Laman

19 April 2010

Motivasi Waktu Pagi

Celoteh Aku MamaGlam at 12:10 PM 0 berbalas bebelan
Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah : 

1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin. 

2. Tekad Bermotivasi.
Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua. 

Rahsia Sujud

Celoteh Aku MamaGlam at 12:02 PM 0 berbalas bebelan
Persatuan Islam Kebangsaan Malaysia (MICNA) Jordan mengenal pasti sesiapa yang tidak menunaikan sembahyang maka otaknya tidak dapat menerima darah secukupnya untuk berfungsi secara sempurna.

Jurucakap MICNA Jordan berkata, ini bererti darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan ketika seseorang itu
sujud ketika solat.

Di dalam Majalah Buletin Bulanan MICNA, jurucakap persatuan ini membuat kenyataan bahawa;
"Darah akan memasuki bahagian urat tersebut mengikut kadar solat yang telah diwajibkan oleh Islam".

Jadilah Seperti Lebah Madu

Celoteh Aku MamaGlam at 12:01 PM 0 berbalas bebelan
Rasulullah saw. bersabda, “Perumpamaan orang beriman itu bagaikan lebah. Ia makan yang bersih mengeluarkan sesuatu yang bersih, hinggap di tempat yang bersih dan tidak merosak atau mematahkan (yang dihinggapinya) .” (Ahmad, Al-Hakim, dan Al-Bazzar)

Seorang mukmin adalah manusia yang memiliki sifat-sifat unggul. Sifat-sifat itu membuatnya memiliki keistimewaan dibandingkan dengan manusia lain. Sehingga di mana pun dia berada, kemana pun dia pergi, apa yang dia lakukan, peranan dan tugas apa pun yang dia bawa akan selalu membawa manfaat dan maslahat bagi manusia lain. Maka jadilah dia orang yang seperti dijelaskan Rasulullah saw., “Manusia paling baik adalah yang paling banyak memberikan manfaat bagi manusia lain.”

“AMALAN MENJAGA TEPI KAIN ORANG”

Celoteh Aku MamaGlam at 11:36 AM 0 berbalas bebelan
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

“AMALAN MENJAGA TEPI KAIN ORANG”
(16 APRIL 2010 / 1 JAMADILAWAL 1431H)


°

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Saya menyeru dan berpesan kepada diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian, agar kita sama-sama meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT iaitu dengan membuktikan kita mentaati perintah Allah, mengutamakan ajaran al-Quran dan sunnah,  mudah-mudahan diri kita dekat dengan Allah dan memperolehi keberkatan hidup yang berkekalan di dunia dan di akhirat. Mimbar hari ini akan membincangkan tajuk: “ AMALAN MENJAGA TEPI KAIN ORANG”

Muslimin Yang Dikasihi Sekalian,
Ajaran Islam telah menetapkan bahawa aktiviti amar makruf ( menyuruh melakukan kebaikan dan nahi munkar (mencegah melakukan kejahatan) adalah suatu tuntutan atau agenda tertinggi dalam Islam. Berdasarkan keperluan yang amat penting inilah maka Allah SWT mengutuskan Rasul-rasulnya di atas muka bumi ini. Andaikata aktiviti amar makruf dan nahi munkar ini dilengah-lengahkan atau tidak dipedulikan, maka akan menyaksikan budaya jahiliyah bermaharaja lela, persekitaran kediaman dan tempat kerja tidak selamat serta masyarakat semakin rosak .

Kadangkala terdapat di kalangan kita tidak mengambil kisah, tidak mengambil berat, dan tidak mengambil peduli perbuatan jenayah atau gejala sosial yang berlaku di persekitaran kita. Malah kita pernah mendengar laporan media bagaimana kanak-kanak kecil dibelasah hingga mati di tepi padang bola sepak tanpa mendapat pertolongan dan bantuan daripada mereka yang berada di situ.
 
Persoalan besar timbul ialah mengapa terdapat di kalangan kita tidak mempedulikan dan melingah-lengahkan melaksanakan amar makruf dan nahi munkar itu. Adakah kerana nilai hidup yang berpegang kuat dengan pepatah Melayu “ jangan jaga tepi kain orang”, atau mangsa bukan keluarga kita, maka menyebabkan kita tidak mempedulikan, tidak mengambil tahu apa yang berlaku di sekeliling kita sehingga ada pembuangan bayi, kanak-kanak di dera, pembantu rumah dizalimi, warga emas diabaikan atau jiran  di rompak pun kita tidak mempedulikannya.
Firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 2:
๚°
Maksudnya “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).


Muslimin Yang Dikasihi Sekalian,
Pada prinsipnya Pepatah  Melayu “ jangan jaga tepi kain orang” bercanggah dengan tatacara hidup Islam yang sebenar kerana umat Islam itu  bersaudara, saling bantu-membantu, faham-memahami antara satu sama lain. Rasulullah SAW telah memberi peringatan keras kepada umatnya dalam sabdanya:
                              °
Maksudnya: “Tidak beriman seseorang itu sehinggalah ia mengasihi saudaranya seperti mana ia mengasihi dirinya”( Riwayat: Muslim)

Berdasarkan peringatan Rasulullah ini maka mimbar menyeru para jemaah dan umat Islam sekalian marilah melaksanakan amar makruf dan nahi munkar dalam masyarakat dan kehidupan berjiran kerana akan meningkatkan prestasi keimanan dan ketaqwaan kita. Selain daripada itu, “ amalan menjaga tepi kain orang” sebenarnya mampu meningkatkan persaudaraan dan semangat kejiranan. Amalan ini memberi peluang  mengenali lebih dekat siapa  jiran tetangga, masalah hidup jiran dan dapat mengenalpasti orang-orang yang mencurigakan yang bergerak di sekitar kita.

Dalam keadaan  beginilah maka amalan jaga tepi kain orang diguna pakai. Bagaimana pun amalan menjaga tepi kain orang yang bertujuan memfitnah adalah bercanggah dengan prinsip amar makruf dan nahi munkar.

Justeru, para jemaah dan umat Islam sekalian jangan mudah cepat marah apabila anak-anak kita ditegur atau dimarahi orang lain kerana teguran itu mungkin untuk membimbing dan mendidiknya. Kita mungkin tidak nampak  tingkah laku apa yang dilakukan anak itu. Jadi tidak salah jika orang lain melihat dan menegur misalnya anak bermain di tepi longkang, anak merayau-rayau di tepi jalan, menagih dadah, mencuri dan sebagainya. Kita sewajarnya bersyukur jika terdapat jiran yang perihatin dan mengambil peduli menegur anak anak kita kerana memberi manfaat besar kepadanya.

            Mimbar mengingatkaan bahawa budaya atau amalan nasihat-menasihati, tegur-menegur adalah unsur penting dalam “amalan menjaga tepi kain orang” kerana ia membawa kebaikan. Firman Allah SWT dalam surah al-dzaariyat ayat 55:
°
Maksudnya; “Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang yang beriman”.

Muslimin yang Dikasihi Sekalian
Usaha kita membina semangat hidup bermasyarakat tidak akan terlaksana sekiranya kita sendiri belum menjadi insan yang  prihatin terlebih dahulu. Ambillah iktibar bagaimana prihatinnya  seekor kucing dan ular seperti yang diceritakan oleh Imam Malik bin Dinar RA.  Menurut beliau ketika hendak makan, tiba-tiba seekor kucing menyambar sepotong daging dari pinggannya. Lalu beliau mengekori ke mana ia dibawa. Rupa-rupanya kucing itu telah mencampakkan daging tersebut ke dalam lubang berbatu yang dihuni oleh seekor ular buta yang kelaparan. Renungilah, betapa prihatinnya haiwan ini walaupun berlainan jenis. Allah SWT sengaja mempamerkan naluri sayang binatang ini untuk menjadi pengajaran buat manusia. Walaupun ada antaranya bersifat ganas, tetapi keperihatinanya sangat tinggi.

            Mimbar menyeru  kepada para jemaah dan umat Islam sekalian,  marilah sama-sama kita menjadi masyarakat yang prihatin dengan merasa bertanggungjawab diatas suasana yang berlaku ini dengan mengawasi pergerakan anak-anak kita dan apa yang berlaku di sekitar kita. Mimbar juga menyeru seluruh umat Islam dan rakyat Malaysia untuk sama-sama memikul bebanan ini.Marilah sama-sama menggerakkan aktiviti dakwah dengan memperbaiki fenomena yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini. Mimbar percaya dengan izin Allah SWT kita akan mampu menjadi umat yang terbaik. Oleh kerana itu maka sewajarnyalah kita memohon perlindungan Allah Taala agar pekerjaan amar makruf  dan nahi munkar ini tidak terlepas daripada tanggungjawab umat Islam.

            Sebagai merumuskan khutbah pada hari yang mulia ini, maka sekali lagi mimbar mengingatkan jemaah dan umat Islam sekalian bahawa:
Pertama : Setiap orang wajib menjalankan aktiviti amar makruf dan nahi munkar kerana mewarisi amalan Rasul, para nabi dan orang soleh,
Kedua    : Kita digolongkan sebagai manusia yang tidak beriman jika bersikap tidak mempedulikaan dan perihatin terhadap jiran tetangga yang jauh dan dekat,
Ketiga    : Amalan menjaga tepi kain orang adalah sebahagian aktiviti amar makruf dan nahi munkar serta berupaya menyelamatkan nyawa dan akhlak manusia, dan
Keempat :Setiap kebaikan mendapat ganjaran pahala di sisi Allah SWT.

Allah SWT berfirman dalam surah Ali-Imran ayat 104
°
Maksudnya: “Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru kepada kebajikan, dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah. Dan mereka yang demikian ialah orang yang Berjaya”


Sumber daripada Intranet KPPK (16 April 2010)

Membentuk keluarga Bahagia

Celoteh Aku MamaGlam at 11:31 AM 0 berbalas bebelan
Sebagaimana yang kita ketahui, setiap insan di dunia ini pasti mengidamkan sebuah keluarga bahagia, yang menjamin kebahagiaan kehidupan di dunia dan akhirat. Tetapi kita mesti ingat bahawa hanya orang yang mematuhi perintah Allah dan Rasul-Nya sahaja yang dapat membahagiakan keluarga mereka. Dalam masyarakat Islam, suami atau bapa adalah ketua kepada sebuah keluarga. Maka suamilah orang pertama yang patut memainkan peranan penting dalam melaksanakan tugas sebagai suami atau bapa untuk memimpin keluarga ke jalan yang diredhai Allah SWT. Apabila seorang suami atau bapa dapat menjalankan semua perintah Allah dan Rasul-Nya, maka patut pula diperhatikan dan diamalkan beberapa perkara berikut. Di antaranya ialah:

1. Mengajarkan ilmu agama kepada ahli keluarga secukupnya.
2. Biasakan sembahyang berjemaah bersama mereka.
3. Memohon keampunan untuk mereka.
4. Galakkan dan ajarkan mereka membaca al-Qur'an.
5. Sayangi dan kasihilah mereka.
6. Memberi mereka rezeki yang halal.
7. Luangkan masa bersama mereka.
8. Tidak membenarkan mereka melakukan perkara mungkar.
9. Mengadili mereka dengan cara yang baik.
10. Galakkan mereka agar saling bantu-membantu antara satu sama lain.
11. Ajar mereka agar menjadi se-orang yang pemaaf.

15 April 2010

Yummies...

Celoteh Aku MamaGlam at 4:26 PM 0 berbalas bebelan
15 april 2010, 1.30pm - tengah ari ni, aku kebulur betul la lepas balik dari klinik td.. lam giler tunggu, baby pulak asyik tendang2 dalam perut nih.. serba tak selesa aku dibuatnya. tadi aku singgah jusco cheras selatan di jalan balakong tuh utk makan.. mmm, kali nih aku masuk kedai Orkid Bistro.. boleh tahan juga la menunya walaupun tak byk menu yg disediakan..


tadi aku order nasi goreng yong chew... not bad la, sedap pun sedap lagi pun panas2 kan.. mmg menaikkan lagi la selera makan mak buyung nih.. hahahaha... slain nasi goreng, dalam pinggan ni juga ada udang goreng dengan serbuk roti, so crispy la dan juga telur mata separuh masak.. fuh, mmg sedap.. ada sikit dekorasi la mama daun salad, timun dan juga hirisan tomato.. harga, boleh tahan la kalau untuk bistro di pasaraya... nasi goreng tu 1 set harga cuma RM6.90. mmg sedap dan tak rugi pun kalu makan kat situ...

Poliklinik Seri Kembangan

Celoteh Aku MamaGlam at 4:10 PM 0 berbalas bebelan
15 Apr. 10, 10 pagi – Hari ni aku pegi ke poliklinik Seri Kembangang utk check-up routine baby dlm kandungan aku nih... mmmm, what can i say, klinik ni mmg bz giler... ni baru bhgn. Klinik ibu n anak, blum lagi bhgn. Pesakit luar... pe2 pun, kat cni mmg parking teruk. Payah betul nk dpt parking kt cni, mungkin sebab ruang klinik ni yg xbrapa nak besar kut.

Sementara tunggu giliran nih, mcm2 ragam aku tgk lar, terutama skali budak2 lar.. ada yang menangis, lasak, nakal, malu2, tgh tido pun ada... kadang2 lucu juga tgk keletah budak2 kecil yang tak tau apa2 nih.. agaknya dalam fikiran dorang tu cuma ingat nak main jer kut.. mak-mak dan ayah-ayah yang ada kat cni pun lebih kurang juga.. ada yang wat muka tension, mungkin penat menunggu kut ataupun mungkin tension ngan anak yang x reti nak duduk diam nih.. hahahaha....

14 April 2010

Maafkan Yayah dan Umi, Sayang

Celoteh Aku MamaGlam at 11:23 AM 0 berbalas bebelan
hari nih 14 April 2010 (Rabu), tiba2 aku dapat sms drp adik aku di K.K. tuh, sampaikan ucapan 'hepi bday' utk irfan... halamak!!!!! baru pula aku teringat, rupa-rupanya semalam on 13 April tuh, bday Irfan hero lincah aku tuh... oppss, mcm mn la aku n hubby boleh lupa nih... nasib baek la Irfan tu kecik lg, xreti nak minta pe2 sgt, even xtau pun ari jadi tu mende... hahahaha...

       padahal, mggu lepas aku tengah dok pikir apa aku mo wat utk bday Irfan nnt nih... xpe, nnt umi blk keje petang ni, umi bw irfan beli cupcake jer la dulu ek..weekend ni, umi ngan Yayah celeb 2nd bday Irfan kt luar, n wat yg proper punya, okies...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea