Laman

11 April 2016

Sweet Monday...

Celoteh Aku MamaGlam at 1:35 PM 1 berbalas bebelan

As u can see kan.. hah mamag sedang menikmati kek yang bakal menampabh kalori dan lelemak kat dalam badanku ini... dalam erti kata lain juga mamaG sedang mengeluarkan aura stress yang ada dalam jiwa mamaG melalui kek. Huhuhu.. da lama tak makan kek.. (yeke??.. bukan bulan lepas da makan kek ke??)

Kali ni makan sorang sorang jek... eh! Macam la selama ni makan beramai ramai kan. Huhuhu... kalau dulu salu yang jadi teman makan kek bff mamaG la... kalau tak memang macam ni laa.. makan sorang sorang and i dont mind pun... bila dapat kek memang tak kisa pun orang keliling. Biarla orang tengok kita mkan sorang tak berteman. Pelik tengok kita makan sorang sorang macam takda sapa yang sudi nk kawan kan..nmpak macam kita ni lonely sangat hahaha... yang penting aku hepi dapat makan kek. Huhuhu... menikmati setiap inci rasa kek tu... sedappp...

Selalunya mamaG akan beli kek cheese.. tak kira la cheese apa janji cheese.. tapi lately ada perisa baru yang mamaG faveret da selain cheese.. iaitu white chocolate machademia nut.. ala ala gitu la bunyinya... rupanya sama seperti dalam pix...

Kalau diletakkan dan disuruh pilih antara nasi dan kek cheese, mamaG akan pilih kek... kalau diletakkan dan disuruh pilih antara cheese kek dan piza penuh ngan  cheese leleh... in shaa Allah ku pilih kedua duanya hahaha.. kerna agak susah pilihan yang nak dibuat tu... sebab kedua duanya adalah cheese dan pantang mamaG tak boleh mengabaikan makanan yang berupa atau berasaskn cheese hahahaha... jadik jangan coba coba bagi mamaG buat keputusan yang tough sama macam nak makan dulu ke nak berak dulu sebab lapar tapi sakit perut... hahahaha...



Sempat membebel via Blogaway 😘

08 April 2016

2 mende...

Celoteh Aku MamaGlam at 11:02 PM 0 berbalas bebelan

Perkara biasa jikalau kita bertemu dengan manusia pelbagai ragam... semua orang ada ragam dan peel masing masing. Semua orang ada kelemahan dan kelebihan masing masing... semua orang ada kebaikan dan keburukan masing masing... dari kita macam mana kita manage semua tu kan... kecenderungan kita tu lrbih kepada mana. Negatif ka positif...

Ada 2 benda kita kena jaga dalam diri kita ni... tau apa? Hati dan juga fikiran... okeh ini cuma pendapatku saja okeh... berdasarkan pengamatanku. Bukannya berdasarkan gosiping gosiping ya hihihi...

Hati dan fikiran ini kita kena jaga sebenarnya. Kena pupuk kena bentuk kena monitor selalu.. sebab dua benda ni mampu mempengaruhi kita secara keseluruhannya. Mental, fizikal dan jg rohaniahnya...

Kita sendiri saja yang mampu mengawal dan membentuk hati dan fikiran kita. Kita yang tentukan kita ni macam mana orangnya melalui aktiviti hati dan fikiran kita...

Adakalanya kita tak perasan perlakuan dan pertuturan kita tak seiring dengan niat kita.

Kadangkala ada juga bila hati dan fikiran tak seiring, menyebabkan kelakuan atau pertuturan kita jadik huru hara. Dan akhirnya kita menanggung akibatnya. Apa lagi bila tengah marah kan.. macam dibisik bisik jak di telinga tu yang bukan bukan kan...

Kadang kadang hati rasa lain fikiran nak buat lain tapi in the end pertuturan dan perlakuan jadik lain. Cakap lain buat lain.

Kadang kala ada juga jenis orang yang hanya cakap je tapi tak buat pun. Sama ada tak berani nak buat hanya berani cakap. Ataupun hanya sekadar luahan gambaran imaginasi fikirannya sahaja dan memang takkan melakukannya kerana dia tau dia bukan jenis begitu. Mungkin kan.. siapa tau.. hanya diri sendiri yang tau... dan jangan lupa Dia Maha Mengetahui...

Apa yang kita tuturkan apa yang kita lakukan apa yang kita fikirkan adalah cermin diri kita juga. Jadi berhati hatilah... reminder untuk diri sendiri jugak ni... huhuhu...



Sempat membebel via Blogaway 😘

Syukur Tau...

Celoteh Aku MamaGlam at 11:00 PM 0 berbalas bebelan


Gila tak hepi kan... syukur yang amat tau tak hahahaha.... memang la kalau ikut amalan dari zaman toknek kita, hal dapur hal rumah hal anak segala urusan rumahtangga katanya tugas seorang isteri dan ibu dalam rumah...

Tapi apa la salahnya kan kalau lelaki pun uruskan hal yang sama kan... sejuk sikit hati kaum isteri dan ibu tu kan... tambah sayang gitu..

Ye la tak semua lelaki bergelar suami dan ayah begitu kan. Nasib la dapat jodoh yang macam mana kan.. kalau dapat yang ringan tulang suka menolong tak suka tengok isterinya sorang sorang urus hal rumah tangga, bersyukur la. Hargai macam mana kita nak dihargai kan... kalau dapat yang tak berapa nak ringan tulang tu, ikut mood ikut musim ikut maksud tersirat, pun bersyukur juga la.. hellooo kurang kurang ko ada juga jodoh bersuami kan... kat luar tu ramai perempuan yang single mingle dah lama mencari dan menunggu jodoh sesuai. So... still... hargai la juga dia sebagaimana kita mo dihargai...jodoh setiap orang tu kan unik...

Pernah tak korang tanya saja saja kat pasangan masing masing, adakah reason dia berkahwin dengan kita masih sama sampai skang walaupun dah lebih 5thn or 10thn? Pernah tak? Masih sama ka rasa itu? Ye la dulu kan masa belum kawen masih dibawah pengaruh rasa sayang cinta eksaited darah muda kan... bila lepas kawen lepas lebih 5tahun dah macam macam dihadap, adakah rasa itu masih sama? Atleast masih ada ka walaupun tak segila sesemangat waja dulu.

Pernah tak? Hihihi...

Just asking la.. jangan la serius sangat pun... tetiba menumpang lalu dalam fikiran time buat entry ni. Tu yang tanya tu.. hihi...

Okeh la, moga kita semua hepi sentiasa dengan pasangan masing masing... do some crazy things together... laugh on silly thought... tengok tv sambil duduk sama bersandar sambil pegang tangan... duduk makan berhadap sambil signal signal mata macam la ada maksud apa apa padahal saja saja buat signal buat silly face... hahaha... so wat kalau korang dah kawen lebih 10thn 15thn 20thn... sekali sekala kena juga jadik macam old times kan.. bukan old soul okeh... cuba la... have fun... nanti ada la dengar anak anak mengusik mengejek bila kita buat macam tu dengan pasangan kan... lucu apa... tapi ok apa? Bagus utk relationship kan... hihihi



Sempat membebel via Blogaway 😘

Dulu Sekarang Akan Datang

Celoteh Aku MamaGlam at 10:57 PM 0 berbalas bebelan


Aku cuma berharap dan berusaha... dengan izinNya... betul la kata orang (bukan aku kata tau..) nak berubah kepada yang baik, dari yg baik kpd lebih baik bukanlah sesenang macam berubah dari baik kepada tak baik. Nak jadi jahat senang jek..buat je la jahat.... nak jadik baik dugaannya macam macam...

Apa pun, semua dari diri kita jugak kan... in shaa Allah... niat yang baik cara yang baik pasti akan berhasil yang baik baik saja kan..



Sempat membebel via Blogaway 😘

Hikmah dan Nikmat

Celoteh Aku MamaGlam at 10:57 PM 0 berbalas bebelan

Wah lama tak hapdet blog kan... alasan clichè apa lagi bizi dan malass.. ntah apa la yang dibizikan pun... hihi..

Few weeks back ni, ada la beberapa hamba Allah swt yang concern yang sayangkan aku ni (me lobyuolss too!) Bertanya : baru perasan yang beberapa bulan kebelakangan ni apsal ko asik jatuh sakit jek? Dlm sbln ade jek dpt khabar ko sakit. Dulu tak macam tu pun Huhuhu.. apa la nk bagi jawapan sesuai utk soklan tu kan... suratan takdir? Eh macam tajuk lagu la pula kan. Hihii...

Ntah la... malas fikir... saki tu datang kita terima je la. Usaha rawat. Fikir positif ja. Tenang dan sabar ja la hadap sakit tu. Kan kita selalu dibagitau yang setiap yang berlaku ada hikmahnya. Setiap perlakuan dan pertuturan yang dilafazkan ada ganjaran dan balasannya...

Aku senang fikir macam ni je la bila ditimpa sakit. Jalani hidup seperti biasa semampuku menahan sakit. Teruskan sabar. Muhasabah diri tiap kali aku sakit. Aku salu fikir apa tau,
*mungkin Dia nak bersihkan hati dan jiwaku daripada noda*;
*mungkin Allah set nak bagitau supaya aku berhenti sekejap dan berehat daripada apa yang sedang aku lakukan*;
*mungkin Dia sedang menghukumku dan membersihkan diriku daripada dosa dosa silam*;
*mungkin Dia sedang menegurku supaya lebih bersyukur lebih meminta berdoa padaNya*;
*bila Dia menarik nikmat kesihatan kakiku, mungkin Dia nak bagitau supaya aku kurangkan bergerak lincah dan kurangkan langkah seperti biasa. Kesian kakiku. Bila Dia menarik nikmat kesihatan bibirku ketiak ulser, mungkin Dia nak bagitau kurangkan bercakap kurangkan aktiviti lidah supaya mulut kurang mengeluarkan kata kata yang mungkin boleh menyakiti orang lain. Bila dia menarik nikmat kesihatan tulang belakangku menyebabkan aku hanya mampu berbaring, mungkin dia nak bagitau badanku dah tak mampu bekerja untukku dan perlukan rehat*;

Semua tu mungkin hikmahnya yang hanya mampu difikirkan oleh mindaku yang tak seberapa ni. Wallahualam...

Apapun kemungkinan hikmahnya, aku tetap bersyukur. Aku tetap teruskan hidupku dan masih boleh terus bersenyum dalam kesakitan tu. Ekceli sakit itu juga satu nikmat kalau kita fikir yang positif dan baik baik saja kan. Jadik aku tetap meneruskan dan jalani harian ku dengan senyum dalam kesakitan. Tak susah pun kan. Kalau sakit sangat rehat jap. Istighfar ingat Yang Maha Esa. Dia mungkin sedang mengujimu dan juga mungkin sedang menggugurkan dosa dosamu.. wallahualam kan... memang la kadang efek juga mood tu bila da terlalu sakit sangat kan. Tapi wat to do? Just stop kejap rehat dan diam diam. Kalau merengek bukan dapat apa pun kan. Huhuhu...

Tiada siapa minta dirinya ditimpa sakit kan. Dan kita juga tau kan, Allah swt takkan menimpakan ujian dan dugaan ke atas hambaNya diluar kemampuannya. In Shha Allah. Hanya Dia Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa.




Sempat membebel via Blogaway 😘
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea