Tak kira kita buat baik macammana pun, belum tentu orang suka kan. Tu la dia manusia. Manusia yg sentiasa tak suka dengan kelebihan atau kekurangan orang lain. Ada ja la yang tak kena kan. Ada kelebihan orang dengki, cemburu. Ada kekurangan orang keji, hina la pula. Memang sifat manusia macam tu kut.
MamaG teringat kata-kata sorang kawan mamaG tu. Manusia kalau dah terjangkit penyakit hati, jadi macam tu la. Yala apa2 persengketaan yang terjadi antara manusia ni sebenarnya datang dari bisik hati yang tak sihat. Banyak sangat perasaan yang tak sihat tu.
Apa saja yg dibuat semuanya tak kena di mata hatinya.
Lagi bahaya, bila penyakit hati ni makin teruk boleh menjangkit mulut pulak. Ha yang ni lagi dasyat. Sebab bila hati rasa tak sihat tengok org yg dia x suka, perasaan di hati tu akan menghantar isyarat kepada mulut supaya buat sesuatu dengan kuasa mulutnya.
Korang jangan tak tau, mulut kita ni sangat besar kuasa dan pengaruhnya kpd orang lain berbanding anggota yg lain. Sekali buka mulut jew, silap2 gelap masa depan. Tapi bukan semua kuasa mulut tu tak baik. Semuanya bergantung juga pada empunya mulut dan hati. Bersih jiwa dan hatinya drp penyakit kronik, insya Allah sihat la pengaruh yg keluar dr mulutnya. Tetapi kalau jiwa dan hatinya xsihat dan berpenyakit, insya Allah apa yang keluar dr mulutnya juga pasti akan memberi pengaruh yg teruk kepada org yg mendengarnya.
Silap-silap, org yg mendengar pengaruh mulutnya pasti akan turut sama terjangkit penyakit hati yg sama. Biasanya irg yg berpenyakit hati ni hidupnya sentiasa bermasalah. Hatinya tak tenang. Sentiasa berprasangka tak baik pada org lain. Sentiasa terasa hati bila org lain ckp atau buat sesuatu. Yela biasanya org yg buat salah senyap2 ni jew akan terasa sendiri padahal org tu tak maksudkan apa2 pun kan.
Org berpenyakit hati ni sentiasa melihat org lain tu dari sudut negatif sahaja. Dan sentiasa cuba utk menjatuhkan org lain. Dan juga dia sentiasa akan terfikir yg dirinya mungkin akan dianiaya atau ada org cuba menjatuhkannya. Padahal itu cuma mainan perasaan hatinya yg sakit.
Sebab itu la, dalam Islam kita ni disuruh menjaga hati kita baik2. Bimbing hati kita ke jalan yg baik. Sebab kerana hati mampu mempengaruhi setiap pergerakan, pemikiran dan perasaan kita menjadikan kita seorang yg baik ataupun jahat. Hanya kerana hati.
Jadi berhati-hati la dengan org yg ada penyakit hati ni. MamaG dah selalu jumpa dengan org yg berpenyakit hati ni.
Tapi macam mana kita nak tau org yg berpenyakit hati ni? Memang susah nak kenal. Sebab mereka ni pandai berpura-pura, berlakon ataupun hipokrit. Depan kita lain, belakang kita pula lain. KLau nak tau juga, tunggu la bila korang rasa kwn yg baik atau nampak baik tu, menikam dari belakang korang. Bila korang tanya x mengaku. Atau dia mengaku buat salah tapi lepas tu buat lagi tanpa segan silu. Keep on doin it! On and on and on and onnnn...
Sampaikan korang berkata-kata dalam hati, "what on earth he/she is trying to do?! What hv i done to u? Why he/she do diz to me? Why he/she keep on doin dat to me? " dan byk lagi la soklan ala2 terkilan gitu kan.
Apa2 pun, mamaG tak ada cara yg baik utk selesaikan masalah org mcm tu. Sebabnya mamaG dah buat macam2 utk berbaik dan cuba utk tidak buat sesuatu yg menyakit lg hati org yg berpenyakit hati ni dgn terus bersabar dan berdiam diri.
MamaG cuba tanamkan dalam hati dan fikiran agar cuba memikirkan mungkin ianya berpunca drp mamaG sendiri yg mamaG tak sedar. Mungkin sikap mamaG yg aktif, peramah, byk sgt idea, byk benda yg mamaG tau, buat sebaik mungkin kepada org lain, tidak menganiaya org lain, berkawan dengan semua org tu la yg mungkin tidak disenangi org yg berpenyakit hati ni.
Satu jew jalan, korang sentiasa la berdoa supaya dilindungi drp pengaruh org yg berpenyakit hati ni dan doakan juga agar penyakit hati dorang cepat sembuh. Tak payah la korang nak balas balik apa yg dorang buat kat korang. Sebabnya kalau dipikirkan balik, bila korang balas balik dan buat sama mcm dorg buat or buat lg teruk, tu maksudnya korang pun dah terjangkit dengan prnyakit hati macam dorg owkeh. So, hidup sihat dengan hati yg sihat.
0 berbalas bebelan:
Post a Comment