Laman

15 August 2016

Wish Wishing Wished Wisher

Celoteh Aku MamaGlam at 8:36 PM 0 berbalas bebelan

Tak sangka esok dah sampai hari ulangtahun kelahiranku... rasa macam kejap ja setahun tu berlalu... dalam kesibukanku fokus buat keja tadi siang, tetiba dpt wssp drp sibling dan iparianku... as owez, tiap tahun macam ni la wish dorang pun. Lucu tapi bermakna buatku. Wahlaupown kan wishnya ntah apa apa ntah kan... tapi aku tau tu lahirnya dari hati dorang. Wahlaupownnnn membahan aku tiap tiap tahun bufday ku, tapi tak kisah pown... itu cara kami express our love...

Kalau diingat ingat balik apa yang aku lalui dan pencapaian peribadi dan kerjaya aku  spanjang tahun ni,... aku jadik blur kejap... hurmm... macam takda apa apa jer pown... aku rasa macam sepanjang tahun ni aku hanya keja keja keja keja.. kids kids kids and all... hurmm macam bosan je.... life tak macam dulu pown... dulu sibuk keja pown.. still enjoy life ngn kids dan jg kawan baik..

Tapi mungkin juga kekangan keja yang agak melampau kut yang buatkan aku rasa masa berehat dirumah dan tido yang kualiti itu lebih lebih lebih utama bagiku...  hurmm...

Pencapaian??... hurmmm.. lama pikir ni. Hahaha... kalu ditempat keja.. xyah cakap la... aku rasa baru beberapa bulan keja da macam macam kena buat...

Peribadi??... aku rasa tahun ni aku da mula berubah sikit da tak berapa nak gila macam dulu.. aku lebih suka low profile dan tak banyak cakap sangat.. lebih kepada suka perhatikan orang je... penampilan pun tukar sudah... dari baju kurung moden yang melekat kat badan kepada baju jubah dress... pelan pelan katanya...

Betul la cakap orang.. nak jadi jahat senang jek.. setan tak kaco pun... takyah setan susah susah nak hasut.. ko buat je la.. tapi bila nak berubah dari baik kepada lebih baik, dugaan macam macam kan.. padahal nak ubah hal kecik je pun... tapi setan punya hasut tak bagi buat baik tu macam macam kan.. dari diri sendiri je la kuat ke tak iman tu... tahan ke tak hati tu...

Jadik aku rasa secara peribadinya, sepanjang tahun ni tak da sangat pun pencapaianku.. kebanyakan niat dan azam yang da dirancang tu kebanyakannya terpaksa aku bantutkan demi kepentingan sejagat.. gituuuuu.... takda la... ada yang lebih penting lagi daripada diri sendiri yg perlu kita buat, tunaikan dan laksanakan...

Setiap sesuatu yg jadi itu pasti ada hikmahnya... setiap sesuatu yang pahit itu pasti akan ada kemanisannya... setiap dugaan yg datang tu pasti akan ada penyelesaiannya... dan setiap segala permulaan itu pasti akan ada pengakhirannya.. maka itu aku akhiri entry ini dengan wa billahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Semoga Allah s.w.t memperkenankan segala doaku, kuatkan imanku, teguhkan hatiku, lindungi diriku panjangkan usiaku dan berkati setiap perbuatan perlakuan pertuturan pemikiran dan amalanku. Supaya aku selalu dan akan tetap berada dilandasan yang benar yang Engkau redhai... aminn.. doa yang sama juga untuk semua umat Islam di dunia ni...



Sempat membebel via Blogaway 😘

21 May 2016

Sometimes

Celoteh Aku MamaGlam at 12:09 AM 0 berbalas bebelan

Jadi untuk itu, buatlah perkara yang paling ko suka buat yang never fail buat ko tersenyum dari hati semula selepas apa yang telah ko alami... tak kira la kalau dulu perkara yang ko suka buat tu selalunya bersama dengan orang yang ko sayang atau dengan kawan baikmu... tak salah buat perkara tu sendiri kalau dah tiada kawan baikmu yg sentiasa disisimu tak dapat menemanimu lagi...

Contoh la kan, kalau dulu klu ada perkara yang membuatkan ko rasa annoyed atau sedih atau terkesan, biasanya ko dan kawan baikmu akan pergi cari makanan yang paling untuk dinikmati bersama... atau pun melakukan perkara kegila gilaan bersama dan ketawa sampai sakit dada perut senak kiar air mata geli hati dengan gelagat bongok masing masing.... ataupun tengok wayang sama sama dikala stress dan perlukan ketenangan tapi sekarang tak salah pergi tengok wayang sendiri kan, makan makanan paling sedap sendiri dan lain lainnya sendiri.. asalkan ianya boleh mengurangkan rasa beban dihati tu kan..
Sambil tu konfem konfem akan terkenang balik kenangan ngan si kawan baik kan...

Tapi bila dah terkenang tu, kadang kala mungkin ada terasa sunyi sekejap.. terasa rindu sekejap dengan kenangan bersama si kawan baik kan... nak rasa sunyi tu boleh.. nak rasa rindu itu juga boleh tapi jangan sampai hanyut dengan perasaan... hihihi.. peringatan untuk diri sendiri jugak ni...

Kadang kadang ada masa terlajak jugak terhanyut kejap.. bila rindu tetiba menitis air mata.. nampak sangat rindu kan.. hihihi.. tapi kejap je pown... pastu terus fokus apa yg dihadapi...



Sempat membebel via Blogaway 😘

20 May 2016

Wanted!

Celoteh Aku MamaGlam at 11:19 PM 0 berbalas bebelan

Misiku dalam masa terdekat ini... harap harap dapat tercapai... ahaks!



Sempat membebel via Blogaway 😘

Never Bad but Madness!

Celoteh Aku MamaGlam at 11:15 PM 0 berbalas bebelan

It is not that bad... it just drive u mad! Ahaks!



Sempat membebel via Blogaway 😘

Mode...

Celoteh Aku MamaGlam at 11:12 PM 0 berbalas bebelan

Satu hal yang aku suka buat di ofis ialaha menyumbatkan telingaku dengan headfon dikala aku stress menyiapkan kerjaku dan fed up dengan sekeliling.. daripada kita mendengar segala sesuatu yang kurang digemari atau serasa tak penting atau tak sepatutnya ataupun seeaktu dengannya, adalah baik jikalau kita mendengar lagau kegemaran kita... seoalah berada di dalam dunia music kita sendiri... sampaikan tak dengar langsung bunyi suara suara sumbang yang menuturkan segala sesuatu yang menjengkelkan ataupun tak memberi manfaat untuk telinga kita dengar dan tak sepatutnya otak kita proses...

Aku memilih untuk mendengar segala sesuatu yang positif saja... segala sesuatu yang bermanfaat sahaja.. segala sesuatu yang baik baik sahaja... kita berhk memilih apapun yang kita rasa baik untuk kita... bukan salah orang yang menuturkan segala sesuatu yang tak baik itu atau yang tak bermanfaat itu.. jangan disalahkan orang itu.. itu mungkin adalah sifatnya sikapnya khilafnya... tapi diri kita sensiri sepatutnya pandai memilih apa yang terbaik untuk kita kan...

Biarlah orang melabelkan kita berlagak suci.. berlagak baik... asalkan kita tahu kita bagaimana orangnya... asalkan kita tahu kita memilih yang terbaik untuk kita . asalkan kita tahu Dia lebih mengetahui...

Jadik pabila aku dah memakai headfon di ofis, segala isi ofis itu telahpun maklum bahawa aku telah menghantar signal kepada dorang bahawasanya aku sedang dalam mode stress.. mode fokus... mode taknak sebarang gangguan kecuali memang perlu... dan juga dalam mode : aku tak peduli hal sekeliling nak jadik apa pun... mode: leave me alone hahaha...

Aku suka ngan headfon aku nk... wireless.. bluetooth blh, ada radio, boleh jawab tepon guna headfon ni jek ofkos kene sambung bluetooth hp la kan... kendian boleh letak memori kad utk koleksi lagu faveret nak dengar... jadik aku bebas bgerak kemana pun sambil buat keje sambil dgr lagu dan tak payah nk bw henpon ke hulu ke hilir takut orang call.. jawab je guna headfon  selagi dalam coverage bluetooth la kan..

Well, penat macam mana pun stress macam mana pun music tetap peneman setia...



Sempat membebel via Blogaway 😘

Something Sweet and Blues...

Celoteh Aku MamaGlam at 10:56 PM 0 berbalas bebelan

Buku baru lagi untuk dibaca. Since buku yang lama tu hampir mo habis.. standby beli siap siap... lagipun tergedik mo pi beli buku baru ni pun sebab mo lepaskan rasa stress dengan kerja yang berderet tu... bukan lari dari kerja dan masalah yek. Tapi perlukan masa untuk bertenang dan chillax sebelum sambung untuk selesaikan kerja dan masalah tu...

Salah satu caranya aku suka buat ialah beli buku novel omputih... kadang sekali beli 2-3 buku... kadang kadang dah beli 3hari lepas, hari ni beli lagi.. bergantung dengan tahap penat stress aku la... ini juga salah satu cara yang dapat menceriakan hatiku... untuk alihkan tumpuan ku daripada terlalu fokus dengan kerja dan masalah...

Buku kali ni bukanlah genre yang selalu aku suka baca.. salunya aku suka beli genre misteri, thriller, fiction ataupun seram romance... tapi kali ni aku beli agak beza skit... mo cuba la juga baca buku genre macam ni... last buku ala ala gini aku beli tajuk confession of... aku tak berapa ingat la pula tajuk penuhnya.... tapi ok la jg. Simple jak jalan ceritanya tapi ada unsur komedi romance... boleh la layan sikit sikit... huhuhu...

Jadiknya aku baru jak baca 2 chapter.. masih belum dapat menangkap jalan ceritanya... hihihi... buku ni tak pasti la pula bila dapat dihabiskan... nanti da abis baca aku bagitau kisahnya ya in shaa Allah kalau ingat hehehe...



Sempat membebel via Blogaway 😘

11 April 2016

Sweet Monday...

Celoteh Aku MamaGlam at 1:35 PM 1 berbalas bebelan

As u can see kan.. hah mamag sedang menikmati kek yang bakal menampabh kalori dan lelemak kat dalam badanku ini... dalam erti kata lain juga mamaG sedang mengeluarkan aura stress yang ada dalam jiwa mamaG melalui kek. Huhuhu.. da lama tak makan kek.. (yeke??.. bukan bulan lepas da makan kek ke??)

Kali ni makan sorang sorang jek... eh! Macam la selama ni makan beramai ramai kan. Huhuhu... kalau dulu salu yang jadi teman makan kek bff mamaG la... kalau tak memang macam ni laa.. makan sorang sorang and i dont mind pun... bila dapat kek memang tak kisa pun orang keliling. Biarla orang tengok kita mkan sorang tak berteman. Pelik tengok kita makan sorang sorang macam takda sapa yang sudi nk kawan kan..nmpak macam kita ni lonely sangat hahaha... yang penting aku hepi dapat makan kek. Huhuhu... menikmati setiap inci rasa kek tu... sedappp...

Selalunya mamaG akan beli kek cheese.. tak kira la cheese apa janji cheese.. tapi lately ada perisa baru yang mamaG faveret da selain cheese.. iaitu white chocolate machademia nut.. ala ala gitu la bunyinya... rupanya sama seperti dalam pix...

Kalau diletakkan dan disuruh pilih antara nasi dan kek cheese, mamaG akan pilih kek... kalau diletakkan dan disuruh pilih antara cheese kek dan piza penuh ngan  cheese leleh... in shaa Allah ku pilih kedua duanya hahaha.. kerna agak susah pilihan yang nak dibuat tu... sebab kedua duanya adalah cheese dan pantang mamaG tak boleh mengabaikan makanan yang berupa atau berasaskn cheese hahahaha... jadik jangan coba coba bagi mamaG buat keputusan yang tough sama macam nak makan dulu ke nak berak dulu sebab lapar tapi sakit perut... hahahaha...



Sempat membebel via Blogaway 😘

08 April 2016

2 mende...

Celoteh Aku MamaGlam at 11:02 PM 0 berbalas bebelan

Perkara biasa jikalau kita bertemu dengan manusia pelbagai ragam... semua orang ada ragam dan peel masing masing. Semua orang ada kelemahan dan kelebihan masing masing... semua orang ada kebaikan dan keburukan masing masing... dari kita macam mana kita manage semua tu kan... kecenderungan kita tu lrbih kepada mana. Negatif ka positif...

Ada 2 benda kita kena jaga dalam diri kita ni... tau apa? Hati dan juga fikiran... okeh ini cuma pendapatku saja okeh... berdasarkan pengamatanku. Bukannya berdasarkan gosiping gosiping ya hihihi...

Hati dan fikiran ini kita kena jaga sebenarnya. Kena pupuk kena bentuk kena monitor selalu.. sebab dua benda ni mampu mempengaruhi kita secara keseluruhannya. Mental, fizikal dan jg rohaniahnya...

Kita sendiri saja yang mampu mengawal dan membentuk hati dan fikiran kita. Kita yang tentukan kita ni macam mana orangnya melalui aktiviti hati dan fikiran kita...

Adakalanya kita tak perasan perlakuan dan pertuturan kita tak seiring dengan niat kita.

Kadangkala ada juga bila hati dan fikiran tak seiring, menyebabkan kelakuan atau pertuturan kita jadik huru hara. Dan akhirnya kita menanggung akibatnya. Apa lagi bila tengah marah kan.. macam dibisik bisik jak di telinga tu yang bukan bukan kan...

Kadang kadang hati rasa lain fikiran nak buat lain tapi in the end pertuturan dan perlakuan jadik lain. Cakap lain buat lain.

Kadang kala ada juga jenis orang yang hanya cakap je tapi tak buat pun. Sama ada tak berani nak buat hanya berani cakap. Ataupun hanya sekadar luahan gambaran imaginasi fikirannya sahaja dan memang takkan melakukannya kerana dia tau dia bukan jenis begitu. Mungkin kan.. siapa tau.. hanya diri sendiri yang tau... dan jangan lupa Dia Maha Mengetahui...

Apa yang kita tuturkan apa yang kita lakukan apa yang kita fikirkan adalah cermin diri kita juga. Jadi berhati hatilah... reminder untuk diri sendiri jugak ni... huhuhu...



Sempat membebel via Blogaway 😘

Syukur Tau...

Celoteh Aku MamaGlam at 11:00 PM 0 berbalas bebelan


Gila tak hepi kan... syukur yang amat tau tak hahahaha.... memang la kalau ikut amalan dari zaman toknek kita, hal dapur hal rumah hal anak segala urusan rumahtangga katanya tugas seorang isteri dan ibu dalam rumah...

Tapi apa la salahnya kan kalau lelaki pun uruskan hal yang sama kan... sejuk sikit hati kaum isteri dan ibu tu kan... tambah sayang gitu..

Ye la tak semua lelaki bergelar suami dan ayah begitu kan. Nasib la dapat jodoh yang macam mana kan.. kalau dapat yang ringan tulang suka menolong tak suka tengok isterinya sorang sorang urus hal rumah tangga, bersyukur la. Hargai macam mana kita nak dihargai kan... kalau dapat yang tak berapa nak ringan tulang tu, ikut mood ikut musim ikut maksud tersirat, pun bersyukur juga la.. hellooo kurang kurang ko ada juga jodoh bersuami kan... kat luar tu ramai perempuan yang single mingle dah lama mencari dan menunggu jodoh sesuai. So... still... hargai la juga dia sebagaimana kita mo dihargai...jodoh setiap orang tu kan unik...

Pernah tak korang tanya saja saja kat pasangan masing masing, adakah reason dia berkahwin dengan kita masih sama sampai skang walaupun dah lebih 5thn or 10thn? Pernah tak? Masih sama ka rasa itu? Ye la dulu kan masa belum kawen masih dibawah pengaruh rasa sayang cinta eksaited darah muda kan... bila lepas kawen lepas lebih 5tahun dah macam macam dihadap, adakah rasa itu masih sama? Atleast masih ada ka walaupun tak segila sesemangat waja dulu.

Pernah tak? Hihihi...

Just asking la.. jangan la serius sangat pun... tetiba menumpang lalu dalam fikiran time buat entry ni. Tu yang tanya tu.. hihi...

Okeh la, moga kita semua hepi sentiasa dengan pasangan masing masing... do some crazy things together... laugh on silly thought... tengok tv sambil duduk sama bersandar sambil pegang tangan... duduk makan berhadap sambil signal signal mata macam la ada maksud apa apa padahal saja saja buat signal buat silly face... hahaha... so wat kalau korang dah kawen lebih 10thn 15thn 20thn... sekali sekala kena juga jadik macam old times kan.. bukan old soul okeh... cuba la... have fun... nanti ada la dengar anak anak mengusik mengejek bila kita buat macam tu dengan pasangan kan... lucu apa... tapi ok apa? Bagus utk relationship kan... hihihi



Sempat membebel via Blogaway 😘

Dulu Sekarang Akan Datang

Celoteh Aku MamaGlam at 10:57 PM 0 berbalas bebelan


Aku cuma berharap dan berusaha... dengan izinNya... betul la kata orang (bukan aku kata tau..) nak berubah kepada yang baik, dari yg baik kpd lebih baik bukanlah sesenang macam berubah dari baik kepada tak baik. Nak jadi jahat senang jek..buat je la jahat.... nak jadik baik dugaannya macam macam...

Apa pun, semua dari diri kita jugak kan... in shaa Allah... niat yang baik cara yang baik pasti akan berhasil yang baik baik saja kan..



Sempat membebel via Blogaway 😘

Hikmah dan Nikmat

Celoteh Aku MamaGlam at 10:57 PM 0 berbalas bebelan

Wah lama tak hapdet blog kan... alasan clichè apa lagi bizi dan malass.. ntah apa la yang dibizikan pun... hihi..

Few weeks back ni, ada la beberapa hamba Allah swt yang concern yang sayangkan aku ni (me lobyuolss too!) Bertanya : baru perasan yang beberapa bulan kebelakangan ni apsal ko asik jatuh sakit jek? Dlm sbln ade jek dpt khabar ko sakit. Dulu tak macam tu pun Huhuhu.. apa la nk bagi jawapan sesuai utk soklan tu kan... suratan takdir? Eh macam tajuk lagu la pula kan. Hihii...

Ntah la... malas fikir... saki tu datang kita terima je la. Usaha rawat. Fikir positif ja. Tenang dan sabar ja la hadap sakit tu. Kan kita selalu dibagitau yang setiap yang berlaku ada hikmahnya. Setiap perlakuan dan pertuturan yang dilafazkan ada ganjaran dan balasannya...

Aku senang fikir macam ni je la bila ditimpa sakit. Jalani hidup seperti biasa semampuku menahan sakit. Teruskan sabar. Muhasabah diri tiap kali aku sakit. Aku salu fikir apa tau,
*mungkin Dia nak bersihkan hati dan jiwaku daripada noda*;
*mungkin Allah set nak bagitau supaya aku berhenti sekejap dan berehat daripada apa yang sedang aku lakukan*;
*mungkin Dia sedang menghukumku dan membersihkan diriku daripada dosa dosa silam*;
*mungkin Dia sedang menegurku supaya lebih bersyukur lebih meminta berdoa padaNya*;
*bila Dia menarik nikmat kesihatan kakiku, mungkin Dia nak bagitau supaya aku kurangkan bergerak lincah dan kurangkan langkah seperti biasa. Kesian kakiku. Bila Dia menarik nikmat kesihatan bibirku ketiak ulser, mungkin Dia nak bagitau kurangkan bercakap kurangkan aktiviti lidah supaya mulut kurang mengeluarkan kata kata yang mungkin boleh menyakiti orang lain. Bila dia menarik nikmat kesihatan tulang belakangku menyebabkan aku hanya mampu berbaring, mungkin dia nak bagitau badanku dah tak mampu bekerja untukku dan perlukan rehat*;

Semua tu mungkin hikmahnya yang hanya mampu difikirkan oleh mindaku yang tak seberapa ni. Wallahualam...

Apapun kemungkinan hikmahnya, aku tetap bersyukur. Aku tetap teruskan hidupku dan masih boleh terus bersenyum dalam kesakitan tu. Ekceli sakit itu juga satu nikmat kalau kita fikir yang positif dan baik baik saja kan. Jadik aku tetap meneruskan dan jalani harian ku dengan senyum dalam kesakitan. Tak susah pun kan. Kalau sakit sangat rehat jap. Istighfar ingat Yang Maha Esa. Dia mungkin sedang mengujimu dan juga mungkin sedang menggugurkan dosa dosamu.. wallahualam kan... memang la kadang efek juga mood tu bila da terlalu sakit sangat kan. Tapi wat to do? Just stop kejap rehat dan diam diam. Kalau merengek bukan dapat apa pun kan. Huhuhu...

Tiada siapa minta dirinya ditimpa sakit kan. Dan kita juga tau kan, Allah swt takkan menimpakan ujian dan dugaan ke atas hambaNya diluar kemampuannya. In Shha Allah. Hanya Dia Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa.




Sempat membebel via Blogaway 😘

27 January 2016

Untuk Aku Kamu Dia dan Dorang

Celoteh Aku MamaGlam at 10:13 PM 0 berbalas bebelan

Untuk aku kamu dia dan dorang... in shaa Allah...

Selamat malam semua...

Assalamualaikum...



Sempat membebel via Blogaway 😘

4 Sebab???

Celoteh Aku MamaGlam at 10:07 PM 2 berbalas bebelan

Yeke????.... tak pa yang penting aku tak macam tu... eh!!

Hihihi...

Tapi kadang aku tak balas sebab aku tak tengok henpon pun walaupun tengah online. Mungkin tengah bizi buat keja tak perasan mesej masuk. Ditambah lagi henpon letak dalam laci... aku selalu kena tegur dek enchek hubby dan juga kawan kawan.. tanya pesal tak angkat phone?! Pesal tak balas mesej?! Dapat tak arahan kat wassap?! Mana henpon?! Hahaha

Habis tu kalau dah henpon letak dalam lavi, memang tak perasan la kan... sakit ati dok? Sori eh... aku kalau konsentret buat kije memang henpon letak tepi atau dalam laci, siap silent atau vibrate lagi. Sebab takmo ada gangguan..  memang konfem tak perasan.. mahapkan hamba pacar yang hina ini... huhuhu...

But watever it is, jangan fikir bukan bukan kalau aku tak reply.. uols semua penting dalam hidup aku iney... kalau boleh nak reply mesej korang sepantas si flash tu hah... klu boleh korang baru je tekan send, aku dah reply jawap da.. hah gituuu kan.. tapi memang takkk la kan sepantas gitu kan.. memang membohong ler kan hahaha... atleast aku jawap terus kalau aku terperasan mesej masuk hokay...

Dun keci keci ati naaa... me love uols okey, dat's the fact!



Sempat membebel via Blogaway 😘

Aku Pun Tak Faham..

Celoteh Aku MamaGlam at 9:57 PM 0 berbalas bebelan

Betul tu... memang tak faham kadang napa ada suatu ketika tu kita rasa kita sebenarnya taktau apa apa pun lagi pasal hidup ni.. sebab kita memang tak dapat nak faham walau macam mana kita cuba pun. Kita rasa kita tau sebenarnya cuma kita tak yakin so kita pun kata yang kita taktau apa apa... fikiran otak kita masih cuba memproses dan memahami apa yang hati cuba sampaikan...

Kadang kita faham tapi kita tak dapat nak terima hakikat sebenarnya.. kadang kita dapat terima suatu hakikat tu tapi kita masih rasa tak faham kenapa hakikatnya macam tu?...

Ok fine... hidup ni kadang boleh jadi komplikated bila kita fikirkan ia konplikated. Kadang juga boleh jadi mudah jika kita fikir ianya mudah... kadang juga perkara positif boleh jadi negatif jika kita fikir ianya negatif... apa pun, ianya terpulang dengan cara kita berfikir.. sama ada dari perspektif negatif atau positif... sama ada diluar kotak fikiran kebiasaan atau di dalam zon keselesaan...



Sempat membebel via Blogaway 😘

Malas Hokay!

Celoteh Aku MamaGlam at 9:49 PM 0 berbalas bebelan

Aku memang malas amat amat kalau bab bab macam ni... pelisss ya...



Sempat membebel via Blogaway 😘

Woah!!

Celoteh Aku MamaGlam at 9:49 PM 0 berbalas bebelan
Ni eksesais mulut ke apa ni??? Hahahaha
Eh eh selfie sendiri nampak!

Petang tadi rasa macam tak larat je nak join enchek hubby dan kids main badminton.. badan rasa tak sedap ja. Rasa macam panas kat dalam badan ja. So minta ijin kan enchek hubby nak balik dulu... jumpa kat umah je la kan... badan rasa rimas je.. tak sabar rasa nak balik rumah dan mandi lelama...

Yang si rayyan ni pula dah penat. So konon nak ikut mamaG balik sekali... katanya rayyan penat dan lapar, takmo da main badminton... haihhh layan je la...

Dalam kereta mamaG ada beli siap siap cendawan goreng dan kentang goreng cheezy... beli untuk dorang budak budak ni la kononnya.. dah memandangkan si rayyan dah lapar amat kan, dia sorang duk bantai makan kat seat belakang... nasib baiklah sempat remind kat dia tinggal skit untuk abang kan.. klu idok, huh konfem habis... konfem abang irfan tak merasa lerrr hihihi...

Tengok tu gambar orang lapar kat belakang tu.. bukan main hepi lagi dapat makan kan... pastu ntah time bila ntah masa mamaG drive tu dia gi ambik tepon mamaG pastu gi selfie sorang sorang kat belakang tu... hahahaha.. hadoii la.. napa DNA selfieku kuat sangat ni?!... hahahaha

Watever la, yang penting hepi kan... bujanganku penghibur hati... kawan bermain kawan bergaduh... itu la dia... hihihi.. umi love u rayyan!



Sempat membebel via Blogaway 😘

Gigih tau...

Celoteh Aku MamaGlam at 9:38 PM 0 berbalas bebelan

Hah gigih la kan sampai awal kat sekolah irfan tunggu dia balik kan.. tak pasal pasal jadik orabg pertama melepak kat depan gate sekolah tunggu waktu balik kan.. padahal lagi sejam kot irfan balik sekolah kan.. hihihi.. tak pa la, sejam konfem tak rasa punya la bila da start baca novel ni...

Hari ni ambi irfan balik sekolah sebabnya enchek hubby dan rayyan dah selamat da main badminton kat court ngan kawan kawan opis enchek asben... so mamaG balik keja terus je la amik irfan since irfan balik sekolah kul 6.40pm kan.. lambat lagi tu... mamaG da ada tercongok kat sini sejak jam 5.40pm lagi ...

Kalau orang jenis mamaG yang kena tunggu gitu lama konfem kebosanan... hurmmm pasang lagu dan start baca buku je la.... ni pun macam mo hujan je ni... harap harap sempat la ambi irfan dulu sebelum hujan...

Ok la nak sambung baca buku eh... k bye!



Sempat membebel via Blogaway 😘

25 January 2016

SomeOne itu..

Celoteh Aku MamaGlam at 11:17 PM 0 berbalas bebelan

Rasanya Dia sedang memberikan aku pengajaran tentang hidup ini dengan menghantar seseorang dalam hidupku supaya aku berubah menjadi yang lebih baik daripada diriku yang sekarang...

Mungkin...

Dan aku sedar kini yang aku mungkin dah berubah sedikit demi sedikit siapa diri aku sebelum ini. Aku tak mengatakan yang diri ku yabg dulu seorang yang tak baik or jahat, dan aku juga tak mengatakan yang dulu aku ni terlalu baik... aku hanya aku.. seorang yang sederhana (bagiku..), ceria, berdikari, kekadang drama (tapi bkn selalu.. ahaha), gila gila dann.. ada masanya suka buat sesuatu di luar jangkaan...

Ada sesetengah orang melabelkan aku seorang yang terlalu peramah terlalu baik dan naif dalam berkawan sehingga ada sesetengah orang mengambil kesempatan dan selalu tertikam di belakang... ntah berapa banyak pisau da yang melekat dibelakangku tanpa ku sedar... dan bila aku tersedar pun, aku masih mampu lagi tersenyum dengan si empunya pisau... mudah memaafkan dan bersabar selalu saja menjadikan aku sasaran untuk orang mudah mengambil kesempatan dan memanipulasikan persahabatan yang aku hulurkan... terlalu positif juga kadang kala memakan diri ku sendiri... pelik tapi itulah yang selalu aku hadapi...

Tapi lama kelamaan atau juga mungkin disebabkan faktor usia atau apapun faktornya, aku rasa aku da berubah sikap sedikit demi sedikit... semuanya disebabkan oleh aku sering ditemukan jodoh dengan manusia yang bergelar kawan dalam pelbagai bentuk sikap dan perlakuan... dari mereka aku belajar kepelbagaian rupa bentuk sikap manusia itu... dan disebabkan pelajaran yang aku dapat dari kawan kawan jenis ini la, aku berubah sikap sedikit. Berubah bagaimana aku memandang sesuatu persahabatan yang dihulurkan. Berhati hati dalam bersahabat.

Dan aku senang dengan perubahan sikap aku sekarang dalam berkawan... m not dat lady anymore...

Aku juga bersyukur ditemukan dengan sahabat rapat yang sentiasa ada bila aku perlukan... sentiasa bagi nasihat dan Sokongan bila diperlukan.... sentiasa menceriakan hariku bila hariku mulai suram... sentiasa ada mendengar keluh kesah ku supaya aku tidak terbeban dengan perasaan yang terpendam... sentiasa tenangkan aku bila hatiku dipenuhi dengan pelbagai perasaan yang bercampur baur keliru dan bingung supaya aku sentiasa dan tetap berada dilandasan yang betul...

Terima kasih untuk itu...



Sempat membebel via Blogaway 😘

23 January 2016

3 Things...

Celoteh Aku MamaGlam at 11:40 PM 0 berbalas bebelan

3 things...



Sempat membebel via Blogaway 😘

Just...

Celoteh Aku MamaGlam at 11:38 PM 0 berbalas bebelan

Yup... in shaa Allah... i just have to believe... have faith...



Sempat membebel via Blogaway 😘

Oh Bulan...

Celoteh Aku MamaGlam at 11:37 PM 2 berbalas bebelan

Indahnya bulan malam ni... tadi duk lepak d balkoni sambil main dengan chichi kejap, ternampak bulan ni.. tenang rasa hati ni bila tengok bulan yang cukup indah. Damai rasanya...

Aku harap semua orang yang aku sayang yang berada jauh melihat bulan yang sama waktu ni... moga dorang pun merasakan apa yang aku rasa bila tengok bulan malam ni... damai tenang syukur dan rindu... doaku sentiasa ada untuk kalian...



Sempat membebel via Blogaway 😘

Weekend kami

Celoteh Aku MamaGlam at 7:21 PM 2 berbalas bebelan

Seperti biasa tiap kali weekend mesti akan bawa kids keluar time petang. Riadah kononnya. Memandangkan cuaca petang ni ujan la pula, terpaksa la melencong ke mcD tun hussien onn... kat sana ada playground. So boleh main palyground kan..

MamaG? Apa lagi, duk diam baca buku la... takkan nak join dorang pula main kat playground kan... hahaha



Sempat membebel via Blogaway 😘

22 January 2016

Atleast...

Celoteh Aku MamaGlam at 8:52 PM 0 berbalas bebelan

Cukup untuk hari ini. Marilah rehatkan kepala hotak ni dulu... dah berdenyut denyut da.. kening dan dahi pun da berkerut kerut da tahan sakit.

Cukuplah untuk hari ni. atleast aku survive lagi kan untuk ari ni... jadiknya bersyukur dengan apa yang terjadi untuk hari ini.. lesson n learn...

Maafkan hari ini cuba lupakan hari ini... besok in shaa Allah kita kembali ceria dan dipenuhi kisah indah... in shaa Allah jika masih dipanjangkan umur...

Andai esok aku tiada lagi,, maafkan segala makan minum dan salah silapku.. sesungguhnya aku ini khilaf orangnya...

Semoga mimpi indah semuanya... semoga juga ubat ini bagi kesan dan rileks kan urat urat kepalaku yg makin menegang dan mengembang... hihihi...



Sempat membebel via Blogaway 😘

Pernah kan..

Celoteh Aku MamaGlam at 8:45 PM 0 berbalas bebelan

A'ah la.. nak tengok la sampai mana skrip drama ko buat.... aku la pelakon aku la penonton... ko nak award tak? Pengarah terbaik dan pelakon terbaik. Hah ko hambik la award tu!

P/s: jgn emo sgt eh... hihihi



Sempat membebel via Blogaway 😘

20 January 2016

Shouldnt...

Celoteh Aku MamaGlam at 9:54 PM 2 berbalas bebelan

Bila hati dan otak tak seiring dan tak sependapat...



Sempat membebel via Blogaway 😘

Doaku untuk kita malam ni...

Celoteh Aku MamaGlam at 9:51 PM 0 berbalas bebelan



Sempat membebel via Blogaway 😘

Nak abang sorang!

Celoteh Aku MamaGlam at 9:50 PM 0 berbalas bebelan

Kadang kadang kan, pernah juga terlintas di fikiran... kan best kalau ada abang... i mean abang kandung la kan... bukan abang angkat segala ya... kang terangkat je yang terlebih, abang ntah ke mana hahaha...

Ntah napa.. tapi sejak menjak ni aku salu terlintas terfikir gitu.. kan best lau aku ada abang kan.... ye la aku kan tak pernah merasa ada abang atau pun kakak kan.. kita ni orang yang salu memberi jek tak pernah menerima.. i mean memberi kasih sayang okeh... tak pernah menerima kasi sayang seorang abang gituuu lor...

Aku tengok macam best jek orang ada abang ni... apa apa hal jadik, abang ado.. ada maslah skit, dun wori abang ada tolong settle... kena kacau skit, abg ado tolong bereskan... hihihi... ada abang tolong protek gitu kan... ada abang yang concern jaga kita gitu kan...

Teringin gak nak rasa camna ada abang ni. Bila tengok orang len ada abang, cam heles la pulak kan... nak crita pasal mengidam nak abang tapi tu la mata da ngantuk.. sambung sok boleh dok.. kalau ingat la yek.. muahahaha.... 



Sempat membebel via Blogaway 😘

17 January 2016

Selamat Malam...

Celoteh Aku MamaGlam at 10:56 PM 0 berbalas bebelan

Selamat malam dan Assalamualaikum...



Sempat membebel via Blogaway 😘

No Matter How...

Celoteh Aku MamaGlam at 10:53 PM 0 berbalas bebelan

It's not too late...



Sempat membebel via Blogaway 😘

You Cant..

Celoteh Aku MamaGlam at 10:49 PM 0 berbalas bebelan

Totally true... how i wish...



Sempat membebel via Blogaway 😘

Thankful...

Celoteh Aku MamaGlam at 10:43 PM 0 berbalas bebelan



Sempat membebel via Blogaway 😘
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea