Laman

08 April 2016

Hikmah dan Nikmat

Celoteh Aku MamaGlam at 10:57 PM

Wah lama tak hapdet blog kan... alasan clichè apa lagi bizi dan malass.. ntah apa la yang dibizikan pun... hihi..

Few weeks back ni, ada la beberapa hamba Allah swt yang concern yang sayangkan aku ni (me lobyuolss too!) Bertanya : baru perasan yang beberapa bulan kebelakangan ni apsal ko asik jatuh sakit jek? Dlm sbln ade jek dpt khabar ko sakit. Dulu tak macam tu pun Huhuhu.. apa la nk bagi jawapan sesuai utk soklan tu kan... suratan takdir? Eh macam tajuk lagu la pula kan. Hihii...

Ntah la... malas fikir... saki tu datang kita terima je la. Usaha rawat. Fikir positif ja. Tenang dan sabar ja la hadap sakit tu. Kan kita selalu dibagitau yang setiap yang berlaku ada hikmahnya. Setiap perlakuan dan pertuturan yang dilafazkan ada ganjaran dan balasannya...

Aku senang fikir macam ni je la bila ditimpa sakit. Jalani hidup seperti biasa semampuku menahan sakit. Teruskan sabar. Muhasabah diri tiap kali aku sakit. Aku salu fikir apa tau,
*mungkin Dia nak bersihkan hati dan jiwaku daripada noda*;
*mungkin Allah set nak bagitau supaya aku berhenti sekejap dan berehat daripada apa yang sedang aku lakukan*;
*mungkin Dia sedang menghukumku dan membersihkan diriku daripada dosa dosa silam*;
*mungkin Dia sedang menegurku supaya lebih bersyukur lebih meminta berdoa padaNya*;
*bila Dia menarik nikmat kesihatan kakiku, mungkin Dia nak bagitau supaya aku kurangkan bergerak lincah dan kurangkan langkah seperti biasa. Kesian kakiku. Bila Dia menarik nikmat kesihatan bibirku ketiak ulser, mungkin Dia nak bagitau kurangkan bercakap kurangkan aktiviti lidah supaya mulut kurang mengeluarkan kata kata yang mungkin boleh menyakiti orang lain. Bila dia menarik nikmat kesihatan tulang belakangku menyebabkan aku hanya mampu berbaring, mungkin dia nak bagitau badanku dah tak mampu bekerja untukku dan perlukan rehat*;

Semua tu mungkin hikmahnya yang hanya mampu difikirkan oleh mindaku yang tak seberapa ni. Wallahualam...

Apapun kemungkinan hikmahnya, aku tetap bersyukur. Aku tetap teruskan hidupku dan masih boleh terus bersenyum dalam kesakitan tu. Ekceli sakit itu juga satu nikmat kalau kita fikir yang positif dan baik baik saja kan. Jadik aku tetap meneruskan dan jalani harian ku dengan senyum dalam kesakitan. Tak susah pun kan. Kalau sakit sangat rehat jap. Istighfar ingat Yang Maha Esa. Dia mungkin sedang mengujimu dan juga mungkin sedang menggugurkan dosa dosamu.. wallahualam kan... memang la kadang efek juga mood tu bila da terlalu sakit sangat kan. Tapi wat to do? Just stop kejap rehat dan diam diam. Kalau merengek bukan dapat apa pun kan. Huhuhu...

Tiada siapa minta dirinya ditimpa sakit kan. Dan kita juga tau kan, Allah swt takkan menimpakan ujian dan dugaan ke atas hambaNya diluar kemampuannya. In Shha Allah. Hanya Dia Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa.




Sempat membebel via Blogaway 😘

0 berbalas bebelan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea