Halu eberybodi. Wah long time tak timbul cerita baru d blog kan. Buhahahaa sangat2 bizi la kawan. MamaG kena pindah ke Labuan. Tempat keja baru, tempat tinggal baru, kawan kawan baru, persekitaran baru, cara hidup baru tak baru sangat la, cara kerja baru, semuanya baru bagi mmaG.
Tambahan pula mamaG tinggal dan keja di Labuan ni without enchek Asben nan terchenta. MamaG tinggal dengan 2 org anak bujang mamaG ni siapa lagi kalau bukan bos keci Irfan dan bos xberapa nak keci Rayyan.
Di sini mamaG kena uruskan hal rumahtangga, anak anak dan kerjaya mamaG sendiri tanpa enchek Asben. Syukurlah juga selama ni memang mamaG uruskan hal rumahtangga dan anak anak dan dibantu sikit sikit oleh enchek Asben. Bukannya enchek Asben tak tolong langsung, enchek Asben la org yg paling rajin sekali tolong mamaG d rumah uruskan anak anak dan rumahtangga di kala kemalasan mamaG melanda. Huhuhuhu... sayang dia...
So, tak lah panik sangat nak urus semua semua tu di Labuan ni sorang sorang. Sebab dah biasa. Syukurlah kan. Enchek Asben pun tak la risau bini dia tak reti urus anak dan rumahtangga sorang. Jauh pulak tu nak pegi jenguk kan. Almaklumlah enchek Asben tak pindah lagi. Masih kat KL tu. Kira pjj la kitorang ni. Moga ikatan kami terus dilindungi Allah swt.
Time macam ni la kesetiaan, kejujuran dan kepercayaan tu terletak di nombor 1 dalam carta mengekalkan hubungan rumahtangga. Cewah berceramah pulak ustajah ni. Hahaha
Di sini, masa mula2 datang memang agak terkejut sikit la. Bukan sebab kurang kemudahan ke apa. Itu tak kisah la sebab i pun berasal dari kampung, orang susah dan bermula dari susah. Cuma terkejut dengan taraf hidup yang sangat tinggi jika nak dibandingkan dengan selangor negeri tempat mamaG mencari rezeki selama 11 tahun selepas habis belajar. Makanan, minuman, barang basah, barang kering, sayuran semua ditahap yang agak mahal. Sekali lagi, agaklah mahal.
Kadar rumah sewa di Labuan ni memang melangkaui fikiran kita. Zaman dulu memang harga rumah sewa paling murah rumah flat 3bilik dalam rm500 sebulan. Tapi sekarang ni, rate dah naik. Paling murah boleh dapat rumah flat kos rendah 3bilik dalam rm700-800 paling murah. Dan kosong takda furnish. Wah?!!!
Lama jugak la mamaG dok cari2 rumah sewa, cari iklan d fb, buat call sana sini tanya rumah sewa. Wah sebulan jugak la cari rumah sewa. Sebelum mamaG pindah labuan lagi mamaG dah start cari2 iklan rumah sewa.
3minggu pertama di Labuan, 3 perkara mamaG kena pastikan ada sebelum anak2 bujang mamaG follow mamaG tinggal di Labuan. Rumah sewa, kereta sewa dan taska anak2. Plus pra sekolah irfan utk tahun depan 2014. Memandangkan dah nak akhir tahun lagi 2 bulan ja, makanya nak pecah kepala jugak la mikir mana lagi nak cari tadika utk irfan tahun depan. Kalau ada pun tadika swasta. Dan ianya pasti byk pakai kos yg tinggi. Tadika swasta di Labuan ni boleh tahan mahal juga la.
Merata la mamaG pusing2 di Labuan time lunch cari tadika utk irfan. Buat rayuan di pejabat pendidikan, buat rayuan di pra sekolah. Syukurlah time tu dah ada kereta sewa. Keta kancil ja tp syukurlah. Keta ni banyak membantu mamaG nak uruskan hal mamaG kat sini.
MamaG dah berusaha yang terdaya mamaG uruskan hal sekolah anak anak, mamaG berserah je la pada ketentuan Allah swt. Kalau irfan tak dapat masuk pra sekolah utk sekolah biasa, mamaG dah ready dah bajet utk hantar dia mana mana tadika swasta tahun depan. Byk kos tapi takpa yg penting anak mamaG dpt pendidikan.
Okeh kisah pejabat pula. MamaG bersyukur, dipindahkan di Labuan ni di Jabatan bomba dan penyelamat. Di ibu pejabat di bahagian penyiasatan kebakaran. Wah, macam csi gitu. Tapi bukan mamaG yang forensiknya tapi pegawai2 di bahagian mamaG la. Di bahagian ni semua pegawai lelaki dan mamaG sorang jew pompuan. Kami semua ada 7 orang jew di bahagian ni. Kecik kan. Tapi bahagian ni pun bahagian yang penting jugak walaupun kecil. Sebabnya, selepas kes kes kebakaran berlaku dan berjaya disettlekan oleh fire fighter yang gagah tu berani tu, bahagian kami la yang akan turun ke site pula utk siasat punca kejadiannya. Gitu kan. Cari bukti dan siasat. Tiap kali ada kes, pasti akan ada saksi saksi kejadian yang akan datang ke bahagian kami utk buat keterangan utk bantu siasatan gitu kan.
Macam best je kan. Huhuhu.. mamaG suka tgk csi kan. Sebab tu rasa best ja.
Tapi yang kurang best tu, bila semua pegawia sibuk dengan kes, tinggallah mamaG sorang sorang kat ofis. Keja tak lah banyak tak la sibuk. Yang sibuk tu pegawai, kerani dia tak la sibuk mana pun. Huhuhu..
Tapi mamaG la PA, PAR, kerani, receptionist, etc. Di sini kerani guna sama macam mamaG ni berbeza dgn pegawai bomba. Kami kerani kerani guna sama di bawah pengurusan. Jadi kami pun ada mesyuarat pengurusan sendiri.
Kat sini kantin keci ja. Makanan pun terhad. MamaG suka suasana di sini. Rasa tenang dan aman ja. Pegawai pegawai di sini juga sporting semua. Best best.
Tapi mamaG kena jaga batasan sebagai isteri orang di perantauan tanpa suami. Bergaul bergurau kena dibataskan lagi daripada biasa. Dari sebelum ini. Kena jadi macam burung merpati juga kadang kadang tu.
Bukan sombong or kurang mesra macam biasa tapi berhati hati dengan srtiap kata dan tingkah. Dah la disini mamaG hidup macam ibu tunggal. So kena la pandai pandai jaga diri, anak anak dan maruah diri kan kan kan.
Nanti mamaG cerita pula kisah life mamaG di luar ofis ya. Panjang dah ni. Len kali pulak ya. Hhuhu... makasi kerana sudi baca sampai habis.