Rasanya Dia sedang memberikan aku pengajaran tentang hidup ini dengan menghantar seseorang dalam hidupku supaya aku berubah menjadi yang lebih baik daripada diriku yang sekarang...
Mungkin...
Dan aku sedar kini yang aku mungkin dah berubah sedikit demi sedikit siapa diri aku sebelum ini. Aku tak mengatakan yang diri ku yabg dulu seorang yang tak baik or jahat, dan aku juga tak mengatakan yang dulu aku ni terlalu baik... aku hanya aku.. seorang yang sederhana (bagiku..), ceria, berdikari, kekadang drama (tapi bkn selalu.. ahaha), gila gila dann.. ada masanya suka buat sesuatu di luar jangkaan...
Ada sesetengah orang melabelkan aku seorang yang terlalu peramah terlalu baik dan naif dalam berkawan sehingga ada sesetengah orang mengambil kesempatan dan selalu tertikam di belakang... ntah berapa banyak pisau da yang melekat dibelakangku tanpa ku sedar... dan bila aku tersedar pun, aku masih mampu lagi tersenyum dengan si empunya pisau... mudah memaafkan dan bersabar selalu saja menjadikan aku sasaran untuk orang mudah mengambil kesempatan dan memanipulasikan persahabatan yang aku hulurkan... terlalu positif juga kadang kala memakan diri ku sendiri... pelik tapi itulah yang selalu aku hadapi...
Tapi lama kelamaan atau juga mungkin disebabkan faktor usia atau apapun faktornya, aku rasa aku da berubah sikap sedikit demi sedikit... semuanya disebabkan oleh aku sering ditemukan jodoh dengan manusia yang bergelar kawan dalam pelbagai bentuk sikap dan perlakuan... dari mereka aku belajar kepelbagaian rupa bentuk sikap manusia itu... dan disebabkan pelajaran yang aku dapat dari kawan kawan jenis ini la, aku berubah sikap sedikit. Berubah bagaimana aku memandang sesuatu persahabatan yang dihulurkan. Berhati hati dalam bersahabat.
Dan aku senang dengan perubahan sikap aku sekarang dalam berkawan... m not dat lady anymore...
Aku juga bersyukur ditemukan dengan sahabat rapat yang sentiasa ada bila aku perlukan... sentiasa bagi nasihat dan Sokongan bila diperlukan.... sentiasa menceriakan hariku bila hariku mulai suram... sentiasa ada mendengar keluh kesah ku supaya aku tidak terbeban dengan perasaan yang terpendam... sentiasa tenangkan aku bila hatiku dipenuhi dengan pelbagai perasaan yang bercampur baur keliru dan bingung supaya aku sentiasa dan tetap berada dilandasan yang betul...
Terima kasih untuk itu...
Sempat membebel via Blogaway 😘
0 berbalas bebelan:
Post a Comment