Translate My Blog
MamaG Official Batch
Si MamaGLam
29 June 2015
Strangers Besfren
Yup. When stranger became ur besfren n when ur besfren slowly became stranger to u. Bukankah ianya macam pelik. Tapi it's happen. Kadang kita tak faham kenapa dan bagaimana ianya terjadi. Bagaimana seseorang yang totally kita tak pernah kenal dan jumpa, akhirnya menjadi besfren kita. Dan besfren kita yang selama ini bersama kita selalu tiba tiba menjadi asing bagi kita sedikit demi sedikit. Ianya kian menjauh dari hari ke hari. Pelik tapi biarkan saja la. Ikutlah peredaran masa. Go wif da flow orang kata kan. Terima ja la ketentuan dan jodohnya Allah swt temukan untuk kita. Hanya Dia tau apa yang terbaik untuk kita. In shaa Allah.
Categories
MamaGlam Diaries
Betulkah? Am i? Do u?
Alangkah sedihnya tu kan kalau kita dilayan begitu kan. Rupa rupanya kawan kita ni cari kita tika dia bosan ja la. Kita ni macam pilihan terakhir dia untuk isi masa lapangnya dan hiburkan hatinya kan. Sedangkan kita ni ikhlas la kan melayan si kawan ni yang kita anggap memang kawan dan dilayan seperti sepatutnya dan selayakanya sebagai seorang kawan. Hurmm.. jangan ada diantara kawan kawan mamaG jadik macam tu ye. Tak baik tau.. huhuhu..
Categories
MamaGlam Diaries
TakpaLah
Kannn.. korang mesti pernah jadik macam ni kan. Dalam hati tu banyak sangat mo diluahkan untuk meringankan beban dihati kan. Terlalu banyak hingga kadang tu taktau dari mana mo mulakan. Terlalu banyak hingga kadang kita taktau macam mana mo cakap. Last last, perkataan tu jugak yang kuar *takpalah* then tarik nafas panjang.
Memang mo cakap sangat memang mo luahkan sangat tapi tu la. Tak terucap dek mulut ni. Ntah kenapa kan. MamaG pun kadang kadang macam ni juga. Kepala sarat dengan perkara yang buat stress. Memang nak luahkan untuk ringankan sikit, kelegaan difikiran tu. Hanya sekadar luahkan. Mo orang dengarkan sahaja. Tapi tula, bila dah jumpa orang yang sudi mendengar takda la pula mulut ni mo bercerita mo meluahkan apa yang bersarang difikiran bergelora dihati. Hurmm biar jela. Hihihi
Mungkin memang macam ni kut segelintir sikap manusia kan. Mana nak tau kan. Tak pa la asalkan tuan punya badan selesa cara gitu, biarkan je la. Hihihi..
Categories
MamaGlam Diaries
25 June 2015
Silent Mode is On.
Dah dekat 3 hari mamaG lancarkan ops silent mode mamaG di ofis. Letih rasanya.
Ari ni 1st time mamaG terlelap di ofis time rehat lepas habis ja meeting. Salunya mamaG payah mo tidur di ofis time rehat macam kawan kawan ofis yang lain. Salunya lau mamaG tertido tu hanya kalau mamaG demam sangat sangat atau penat yang amat. And hari ni sejarah selama mamaG berkhidmat di opis mamaG ni. Baru masuk 5 bulan berkhidmat di jabatan baru ni. Ari ni mamaG cheat prinsip mamaG hihihi..
Ada juga kawan kawan wassap tanya, napa mamaG boleh terlelap. Sebab tak pernah tengok mamaG tido waktu rehat. Watever la. Malas nak kecoh. Hihi..
Ari ni 1st time mamaG terlelap di ofis time rehat lepas habis ja meeting. Salunya mamaG payah mo tidur di ofis time rehat macam kawan kawan ofis yang lain. Salunya lau mamaG tertido tu hanya kalau mamaG demam sangat sangat atau penat yang amat. And hari ni sejarah selama mamaG berkhidmat di opis mamaG ni. Baru masuk 5 bulan berkhidmat di jabatan baru ni. Ari ni mamaG cheat prinsip mamaG hihihi..
Ada juga kawan kawan wassap tanya, napa mamaG boleh terlelap. Sebab tak pernah tengok mamaG tido waktu rehat. Watever la. Malas nak kecoh. Hihi..
Categories
MamaGlam Diaries
24 June 2015
Deko deko lagi tahun ni...
Aktiviti faveret mamaG pa lagi kalau bukan deko workstation sempena mo raya aidilfitri. Sesibuk macam mana pun se-stress macam mana pun dengan si polan si polan, mamaG tetap jugak nak deko deko raya. Daaannn ofkos lelampu leliplap liplap kena ada. Baru la keja hati rasa riang skit kan. Mood tu penting hokay. Hihhi..
Bila tengok lelampu ni suma, rasa release kejap rasa stress buat keja tu.. mood pun bertukar girang kejap. Hurmmm bila tengok lelampu ni suma tetiba teringat dan terindu ngan geng opis di bomba labuan. Geng deko raya opis.. rindu la...
Nanti besok nak buat tampal tampal wording pulak la kat dinding. Pastu nak buat origami sikit utk hiasan. Huhuhu... salah satu cara mamaG nak release stress jugak ni...
Opis ni kalau kita tak mula mendeko, orang len buat dek je. Bila dah buat deko deko, memasing pun nak join. Tadi siang mamaG paksa CC opis mamaG gi beli reben sebab mamaG nak buat ketupat warna warni. Huhuhu.. macam hampeh je dorang ni tau. Gelakkan mamaG. Dorang mati mati ingat mamaG tak reti buat ketupat. Huh... weh nampak je mamaG ni gini. Kasar, kepoh dan macam hardcore... tp ai ada skill tauuu. Hahahahaa... watever la suma. Nanti dah ada reben nanti korang tengok la sendiri ya mamaG buat ketupat. Reti ke tidakkkk hehehehe...
Okeh tunggu next upload deko deko raya mamaG kat opis ya. Hehehe...
Categories
MamaGlam Diaries
21 June 2015
Tenkiu for everything dear husband
Ajaibkan. Berada dalam pelukan orang tersayang yang memeluk kita dengan penuh kasih sayang boleh membuatkan kita rasa damai dan tenang kan. Rasa macam no terus berada di situ dalam posisi begitu sentiasa.
Tak kira la waktu tu kita tengah dikuasai emosi ka kalut kalut ka bingung bingung ka, bila dalam pelukan orang tersayang, secara automatik kita akan rasa macam tenang dan rasa selamat.
Bila kita dalam keadaan sakit pun macam tu jugak feelnya kan. Ntah kenapa... mungkin itu la satu feelings yang kita susah mo gambarkan dengan perkataan yang sesuai selari dengan apa yang betul betul dirasai tika itu kan yang Allah swt kurniakan kepada kita insan yang punya hati dan perasaan...
Untuk lelaki yang bergelar husband kepada mamaG. Terima kasih atas segalanya yang pernah dan sanggup dilakukan demi wanita serba kekurangan yang bergelar isterimu ini. Tenkiu sebab sentiasa berusaha menjadi dan memberi yang terbaik untuk mamaG. Menjaga mamaG tika sakit. Melayan karenah mamaG yang kadang kala manja kadang kala berangin kadang kala takda perasaan. Tenkiu menjadi pelindung pembimbing penjaga penghibur peneman dan segala pe- lagi la kepada mamaG.
Moga saja kita masih dipanjangkan jodoh. Moga saja perasaan yang awak ada untuk saya itu masih teguh begitu. Moga saja pandangan matamu itu masih kekal tertumpu padaku lagi. Moga saja saya masih sentiasa lagi berada di dalam fikiranmu seperti selalu. Moga saja semuanya akan kekal seperti selalunya biarpun macam macam yang akan datang menguji.
Saya amat jarang mengatakan ini tetapi hari ini saya ingin mengatakan bahawa 'saya amat menyayangi awak... walaupun mungkin tidak sedalam awak menyayangi saya tetapi cukup untuk buat saya hilang arah jika kehilangan awak dalam hidup saya.'
p/s: mamaG tau dia tak baca blog mamaG ni sebab tu berani konfes kat sini. Wahahaha... kalau dia baca konfem sebulan jadi bahan... bini dia tetiba buat ayat jiwa2 pasal feeling2. Hadui... hihihi...
Categories
MamaGlam Diaries
20 June 2015
Betul ka?
Betul ka tidak tak tau la. MamaG memang la guna tangan kidal atau tangan kiri. Ada juga yang betulnya kena dengan karektor mamaG. Tapi itu dari sudut apa yang mamaG nampak. Tak tau la pula dari sudut pandangan orang pada mamaG.
Kidal ataupun tidak bagi mamaG semua pun sama saja. Memang dari dulu orang selalu pandang dan anggap mamaG pelik sebab guna tangan kidal. Pernah juga ada yang mempersoalkan kenapa mamaG kidal. Hurm malas nak jawab. Taktau pun mo jawab apa dan kenapa mamaG kidal. Mungkin juga fitrah dan sejak azali kan. MamaG percaya parent mamaG mungkin dah cuba ubah fitrah mamaG bertangan kidal masa mamaG kecil. Tapi tu la mungkin sudah memang takdir ataupun memang inilah fitrah dan kelebihan ataupun kelemahan mamaG yang dah ditetapkan olehNya. Jadi mamaG terima jela. Lagipun tak menyusahkan mamaG dan juga orang lain kan. Dun wori mamaG makan nasi guna tangan kanan okeh. Hihihi.. kalau pakai sudu baru la mkn pakai tangan kiri.
Kepada para pengguna tangan kidal jangan kita terasa hati bila ada yang memandang pelik atau memperlekehkan atau mengejek kata kita makan pakai tangan najis sama dengan makan najis. Biarkan la. Anggap jela inilah kelebihan yang Allah swt tu bagi pada kita yang tiada pada orang lain.
MamaG yakin, orang yang guna tangan kidal ni pasti ada banyak kelebihannya kan. Mungkin kita tak perasan tp orang sekeliling kita pasti akan perasan. Konfem akan perasan punya sebab kita lain si kidal nampak lain daripada kebiasaan orang yang guna tangan kanan. Bukan mamaG memuji diri sendiri atau angkat bakul ataupun membangga diri dengan tangan kidal. Cumanya ini je la caranya secara mentalitinya kita menerima keistimewaan yang diberikan kepada si kidal.
Kadang kadang, mamaag rasa happy bila dapat jumpa dengan orang orang yang sama sama kidal macam mamaG. MamaG pula kadang rasa dan nampak pelik. Hihihi..
Jujur kata, mamaG memang rasa dan nampak pelik tengok orang buat segala kerja menggunakan tangan kiri. Walaupun mamaG sendiri juga kidal. Hihihi. Mungkin ini la rasanya dan apa yang difikiran orang orang yang nampak si kidal kan. Hihihi.. yela, orang kidal ni cara tulisnya lain, cara fikirnya lain (kebanyakan orang kata la) cara buat kerjanya juga lain... tu yang kadang kadang mamaG leka juga tengok orang kidal ni buat keje. Terutama bab menulis. Ada macam macam pesen cara tulis. Kertas atau buku tu kalau tak terpusing atau tangan nak menulis tu tak bermacam macam kedudukan memang tu bukan si kidal la tu. Hihihi... mamaG sendiri kadang terfikir uniknya cara orang tu menulis.
Bagi mamaG, bila mamaG nampak si kidal, mamaG rasa macam eksaited nak tau dan nak tengok cara si kidal bekerja dan berfikir. Adakah sama macam mamaG ataupun sama macam orang orang yang guna tangan kanan...
Yela kita si kidal mana nampak diri sendiri kan. Jadi bila kita nampak sendiri si kidal yang lain barulah kita nampak dan rasa sendiri bagaimana orang lain nampak dan rasa pasal si kidal ni. Hihii...
Categories
MamaGlam Diaries
Perbaiki Diri melalui Orang Lain.
Dalam dunia ni, hari hari kita akan jumpa pelbagai jenis manusia. Tak kira la siapa pun. Sama ada pasangan kita, ibu bapa kita, adik beradik sepupu sepapat macik pacik nenek atok cucu cicit jiran depan belakang tepi atas bawah rumah, kawan kawan ataupun orang yang lalu lalang depan kita. Suma pun ada macam macam jenis perangai kan.
Ada yang boleh kita handle ada yang mak ai payah bebenir nak handle. Geleng pala je la. Kadang kadang menyakitkan hati mata dan telinga. Kadang ada yang menyenangkan hati jiwa dan raga. Betul tak. Jangan dilupa ragam yang pelik pelik pun ada.
Sebanrnya kita tak sedar disebabkan ragam yang pelbagai ni la kita boleh belajar sesuatu. Belajar tentang perangai manusia. Belajar menerima fitrah manusia yang unik. Belajar berhadapan dengan manusia yang pelik pelik atau yang tidak baik. Belajar membezakan antara tingkah dan moral yang baik dan tidak baik.
Sedar ataupun tidak, kita sedang mendidik diri sendiri menjadi orang yang tidak akan atau akan sentiasa mengelak tingkah dan moral yang tidak baik. Menjadi siapa diri kita inginkan atau selesa dengan diri sendiri.
Kadang kadang bila kita tengok tingkah dan moral yang tidak baik, pasti kita pernah juga terfikir dan berazam agar tidak menjadi manusia yang tercela moral dan tingkahnya.
Kadang kadang kita perlu juga mendekati manusia yang tercela moral dan tingkahnya untuk membantu manusia jenis ini sedar dan dipimpin ke arah yang sepatutnya dan sebaiknya.
Kadang Kadang...
Kadang kadang, ada masanya kita rasa macam mo berdiam diri sekejap. Memencil kan diri daripada lautan manusia. Melepaskan sekejap apa yang kita sedang lakukan. Melupakan sekejap keadaan sekeliling. Tak mahu berfikir untuk seketika. Tak ingin melakukan apa pun untuk sementara.
Kadang kadang kita rasa kita perlukan udara yang segar untuk memulakan semula hari kita. Berhadapan dengan apa saja. Berbekalkan niat, azam harian, zikrullah dan rasa syukur utk hadapi apa saja kemungkinan yang akan berlaku untuk 24jam ini sebelum tibanya hari baru.
Kadang kadang, kita akan pernah merasa ingin berdiam daripada segalanya. Mengunci segala langkah, fikiran dan perbuatan. Mengunci kemas segala sesuatu yang biasanya diri kita lakukan, fikirkan...
Kadang kadang kita pernah juga merasa penat menjadi diri sendiri kan... bukan sebab kita bosan dengan diri sendiri. Tapi mungkin juga tiada sebab pun merasa begitu tetapi kita pasti juga pernah merasainya. Walaupun sedikit. Sedetik terfikir di benak.
Kadang kadang, kita terasa macam ingin pergi jauh dari segala sesuatu buat seketika. Jauh daripada apa dan siapa. Hanya untuk seketika. Hanya untuk melapangkan dada dan fikiran. Hanya untuk menjejak semula rentak yang selama ini kita rasa kita dah tertinggal jauh. Mungkin disebabkan kelekaan kita. Mungkin juga disebabkan kita terlalu fokus dengan keadaan dan orang sekeliling hingga terlupa yang diri kita juga perlukan perhatian. Mungkin juga disebabkan oleh jiwa kita terdapat sedikit rasa kosong yang kita sendiri tak pasti apakah ia. Walaupun kita sah cuba untuk mengenalpastinya. Tapi tiada jawapan ditemui.
Kadang kadang, kita pernah terasa macam nak baring di tilam kita dan tidur. Tutup mata selama mana kita mahu. Tenangkan jiwa setenang yang mungkin. Tanpa memikirkan tentang apa dan siapa.
Kadang kadang, kita rasa macam mo pergi ke suatu tempat yang jauh dari segala sesuatu untuk seketika. Ke tempat di mana kita boleh berehat dan termenung sambil menghayati keindahan ciptaanNya. Mensyukuri nikmatnya. Memuji kekuasaanNya. Dan muhasabah diri apa yang telah dilakukan disumbangkan dicapai diraih dipelajari serta diberikan selama hayat masih di kandung badan. Selama jasad masih bernyawa dan bernafas.
Kadang kadang.......
Categories
MamaGlam Diaries
09 June 2015
She Caught Me!
She caught me! Okeh fine! Bukan main ketawa bersungguh sungguh lagi ko ek. Ni la padahnya bila dapat adik yg sekepala dan suka saling menyakat. Hihihi... ada ja bahan mo dibuat ketawa dan mengetawakan. Geli hati katanya. Dia rasa terkena bila baca pos mamaG tu. Hehehehe... Yang mamaG ni pun satu gak, tersilap pos tp konfiden je macam takda sapa kesah.
Apa apa je la yek. Tak kaco orang kan. Kalau agak agaka rasa annoying, skip je takyah baca. Takyah layan. Bukan penting pun kan. Hehehe...
Tapi serius sampai skarang ni, adik mamaG asik gelakkan mamaG tiap kali teringat. Gelak yg geli hati pulak tu. Hurm.... layan je la...
Categories
MamaGlam Diaries
08 June 2015
Tanda-tanda U R Falling In Love @ Menyukai Seseorang
Korang pernah tak jadik macam ni or rasa macam ni or mengalami macam ni:
1) korang kerap baca semula text-text mesej2/wassap2 orang tu? over and over again.
2) Bila bersamanya, kaki korang secara automatik tetiba berjalan slow je. 20km/sejam pun tak sampai. Kalah-kalah orang yg tengah jalan-jalan santai petang. korang lagi selow dari itu. hehehehe
3) Tetiba pulak korang jadik alahaiii pemalu bila bersamanya. Sedangkan sejak azali korang tu Ya Ampun maha ganaz kan bila ngan orang len kan. hehehehe...
4) memikirkan tentang dia sahaja membuatkan korang rasa degup jantung korang tetiba jadik deras la pulak. ala ala macam bawak keta 240km/sejam gitu lorr... hihihi
5) Dengar suaranya sahaja biarpun sekejap atau sedikit, biarpun dia sekadar kata 'Hai' sepatah je pun, korang dah boleh tersenyum lebar tanpa sebab macam dapat lotery RM1juta gitu.. hihihi
6) Bila berjumpa dengannya, bila melihat wajahnya sahaja, korang dah tak nampak dah orang len selain dia. feel like just u n him/her, no one else...
7) daj jadik gitu, korang yang dulunya suka dengar lagu-lagu hard rock tetiba suka dengar lagu-lagu yang slow slow or jiwa-jiwa gitu kan.. nanti mula la teringatkan si dia tu bila lagu tu kena pula ngan feeling korang time tu kan.. hehehehe.. betul tak?? jangan tak ngaku ek.. hihihi
8) Korang pada setiap masa pun asik terfikir or teringatkan dia jek.. Ntah kenapa kan?...
9) korang suka melihat dia tersenyum dan mo terus melihat dia tersenyum dengan korang.
10) kendian korang baru tersedar yang korang setiap kali pun akan tersenyum sendiri tanpa sebab apabila teringatkan dia, terdengar suaranya, terlihat namanya terpapar di skrin henfon/pc ataupun membaca mesej-mesejnya.
Even tho there was no spesifik name mention, u were thinking about him/her as u read dis. Betul tak? hehehe... betul tak betul tak??? hahahaha... well i guess, kita semua pernah mengalami situasi macam ni kan. mungkin juga bukan sebab kita sedang jatuh cinta dengan orang tu kan. mungkin juga kita sebenarnya terkenangkan orang yang membuatkan kita rasa gembira bila bersamanya. Kita tak pernah duga yang Allah swt itu telah mempertemukan kita dengan insan yang mungkin dijodohkan kita sebagai kawan baik yang memahami kita serta membantu kita.
mamaG juga sering terkenangkan kawan-kawan mamaG tika bersama mamaG. Kadang-kadang tetiba tersenyum/tergelak sorang sorang sebab terkenangkan moment yang mungkin lucu, menyenangkan atau juga yang menggelikan hati kita. sebab tu ada insiden tersenyum sorang2 kan. kadang kawan kawan jenis macam ni la yang akan membuatkan kita rasa tak sabar nak berkongsi cerita kita dengannya. kadang-kadang ada juga kawan yang bisa membuatkan kita rasa tenang bila bersamanya. kita boleh menjadi sesiapa pun kita mahu bila bersamanya. kita boleh menjadi sebongok yang mungkin bila bersamanya. kita boleh meluahkan segala yang terbuku dihati kita bila bersamanya, mengatakan tentang apa saja bila bersamanya. tanpa perlu memakai 'topeng' atau kontrol macho bila bersamanya. dia kawan yang menerima kita seadanya, sebaiknya kita dan seburuk-buruknya kita, kekurangan kita, kelebihan kita setulus hatinya tanpa selindung ataupun menjaga hati kita semata-mata.kawan yang kerana percaya dan sayangkan kita sebagai teman/kawan yang sentiasa ada untuk mengingatkan kita agar sentiasa jauh dari kekhilafan yang kita tak sedar atau tak nampak.
Dan bila kita tetiba teringat atau terkenangkan orang tu, doakan la kesejahteraannya, keselamatannya, kebahagiaannya, kegembiraannya, kesenangannya, kesihatannya serta kejayaannya. doa yang baik-baik untuknya. moga jodoh yang Allah swt kurniakan utk kita dengannya sentiasa dipanjangkan dan tidak akan tergugat oleh anasir yang tidak baik. moga juga kita akan masih dapat bersamanya membina kenangan indah untuk dikenang.
Bersyukurlah jika kita masih mampu mengingati memori atau kenangan yang menyenangkan bersama teman teman kita. kita tidak akan pernah tahu bila Dia akan menarik semula memori kenangan menyenangkan itu dari lipatan memori kita biarpun sedikit, ia amat perit.
okeh la uolls, hargai teman teman anda, hargai kenangan indah yang di cipta. if dont have one, then create one. why wait kan..
till my next entry..
Categories
Artikel,
MamaGlam Diares
Subscribe to:
Posts (Atom)