Laman

30 April 2015

Home made Jeruk Mangga Muda.. perghhh..

Celoteh Aku MamaGlam at 10:54 PM 1 berbalas bebelan
* 30 April 2015 *
Semalam dapat buah mangga muda dari pegawai ni. Dun ask me apa jenis mangga ni okeh. Sbb bagi mamaG suma mangga sama je. Bezanya cuma masak ka tak masak ja. Huhuhu... (so what?! Hihihi)
Balik rumah ja lepas rehat rehat tu terus ja pi mengerjakan buah mangga ni. Perghhh.. sambil buat sambil terliur liur. Waduh waduh... 

MamaG wat simple jeruk ja pun. Peram ngan air panas, gula dan cili padi ja. Peram semalaman kat peti ais. Tadi siang balik keja awal. Rehat jap. Kebetulan beli tapau nasi kukus ayam rempah kat presint diplomatik tu (one of my fav food spot!). Makan la ngan jeruk mangga ni. Pergh... cicah pula ngan sambal kicap dan cili padi.. menjadi jadi... 

Penangannya, habis 2 botol air mineral yg besar tu mamaG teguk... pedas tp sedap gilos kebabos ko. Hahaha.. 

Perut dah kenyang, hati pun senang. Dah boleh sambung tido petang tu sbb masih penat lagi. Huhuhu... kul 6pm pula nk kuar.. so pa lagi cuba juga merehatkan minda dan mata ni... akhirnya terlelap jg... jarang jarang mamaG tido siang. Hahaha...

28 April 2015

Petangku Balik Keja

Celoteh Aku MamaGlam at 5:42 PM 0 berbalas bebelan

Keluar lobi termenung melihatkan langit itu. Mendung. Awan kelabu berat menunggu masa menumpahkan airnya. Angin kencang bertiup laju menerbangkan tudungku dan menerpah wajahku yg xberapa mulus ni. Sejuk derrr...

Ari ni kena tunggu kwn balik keja lambat skit daripada kebiasaannya. Moga saja hujan rahmat ini memveri keberkatan dalam perjalanan kami pulang ke rumah masing2. In shaa Allah...

Oh Melting...

Celoteh Aku MamaGlam at 1:10 PM 0 berbalas bebelan
xavier: do u have maps..?

sarah: no.why..?

xavier: no i just lost in ur eyes..

xavier: have u been to the doct0r lately..?

sarah:no. why would i go to the doctor..? im not sick..

xavier: nah,im just think that u lack some vitamin me..

sarah: u r the want who seriously need a doctor..

xavier: i know..and the doctor said im in need vitamin u..

xavier: could u check my phone..? there something wrong with my phone..

sarah: i think it okay..

xavier: no it's not..it doesn't have ur number on it..

#ohMelting

Moga Moga Saja...

Celoteh Aku MamaGlam at 10:41 AM 0 berbalas bebelan


Moga moga saja telinga kita tidak mendengar segala sesuatu yang tidak baik. Moga Moga saja telinga kita tidak mendengar segala sesuatu yang tidak benar dan berunsur hasutan, umpatan dan fitnah.
Moga moga saja telinga kita mendengar segala sesuatu yang bai, bermanfaat, berilmu, berkat serta mendatangkan kebaikan di dunia dan akhirat..




Moga moga hari ni mata kita tidak melihat segala sesuatu yang tidak baik. Moga moga mata kita tak tergoda untuk melihat sesuatu yang boleh mendatangkan dosa. Moga moga mata kita terhindar dari segala yang tidak baik.
Moga moga saja mata kita hanya melihat segala sesuatu yang baik yang bermanfaat yang indah indah sahaja... in sha Allah..




Moga moga mulut kita tidak mengatakan sesuatu yang tidak baik. Moga moga mulut kita tidak tergoda untuk mengatakan sesuatu yang buruk. Moga moga saja mulut kita terhindar daripada aktiviti mengata, mencarut, mengumpat dan segala men- yang tidak baik untuk mulut kita.
 Moga moga saja mulut kita sentiasa mengeluarkan kata kata yang baik, positif, bermanfaat, membantu orang lain, mendoakan yang baik baik, kata kata berilmu dan berdiam bila perlu. Dan paling penting, moga moga saja mulut kita sentiasa bersedekah dengan senyuman yang paling manis dari hati kita. 
Senyum selalu...



Tetapi disebalik semua itu jangan la pula kita lupa dan alpa keadaan sekeliling kita. Kerna kita hidup di dunia ni bukanlah bersendiri. Kita akan berjumpa dan berhadapan dengan ramai jenis manusia dengan pelbagai jenis perangai yang pelik pelik. buka la matamu seluasnya utk melihat dan menilai dengan baik setiap jenis manusia yang kita jumpa. berhadapan dengannya, belajar darinya. hindari yang tidak baik, amalkan yang baik. in shaa Allah.. pesanan ini utk diriku jua.

Hari ini Hari Aku Nampak Lain dari Hari Hari yang Lain.

Celoteh Aku MamaGlam at 9:00 AM 0 berbalas bebelan
* 28 April 2015 *

Ari ni kita pakai baju kurung hadiah dari Umi. Makasih. Bit besar but nice. Love it. Ari ni pun kita lilit tudung len skit dari hari hari lain.

Ari ni rasa macam lain ja penampilan. Ari ni juga kita xapakai kasut bertutup dan stoking macam hari hari yang lain. Ari ni kita pakai heel.

Hari ni memang hari lain bagi kita. Senyum selalu ya... ari ni duty konte.

Ari ni ada org dari jabatan lain tegur, napa hari ni nampak macam cikgu hihi.. cikgu siti! Lain dari hari hari yang lain. Hah nampak tu, bkn aku je yg rasa gtu, org len pun nampak gtu. Hohoho...

Moga moga xda la jumpa claimant yang senget senget yang menguji kesabaran kita dan padamkan senyuman di bibir kita.

Ceria selalu!







27 April 2015

Ilmu Hari Ini

Celoteh Aku MamaGlam at 5:35 PM 0 berbalas bebelan


Alhamdulillah. Dapat belajar 1 ilmu baru hari ni. Belajar tentang pengeluaran award selepas selesai perbicaraan mahkamah. Yeay! Tapi ni baru secara teori ja. Tak sabar pula mo buat yang praktikalnya. Wehuu...

Throw Back 2014 (Labuan Life) - Macam Pelik n Funny Pula

Celoteh Aku MamaGlam at 12:20 PM 0 berbalas bebelan
Ya la mamaG rasa macam pelik dan funny pula tu kan. Masa duk KL dulu, kalau di rumah, mamaG dan enchek asben cakap bahasa sabah dengan anak-anak supaya dorang tau dan penah dengar la slang sbah tu. Walaupun anak2 mamaG ni dua2 pun bercakap bahasa melayu semenanjung sepenuhnya. Tapi salunya kena juga cakap bahasa melayu semenanjung baru la anak2 mamaG ni paham arahan. Rasa tak pelik bila kita bcakap bahasa semenanjung dengan anak sendiri sedangkan asal sabah dan berbahasa sabah. Mungkin sebab dikelilingi oleh orang melayu. 

Tapi bila pindah di labuan ni, rasa macam lucu dan pelik pula bila kena ckp semenanjung dengan anak sendiri yg dikeliling oleh orang2 berbahasa melayu sabah/labuan. Hurm... sampaikan cikgu kat taska tu tanya mamaG kenapa anak2 mamaG semua bercakap bahasa semenanjung sedangkan mamaG asal sabah. Hohoho... 

Dah lahir dan berbesar di semenanjung jadi, gitu la hasilnya. 

Xoxoxoxoxxoo...

Aci Tak?

Celoteh Aku MamaGlam at 12:18 PM 0 berbalas bebelan
Aci tak kalau mamaG buat cerita throw back 2014? kan dah lama tak hapdate blog kisah 2014.. 12 bulan yang penuh drama dan tragik bagi mamaG... Tahun yang rasanya macam susah nak catch my breath...

mamaG buat pelan pelan ya ceritanya... makasih pada teman yang sudi dan tak pernah letih menjenguk blog mamaG yang dah lama takda cerita terbaru untuk dikongsi. Terima kasih sebab sudi melawat blog kiut ini utk tau kisah terbaru mamaG.

Lepas ni mamaG ingat nak rerajin update la blog mamaG semula.. There's lotsa story to share...
untuk makluman semua, mamaG dah berpindah kerja. Dulu di Jabatan Bomba & Penyelamat, Labuan. Alhamdulillah sekarang di Kementerian Kesejahteraan bandar, Perumahan dan kerajaan tempatan (KPKT), Putrajaya. Bertugas di Bahagian Tribunal Perumahan dan Pengurusan Strata.
So Far kerja dan environment di sini okay semuanya. MamaG boleh get long lagi. Semua orangnya peramah dan baik.

Ok la, nnt kita sambung lagi ya. Nak belek belek dulu pix dalam galeri ni yang mana satu nak dijadikan entry dlm throwback 2014 nanti ya.. wait tauuu...

muaxxx

assalamualaikum..


26 April 2015

Bila Rayyan Merajuk

Celoteh Aku MamaGlam at 2:00 PM 0 berbalas bebelan


* 26 April 2015 *

Touch down je KLIA2, berkumpul semula ngan my pengarang jantung  3 orang ni. Hilang kejap penat dan ngantuk tu.. Rindu kot ngn dorang ni. 5 hari ku tinggalkan untuk menguruskan urusanku di Sabah.

Alkisahnya, si Rayyan ni majuk sebab kena usik oleh ayahnya. alahai budak tecik ni, kuar naw merajuk la.. bila ayahnya usik gitu, bila Rayyan merajuk dan seperti biasa jangan harap ler ayahnya nak pujuk dia kan. Aku jugek nak kene pujuk dia. Lucu dan cumil je kan c Rayyan ni lau merajuk.. ada masa merajuk dia ni bikin rimas jugak ni.. sebabnya payah nau nak makan pujuk.. hihihi... aku mula la rasa lapar hahaha...

apa apa pun, biarlah gambar gambar ni yang berbicara ya. hihhi...


Suh senyum dia xmo.. hiihi
Umi mengajuk Rayyan merajuk ekekke



Ayahnya lagi galak mengusik rayyan yg tengah mrajuk hihhi... pujuknya tidak huh...

Fly Back ro my routine...

Celoteh Aku MamaGlam at 9:30 AM 0 berbalas bebelan
26 April 2015 - Boarding oredy. Now m leaving again. Fly back to my routine.
Gebbai Sandakan, gebbai my hometown, gebbai my house, gebbai my bilik, gebbai pokok mangga, gebbai pokok rambutan, gebbai ikan bapa d kolam, gebbai ayam jiran sebelah yg xpandai diam, gebbai apa saja la yg ada d sana.... apa lagi mo di gebbai ni?. .. gebbai gebbai... hihihi

Alltime Fav food ever bila balik kampung

Celoteh Aku MamaGlam at 8:00 AM 0 berbalas bebelan
*26 April 2015 * 

Bila balik kampung, touch down ja d Sandakan, mesti pi carik dulu makanan fav ni. Apa lagi, coto makassar la... sedap gilos tebabos kot!
Pandai orangnya masak. Aku,... arap pi beli ja la kan... malasss.. tapi ada juga keinginan mo belajar mcm mana masak coto makassar ni... sampai bila mo beli ja kan.. huhuhu
Okies, korang suma jangan lupa lau p Sandakan singgah gerai coto makassar ni di pasar Taman Fajar, bt. 7.. dekat ja dgn epot.. hoho..
Kepada adik bongsu ku, sila la jeles.. hahah...

25 April 2015

1 malam 1 pasang...

Celoteh Aku MamaGlam at 12:00 PM 0 berbalas bebelan
* 25 April 2015*
Balik kampung kali ni kejap ja sebab ada beberapa urusan yang perlu disettlekan. Alhamdulillah dipermudahkan.
Memandangkan mesin jahitku masih ada dikampung, makanya ku selongkah almari di bilikku utk cari kain ela yg mana belum ada kesempatan ytk aku potong sebelum ni.
Makanya, aku konon konon nekad la ni, mo potong sepasang baju kurung moden utk pakai p keja.Almaklumlah, mamaG takdop dah baju kurung dak g kerja. suma pun mengecil. wahahhaa
Gigihlah nak menjahit ni kan. stat kul 6.15pm, siapnya kul 11pm lebih kurang... gigih tak gigih tu kan.. ok la daripada takdop kan.. ada juga baju kurung ai p keja kan. akhirnya ai berbaju kurung jua p kerja setelah 3 bulan keja d tempat baru. huahuahua...

Hasil baju tak dapat nak post, sebabnya pix tu mamaG tak pakai tudung hehehe..

21 April 2015

Lepaking wif Them

Celoteh Aku MamaGlam at 3:00 PM 0 berbalas bebelan
Lepaking wif them. My team, seksyen tuntutan dan perundangan. Layankan je la.. lapar sesangat dah...





Keep a good teamwork ya... and have fun!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea