dan pendidik yang berwibawa. Bermulanya kebahagiaan sesebuah rumah tangga ialah apabila suami dapat menggunakan kekuatan akalnya serta kesabaran dalam menghadapi karenah dan ragam isteri. Firman Allah yang bermaksud:


"Lelaki adalah pemimpin (pembela dan pelindung) bagi wanita, kerana Tuhan telah melebihkan yang satu dari yang lainnya, dan kerana suami telah menafkahkan sebahagian daripada hartanya."

Satu pendapat mengatakan bahawa lelaki adalah makhluk akal dan wanita adalah makhluk rasa. Perasaan wanita terlalu mudah terusik dengan suasana dan keadaan sekeliling. Lantaran itulah lelaki hendaklah banyak menggunakan daya fikir dalam menghadapi wanita. Kalau umpamanya isteri sedang berduka, suami perlu merancang untuk mewujudkan perasaan gembira di dada isteri. Di sinilah perlunya strategi dalam mendidik isteri.
Kaum wanita memang dibekalkan dengan sembilan nafsu dan satu akal berbanding dengan lelaki yang sebaliknya. Nafsu yang dimaksudkan bukanlah nafsu seks semata-mata tetapi nafsu yang menyebabkan seseorang itu mudah tidak sabar, mudah berprasangka, pemarah, pemboros dalam berbelanja, dan sebagainya. Hasil dorongan nafsu itulah lahirnya pelbagai perasaan di dada wanita. Atas dasar inilah wanita mesti dipandu atau dibimbing oleh lelaki agar segala tindak tanduknya tidak melulu dan mengikut perasaan semata-mata.

Kebijaksanaan mesti disertai pula dengan kesabaran. Kedua-duanya mesti ada pada seorang suami. Kesabaran tanpa kebijaksanaan menyebabkan suami menurut saja kemahuan isteri sehingga isteri besar kepala. Manakala kebijaksanaan tanpa kesabaran akan menyebabkan suami tewas dengan nafsunya sendiri sehingga bertindak ganas dan boleh membahayakan isteri. Maknanya, tanpa kesabaran seseorang itu hilang pertimbangan akal dan tidak dapat lagi melihat sesuatu persoalan dengan tenang.

Kadangkala apabila berhadapan dengan kaum perempuan yang pendek akalnya, kaum lelaki mudah naik angin. Memang tidak dinafikan ada masanya perempuan mengambil masa untuk memahami sesuatu perkara. Bagaimanapun, kaum lelaki mestilah menyedari hakikat bahawa kaum perempuan memang sediakala lemah pemikirannya. Oleh sebab itu, kaum lelaki mestilah bersedia untuk mendidik isteri dengan penuh kasih sayang tanpa rasa jemu walaupun mengambil masa yang panjang.

Apa yang dimaksudkan dengan unsur kasih sayang dalam mendidik isteri bukanlah sekadar kata-kata asmara dana atau pujuk rayu. Tetapi ia lebih daripada itu. Sifat dan perwatakan suami itu sendiri hendaklah mempunyai ciri pengasih. Sekalipun jika dia seorang pemimpin. Ada waktu-waktu yang tertentu apabila suami bersama isteri, kita hendaklah merendahkan sifat ego kita. Ini menunjukkan bahawa pada masa-masa tertentu suami mesti pandai memikat hati isteri asalkan tidak sampai terlalai hingga menurut saja segala kemahuan isteri. Di sinilah perlunya ketegasan seorang suami. Tegas dalam syariat dan tegas dalam perjuangan. Tegas tidak pula bermakna kasar atau garang cuma jangan sampai kerana hendak melayan kehendak isteri, syariat dan perjuangan terpaksa diketepikan.

Satu perkara lagi biasanya kaum perempuan suka berleter atau sesetengah orang mengatakan macam mulut murai. Suami yang bijak akan berdiam dan tidak menjawab leteran isteri. Ini bukan bermakna suami mengalah, tetapi sebagai satu strategi. Ibarat orang sedang sakit gigi. Gigi yang sakit jangan terus dicabut kerana akan bertambah sakitnya. Hendaklah tunggu sehingga sakitnya berkurangan barulah dicabut. Maknanya isteri yang sedang berleter, jangan dinasihati. Hendaklah tunggu keadaannya menjadi kendur barulah boleh dinasihati. Dan nasihat itu mestilah kena pada tempatnya. Maka barulah diterima dan dirasakan seperti kepala yang disirami embun pagi pada kala panas terik. Rasulullah s.a.w juga pernah berhadapan dengan karenah perempuan yang suka berleter. Rasulullah s.a.w tidak menjawab sepatah pun. Baginda memberi peluang kepada perempuan tersebut meluahkan ketidakpuasan hatinya. Apabila kesemuanya telah diluahkan, barulah baginda memberi penjelasan atau pun memaafkan saja dan melupakan perkara tersebut.

Tidak semua suami memiliki isteri yang banyak karenah. Beruntunglah suami yang memiliki isteri yang sikapnya terlalu pangasih terhadap suami dan anak-anak. Perempuan sebegini rela mengorbankan seluruh jiwa dan raganya untuk kebahagiaan suami dan anak-anak. Dia akan bersikap sebagai penghibur, penyayang, pendorong, dan pembantu kepada perjuangan suami sekiranya suaminya seorang pejuang atau pendakwah. Isteri begini bukan sahaja tidak membebankan suami dengan masalah-masalahnya bahkan dia akan berusaha untuk menyelesaikan masalah suaminya. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Barangsiapa memiliki isteri yang solehah maka sesungguhnya ia telah memiliki separuh daripada agamanya."

Rasulullah s.a.w juga bersabda yang bermaksud:

"Dunia adalah hiasan dan hiasan yang terbaik ialah memiliki isteri yang solehah."

Apabila wanita dapat dididik dengan betul maka ia dapat memberi kebaikan kepada seluruh umat kerana di tangan wanitalah penentu corak generasi akan datang. Kelembutan dan kehalusan belaian tangan wanita yang solehah akan membahagiakan seluruh isi alam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea