Laman

05 August 2011

Nama-nama Syaitan ada dalam Surah Al-Fatihah?

Celoteh Aku MamaGlam at 4:25 PM

 

 

Salam Ramadhan semua,


Hari ni nak berkongsi sesuatu yang HARUSS kita amik tau, bagi tau dan sebarkan sempena hari Jumaat yang mulia di bulan penuh keberkatan ni.. Hah, gempak tak tajuk kat atas tu? Hah, ni memang la harus kita amik tau ni. Ni pun amamG dapat tau daripada rakan blogger mamaG si Enchek Mijie. Credit to him sebab wat entry yang amat berguna untuk kita, khasnya untuk orang muslim la..
Ni kalau, tak baca memang tak tau la mamaG nih.. Jahil betul.. Takpa, kita sama-sama belajar. Yang tau, silalah sudi bagitau dan berkongsi ilmu kan, yang tak tau pula, silalah rajin amik tau dan bagitau pulak orang lain yang tak tau..
Lagi-lagi di bulan penuh keberkatan ni kan, insya Allah, ada ganjaran untuk kita nanti..
Okeh, let see maksud tajuk entry mamaG di bawah, okeh. Sama-samalah la kita amalkan ya, perbaiki mana yang masih perlu dibaiki..
******************************
Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid.
Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.


1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH


2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB


3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU


4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAK


5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAS


6 Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya Iyya.

Iya bermaksud 'matahari' Dalam ayat ke 5,jika salah bacaannya akan bermaksud "kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan"!!!!


7 SIROTHOLLAZI............. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti.


8) AMIN ...............hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA......dua harakat, MIN .... 3 harakat, semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat ........

 

Insya-Allah. semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.
Sebarkan hukum Allah walaupun satu ayat semoga kita mendapat rahmatNya, Insya-Allah. Jadi marilah kita sama2 m'perbetulkan dan memperbetulkan makhraj dan menggunakan kaedah pembacaan Al-quran yang betul (tartil)....bukan untuk membaca surah alfatihah saja tetapi untuk membaca Al-Quran seluruhnya.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea