Sebagaimana yang kita ketahui, setiap insan di dunia ini pasti mengidamkan sebuah keluarga bahagia, yang menjamin kebahagiaan kehidupan di dunia dan akhirat. Tetapi kita mesti ingat bahawa hanya orang yang mematuhi perintah Allah dan Rasul-Nya sahaja yang dapat membahagiakan keluarga mereka. Dalam masyarakat Islam, suami atau bapa adalah ketua kepada sebuah keluarga. Maka suamilah orang pertama yang patut memainkan peranan penting dalam melaksanakan tugas sebagai suami atau bapa untuk memimpin keluarga ke jalan yang diredhai Allah SWT. Apabila seorang suami atau bapa dapat menjalankan semua perintah Allah dan Rasul-Nya, maka patut pula diperhatikan dan diamalkan beberapa perkara berikut. Di antaranya ialah:
1. Mengajarkan ilmu agama kepada ahli keluarga secukupnya.
2. Biasakan sembahyang berjemaah bersama mereka.
3. Memohon keampunan untuk mereka.
4. Galakkan dan ajarkan mereka membaca al-Qur'an.
5. Sayangi dan kasihilah mereka.
6. Memberi mereka rezeki yang halal.
7. Luangkan masa bersama mereka.
8. Tidak membenarkan mereka melakukan perkara mungkar.
9. Mengadili mereka dengan cara yang baik.
10. Galakkan mereka agar saling bantu-membantu antara satu sama lain.
11. Ajar mereka agar menjadi se-orang yang pemaaf.
Allah SWT berfirman Maksudnya:
"Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah, dan sebuah kitab (al-Qur'an) yang jelas nyata keterangannya. Dengan (al-Qur'an) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredhaanNya, dan (dengannya) Allah keluarkan mereka dari gelap gelita (kekufuran) kepada cahaya (iman dan Islam) yang terang benderang dengan izin-Nya, dan (dengannya juga) Allah menunjukkan mereka ke jalan yang lurus".(Surah al-Maidah: 15-16).
Sesungguhnya anak adalah anugerah Allah yang amat berharga dan besar nilainya kepada kita. Mereka adalah anugerah Allah yang perlu dididik dan diasuh sebaik mungkin, tetapi kadangkala ramai ibu bapa yang terlupa dan mengabaikan tanggungjawab yang besar ini. Kita sedar cabaran yang dihadapi oleh ibu bapa dalam mendidik anak-anak pada hari ini sungguh hebat dan berat. Ia memerlukan banyak pengorbanan, kegigihan serta kesabaran yang tinggi. Oleh itu sewajarnya kita mengucapkan tahniah kepada para ibu bapa yang telah bersusah payah mendidik dan membesarkan anak-anak sehingga dewasa dan menjadi anak-anak yang berguna. Semoga Allah SWT memberkati usaha mulia kita semua, sebagai tunggak keluarga kita seharusnya menunaikan amanah ini dengan sempurna sepertimana firman Allah SWT Maksudnya:
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan Rasul-Nya dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya mengkhianati amanah itu)". (Surah al-Anfal: 27).
Kita percaya semua orang mahu anak-anak yang soleh, cerdik dan pintar, tetapi bagaimana kita boleh menjana generasi yang sedemikian? Oleh itu berdasarkan pengalaman para alim ulama dan mereka yang telah berjaya, ibu bapa perlu mempunyai sekurang-kurangnya lima garis panduan utama dalam mendidik anak-anak mereka, iaitu:
1. Sentiasa mendoakan kesejahteraan anak-anak mereka.
2. Membudayakan anak-anak dengan ilmu pengetahuan.
3. Mendisiplinkan anak-anak dengan hidup sihat dan sempurna.
4. Meningkatkan pengetahuan keibubapaan dari masa ke semasa.
5. Menjadikan diri sebagai contoh terbaik kepada anak-anak.
Sebagai kesimpulan, untuk membentuk keluarga bahagia, kita tidak perlu lagi pergi jauh untuk mencari-cari ubat dan penawar kepada masalah tersebut. Kerana sesungguhnya sejarah telah membuktikan bahawa orang Islam yang berjaya membentuk keluarga bahagia itu ialah mereka yang benar-benar mematuhi kalam Allah dan sabda Rasulullah SAW. Justeru itu, siapa yang enggan tunduk kepada kehendak Allah dan Rasul-Nya, maka tidak akan berjaya membahagiakan diri mereka dan orang lain. Firman Allah Maksudnya: "Setelah berlaku demikian, maka (manusia akan diberikan tempatnya menurut amal masing-masing); adapun orang yang berat timbangan amal baiknya, maka dia berada dalam kehidupan yang senang linang. Sebaliknya orang yang ringan timbangan amal baiknya, maka tempat kembalinya ialah (neraka) Hawiyah
Translate My Blog
MamaG Official Batch
Si MamaGLam
19 April 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 berbalas bebelan:
Post a Comment