Laman

12 July 2015

U & Me...

Celoteh Aku MamaGlam at 10:06 PM 0 berbalas bebelan

Penat hunting hunting kasut. Anddddd still belum ketemu jugak. Dah nak masuk buka posa time dah ni. Terpaksa singgah beli makan kat bazar ramadhan bdr tun hussien onn. Dah lama tak gi bazaar ramadhan sini. Last pi pun 2thn lepas hohoho...

Seperti biasa nak menunggu time buka posa amatlah bosan kan. So, ni la jadiknya bila bosan. Melayan DNA hahaha...

Lepas makan ni sambung hunting lagi.. alhamdulillah ketemu jugak kasut yang berkenan tu pun setelah lama berjalan jalan. Kaki pun rasa macam nak tercabut kan. Tadi makan kat marry brown tu, mamaG bukak kasut. Pijak lantai dengan bare foot je. Lega rasa tapak kaki ni hahaha... penat gila menapak ari ni. Dari pagi ke malam. Semata mata nak cari kasut kids je powwwnnn. Hadoi la kan...

Syukur la, so esok takyah la nak kelam kabut nak cari mende lagi kan. Sok cuma acara kemas mengemas packing mempacking jew. Selasa pagi gerak dah ke epot. Sincw tahun ni raya, bff mamaG takdop, ado kat london and beraya kat london nu, takda la bff mamaG dapat anto ke epot seperti tahun tahun sebelum ni. Tahun lepas memang takda la sebab mamaG kat labuan kan. Ni 1st time ler gi epot tak berhantar oleh bff mamaG hihihii.. rindu pulak kat bbf sorang tu.

Selamat hari raya dan maaf zahir batin ya dear Lia my beloved bff. Ada jodoh kita jumpa ya. In shaa Allah. Tahun ni aku gi epot sendiri dulu la yerk. Tunggu ko balik tahun depan yer. Hihihi..

Mr. Hubby kata, tahun ni dia kata kitorang pi epot nek bas je since dah takda orang nak tolong anto macam dulu hehehe... Ok jugak kan. Dah lama tak nek public transport gi klia. Salu orang anto dan ambik je. Penah nek pun erl je la. Kali ni nak nek bas la pulak kan. MamaG ok je asalkan sampai dan tak tertinggal flite. Tak kira la apa caranya pun ke epot tu. Tapi kena gerak awal la kot kan. Bukan boleh jangka trafik kat jalan tu kan. Dalam masa sama boleh bagi kids merasa nek bas kan. Dah biasa pun travel kids ni sebelum ni. Cuma dorang tak penah pula la kan nek bas ke epot. Erl penah ler. Cuma 1 halnya ialah, mamaG kene minimize kan beg nak bw balik. Kalau boleh nak 1 beg je. buh suma 1 beg. Takda la kiri kanan nak bawa beg kan. Dengan kids lagi kan. Memang hadoi la kan. Hihihi... kang ada yang terpaksa beli share kat bas pula kan. Almaklumlah kena ada share kat bas supaya kids mamaG senang nak buat sukati dia hahahaha. Gurau jek..

Ok lar, merepek dah ni... doakan perjalanan pergi dan balik mamaG sekeluarga lancar sentiasa ya. Nak siap siap tido dah ni. Letih amat dah. Sok nak keje pulak. Banyak mende nak settlekan. Selasa gue cutiiiiii.. yeay!! Hihih

Nite nite korang suma. Muaaxx...



Sempat membebel via Blogaway 😘

Hunting Hunting Day

Celoteh Aku MamaGlam at 5:04 PM 0 berbalas bebelan

Hari ahad kan. Baru teringat mo pi belikan kids kasut. Kasut yang ado dah xberapa nak muat. Kids kan tengah membesar jadi kaki pun cepat memvesar juga. Tu yang kadang kurang suka belikan kasut. Bek beli sandal ja kan. Huhuhu...

Dari jam 11 pagi meround jalan jalan carik kasut kids ni. Sampai skang ni takda lagi berkenan. Kids dah berkenan tapi mak paknya pulak tak berkenan hehhee.. uminya dah berkenan, ayahnya la pula tak berkenan. Hurm.
Tau je la taste mamaG ngan mr. Hubby memang totally different. Pendek ka macam langit dan bumi gituukkk. Hihihi... payah naw nak cari kata sepakat bab bab taste fashion ni. Hihi anak anak jugak yang kesian kan. Penat berjalan. Hihi..

Ok takpa, skang ni tengah singgah kedai gunting rambut dulu. Nak gunting rambut rayyan bagi encom katanya hahaha.. yang si irfan ni dah surrender dah. Baik punya lentok kat keta dah. Nak jalan pun tak larat dah. Faham jugak la, irfan kan posa. Rayyan pun posa jugak. Kesian dorang. Tak pa, pas gunting rambut rayyan kita pi carik lagi kasut tu okeh. Last place la k. Lepas ni dah boleh balik nak prepare untuk buka posa pula kan. Dah kul 5pm dah ni. Haduiii... nak gi carik pesanan umi mamaG pulak tak jumpa cari lagi ni. Last last minit la kan nak pesannya pon kan. Hihihi...

Okeh la. Kitorang nak start hunting kasut kids ye. Kasut uminya dah jumpa. Hehehe.. sempat lagi tu ngap sepasang utk sendiri. Hadoi la si mamaG ni. 

Okeh la korang, jumpa next entry ya. Selamat berbuka posa ya nanti.



Sempat membebel via Blogaway 😘

Dear Best Friend...

Celoteh Aku MamaGlam at 12:34 AM 0 berbalas bebelan

Makasi wahai bff n besfren ye. MamaG sayang korang...



Sempat membebel via Blogaway 😘

Fullblast Weekday

Celoteh Aku MamaGlam at 12:29 AM 0 berbalas bebelan

Sepeeti biasa. Monitor tekanan darahku yg masih rendah ini. Hurmm

Demam panas melanda lagi d hujung minggu.. tpaksa cuti ari isnin sebab mo rest... pic by mr. Rayyan

Selasa pula bertugas di booth pameran. Nampak tak muka kite masuk tweeter? Hihihi

Rabu ajak kids mkn kt luar without mr. Hubby. Okeh kedai makan ni aku ada share tau. Sebab tu kids aku xreti diam. Siap nyanyi kat kedai mkn tu. Baca doa kuat untuk suma org kt kedai mkn tu. Hahahah

Kamis lak jadik usherer presiden dan dulang girl untuk menteri sempena majlis watikah penyampaian sijil pelantikan presiden2 di tribunal ni.





Sempat juga beli kasut utk ganti kasut den yg terputus rabu lepas tu.

Jumaat lak sibuk la bergebang orang sini panggil utk siapkn bubur lambuk.





Akhirnya ada juga pix ketua disebalik program ni...



Pelan2 siapkan acara tahunan ku. Sampul raya la apa lagi. Tiap kali stress or penat buat keje je. Stop kejap buat mende ni. Br la rasa release kjp. Hehehe... yg bertuah je dapat sampul eksklusif ni okeh. Hehehe

Miss ChiChi the cat... ni la gaya dia tido kaki tangan suma nek atas. Kejung gitu je. Hihihi..

Yess memang fullblast weekday in da opis. Dimulakan dengan demam panas selama fewdays before ni kan. Tambah lagi banyak program nak kena buat di bahagian ni. Tambah lagi program yang mamaG kena lead sendiri sebab program tu di bawah biro kebajikan yang diketuai oleh mamaG ofkos.
Program jabatan lagi. Banyak juga benda mo kena buat but syukur juga la ada kawan kawan yang baik hati dan sukarela nak tolong. Kalau dah namanya mamaG yang lead ofkos la xda pic mamaG kan. MamaG juga la jurugambarnya. Tukang basuh beras, tukang hias, tukang gaul bubur, tukang cek sumanya ok ke dak. Tukang buat report dan paperwork. Tukang selesai maslah kekurangan. Segala tukang bagi mamaG. Nak make sure everything goes well. Dan syukur alhamdulillah. Semuanya berjalan baik. Walaupun penat but mamaG hepi. Walaupun badan tak berapa sihat... ada 1 lagi program yg bakal mamaG lead. MamaG tengah prepare siap2 dari skang b4 mamaG bercuti panjang. Tambah lagi keja hakiki yang datang last minit menimbun. Asal nak cuti je jadik gini. Hihihi.. bertabah je la.. kang tak berkat lak gaji tu kan. Hihi..

Tadi siang pula mamaG baru dapat tau akan ada 1 lagi amanat yang mamaG bakal galas. Amanat keja yang mamaG harap sangat tak perlu mamaG galas. Sebab buat masa ni tugas sedia ada pun tak berapa nak tergalas dah hahaha... tapi tak pa la... anggap ja la itu satu lagi amanah kerja utk ditunaikan, sumbangkan tenaga dan pengetahuan yang ada dan ilmu baru untuk mamaG pelajari. Kan kan kan...

Seperti kebiasaan dan setiap tahun tiap kali raya, mamaG akan sediakan dan create sendiri sampul duit raya mamaG hohoho.. eksklusif utk anak2 buah mamaG belah mamaG dan belah suami serta anak anak kwn kawan rapat mamaG sahaja. Tau napa limited dan eksklusif? Sebabnya di sampul tu ada pic mamaG sekeluarga. Dari mula mula kawen, berdua je. Pastu ada anak sorang, jadi pic bertiga pula. Hingga la ada anak dua so pic berempat la. MamaG bagi pada famili rapat dan kawan rapat je. Sebab sampul mamaG ni bukan untuk disepah sepahkan lepas dapat duit. Hehehe.. sebab tu kalau mamaG nak bagi duit raya utk anak buah, mamaG serah pada mak pak dorang je. Spy boleh simpan. Xda la bersepah sepah orang buang dan pijak pijak sukati. Kalau pun nak buang mamaG siap pesan suh koyak dulu baru la buang. Bukan apa, kita kena berhati hati kan. Ragam manusia ni banyak. Kang ada yang percaya menda khurafat kan, gi pulak mandrem pic kami sekeluarga kan. Hah macam mana tu kan.

So for those yang dapat sampul mamaG ni, arap sangat la simpan elok elok, sentimental value tu hehehe.. kalau rasa taknak simpan, nak buang. Boleh je. Tak keci ati pun tapi dengan syarat, sila koyak dulu ya sampul tu before buang ya. Makasi makasi.. hehehe. Raya kali ni mamaG buat sampul yang designnya simple je. Bukan sebab takda idea nak buat, idea banyak dah imagine nak buat macam mana designnya tapi takda masa yang cukup nak buat. So buat ala kadar dan paling simple je. Yang penting effort dan sentimental value ado. Hihihi..

Jumaat ni, mamaG memang bizi amat. Dengan badan tak berapa nak sihat. MamaG gagahkan juga la siapkan keja selagi boleh dan semampu secepat yang boleh. Sebabnya minggu depan nak balik kampung dah ari selasa tu. Hihihi..

Ujung minggu ni bila dah sihat skit, mamaG plan nak kemas rumah. Nak kosongkan peti ais, sental dapur dan tandas sebelum balik kampung. Ni mamaG risaukan si ChiChi ni. Sapa nak jaga dia dekat 2 minggu ni. Makan minum kencing berak dia cane la. Risau pula mamaG. Arap arap chichi ok la nanti di rumah yer.

Okies la. Ni je untuk kali ni.



Sempat membebel via Blogaway 😘


08 July 2015

Time Ni La Putusnya Pun Kan...

Celoteh Aku MamaGlam at 1:18 PM 2 berbalas bebelan

Okeh fine. Bagus punya catwalk d lobi sekali the kasut tercabut terputus la pulak.. nasib bek la seliper yang salu di usung dari jab lama ke jab baru ni ado. Penyelamat tapak kaki ari ni. Tapi tula pulak kan, ke mana2 takkan pakai seliper ni pula kn. Dah la kasut spare xda dlm keta pula ari ni. Ada beberapa program pulak tu ari ni yang memerlukan aku berjalan ke sana ke mari denga seliper kiut pemberian besfren tersayang ni kan. Hurm rindu pulak ngan orang yang bagi seliper ni. Sejak pindah jabatan baru ni xsempat la berjumpa lagi. Sori babe hehehe... in shaa Allah akan ada harinya kita akan chillin 2geder ye.. okeh apa ku mengarut dah ni. Okeh sambung citer ni. Hihihi..

Adoi... lucu ja rehearsal utk majlis bsok guna seliper. And opkos la ku turunkan lebih skit kain baju tu kan. Kang nampak la pula c patung jirapah ni kan. Hurm.. rezeki ari ni... lantak la orang nak gelakkan aku pasal seliper aku ni. Kiut ape? Cover malu la kan hehehe.. segan pun ado. Xpenah2 pi keja pakai seliper ni. Dah la petang ni ada majlis berbuka posa ngan menteri. Hurmm nnt ku pikirkan nak hadir ka buat buat hilang larik balik rumah je... hihihi...

Adakah ini tanda tanda aku kena pi keluar beli kasut baru? Adakah? Adakah? Ekekeke...



Sempat membebel via Blogaway 😘

29 June 2015

Yep. Just live ur life.

Celoteh Aku MamaGlam at 4:55 PM 0 berbalas bebelan


Yep. Just live ur life. People come n go dalam hidup kita. Ada yang stay lama ada yang stay kejap je. They know wat they are n what they want from u. So u shud know it too..

Strangers Besfren

Celoteh Aku MamaGlam at 4:49 PM 0 berbalas bebelan


Yup. When stranger became ur besfren n when ur besfren slowly became stranger to u. Bukankah ianya macam pelik. Tapi it's happen. Kadang kita tak faham kenapa dan bagaimana ianya terjadi. Bagaimana seseorang yang totally kita tak pernah kenal dan jumpa, akhirnya menjadi besfren kita. Dan besfren kita yang selama ini bersama kita selalu tiba tiba menjadi asing bagi kita sedikit demi sedikit. Ianya kian menjauh dari hari ke hari. Pelik tapi biarkan saja la. Ikutlah peredaran masa. Go wif da flow orang kata kan. Terima ja la ketentuan dan jodohnya Allah swt temukan untuk kita. Hanya Dia tau apa yang terbaik untuk kita. In shaa Allah.

Betulkah? Am i? Do u?

Celoteh Aku MamaGlam at 4:40 PM 0 berbalas bebelan

Alangkah sedihnya tu kan kalau kita dilayan begitu kan. Rupa rupanya kawan kita ni cari kita tika dia bosan ja la. Kita ni macam pilihan terakhir dia untuk isi masa lapangnya dan hiburkan hatinya kan. Sedangkan kita ni ikhlas la kan melayan si kawan ni yang kita anggap memang kawan dan dilayan seperti sepatutnya dan selayakanya sebagai seorang kawan. Hurmm.. jangan ada diantara kawan kawan mamaG jadik macam tu ye. Tak baik tau.. huhuhu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea