Laman

26 May 2015

Ambik Angin.. Nyaman eh..

Celoteh Aku MamaGlam at 7:16 AM 2 berbalas bebelan

25 Mei 2015 - Okeh petang petang ni tak da program. Terasa nak jogging petang kononnya. Sekali kasut sukan yang selalunya ada ja standby d bonet kereta rupanya tak ada la pulak. Hurm mesti mamaG pindahkan kasut tu kat kerrta lagi satu. Hadoi la. Apasal la bila mo guna dikau takda la pulak wahai kasut oiii....

Rugi ni kalau tak jogging petang petang gini...

26 Mei 2015 - pagi pagi ni elok amik angin pagi. Nyaman eh. Since program lambat lagi startnya kan. Dah terbangun awal tu tak tau mo buat apa. Pa kata kuar amik angin kan pepagi ni. Dekat jam 7am suasana pagi mmg nyaman la. Saya suka saya suka hihihihih..

Hello Kluang, Johor

Celoteh Aku MamaGlam at 7:03 AM 2 berbalas bebelan

24 Mei 2015 - Hello Kluang, Johor... okeh apa yg best n trademark kt cni? How about superblicious food? Apa yg sedap?
(Hadui.. mana2 p mesti cari mknn sedap2 dl) hihihi...

Pegi ni pun atas urusan rasmi. Ada hati pulak mo berjimba jimba. Dah la drive sorang sorang. Penat tak hilang lagi ni hah dah sebok cari menda yang sedap once jejak Kluang ni hihihi...

Bila tanya member apa yg best kat sini katanya KELAPA SAWIT. kelapa sawit?? Hahahha ooo loyar buruk ek... kang aku bawa ole ole kelapa sawit bagi kat ko baru tau hahaha.. gegurau jek. Tapi ada jugak terlintas nak bg sebiji dua kelapa sawit kat dia.. cendera kenangan katanya kan hahaha...

Apa apapun setakat ni takda lagi la jumpa yg best best kat sini makanannya. Tak jumpa mungkin sebab tak tau jalan sangat kat sini kan. Maklum ler pestime hihihi.. ok la.. nak rehat jap then kuar cari makan lak.

Muahh..

12 May 2015

Mak Jemah dan Mak Jenab? Hahaha

Celoteh Aku MamaGlam at 1:55 PM 0 berbalas bebelan

Ni teman mamaG kat opis. Nama dia aisyah. Panggil echa je. Adik adik je pun. Tp ok je. Hihihi...

Salu dialah teman mamaG nak wat apa apa pun. Tempat rujukan pasal keja pun ye juga. Dia ni nampak je gtu sebenarnya agak gila gila jugak dan senget orangnya. Boleh la nak masuk ngan mamaG yang org kata senget ni. Huhuhu

Dia suka juga la wat lawak selamba dia. Bila buat lawak muka memang cool je. Muka tak rasa bersalah langsung gitu. Hehehe... so far senang la kawan ngn mak jenab ni. Hihihi..

Bila semua ada di ofis, kecoh!

Celoteh Aku MamaGlam at 1:29 PM 0 berbalas bebelan

08 Mei 2015

bila semua geng seksyen tuntutan dan perundangan (STP) berkumpul di ofis, barulah dapat bergurau senda dan berborak. Ni pun duk ofis pun bizi la juga kejanya pun. Nak siapkan macam macam. 
MamaG suka bila dapat berkumpul kumpul macam ni ngan geng2 STP ni, bukan salu dpt berkumpul ramai ramai. Kecoh jap bhgn STP ni. Yg buat kecoh pun kami kami je yang PT ni huhuhu... sambil wat keja sambil borak gelak gelak tawa.

Kadang kadang ada 1 masa tu mamaG sorang je PT kat STP  yg ada. Yang len ada yg cuti n duty. Biasanya bila duk ofis telefon kami kami ni memang payah sgt la tak bunyi. Asik bunyi je tak berenti. Kebanyakkannya panggilan daripada claimant yg nak tnya dan buat aduan macam macam berkaitan perumahan. Kalau dah duk sorang2 kat opis, kalau dah suma tepon berbunyi hurmmm.. kejap sana kejap sini la g jawap tepon kat meja org lain... penat g jawap tepon je kadang 1 hari tu hahaha...

Lain lagi nak proses borang tuntutan yang dihantar melalui pos. Kadang ado kadang xdo. Kadang sikit kadang banyok.. tp ok je... cuma kadang bosan juga tak da teman kat opis kan. Huhuhu...

Masa gambar diambil, kami tengah sebok la nak test apps yang tengah hot - how old r u tu... yg boleh detect umor tu.. hahah saja suka suka... bosan...

Sembuh Cepat dengan Kasih Sayang Rayyan

Celoteh Aku MamaGlam at 1:18 PM 0 berbalas bebelan


11 Mei 2015 - semalam mamaG demam. Balik keja badan rasa panas dan xlarat. Kononnya nak baring la kejap lepas tukar baju sebelum nak start masak bagai kan... seperti kebiasaan rayyan, dia suka ciu cium tangan mamaG. Peluk peluk mamaG. Macam amik bau la konon. Huhuhu kadang lucu juga tengok hihihi...

MamaG tak sedar yang mamaG terlelap. Sedar sedar rayyan sebok tanya tanya mamaG. Kalau badan panas kena letak air kat kepala kan. MamaG layankan je iya kan je. Sebab memang tak larat sangat dah. Pastu dia tnya lagi kalau letak air kat kepala tu kena pakai yang bersih kan. MamaG sedar tak sedar iyakan je la.

Selang beberapa minit tu, tengok dia dah datang dengan seluar pendek dia yang dia dah siap basahkan. Tak berapa nak perah la airnya kan hahaha... terus letak kat dahi mamaG seluar dia yg basah tu. Habis basah kepala dan bantal mamaG hahaha... speechless mamaG. Pastu dia suh
M mamaG rehat supaya cepat baik. Hihihi alahai anakku...

Ayahnya balik keje tkejut tengok seluar basah kt dahi mamaG, gelak dia. Walaupun tak berapa proper, tapi niat dan kesungguhan c rayyan menjaga uminya yg sakit ni yg wat melting ni. Huhuhu.. terharu gilo kot!

Time tu dia peluk dan cium je salu tangan mamaG hihi.. kesian kt mamaG katanya. Last2 ayahnya bagi kain keci suh rayyan tukar ngan seluar tu. Seluar tu letak kat leher mamaG. Hihihi..

Tenkiu sayang umi ni... sebab jaga umi dengan penuh perhatian dan kasih sayang rayyan. Umi baik dah. Kejap je demam sebab kebah oleh kasih sayang rayyan.. hihihi...

05 May 2015

Malam yang indah...

Celoteh Aku MamaGlam at 9:15 PM 0 berbalas bebelan

Selamat malam semua. Malam ni tido awal sikit la. Hah jgn pikir ke lain pulak ye hehehehe.... kepala mamaG malam ni tak berapa nak sihat la pulak. Berdenyut denyut. Ntah la napa tetiba pula mlm ni jadi gini. Jadiknya, better mamaG merehatkan kepala dan minda ni awal drp kebiasaannya yer...

My wish for uolls, gudnite n hv a sweet dream ya. Moga kita masih diberi kesempatan utk melihat hari esok, menghirup udara hari esok, berbakti pada hari esok dengan izinNya Allah swt. In shaa Allah...

Selamat Hari Bomba 2015

Celoteh Aku MamaGlam at 2:57 PM 0 berbalas bebelan

MamaG nak ucapkan selamat menyambut Hari Bomba kepada semua ahli ahli bomba di Malaysia ni. Especially pegawai2 dan kawan2 di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia W.P. Labuan. Setahun lebih berkhidmat di sana, banyak pengalaman dan pelajaran yang mamaG dapat. Memahami tugas tugas ahli bomba dan cara kerja mereka walaupun tidak keseluruhannya. MamaG suka dgn cara kerja dorang ni. Bangga juga dapat dan pernah bekerja di JBPM. Seronok pun ada juga. Banyak kenangan di sana walaupun sekejap je.

Kepada suma abam abam bombaku, keep a good work. Selamatkan dan lindungi mangsa mangsa yang malang. Moga kalian semua sentiasa diberkati dan dilindungi Allah swt.

Yang Baik Baik Sahaja

Celoteh Aku MamaGlam at 2:49 PM 0 berbalas bebelan




Perkhidmatan baru

Celoteh Aku MamaGlam at 2:43 PM 0 berbalas bebelan

Syukur la, dah tiba yg ditunggu. Moga moga saja iya dapat memberikan khidmat yg terbaik kepada tuannya yg baru sampai bila bila ya. Bersama sama kit harungi apa jua yg ada di hadapan kita ketika dalam perjalanan mencari rezeki ya. Jagalah aku semampumu kerna aku akan menjagamu semampu ku jua. Lindungi aku dayamu sebagaimana aku akan melindungimu sedayaku jua.

Apa apapun, semuanya dengan izin Allah swt. Terima kasih atas nikmatMu. Sesungguhnya Kau memberikan apa yang ku betul betul perlukan dengan tidak memberikan apa yang aku inginkn.

Hebatnya Sedekah

Celoteh Aku MamaGlam at 9:24 AM 0 berbalas bebelan
DAHSYATNYA SEDEKAH



Nabi pernah bersabda: sedeqah dapat menolakkan bala, sedeqah dpt menyembuhkan penyakit, sedeqah dpt memanjangkan umur (menunda kematian).

Kenapa orang yg dah mati mohon dihidupkan semula untuk sedekahkan hartanya? Kenapa tidak pilih buat umrah atau puasa sekiranya dia dikembalikan ke dunia...

Sebagaimana Allah menceritakan di dlm Al-quran (Wahai tuhanku! Alangkah baiknya kalau engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke satu masa yg sedikit saja lagi supaya aku dapat bersedekah...

Tidak menyebut oleh orang yg mati akan sedekah melainkan besar kesan sedekah yg telah dilihatnya selepas dia mati... Oleh itu perbanyakanlah sedekah maka sesungguhnya orang yg beriman di hari kiamat dapat berteduh di bawah bayang sedekahnya.

Dan tolong sedekah kepada org yg telah meninggal dunia dikalangan kamu, sesungguhnya mereka beranggan2 ingin balik ke dunia dengan tujuan hendak bersedekah dan menjadi org soleh... Oleh itu tolong tunaikan angan2 mereka dan latih anak2 kamu bersedakah.


"Bala tidak pernah mendahului sedeqah".

Sebaik-baik sedekah yg boleh kamu lakukan sekarang ialah sebarkan ilmu ini dgn niat sedekah.
In Shaa Allah, moga kita sama2 memperbanyakan sedekah dan setiap sedekah eloklah diniatkan juga bgi pihak diri,,isteri atau suami, ank2 dan kedua ibubapa.

*kredit - Rakan AKRAB yg sudi berkongsi*

Morning Sunshine!

Celoteh Aku MamaGlam at 7:30 AM 0 berbalas bebelan
Pagi ku pergi keja nyaman sangat viewnya. Bulan malam tadi tak menyempat mo pass button ngan matahari untuk naik awal pagi ni. Indah sungguh bulan awal pagi ni. Terang sangat. Bersih ja langit.
Kalau bukan sebab mo elak jem awal awal pagi pi keja, dah konfem konfem MamaG akan berenti tepi jalan menikmatisuasana awal pagi yg nyaman dan view langit yg cantik. Fuh.. apa kan daya, teruskan jg perjalanan awal pagi ku ke opis. 

Subhanallah indahnya bulan dari semalam hingga ke subuh awal pagi ni. Syukur alhamdulillah masih dapat melihat yang indah indah awal pagi ni. Moga hari ni dilimpahkan keberkatan dan ceria selalu. Since ari ni kena ganti member jaga konte, moga moga saja hari ni berjumpa dengan pelanggan yang baik hati dan ceria. Supaya senyuman d bibir kita xkan makin pudar dan seceria dan semesra boleh melayan karenah mereka. 
In shaa Allah... 

Senyum selalu ya semua.

01 May 2015

Selamat Hari Pekerja

Celoteh Aku MamaGlam at 10:04 AM 0 berbalas bebelan

1 Mei memang la hari cuti umum sempena Hari Pekerja. Tapi mungkin tidak bagi seorang wanita bekerjaya dan juga selaku seorang ibu dan isteri. Sejak dia menerima pinangan dari seorang lelaki yang dikasihi lagi, dia sudah tidak mempunyai cuti yang sebenar-benarnya cuti. Apatah lagi setelah mempunyai anak-anak. Ini juga tertakluk kepada semua wanita di luar sana sama ada bekerja ataupun sebagai suri rumah. Sambutlah apa jenis cuti sekali pun, apa jenis hari sekali pun. seorang wanita berumahtangga akan tetap menjalankan tugas sebagaimana statusnya demi kasihnya pada org org yang dikasihi sepenuh hatinya. 

Jadi, hargailah wanita wanita ini. Tak perlupun hadiah grand2 bagai... (kalau ada pun syukur dan bonus la bg dorg.. lg bertambah tambah sygnya huhuhu)... wanita wanita ini hanya inginkan penghargaan dlm setiap apa yg telah mereka lakukan demi org tersayang. membantu kerja kerja rumah sikit sikit pun dah buat mereka ini terharu (yeke?.. kalau mamaG mmg terharu hehehe...) Cuba ringan ringankan sikit tulang tu membantu apa yg patut.. kalau xreti, tolonglah setakat mn yg reti. bykkn tanya, bykkn belajar. Mungkin bukan awak sorang je 1st time jadi suami, wanita yg awak pinang itu jg mgkn 1st time jadi isteri dan ibu kan. Dia pun tengah belajar menjadi seorang ibu dan isteri yg baik utk awak dan anak anak awak.. Jangan la jadikan kekurangan dan kurang pandainya sebagai alasan utk awok si suami merungut or mencari org lain pula kan. huhhuhuu.. 

apa apapun, saling hargailah sesama kita ya...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea