Laman

29 November 2011

Aktiviti Lam Keta wif kids! [Gambar]

Celoteh Aku MamaGlam at 4:32 PM 0 berbalas bebelan
Hensem tak i?

Brothers Bros


Favret port Irfan @ Bonet belakang since speaker belakang dah kena cabut.


Ekau, makan jo la keje ekau eh..


Like brother like lil bro!

ngap, ngap, ngap...

 
 
Nila kejanya bila kena tunggu dalam kereta dengan kids sementara encik asben pi kedai. Time ni malas nak turun pi kedai, tunggu lam kereta jer la. So, aktiviti dalam kereta macam biasa lah supaya kids tak meragam sebab bosan menunggu. One of fevret aktivit dalam kereta. ahhahahha. Bak kata encik Asben, "Like Mother, Like her 2 sons"... Aiyok! Watever la kan..

11 November 2011

Busy Month of The Year!

Celoteh Aku MamaGlam at 10:30 PM 0 berbalas bebelan

Okeh, esok (12/11/2011) mamaG akan berangkat pulang ke Kampung halaman di Beluran, Sabah untuk menguruskan persediaan majlis perkahwinan adik perempuan mamaG. So, targetnya memang bizi gila la nih dan penat tu memang tahap gaban la kan.  Kali ni kami akan balik agak lama jugak la, dekat 10 hari gitu kan. SEbabnya Emak mamaG dah pesan awal-awal lagi suh balik awal seminggu gitu kan, sebabnya belum coti skool, jadi tak ramai yang dapat datang nak tolong sangat.

Tapi memang terasa sangat la sibuk dan penatnya bulan Oktober dan November berturut-turut nih. Sibuk dengan beberapa program di pejabat yang sentiasa berstatus “Segera”. Tiap-tiap minggu pasti ada hari tu mamaG kena stay back.

Ni pun, mamaG balik lambat jugak hari nih. Barang-barang tak packing langsung lagi. Tak larat dah, tadi balik pun, rehat, makan, mandi pastu dah tak larat dah nak stay untuk packing barang. MAmaG pesan jer kat enchik hubby nak packing esok pagi jer la. Sempat lagi kut kalau mamaG bangun dalam jam 5pagi untuk packing apa yang patut sebabnya flight pun kul 3pm. Lagi pula mamaG dah buat web check in dah, so tadak masalah la.

Okeh la, mamaG nak tido la yer. Nak rehat bek bek, sok pasti lagi penat sebab konfom kids tak reti nak diam dalam flight. Hurm… Okeh, See ya!

Assalamualaikum..

07 November 2011

Hepi Quality Time Wif abang Irfan

Celoteh Aku MamaGlam at 11:34 PM 1 berbalas bebelan
Ya Allah, bosannya time ujung minggu nih. apa nak buat ntah lah ngan kids ni kan. Okeh, pagi tadi dok terfikir nak pi market nak beli few barang dapur la konon kan. ekceli dah beberapa hari dah mamaG terfikir nak masak kek kukus. Teringin la pulak. So apa lagi pi la beli barang-barang utk buat kek. Ni la mamaG, barang-barang dah ada complete dah tapi masa la pulak tak berapa nak cukup. Ada je hal kat umah nak kena buat. 

Apalagi, pada malam yang bosan ni, kids, hubby n mamaG dah blur dan bosan taktau nak buat aktiviti apa dah kat umah. Nak ajak kuar macam malas la pulak kan. so, time tu jam dah menunjukkan kul 11 malam tapi ntah napa kami semua rasa macam malam tu masih awal lagi. encik hubby sebok tengok tivi, ntah cerita apa ntah yang pastinya mamaG tak berapa minat nak tengok, kids pulak sebok 'mengemas' bilik dorang sampai tertidur-tidur si kecil Rayyan kat atas kotak mainannya. boleh pulakla tido macam tu kan. 

Lepas letakkan c Rayyan kat tilam dia, mamaG pun ajaklah Irfan buat kek kukus. Wah, bukan main riuh dan banyak soalan betul anak bujang aku ni lah. "Umi, ni apa?", "Umi, Kita buat pa ni?", "Umi ni tepung ker?", "Umi, napa nak buat kek?", "Umi, Sedap ker ni?" "Umi, ni Irfan boleh makan?", "Umi, Irfan tolong boleh?", "Umi, biarlah abang buat pula", "Umi, bukan macam tu la" "Umi, pukullah laju-laju, apa la Umi ni.."..  "Umi, Bila boleh mkn nih?".

Hadoilah, kepoh tul la dia nih. Tapi alhamdulillah kek kukus cream cheese mamaG dan irfan menjadi juga walaupun senget sebelah sebab belanga kukus tu rupanya tersenget tp tak perasan. Yang paling penting, Sedap!! 


tengah seebok menghias kek.

Irfan bergambar macho ngan kek yg dia hias sendiri.



Tadaa, kek made wif luv from irfan n umi.  (habis setompok dituang aku punya sprinkle)




  O ya, baru mamaG ingat mamaG buat ni juga ngam-ngam time bday emak mamaG kat Sabah tuh. Sedap jugak kek mai buat nih, habis malam tu juga. 

Akhirnya, selepas segala penat dan kegigihan kami buat kek terserlah, malam tu semua orang dah kenyang ngn kek yg sedap tu, semua pun tidur jam 3 pagi. Esoknya semua bangun lambat, ekekeke... 

17 October 2011

Shuhhh!!! Kau Demam!!

Celoteh Aku MamaGlam at 7:20 PM 0 berbalas bebelan
Hari ni Rayyan demam panas lagi. Sejak semalam jam 1pagi Rayyan tak senang tidur. Mungkin sebab tak selesa panas badan. Semalamam Umi ngan Yayah tak tido ganti ganti jaga Rayyan.

Ya Allah, Tuhan saja yang tau perasaan Umi ama Yayah bila tengok adik Rayyan sakit. Luluh hati Umi tengok. Alhamdulillah tadi lepas balik keja terus ja bawa adik Rayyan pi klinik. Lepas makan ubat yang banyak tu, adik Rayyan nenen puas-puas pastu terus jer tido.

Umi arap asik Rayyan cepat sembuh la ya Sayang. Ni baru setengah hari adik Rayyan sakit, Umi dah rindu dah ngan telatah nakal dan senyum tawa adik Rayyan yang nakal dan aktif tuh. Cepat sembuh ya. Umi dan Yayah sangat sangat sangat sangaaat sayang adik Rayyan. Muah muah muah...

20 September 2011

Bz ker?..

Celoteh Aku MamaGlam at 11:47 AM 0 berbalas bebelan
Salam semua,

Ya Allah lama juga la tak updaet blog mamaG ni kan.. Ekekeke.. Bukan apa, selain daripada kekangan (wahh gitu kan), masa, mamaG memang sedang bz sikit-sikit tentang keja dan juga ada projek yang mamaG tengah buat untuk anak-anak mamaG. So, nak kata terabai blog mamaG rasanya tak juga, cuma kurang perhatian la sikit. Bukan apa, perhatian tu suda beralih sedikit dengan projek yang mamaG tengah buatn ih..

Hah, nak tau apa kemendanya projek itew?.. haish, penyibuk juga korang ni ek.. Ekekekeke, gurau jer.. Okeh, ekceli mamaG tengah buat blog untuk anak-anak mamaG c Irfan dan Rayyan tu lah. Alah, blog simple simple jer, blog kisah pasal dorang berdua ni jer.. Short story n picturial jer. Yela, mmaG ni suka sangat amik gambar dorang, ni pun henpon mamaG ni sikit ja lagi dah nak penuh dah memori internal tu. Semua penuh dek gambar dan video dorang jer. 

8Gb internal memori pun boleh penuh kan, campur lagi 8Gb external memori kad, pon mo penuh jga tinggal berapa Mb jer lagi.. duh, nak transfer asik tadak masa jer.. Apa lagi henpon jadi slow n steady jer bila nak buka apa-apa, stress.. Ekekeke... 

Ntah macam mana, ilham pon turun macam hujan lebat mencurah-curah ke ladang gandum "bek aku buat blog pasal budak-budak nih. Aku jadik tukang karut kat blog nih, cerita pasal dorang berdasarkan gambar yang ada dalam henpon. Lagipun, aku kamera henpon ni kan boleh hantar terus ke Blogger lepas amik gambar. Boleh wat post entry on the dot lepas amik gambar. Hahahaha, marvelous!!! Bijak jugak aku ni ek".. 

Sejak ilham tu datang, terus jer mamaG create blog dorang. Sejak itu juga mamaG sebok mengepos entry on the spot dari henpon jer. Kalau ada yang pelik ker, yang lucu ker, watsoever ker, mamaG snap! then share/post to Blogger.. Takyah taip mukadimah banyak-banyak, lebihkan gambar jer.. 

Okeh la kalau korang sudi, sila la lawat blog anak-anak mamaG nih kat Blog Irfan dan Rayyan World. Then kalau sudi jugak, sila la Join blog dorang nih..

Pagi yang gediks!

Celoteh Aku MamaGlam at 11:33 AM 0 berbalas bebelan
 
Tetiba rasa nak menggediks la pulak ari nih.. ekekekeke.. (Orang yang dalam kebosanan memang macam ni..) 

"Yang saya benci, dialah juga yang pasti akan saya rindui,
Yang selalu membuatkan saya marah, dialah juga yang akan membuatkan saya tertawa..
Yang membuatkan saya resah dan gelisah, dialah juga yang selalu memberikan ketenangan..
Yang membuatkan saya berduka, dialah juga yang pastinya menghilangkan kedukaan dan mengembalikan kegembiraan...
Yang membuat saya hampir putus asa dan hilang harapan, PASTINYA dia jugalah yang akan sentiasa menyuntik kembali sinar harapan dan kejayaan..."..

God, ntah napa tetiba rindu sangat kat dia nih.. To my dearest n beloved Hubby, Azman bin Tahir. Miss u more today than ever.. Hope u feel d same way too.. 


15 September 2011

Long Time No See, Pren.

Celoteh Aku MamaGlam at 11:25 PM 1 berbalas bebelan

Siag tadi Kementerian buat open housekat Hitel Pullman Putrajaya. Best la. Macam macam makanan ada. Tapi sayangnya tak banyak mamaG dapat makan. Sebabnya tak selera sangat. Lagipun tak banyak choice makanan.

Alkisahnya konon nak laksanakan misi menggendutkan badan yang dah kurus ni. Munkin sebab mamaG tengah demam dan sakit tekak kut tu yang selera tak berapa nak mari. Hihihi.

Masa majlis ni mamaG dapat juga berjumpa dengan kawan lama mamaG yang dah lama sangat bercuti sebab sebok buat kemoterapi kanser limpa. Ya Allah, rindunya mamaG ngan mamat sorang ni. Nama dia Azizan Rashidi (tu yang paka baju merah tu sebelah mamaG). Dia ni opifboy kat bahagian mamaG. MamaG kira rapat juga la nga Zizan ni. Kawan mamaG kacau PA bahagian kalau kami bosan.

Hurm, rindu la kat ko geng. Ni dia masih cuti barah lagi. 2 tahun tu cuti. Tahun depan baru masuk keja. Tu pun lepas raya baru masuk keja. Bestnya cuti lama-lama. Tadi masa mamaG tnya dia pasal kemoterapi dia, alhamdulillah dah selesai kesemua 16 sesi. Tadi pun nmpak dia dah kurus dan botak ofkos okeh. But dia nampak sihat la walaupun macam tuh. Sempat lagi mamaG gurau ngan dia. Cuti 2 tahun lama gila, tu kat umah tu tmbah baby kedua ker. Ekekeke.. Dia kata sebok menyusukan anak. Ekekeke. Sabar je la.

Kalau nak tau, Zizan ni memang terkenal dengan kenakalan dia menyakat orang. Tahan hati je la geram sapa-sapa yang terkena tu.

MamaG pun penah kena ngan dia tapi mamaG tetap balas okeh. Kenakan dia lagi dasyat okeh. Padan ngan mula. Ekeke. Banyak lagi kenangan ngan Zizan ni. N opkos the most is bikin panas hati la sebab dia suka sangat kenakan kitorang.

Neway mamaG doakan Zizan sihat walafiat dan hepi nga famili.


09 September 2011

Hepi eating.

Celoteh Aku MamaGlam at 12:18 AM 1 berbalas bebelan

Alhamdulillah, ni orang kata rezeki. Moga moga orang yang memberi rezeki kat mamaG n famili juga akan dilimpahi rezeki dari Allah swt.

Hari ni mamaG n kids enjoy betul dapat buka posa kat hotel yg berbintang bintang ni. Terima kasih enchek Suami sudi belanja kami mamam kat hotel. Len kali belanja la lagi. Hahah.

Kat hotel mana? A'a la pulak lupa nak gtau. Hotel Palm Garden @ IOI Putrajaya. So far, food ok la. Sedap pun sedap. Macam macam food ada. Eskelim pun ada. Cuma yg xbestnya jus buah n abc xda. Yang lagi xbest, jus oren ke mango xda tapi just air sirap rebina n air macam asam boi tu. Tu je air yang ada. Sungguh xbest. Food xyah cakap la.

Yang mamaG suka pulut kuah durian. Mantap! Berpinggan pinggan enchek suami ngan mamaG kongsi makan. Irfan pun enjoy makan. Berselera dia. Adik dia c rayyan xyah cakap, ko sumbat la apa jer kat dalam mulut dia makan jer. Kadang xsempat suap pun dia fah terhegeh hegeh nak makan. Mulut xreti diam.

MamaG apa lagi sumbat semua apa yg mamaG makan. Kek, nasi beriani, tembikai, ayam, ikan, puding, sate, pulut kuah durian, sup mushroom, aiskelim, udang, daging. Hah smua dia bantai makan dengan penuh semangat. Hahaha. Hantam la selagi perut dia x meragam. Sedangkan keropok blinju yang pahit tu pun dia makan penuh selera. Sabar je la. Xpa, makan la sayang ya selagi nak makan, umi kasi jer.

Kang dah xnak makan sangat,umi jugak yang risau. Okeh la, cerita pendek jer malam ni. Nak titon dahni sok keja.

Mmmm, rasa nak makan puding kastard jagung dulu la before titon. Yummyy.. sib bek mamaG wat banyak boleh jadi snek mamaG before titon.

Okies, nitey nitey semua. Have a wonderful dream. Muah..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea