Laman

08 April 2016

Syukur Tau...

Celoteh Aku MamaGlam at 11:00 PM 0 berbalas bebelan


Gila tak hepi kan... syukur yang amat tau tak hahahaha.... memang la kalau ikut amalan dari zaman toknek kita, hal dapur hal rumah hal anak segala urusan rumahtangga katanya tugas seorang isteri dan ibu dalam rumah...

Tapi apa la salahnya kan kalau lelaki pun uruskan hal yang sama kan... sejuk sikit hati kaum isteri dan ibu tu kan... tambah sayang gitu..

Ye la tak semua lelaki bergelar suami dan ayah begitu kan. Nasib la dapat jodoh yang macam mana kan.. kalau dapat yang ringan tulang suka menolong tak suka tengok isterinya sorang sorang urus hal rumah tangga, bersyukur la. Hargai macam mana kita nak dihargai kan... kalau dapat yang tak berapa nak ringan tulang tu, ikut mood ikut musim ikut maksud tersirat, pun bersyukur juga la.. hellooo kurang kurang ko ada juga jodoh bersuami kan... kat luar tu ramai perempuan yang single mingle dah lama mencari dan menunggu jodoh sesuai. So... still... hargai la juga dia sebagaimana kita mo dihargai...jodoh setiap orang tu kan unik...

Pernah tak korang tanya saja saja kat pasangan masing masing, adakah reason dia berkahwin dengan kita masih sama sampai skang walaupun dah lebih 5thn or 10thn? Pernah tak? Masih sama ka rasa itu? Ye la dulu kan masa belum kawen masih dibawah pengaruh rasa sayang cinta eksaited darah muda kan... bila lepas kawen lepas lebih 5tahun dah macam macam dihadap, adakah rasa itu masih sama? Atleast masih ada ka walaupun tak segila sesemangat waja dulu.

Pernah tak? Hihihi...

Just asking la.. jangan la serius sangat pun... tetiba menumpang lalu dalam fikiran time buat entry ni. Tu yang tanya tu.. hihi...

Okeh la, moga kita semua hepi sentiasa dengan pasangan masing masing... do some crazy things together... laugh on silly thought... tengok tv sambil duduk sama bersandar sambil pegang tangan... duduk makan berhadap sambil signal signal mata macam la ada maksud apa apa padahal saja saja buat signal buat silly face... hahaha... so wat kalau korang dah kawen lebih 10thn 15thn 20thn... sekali sekala kena juga jadik macam old times kan.. bukan old soul okeh... cuba la... have fun... nanti ada la dengar anak anak mengusik mengejek bila kita buat macam tu dengan pasangan kan... lucu apa... tapi ok apa? Bagus utk relationship kan... hihihi



Sempat membebel via Blogaway 😘

Dulu Sekarang Akan Datang

Celoteh Aku MamaGlam at 10:57 PM 0 berbalas bebelan


Aku cuma berharap dan berusaha... dengan izinNya... betul la kata orang (bukan aku kata tau..) nak berubah kepada yang baik, dari yg baik kpd lebih baik bukanlah sesenang macam berubah dari baik kepada tak baik. Nak jadi jahat senang jek..buat je la jahat.... nak jadik baik dugaannya macam macam...

Apa pun, semua dari diri kita jugak kan... in shaa Allah... niat yang baik cara yang baik pasti akan berhasil yang baik baik saja kan..



Sempat membebel via Blogaway 😘

Hikmah dan Nikmat

Celoteh Aku MamaGlam at 10:57 PM 0 berbalas bebelan

Wah lama tak hapdet blog kan... alasan clichè apa lagi bizi dan malass.. ntah apa la yang dibizikan pun... hihi..

Few weeks back ni, ada la beberapa hamba Allah swt yang concern yang sayangkan aku ni (me lobyuolss too!) Bertanya : baru perasan yang beberapa bulan kebelakangan ni apsal ko asik jatuh sakit jek? Dlm sbln ade jek dpt khabar ko sakit. Dulu tak macam tu pun Huhuhu.. apa la nk bagi jawapan sesuai utk soklan tu kan... suratan takdir? Eh macam tajuk lagu la pula kan. Hihii...

Ntah la... malas fikir... saki tu datang kita terima je la. Usaha rawat. Fikir positif ja. Tenang dan sabar ja la hadap sakit tu. Kan kita selalu dibagitau yang setiap yang berlaku ada hikmahnya. Setiap perlakuan dan pertuturan yang dilafazkan ada ganjaran dan balasannya...

Aku senang fikir macam ni je la bila ditimpa sakit. Jalani hidup seperti biasa semampuku menahan sakit. Teruskan sabar. Muhasabah diri tiap kali aku sakit. Aku salu fikir apa tau,
*mungkin Dia nak bersihkan hati dan jiwaku daripada noda*;
*mungkin Allah set nak bagitau supaya aku berhenti sekejap dan berehat daripada apa yang sedang aku lakukan*;
*mungkin Dia sedang menghukumku dan membersihkan diriku daripada dosa dosa silam*;
*mungkin Dia sedang menegurku supaya lebih bersyukur lebih meminta berdoa padaNya*;
*bila Dia menarik nikmat kesihatan kakiku, mungkin Dia nak bagitau supaya aku kurangkan bergerak lincah dan kurangkan langkah seperti biasa. Kesian kakiku. Bila Dia menarik nikmat kesihatan bibirku ketiak ulser, mungkin Dia nak bagitau kurangkan bercakap kurangkan aktiviti lidah supaya mulut kurang mengeluarkan kata kata yang mungkin boleh menyakiti orang lain. Bila dia menarik nikmat kesihatan tulang belakangku menyebabkan aku hanya mampu berbaring, mungkin dia nak bagitau badanku dah tak mampu bekerja untukku dan perlukan rehat*;

Semua tu mungkin hikmahnya yang hanya mampu difikirkan oleh mindaku yang tak seberapa ni. Wallahualam...

Apapun kemungkinan hikmahnya, aku tetap bersyukur. Aku tetap teruskan hidupku dan masih boleh terus bersenyum dalam kesakitan tu. Ekceli sakit itu juga satu nikmat kalau kita fikir yang positif dan baik baik saja kan. Jadik aku tetap meneruskan dan jalani harian ku dengan senyum dalam kesakitan. Tak susah pun kan. Kalau sakit sangat rehat jap. Istighfar ingat Yang Maha Esa. Dia mungkin sedang mengujimu dan juga mungkin sedang menggugurkan dosa dosamu.. wallahualam kan... memang la kadang efek juga mood tu bila da terlalu sakit sangat kan. Tapi wat to do? Just stop kejap rehat dan diam diam. Kalau merengek bukan dapat apa pun kan. Huhuhu...

Tiada siapa minta dirinya ditimpa sakit kan. Dan kita juga tau kan, Allah swt takkan menimpakan ujian dan dugaan ke atas hambaNya diluar kemampuannya. In Shha Allah. Hanya Dia Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa.




Sempat membebel via Blogaway 😘

27 January 2016

Untuk Aku Kamu Dia dan Dorang

Celoteh Aku MamaGlam at 10:13 PM 0 berbalas bebelan

Untuk aku kamu dia dan dorang... in shaa Allah...

Selamat malam semua...

Assalamualaikum...



Sempat membebel via Blogaway 😘

4 Sebab???

Celoteh Aku MamaGlam at 10:07 PM 2 berbalas bebelan

Yeke????.... tak pa yang penting aku tak macam tu... eh!!

Hihihi...

Tapi kadang aku tak balas sebab aku tak tengok henpon pun walaupun tengah online. Mungkin tengah bizi buat keja tak perasan mesej masuk. Ditambah lagi henpon letak dalam laci... aku selalu kena tegur dek enchek hubby dan juga kawan kawan.. tanya pesal tak angkat phone?! Pesal tak balas mesej?! Dapat tak arahan kat wassap?! Mana henpon?! Hahaha

Habis tu kalau dah henpon letak dalam lavi, memang tak perasan la kan... sakit ati dok? Sori eh... aku kalau konsentret buat kije memang henpon letak tepi atau dalam laci, siap silent atau vibrate lagi. Sebab takmo ada gangguan..  memang konfem tak perasan.. mahapkan hamba pacar yang hina ini... huhuhu...

But watever it is, jangan fikir bukan bukan kalau aku tak reply.. uols semua penting dalam hidup aku iney... kalau boleh nak reply mesej korang sepantas si flash tu hah... klu boleh korang baru je tekan send, aku dah reply jawap da.. hah gituuu kan.. tapi memang takkk la kan sepantas gitu kan.. memang membohong ler kan hahaha... atleast aku jawap terus kalau aku terperasan mesej masuk hokay...

Dun keci keci ati naaa... me love uols okey, dat's the fact!



Sempat membebel via Blogaway 😘

Aku Pun Tak Faham..

Celoteh Aku MamaGlam at 9:57 PM 0 berbalas bebelan

Betul tu... memang tak faham kadang napa ada suatu ketika tu kita rasa kita sebenarnya taktau apa apa pun lagi pasal hidup ni.. sebab kita memang tak dapat nak faham walau macam mana kita cuba pun. Kita rasa kita tau sebenarnya cuma kita tak yakin so kita pun kata yang kita taktau apa apa... fikiran otak kita masih cuba memproses dan memahami apa yang hati cuba sampaikan...

Kadang kita faham tapi kita tak dapat nak terima hakikat sebenarnya.. kadang kita dapat terima suatu hakikat tu tapi kita masih rasa tak faham kenapa hakikatnya macam tu?...

Ok fine... hidup ni kadang boleh jadi komplikated bila kita fikirkan ia konplikated. Kadang juga boleh jadi mudah jika kita fikir ianya mudah... kadang juga perkara positif boleh jadi negatif jika kita fikir ianya negatif... apa pun, ianya terpulang dengan cara kita berfikir.. sama ada dari perspektif negatif atau positif... sama ada diluar kotak fikiran kebiasaan atau di dalam zon keselesaan...



Sempat membebel via Blogaway 😘

Malas Hokay!

Celoteh Aku MamaGlam at 9:49 PM 0 berbalas bebelan

Aku memang malas amat amat kalau bab bab macam ni... pelisss ya...



Sempat membebel via Blogaway 😘

Woah!!

Celoteh Aku MamaGlam at 9:49 PM 0 berbalas bebelan
Ni eksesais mulut ke apa ni??? Hahahaha
Eh eh selfie sendiri nampak!

Petang tadi rasa macam tak larat je nak join enchek hubby dan kids main badminton.. badan rasa tak sedap ja. Rasa macam panas kat dalam badan ja. So minta ijin kan enchek hubby nak balik dulu... jumpa kat umah je la kan... badan rasa rimas je.. tak sabar rasa nak balik rumah dan mandi lelama...

Yang si rayyan ni pula dah penat. So konon nak ikut mamaG balik sekali... katanya rayyan penat dan lapar, takmo da main badminton... haihhh layan je la...

Dalam kereta mamaG ada beli siap siap cendawan goreng dan kentang goreng cheezy... beli untuk dorang budak budak ni la kononnya.. dah memandangkan si rayyan dah lapar amat kan, dia sorang duk bantai makan kat seat belakang... nasib baiklah sempat remind kat dia tinggal skit untuk abang kan.. klu idok, huh konfem habis... konfem abang irfan tak merasa lerrr hihihi...

Tengok tu gambar orang lapar kat belakang tu.. bukan main hepi lagi dapat makan kan... pastu ntah time bila ntah masa mamaG drive tu dia gi ambik tepon mamaG pastu gi selfie sorang sorang kat belakang tu... hahahaha.. hadoii la.. napa DNA selfieku kuat sangat ni?!... hahahaha

Watever la, yang penting hepi kan... bujanganku penghibur hati... kawan bermain kawan bergaduh... itu la dia... hihihi.. umi love u rayyan!



Sempat membebel via Blogaway 😘
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea