Korang pernah tak jadik macam ni or rasa macam ni or mengalami macam ni:
1) korang kerap baca semula text-text mesej2/wassap2 orang tu? over and over again.
2) Bila bersamanya, kaki korang secara automatik tetiba berjalan slow je. 20km/sejam pun tak sampai. Kalah-kalah orang yg tengah jalan-jalan santai petang. korang lagi selow dari itu. hehehehe
3) Tetiba pulak korang jadik alahaiii pemalu bila bersamanya. Sedangkan sejak azali korang tu Ya Ampun maha ganaz kan bila ngan orang len kan. hehehehe...
4) memikirkan tentang dia sahaja membuatkan korang rasa degup jantung korang tetiba jadik deras la pulak. ala ala macam bawak keta 240km/sejam gitu lorr... hihihi
5) Dengar suaranya sahaja biarpun sekejap atau sedikit, biarpun dia sekadar kata 'Hai' sepatah je pun, korang dah boleh tersenyum lebar tanpa sebab macam dapat lotery RM1juta gitu.. hihihi
6) Bila berjumpa dengannya, bila melihat wajahnya sahaja, korang dah tak nampak dah orang len selain dia. feel like just u n him/her, no one else...
7) daj jadik gitu, korang yang dulunya suka dengar lagu-lagu hard rock tetiba suka dengar lagu-lagu yang slow slow or jiwa-jiwa gitu kan.. nanti mula la teringatkan si dia tu bila lagu tu kena pula ngan feeling korang time tu kan.. hehehehe.. betul tak?? jangan tak ngaku ek.. hihihi
8) Korang pada setiap masa pun asik terfikir or teringatkan dia jek.. Ntah kenapa kan?...
9) korang suka melihat dia tersenyum dan mo terus melihat dia tersenyum dengan korang.
10) kendian korang baru tersedar yang korang setiap kali pun akan tersenyum sendiri tanpa sebab apabila teringatkan dia, terdengar suaranya, terlihat namanya terpapar di skrin henfon/pc ataupun membaca mesej-mesejnya.
Even tho there was no spesifik name mention, u were thinking about him/her as u read dis. Betul tak? hehehe... betul tak betul tak??? hahahaha... well i guess, kita semua pernah mengalami situasi macam ni kan. mungkin juga bukan sebab kita sedang jatuh cinta dengan orang tu kan. mungkin juga kita sebenarnya terkenangkan orang yang membuatkan kita rasa gembira bila bersamanya. Kita tak pernah duga yang Allah swt itu telah mempertemukan kita dengan insan yang mungkin dijodohkan kita sebagai kawan baik yang memahami kita serta membantu kita.
mamaG juga sering terkenangkan kawan-kawan mamaG tika bersama mamaG. Kadang-kadang tetiba tersenyum/tergelak sorang sorang sebab terkenangkan moment yang mungkin lucu, menyenangkan atau juga yang menggelikan hati kita. sebab tu ada insiden tersenyum sorang2 kan. kadang kawan kawan jenis macam ni la yang akan membuatkan kita rasa tak sabar nak berkongsi cerita kita dengannya. kadang-kadang ada juga kawan yang bisa membuatkan kita rasa tenang bila bersamanya. kita boleh menjadi sesiapa pun kita mahu bila bersamanya. kita boleh menjadi sebongok yang mungkin bila bersamanya. kita boleh meluahkan segala yang terbuku dihati kita bila bersamanya, mengatakan tentang apa saja bila bersamanya. tanpa perlu memakai 'topeng' atau kontrol macho bila bersamanya. dia kawan yang menerima kita seadanya, sebaiknya kita dan seburuk-buruknya kita, kekurangan kita, kelebihan kita setulus hatinya tanpa selindung ataupun menjaga hati kita semata-mata.kawan yang kerana percaya dan sayangkan kita sebagai teman/kawan yang sentiasa ada untuk mengingatkan kita agar sentiasa jauh dari kekhilafan yang kita tak sedar atau tak nampak.
Dan bila kita tetiba teringat atau terkenangkan orang tu, doakan la kesejahteraannya, keselamatannya, kebahagiaannya, kegembiraannya, kesenangannya, kesihatannya serta kejayaannya. doa yang baik-baik untuknya. moga jodoh yang Allah swt kurniakan utk kita dengannya sentiasa dipanjangkan dan tidak akan tergugat oleh anasir yang tidak baik. moga juga kita akan masih dapat bersamanya membina kenangan indah untuk dikenang.
Bersyukurlah jika kita masih mampu mengingati memori atau kenangan yang menyenangkan bersama teman teman kita. kita tidak akan pernah tahu bila Dia akan menarik semula memori kenangan menyenangkan itu dari lipatan memori kita biarpun sedikit, ia amat perit.
okeh la uolls, hargai teman teman anda, hargai kenangan indah yang di cipta. if dont have one, then create one. why wait kan..
till my next entry..
0 berbalas bebelan:
Post a Comment