Masa buat entry ni, iols sedang dalam bilik mesyuarat. Dek kerana terlalu kebosanan dengan isi dan senario mesyuarat ni... banyak sangat permasalahan, cadangan, arguments dan kondem2... rasa macam malas nak layan.. mulalah kepala ni menerawang ke tempat lain... sedang cuba menenangkan kepala otak yang serabut... cuba imagine a good things... most of it pasal makanan hahahaha... time stress macam ni la terfikir makanan sedap sedap nak makan... hihi
Dalam pada tu, sambil sambil imagine makanan dan juga a good things katanya,... mamaG pandang satu satu muka kawan kawan seperjuangan mamaG kat opis ni... mencari cari titik di mana dan setakat mana kita boleh meletakkan kepercayaan kita terhadap orang orang ni... sejauh mana hubungan persahabatan itu boleh pergi... akankah ada persengketaan atau pertikaman di belakang kita?
MamaG bukannya nak judge sesiapa... cuma menilai persahabatan yang dihulurkan... adakah semanis dan sejujur ia kelihatan di mata kasar kita? Sebab bagi mamaG persahabatan adalah sumting yang paling mamaG hargai selain famili.
MamaG tak kisah la mulut dia macam longkang ke lazer ke, klu apa yang di ckp tu betul dan ditegur untuk kebaikan kita bukan sengaja untuk menjatuhkan or mengaibkan kita, mamaG boleh je terima. Dats y, kebanyakan kawan rapat mamaG semuanya mulut cam lazer.hahaha tak semua okeh tapi kebanyakkannya macam tu ler. tapi they speak the truth. And mamaG suka orang macam tu.. pahit nak telan kengkadang tapi itu lebih baik.. daripada kata kata manis tapi sebenarnya ada niat disebaliknya. Bukan disebabkan nak jaga hati kawan, so taknak speak the truth... alasan taknak nanti kecik ati la, okwad la, sentap la...
Bagi mamaG, mamaG memang jenis suka berkawan dengan semua orang.. tapi dalam memilih kawan rapat, kebanyakkannya mamaG perasan, list kawan baik mamaG semuanya mulut ala ala lazer and mamaG lebih selesa berkawan dengan orang macam tu.. mungkin sebab dorang bersikap jujur dengan kita dan mungkin juga sebab itulah sikap dorang kan... tak hipokrit.. cuma kadang kadang ada juga la ayat ayat yang boleh buat kita sentap tapi kejap je la.. lepas tu gelak balik kan..
Agak agak di sini di tempat baru ni, mamaG boleh ka ada kawan rapat yang boleh dipercayai dan tidak bermuka muka? Tegur kita sebab nampak kesalahan kita dan nak tolong dengan hati murni agar kita betulkan kesalahan kita supaya tak terus melakukan kesalahan... sama sama berkongsi pengalaman dan kemahiran yang ada supaya sama sama maju...
M not saying dat m a perfect friend than others. MamaG cuma jadi diri sendiri dalam berkawan. Like it or not, dis is me.. mamaG cuma buat apa yang mamaG rasa benda baik untuk dibuat kepada sesama kawan dan tak mendatangkan sebarang masalah dan persengketaan... cuba untuk tidak menyakiti hati sesiapa...
Ntah lah... harap harap dan in shaa Allah paati ada kan...
Hurmmm.. so bila nak abis meeting ni?... mamaG dah abis berimaginasi, meeting masih tak abis lagi.. hurmmm... dis i missed sumting?? Hihihi...
Sempat membebel via Blogaway 😘
Translate My Blog
MamaG Official Batch
Si MamaGLam
14 January 2016
Manisnya...
Categories
MamaGlam Diaries
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 berbalas bebelan:
Post a Comment