Laman

17 November 2013

My Labuan Life

Celoteh Aku MamaGlam at 8:48 PM 6 berbalas bebelan
Halu eberybodi. Wah long time tak timbul cerita baru d blog kan. Buhahahaa sangat2 bizi la kawan. MamaG kena pindah ke Labuan. Tempat keja baru, tempat tinggal baru, kawan kawan baru, persekitaran baru, cara hidup baru tak baru sangat la, cara kerja baru, semuanya baru bagi mmaG.

Tambahan pula mamaG tinggal dan keja di Labuan ni without enchek Asben nan terchenta. MamaG tinggal dengan 2 org anak bujang mamaG ni siapa lagi kalau bukan bos keci Irfan dan bos xberapa nak keci Rayyan.

Di sini mamaG kena uruskan hal rumahtangga, anak anak dan kerjaya mamaG sendiri tanpa enchek Asben. Syukurlah juga selama ni memang mamaG uruskan hal rumahtangga dan anak anak dan dibantu sikit sikit oleh enchek Asben. Bukannya enchek Asben tak tolong langsung, enchek Asben la org yg paling rajin sekali tolong mamaG d rumah uruskan anak anak dan rumahtangga di kala kemalasan mamaG melanda. Huhuhuhu... sayang dia...

So, tak lah panik sangat nak urus semua semua tu di Labuan ni sorang sorang. Sebab dah biasa. Syukurlah kan. Enchek Asben pun tak la risau bini dia tak reti urus anak dan rumahtangga sorang. Jauh pulak tu nak pegi jenguk kan. Almaklumlah enchek Asben tak pindah lagi. Masih kat KL tu. Kira pjj la kitorang ni. Moga ikatan kami terus dilindungi Allah swt.

Time macam ni la kesetiaan, kejujuran dan kepercayaan tu terletak di nombor 1 dalam carta mengekalkan hubungan rumahtangga. Cewah berceramah pulak ustajah ni. Hahaha

Di sini, masa mula2 datang memang agak terkejut sikit la. Bukan sebab kurang kemudahan ke apa. Itu tak kisah la sebab i pun berasal dari kampung, orang susah dan bermula dari susah. Cuma terkejut dengan taraf hidup yang sangat tinggi jika nak dibandingkan dengan selangor negeri tempat mamaG mencari rezeki selama 11 tahun selepas habis belajar. Makanan, minuman, barang basah, barang kering, sayuran semua ditahap yang agak mahal. Sekali lagi, agaklah mahal.

Kadar rumah sewa di Labuan ni memang melangkaui fikiran kita. Zaman dulu memang harga rumah sewa paling murah rumah flat 3bilik dalam rm500 sebulan. Tapi sekarang ni, rate dah naik. Paling murah boleh dapat rumah flat kos rendah 3bilik dalam rm700-800 paling murah. Dan kosong takda furnish. Wah?!!!

Lama jugak la mamaG dok cari2 rumah sewa, cari iklan d fb, buat call sana sini tanya rumah sewa. Wah sebulan jugak la cari rumah sewa. Sebelum mamaG pindah labuan lagi mamaG dah start cari2 iklan rumah sewa.

3minggu pertama di Labuan, 3 perkara mamaG kena pastikan ada sebelum anak2 bujang mamaG follow mamaG tinggal di Labuan. Rumah sewa, kereta sewa dan taska anak2. Plus pra sekolah irfan utk tahun depan 2014. Memandangkan dah nak akhir tahun lagi 2 bulan ja, makanya nak pecah kepala jugak la mikir mana lagi nak cari tadika utk irfan tahun depan. Kalau ada pun tadika swasta. Dan ianya pasti byk pakai kos yg tinggi. Tadika swasta di Labuan ni boleh tahan mahal juga la.

Merata la mamaG pusing2 di Labuan time lunch cari tadika utk irfan. Buat rayuan di pejabat pendidikan, buat rayuan di pra sekolah. Syukurlah time tu dah ada kereta sewa. Keta kancil ja tp syukurlah. Keta ni banyak membantu mamaG nak uruskan hal mamaG kat sini.

MamaG dah berusaha yang terdaya mamaG uruskan hal sekolah anak anak, mamaG berserah je la pada ketentuan Allah swt. Kalau irfan tak dapat masuk pra sekolah utk sekolah biasa, mamaG dah ready dah bajet utk hantar dia mana mana tadika swasta tahun depan. Byk kos tapi takpa yg penting anak mamaG dpt pendidikan.

Okeh kisah pejabat pula. MamaG bersyukur, dipindahkan di Labuan ni di Jabatan bomba dan penyelamat. Di ibu pejabat di bahagian penyiasatan kebakaran. Wah, macam csi gitu. Tapi bukan mamaG yang forensiknya tapi pegawai2 di bahagian mamaG la. Di bahagian ni semua pegawai lelaki dan mamaG sorang jew pompuan. Kami semua ada 7 orang jew di bahagian ni. Kecik kan. Tapi bahagian ni pun bahagian yang penting jugak walaupun kecil. Sebabnya, selepas kes kes kebakaran berlaku dan berjaya disettlekan oleh fire fighter yang gagah tu berani tu, bahagian kami la yang akan turun ke site pula utk siasat punca kejadiannya. Gitu kan. Cari bukti dan siasat. Tiap kali ada kes, pasti akan ada saksi saksi kejadian yang akan datang ke bahagian kami utk buat keterangan utk bantu siasatan gitu kan.

Macam best je kan. Huhuhu.. mamaG suka tgk csi kan. Sebab tu rasa best ja.

Tapi yang kurang best tu, bila semua pegawia sibuk dengan kes, tinggallah mamaG sorang sorang kat ofis. Keja tak lah banyak tak la sibuk. Yang sibuk tu pegawai, kerani dia tak la sibuk mana pun. Huhuhu..

Tapi mamaG la PA, PAR, kerani, receptionist, etc. Di sini kerani guna sama macam mamaG ni berbeza dgn pegawai bomba. Kami kerani kerani guna sama di bawah pengurusan. Jadi kami pun ada mesyuarat pengurusan sendiri.

Kat sini kantin keci ja. Makanan pun terhad. MamaG suka suasana di sini. Rasa tenang dan aman ja. Pegawai pegawai di sini juga sporting semua. Best best.

Tapi mamaG kena jaga batasan sebagai isteri orang di perantauan tanpa suami. Bergaul bergurau kena dibataskan lagi daripada biasa. Dari sebelum ini. Kena jadi macam burung merpati juga kadang kadang tu.

Bukan sombong or kurang mesra macam biasa tapi berhati hati dengan srtiap kata dan tingkah. Dah la disini mamaG hidup macam ibu tunggal. So kena la pandai pandai jaga diri, anak anak dan maruah diri kan kan kan.

Nanti mamaG cerita pula kisah life mamaG di luar ofis ya. Panjang dah ni. Len kali pulak ya. Hhuhu... makasi kerana sudi baca sampai habis.











14 October 2013

Kantin Tutup, Mee Segera Penyelamat Perut Lapar

Celoteh Aku MamaGlam at 1:41 PM 0 berbalas bebelan
14 Okt 2013

keja okeh! Sok pula cuti raya haji tapi tak la balik kampung. Nak jimat cuti ni untuk my lil sisi kawen nextweek.

Wah disebabkan esok cuti, kantin ofis mamaG ni pun dah bercuti awal. Mak ai nak makan apa ni? Kedai dah la tak ada di sekeliling ni. Kalau nak pegi bandar tu tak dapat juga sebab tak ada kereta.

Nasib bek la mamaG stok up biskut. Pastu semalam sempat la beli mee segera perasa laksa sarawak gitu kan. Boleh juga buat lunch hari ni. Sob sob sob...

Syukur lah daripada tak ada kan. Okies, dadaaaa mamaG nak g makan dulu ya.

13 October 2013

Rayyan Demam Rindu..

Celoteh Aku MamaGlam at 10:47 PM 1 berbalas bebelan
4 hari pertama mamaG pegi bertukar di Labuan, enchek asben bagitau itu Muhammad Rayyan Arsyad terus demam asyik tercari-cari mamaG. Makan tak mau, main tak mau, mood swing2, mkn ubat takmau. Asyik nangis ja sebut sebut "umi, umi, nak Umi..." alahai anak.

2 hari pertama mamaG call, Rayyan asyik nangis bila dengar suara mamaG. Tak boleh nak bercakap dah. Dah rindu sangat da. Tambah nangis bila dengar suara mamaG. Takleh nak pujuk dah. Alahai kesian betul la.

Enchek asben kata kat skola pon sama juga. Takda mood nak main nak makan nak susu. Asik nak umi dia jew. Makan ubat pun still takmau.

Pastu skang ni batuk2 kahak pula. Asik muntah ja. Alahai runtun hati umi dengar la.

Takpa sabar ya duhai anak, sabar ya duhai hati. Ada 2mggu saja lagi kita jumpa ya sayang. Insha Allah. Lepastu nak bkepit pun boley. Umi pun rindu 3 hero umi okeh.

Sejak tau Rayyan jadi macam tu, mamaG n enchek asben agreed supaya mamaG takyah buat call n bercakap dengan Rayyan. Takut nanti tambah haru enchek asben. Hihihi

MamaG cuma buat call n ckp dgn enchek asben ngan Irfan je la lau nak tanya khabar. Saja tak cakap dengan Rayyan supaya dia kurang rindu dan teringat ingat mamaG. Sedih juga la tapi itu jela cara nak buat c Rayyan ni bertenang kan. And for this few days, it's really works.

Enchek asben kata, Rayyan dah kurang demam since then. Tapi still mencari cari uminya lagi. Syukur la dah tak demam demam lagi. Takpa sabar ya sayang umi, nanti 31hb ni kita berkumpul balik ya. Our lil family. U, me, ayah dan abg Irfan. Togeder we unite again ya sayang. Lepas ni insha Allah umi tak tinggalkan adik lagi ya. Stay wif umi. Togeder wif abg irfan. Be strong ya my lil hero. Umi love u!



12 October 2013

Kedai Kopi Wan Wan, Bundusan My Lil sista Alltime fav

Celoteh Aku MamaGlam at 2:15 PM 1 berbalas bebelan
My lil sista eager to show me this kedai makan called Wan Wan. Kononnya sedap. Sedap gilaaaa ni. Waduh susah juga ni lau ada sista yg sama hobi ni... M.a.k.a.n... hahaha...

Well dis is my 1st time to try it. Kalo tak sedap, jaga ko! Aku karate ko! Hahahaha...

Hurm, sini my lil sis order tom yam ikan plus fish cake with mee kon lou.

Memang yummy la the kuah tom yam. Lain daripada tom yam thai yang biasa kita makan di Semenanjung. Memang lain oh. Hahaha jakun kejap eh. Haaha..

Ikan yg di slice fillet rasanya ikan senangin (mungkin!!). The fish cake was ohsem! Truly fresh! M love it! Mee dan juga fish cake tu kedai ni buat sendiri so memang bahan tiada jual di luar.

Harga dalam rm8+ macam tu la. My lil sis kata kedai ni memang salu penuh. Dia operate time dari jam 6pagi sampai jam 2petang mcm tu la.

So, enjoy seeing my photo. Jangan lapar sudah la ya. Tak dayo den nk pos utk korang ya.




Sampai juga..

Celoteh Aku MamaGlam at 1:43 PM 0 berbalas bebelan
Wah akhirnya sampai juga kk ni. Feri turun d Jeselton. Nice jeti o. Mo ambi gambar susah sbb ujan. Hohoho..

Wah xsangka pula la aku berani juga sendiri sendiri travel pi kk dari labuan ni nek feri sorang2. Main langgar ja tawakal ja. Hahaaha... yezzaaa...

Skang tengah tunggu my lil sista amik pula bawa p makan. Dah kebulur sgt dah ni. Mana la ni budak!

Ok la, ni sikit gambar utk waktu ini.

Xoxoxoxoxo




ANTARA SOALAN LAWAK USTAZ AZHAR IDRUS

Celoteh Aku MamaGlam at 8:16 AM 0 berbalas bebelan
Hahaha.. lucu betul la UAI ni. Okeh jom kita sama2 ketawa ya. Ceria di pagi hari.. ( masih lagi dalam bot express ke KK.. jakun kejap kat laut pun ada line. Boleh call n internet. Fuyoo!!)

Soalan😎 : Saya masih muda, mana patut saya pilih dulu, haji atau kahwin?

Ustaz : Kalo kamu tengok tiang lampu nampak macam awek, wajib kahwen dulu.


Soalan🙉 : Selepas dengar ceramah ustaz ini apa patut dibuat?

Ustaz : Balik rumah makan nasi la, tanya aku plak, mana aku tau.


Soalan😛 : Ular dan kala jengking sunat dibunuh, boleh ustaz terangkan tentang haiwan ini?

Ustaz : Buka channel Astro "Animal Planet". Aku bukan pakar hewan.

Soalan🙋 : Apa hukum besarkan payudara?

Ustaz : Adoi macam-macam, guna bahan kekal seperti silikon haram, tapi dgn cara bersenam, nak besar mana pon boleh..

Soalan : Bolehkah bergambar bersama dengan makwe?

Ustaz : Boleh jika bertiga, dan bapak makwe tu duduk ditengah-tengah.


Soalan : Apa hukum asyik teringat kekasih lama?

Ustaz : Ini soal hati, x berdosa, sedangkan selipar jepun yang hilang pon kita teringat-ingat..


Soalan : Ketika berwudhu' saya selalu terasa nak terkentut, tolong saya ustaz...

Ustaz : Nak kentut pun mintak tolong aku... kentut kena tahan sendirilah.


Soalan : Betul ke ustaz kata pakai tudung tu tak wajib?

Ustaz : Betul, boleh tutup rambut pakai baldi asalkan tak nampak... tapi tebuk sikit lubang untuk mata...


Soalan : Di mana ustaz beli kopiah?

Ustaz : Mentang-mentang boleh tanya soalan, itupun tanya, nasib baik tak tanya kat mana aku beli underware🙊...

*sekadar hiburan

Ferry From Labuan to Kota Kinabalu Trip. 1st Time Try

Celoteh Aku MamaGlam at 8:04 AM 0 berbalas bebelan
Awal pagi ni, mamaG akan naik ferry untuk ke KK dari Labuan for the 1st time. Huhu.. eksaited dan nebes pun ada juga ni.

Sekarang ni pula musim hujan di Labuan dan Sabah. Asal petang ja, hujan, asal hujan ja, petang. Hehehehe.

MamaG gi KK tu bukan la saja saja pun. Mo pigi jumpa sistars mamaG and hantar sekali doorgift utk majlis kawen lil sis mamaG. Pastu tumpang tido rumah sista mamaG di Tuaran.

Hurm.. eksaited wooo. Walaupun mamaG ni orang Sabah tapi Sabah tu sendiri mamaG tak explore lagi dan xdapat nak bayangkan how its look. Tuaran? Hurm lagi la mamaG tak tau kat mana and environmentnya mcm mana. Sebab sejak mamaG abis SPM mamaG terus merantau di Semenanjung dan jarang balik. Balik pun bila cuti perayaan ja. Pastu keja di sana since 2003 lepas graduated. Sekarang ni la baru ada rezeki berpindah tempat kerja for good omputih cakap. Hehehehe

Jadi misi untuk tahun pertama mamaG berada di Labuan dan dekat dengan Sabah ialah round the Sabah. Bukan round the world ya murid murid. Ekekeke... konon la kan.

Kemarin lepas balik keja minta tolong sepupu hantar ke terminal feri untuk beli tiket ferry.

Rupanya fery ni ada 2 jenis ye tuan tuan dan puan puan. 1 dari labuan ke kk, kira direct ke kk la. Kena naik ferry express katanya. Dan utk feri ekspress ni cuma ada 2 kali sehari jew ya trip dia. Pagi jam 8 dan petang jam 2.30pm kalau xsilap la. Utk harga tiket nanti refer gambar la ya.

Feri lagi satu dari labuan ke Menumbok. hah kat mana tu jgn tanya la, coz ai ni pun dah jadi mcm pelancong di negeri sendiri jugak la yew. Memang tak tau apa apa ya. Apa apa pun kita tengok la google earth nanti ya.

Lepastu nanti boleh naik bas ke kk.

Yang nek feri ni digalakkan duk area belakang sebabnya kalau ada ombak, orang yang duk depan konfem melambung. Huhuhuhu.. perjalanan pula estimated 2-3 jam gitu la baru sampai kat kk nun.

Terminal antarabangsa ni rupanya ada juga yang ke negara Brunei o. Waaaaa jakun kejap. Kagum gitu kan. Bongok! Hahaha

Utk org warganegara Malaysia harga tiket dpt diskaun lagi 50%. Wah sayang Malaysia hahaha...

Okeh nanti kita cerita lagi ya.







Ferry From Labuan to Kota Kinabalu Trip. 1st Time Try

Celoteh Aku MamaGlam at 7:43 AM 0 berbalas bebelan
Awal pagi ni, mamaG akan naik ferry untuk ke KK dari Labuan for the 1st time. Huhu.. eksaited dan nebes pun ada juga ni.

Sekarang ni pula musim hujan di Labuan dan Sabah. Asal petang ja, hujan, asal hujan ja, petang. Hehehehe.

MamaG gi KK tu bukan la saja saja pun. Mo pigi jumpa sistars mamaG and hantar sekali doorgift utk majlis kawen lil sis mamaG. Pastu tumpang tido rumah sista mamaG di Tuaran.

Hurm.. eksaited wooo. Walaupun mamaG ni orang Sabah tapi Sabah tu sendiri mamaG tak explore lagi dan xdapat nak bayangkan how its look. Tuaran? Hurm lagi la mamaG tak tau kat mana and environmentnya mcm mana. Sebab sejak mamaG abis SPM mamaG terus merantau di Semenanjung dan jarang balik. Balik pun bila cuti perayaan ja. Pastu keja di sana since 2003 lepas graduated. Sekarang ni la baru ada rezeki berpindah tempat kerja for good omputih cakap. Hehehehe

Jadi misi untuk tahun pertama mamaG berada di Labuan dan dekat dengan Sabah ialah round the Sabah. Bukan round the world ya murid murid. Ekekeke... konon la kan.

Kemarin lepas balik keja minta tolong sepupu hantar ke terminal feri untuk beli tiket ferry.

Rupanya fery ni ada 2 jenis ye tuan tuan dan puan puan. 1 dari labuan ke kk, kira direct ke kk la. Kena naik ferry express katanya. Dan utk feri ekspress ni cuma ada 2 kali sehari jew ya trip dia. Pagi jam 8 dan petang jam 2.30pm kalau xsilap la.

Feri lagi satu dari labuan ke Menumbok. hah kat mana tu jgn tanya la, coz ai ni pun dah jadi mcm pelancong di negeri sendiri jugak la yew. Memang tak tau apa apa ya. Apa apa pun kita tengok la google earth nanti ya.

Lepastu dah sampai Menumbok tu, nek bas la ke KK. Yang ni mamaG belum try lagi. Soon la kut. Travel time estimate dalam 2-3 jam macam tu la sampai di KK tu.

Untuk harga tiket feri pula nnt refer ngan gambar ya. Bagi warganegara Malaysia ada mykad, akan dapat 50% diskaun harga tiket okeh. Macam mamaG dari labuan nek feri ekspress ke KK direct, harga tiket cuma rm17 tunaiiii... after 50% diskaun la.

Disebabkan terminal feri ni dipanggil terminal antarabangsa labuan, ofkos la ada sebabnya kan. Hah harus tau, feri kat sini pun pegi negara Brunei jugek tau.. wah mamaG baru tau masa beli tiket kemarin petang. Huhuhu.. jakun la kejap kan. Kagum gitu kan. Hahahaha.. bongok!

O ya bila nek feri ni, digalakkan duduk area belakang. Sebab lau ada ombak, konfem yg duduk depan akan melambung okeh. So take note ya tuan tuan dan puan puan. Tapi mamaG berdoa sangat la hari ni xda la ombak yang besar ke apa kan.

Okeh nanti kita cerita lagi ya. Huhuhu eksaited nek boat sensorang.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea