Ajaibkan. Berada dalam pelukan orang tersayang yang memeluk kita dengan penuh kasih sayang boleh membuatkan kita rasa damai dan tenang kan. Rasa macam no terus berada di situ dalam posisi begitu sentiasa.
Tak kira la waktu tu kita tengah dikuasai emosi ka kalut kalut ka bingung bingung ka, bila dalam pelukan orang tersayang, secara automatik kita akan rasa macam tenang dan rasa selamat.
Bila kita dalam keadaan sakit pun macam tu jugak feelnya kan. Ntah kenapa... mungkin itu la satu feelings yang kita susah mo gambarkan dengan perkataan yang sesuai selari dengan apa yang betul betul dirasai tika itu kan yang Allah swt kurniakan kepada kita insan yang punya hati dan perasaan...
Untuk lelaki yang bergelar husband kepada mamaG. Terima kasih atas segalanya yang pernah dan sanggup dilakukan demi wanita serba kekurangan yang bergelar isterimu ini. Tenkiu sebab sentiasa berusaha menjadi dan memberi yang terbaik untuk mamaG. Menjaga mamaG tika sakit. Melayan karenah mamaG yang kadang kala manja kadang kala berangin kadang kala takda perasaan. Tenkiu menjadi pelindung pembimbing penjaga penghibur peneman dan segala pe- lagi la kepada mamaG.
Moga saja kita masih dipanjangkan jodoh. Moga saja perasaan yang awak ada untuk saya itu masih teguh begitu. Moga saja pandangan matamu itu masih kekal tertumpu padaku lagi. Moga saja saya masih sentiasa lagi berada di dalam fikiranmu seperti selalu. Moga saja semuanya akan kekal seperti selalunya biarpun macam macam yang akan datang menguji.
Saya amat jarang mengatakan ini tetapi hari ini saya ingin mengatakan bahawa 'saya amat menyayangi awak... walaupun mungkin tidak sedalam awak menyayangi saya tetapi cukup untuk buat saya hilang arah jika kehilangan awak dalam hidup saya.'
p/s: mamaG tau dia tak baca blog mamaG ni sebab tu berani konfes kat sini. Wahahaha... kalau dia baca konfem sebulan jadi bahan... bini dia tetiba buat ayat jiwa2 pasal feeling2. Hadui... hihihi...
0 berbalas bebelan:
Post a Comment