Sebenarnya terdapat banyak bentuk kesilapan dalam mendidik anak-anak. Kesilapan terbesar ialah kegagalan ibu dan bapa menjadikan agama sebagai teras dalam pendidikan anak-anak. Agama membawa kepada keseimbangan antara fizikal dan spiritual. Antara pembangunan akhlak dan kecemerlangan akademik. Antara dunia dan Akhirat. Tanpa agama, anak-anak ibarat ditinggalkan di lorong yang gelap tanpa pedoman untuk diikuti.
Sering kali berlaku, ibu bapa yang bersungguh-sungguh memarahi anak yang mendapat nombor yang corot dalam peperiksaan, tetapi hanya buat selamba abapila mengatahui anaknya meninggalkan solat dengan sengaja. Tidak kurang juga ibu bapa yang sangat mengambil berat soal makan-minum anak-anak tetapi, mengabaikan terus 'makanan' rohani anak-anak yang sentiasa 'lapar' dan 'dahagakan' petunjuk agama.
Ada juga ibu bapa yang membiarkan anak-anak bergaul bebas lelaki perempuan dengan alasan ia adalah 'kebiasaan budak-budak zaman sekarang', tanpa peka dengan batasan syariat yang menuntut kawalan pergaulan antara jantina berbeza. Ringkasnya, pengabaian agama merupakan kesilapan terbesar dalam pendidikan anak-anak.
Selain itu, kesilapan juga berlaku apabila ibu bapa mendidik anak tanpa perasaan belas ihsan. Dr Abdullah Nasih Ulwan menyebut bahawa terdapat anak-anak yang diperlaku dengan perlakuan yang keras sehingga menyebabkan anak-anak tertekan, kecewa, punah harapan dan ada yang membunuh diri.
Tidak dinafikan terdapat ibu bapa yang 'mendidik' anak berbekalkan luapan emosi marah tidak terkawal sehingga ada yang memaki hamun, menghina, memukul dan membelasah anak sendiri. Bahkan kes-kes penderaan anak masih kerap didengari sehingga hari ini.
Kekerasan melampau ke atas anak-anak ini membuahkan kekacauan jiwa anak-anak. Hal ini juga ada kaitannya dengan faktor anak-anak enggan berada di rumah. Bagi mereka 'Rumahku Nerakaku'. Mereka lebih bahagia dan damai bila berada dengan rakan-rakan, yang kadang-kadang membawa mereka ke kancah kemusnahan kekal.
Bagi si ibu dan bapa, perlu diingat bahawa mereka mempunyai tanggungjawab untuk berbuat baik kepada anak-anak kerana anak adalah amanah dari Allah.
Allah berfirman:
"Sesungguhnya Allah menyuruh menjalankan keadilan, berbuat baik, dan memberi kepada kaum kerabat." (Surah an-Nahl:90)
SAbda RAsulullah S.A.W:
"Sekiranya Allah inginkan kebaikan bagi sesebuah keluarga, maka diberikan sifat belas kasihan kepada mereka. Dan andainya sifat belas kasihan itu suatu ciptaan (yang boleh dilihat), nescaya semua manusia akan memandangnya sebagai sebaik-baik ciptaan dari Allah. Dan sekiranya kekerasan itu adalah satu ciptaan (yang boleh dilihat), nescaya semua manusia akan memandangnya sebagai seburuk-buruk ciptaan dari Allah." (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi)
Selain itu, kesilapan juga berlaku ababila ibu bapa terlalu memanjakan anak-anak. Ada ibu bapa yang berat untuk menghukum dan menegur anak-anak semata-mata takutkan anak itu merajuk. Kuasa merajuk anak itu diberikan sedemikian rupa sehingga anak itu berjaya memanupulasikannya sebagai senjata untuk mengugut ibu bapa.
Tidak salah untuk memanjakan anak. Memang anak-anak perlukan kemanjaan dan kasih sayang. Namun, tindakan yang salah ialah terlalu memanjakan anak dengan tidak menetapkan disiplin dan sempadan ke atas anak-anak. Akhirnya anak itu menjadi terlalu bebas, dan gagal dididik dangan teratur dan berprinsip.
Ringkasnya, antara faktor yang merosakkan pendidikan anak ialah berpunca dari ibu bapa sendiri yang gagal mendidik dengan cara yang betul. Realiti hidup masa kini yang semakin kompleks dan mencabar menuntut ibu bapa agar lebih tekun mendalami ilmu dan kemahiran keibubapaan dan mengadaptasinya dalam kehidupan berkeluarga. Landasan agama merupakan asas yang paling baik untuk menjadi bekalan dan rujukan dalam mendidik anak-anak menuju ketinggian sahsiah.
- Artikel iluvislam.com
Translate My Blog
MamaG Official Batch
Si MamaGLam
29 February 2012
27 February 2012
PELANGI ITU PASTI HILANG
Maha Suci Allah yang menciptakan pelangi di kaki langit. Maha Suci Allah yang menciptakan juga mata supaya kita dapat menikmati keindahannya - merah, kuning, hijau, biru… Namun seribu kali sayang, warna-warna di kanvas alam itu tidak kekal lama. Setelah beberapa ketika ia pasti akan hilang.
Begitulah pelangi, dan begitulah juga segala apa yang kita miliki semasa hidup di dunia ini, sampai masanya ia akan hilang. Sabda Rasulullah SAW bermaksud, “Anak Adam berkata: Hartaku… hartaku… sedangkan tidaklah ada bagimu daripada hartamu kecuali apa yang kamu makan, lalu ia habis, atau apa yang kamu pakai, lalu ia lusuh, atau apa yang kamu sedekahlah, lalu ia berlalu daripadamu.”
Islam tidak pernah menolak dunia, malah agama suci ini menjadikan dunia sebagai jambatan menuju akhirat, dunia adalah alat untuk meraih kejayaan di sana. Dengan ertikata lain, syurga boleh dibeli dengan dunia. Namun, tidak ramai yang berpandangan begitu. Kebanyakan manusia berlumba-lumba mengumpul harta, anak pinak, pengikut dan seumpamanya bukan untuk mendapatkan akhirat.
Justeru, ketika menikmati keindahan pelangi, berimanlah juga kepada Pelukis-nya yang Maha Agung, kerana pelangi itu pasti hilang, tetapi Allah hidup dan tidak akan mati…
Categories
Al-hidayah
24 February 2012
"Abang, Tunggu Mak di Syurga Ya.."
MamaG nak kongsi cerita ketabahan seorang ibu mengizinkan anaknya 'pergi' dengan redha. memang sedih dan kagum sangat.Jom baca...
*****************************
Jum, 12 Ogo 2011 15:52 | AHMAD TARZIDI AHMAD TAMEZI | Fira Fahmi
Empat tahun dua bulan mak membesarkan Abang. Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya. Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita Abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir. Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum Abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari. Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis?
Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.
Januari 2011- Perut Abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman Abang sudah rosak, sudah 'reput'. Tidak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk Abang.
26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah! Hah Hah.. Tergelak mak. Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah, Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur, tetapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang Abang minta. Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan Abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti. Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, Abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi Abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi Abang yang terakhir.
7 Mac 2011- Keadaan Abang semakin kritikal. Perut Abang semakin membesar. Abang tidak mampu untuk bergerak dan lebih banyak terbaring serta asyik sesak nafas. Mak semakin tidak tahan melihatkan keadaan Abang sebegini rupa. Mak bawa Abang ke IJN, rumah 'kedua' Abang sepanjang tempoh hayat Abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Abang hanya menanti waktu. Mak angguk perlahan-lahan. Mak redha dengan ketentuan ilahi. Dalam hati mak juga terdetik, masa Abang sudah tidak lama lagi. Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan keadaan Abang? Mak cuma mampu untuk jawab, "Insya-Allah, Abang akan sihat!" Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tidak mahu mereka semua lemah semangat jika mereka tahu Abang sudah tiada harapan lagi. Mereka pun sedang bertarung dengan ujian Allah apabila anak-anak yang dikasihi ditimpa penyakit. Jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri yang telan.
13 Mac 2011- Hari ini merupakan hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa Abang pulang kerumah. Doktor izinkan. Biarlah Abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan di saat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan Abang. Di rumah, setiap hari mak akan tanya, "Abang nak apa harini?"
Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab, "Mak, Abang nak naik kereta bomba!"
Mak termenung dengar permintaan Abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana?
Mak jawab, "Balai bomba!"
Sampai di situ, mak meminta izin daripada pegawai bomba. Mak kata padanya, Abang teringin sangat nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu cuma garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala. Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju Abang ke paras dada.
Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu, "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!" Bila lihat perut Abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tidak tunggu lama. Terus dicapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu. Lantas dia terus dukung Abang dan letakkan Abang ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembira sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Tetapi Abang tidak perasan, ketika itu mak palingkan muka selama lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.
Hari lain, mak tanya lagi pada abang, "Abang nak apa?"
Abang pun jawab: "Abang nak naik lori sampah!" Mak dukung Abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.
"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?" Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju Abang dan beritahu perkara sama. Terus berubah mimik wajah mereka. Segera mereka angkat Abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup untuk melihat Abang lama-lama. Sedih agaknya. Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Kalau Abang nak tengok gajah, mak akan bawa Abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa.
Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung Abang. Abang pinta nak tengok burung, mak bawa Abang ke taman burung. Abang nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja Abang nak pergi dan apa sahaja yang Abang inginkan, semuanya mak tunaikan! Setiap hari juga mak tanya Abang nak makan apa. Macam-macam Abang teringin nak makan. Murtabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung, rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikan walaupun makanan itu Abang pinta pada pukul 3.00 pagi.
Mak tahu dan faham, masa Abang bersama mak dan abah semakin suntuk!
27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Abang sudah tidak mampu untuk berkata-kata, apatah lagi untuk bergerak seperti biasa. Mata Abang kuyu dan Abang hanya mampu terbaring sambil memeluk Aina, anak patung kesayangan Abang. Mak segera pinta abah bawa Abang ke hospital.
"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!" Itulah kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.
5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama Kakak sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan Kakak pulang.
"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!" Mak pinta pada cikgu dan Kakak diizinkan pulang. Kemudian, Dr. Adura, doktor yang sinonim merawat abang juga datang melawat. Ketika itu mak ceritakan yang mak terkilan sangat tidak dapat tunaikan permintaan Abang yang mahukan kek berbentuk lori sampah.
7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat Abang lagi. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk Abang tengah hari ini. Rupa-rupanya, tengah hari itu tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura datang membawa kek lori sampah yang Abang mahukan sebelum ini. Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sangka, Dr. Adura rajin menulis mengenai kisah abang di dalam blognya dan ramai yang menawarkan diri untuk menyediakan kek yang abang pinta. Para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk Abang. Tetapi abang kurang ceria, wajah Abang tampak letih dan nafas abang turun naik.
8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tetapi abang sangat lemah. Abang sekadar terbaring merenung kek itu. Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah Abang, bacaanya meningkat naik. Tetapi hati mak dapat merasakan yang Abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan Abang berada di dalam bilik. Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah Abang, mak peluk dan usap rambut Abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.
Dalam tangis itu, mak katakan pada Abang, "Mak tahu Abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu Abang nak pergi. Jangan tahan-tahan Abang. Pergilah menghadap Ilahi. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa sahaja hajat yang Abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan Abang dalam hidup mak walaupun seketika."
Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Mak juga berjanji bahwa mak tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia.
9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa Abang dah dekat sangat. Mak lihat Abang sudah kritikal. Wajah Abang sudah tampak biru, lebam! Dada Abang berombak, tercungap-cungap menarik nafas.
Abang sudah tidak mahu makan dan minum lagi sejak malam tadi. Pukul 8.00 pagi, abah dan kakak-kakak sampai. Mak suruh Kak Long bacakan Yaasin di sebelah Abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.
Pukul 3.00 petang, Abang semakin lesu. Lantas mak ajak Abang keluar berjalan-jalan.
"Abang, abang nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"
Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung Abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi Abang hanya minum seteguk. Kemudian, Abang lentukkan kepala pada bahu mak.
"Abang, tu tengok kat luar tu? Nampak tak sinar matahari tu? Cantikkan?" Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu. Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.
"Abang ngantuk!" Itu kata Abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak. Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang. "Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak-kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja.
Sampai sahaja di wad, mak terus baringkan Abang di atas katil.
Dan Abang terus merintih dalam nada yang lemah, "Makkk..sakit perut..!"
Suara Abang amat perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi Abang.
"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan Abang pergi. Mak halalkan segala makan minum Abang. Mak halalkan air susu mak untuk Abang. Pergilah Abang. Mak izinkan Abang pergi!" Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalam mata Abang yang semakin kuyu. Saat Abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup Abang selagi Abang masih bernafas. Mereka kucup pipi Abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.
"Kakak! Kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu Abang dengar kamu menangis! Jangan seksa Abang dengan tangisan kamu semua!" Mak marah mereka. Mak tidak mahu Abang lihat kami menangisi pemergian Abang. Mak tahu, Abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput Abang. Mak tidak mahu tambahkan lagi kesedihan Abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya. Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat Abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.
"Pergilah Abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah.."
Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan Abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas... Pukul 3.50 petang, akhirnya Abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillahiwainnailahirajiun.
Mak kucup dahi Abang. Mak bisikkan di telinga Abang, "Tenanglah Abang di sana. Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak Abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!"
Abang, sekarang mak sudah dapat jawapanya. Mengapa mak tidak menangis? Pertama, Abang telah di takdirkan menjadi ahli Syurga yang akan membantu mak di sana nanti. Kedua, apa saja keinginan Abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak. Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat Abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk Abang. Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi Abang dan menggembirakan Abang setiap saat dan waktu. Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti Abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran Abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan, kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan. Mak telah beri segala-galanya melebihi seratus peratus untuk Abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tidak perlu menangis lagi.
Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa Abang tapi... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran Abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar.
Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahannya yang gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidak lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa).
Al-Fatihah buat Allahyarham adik Iqbal Fahreen.
Sebuah kisah benar menyayat hati yang melambangkan kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.
Sumber imej : Google Image
-Artikel Iluvislam.com
23 February 2012
Seni Mengawal Rumahtangga (Part 2) - Ustaz Amin
Salam semua,
Jom kita sambung sesi kedua ceramah Seni Mengawal Rumahtangga. Moga kita beroleh ilmu daripad ceramah ini. Insya Allah..
Jom kita sambung sesi kedua ceramah Seni Mengawal Rumahtangga. Moga kita beroleh ilmu daripad ceramah ini. Insya Allah..
Categories
Al-hidayah
Seni Mengawal Rumahtangga (Part 1) - Ustaz Amin
Salam semua,
Hari ni mamaG nak kongsi pasal Ceramah Seni Mengawal Rumahtangga yang disampaikan oleh Ustaz Amin. MamaG cukup suka tengok program agama Ustaz Amin ni bila kat TV. Cara dia mengupas topik-topik tu, santai je dan mudah nak faham. Moga kita semua dapat ilmu daripada siri ceramah dari Ustaz Amin ni ya Ustaz febret mamaG. Sharing kan is Caring...
Untuk Part 2, Boleh sambung tengok kat Sini .
Categories
Al-hidayah
Aku Suka...
Tadi dapat panggilan dari Enchik Asben. Macam biasalah call untuk tanya khabar. Dalam sehari mesti akan call tanya khabar. Sibuk macam mana pun, pasti akan call. Katanya saja nak tau khabar wife dia. Ok ker K.O. Bz ke tak bz ke membizikan diri. Dan erti kata lain pula, sambil membuat spot check la wife dia tengah wat apa dan kat mana. Sebab soalan dia, mesti "Sayang, apa khabar?" " Sayang sihat ker?" " Sayang buat apa tu? Bizi ker?" "Sayang dah makan ka belum?" "Sayang kat mana tu?" "Sayang balik awal ker balik lambat?"
Hah, tu je la soalan dia hari-hari kalau telefon. Tapi mamaG tak kisah pun, tu tandanya dia ingat kat mamaG kan. Kadang-kadang tu dia call kejap jer tak sampai lima minit. Katanya saja-saja call nak dengar suara mamaG. Alahaiiiiii, so sweettt.. Sayang dia tau..
Kadang-kadang tu jadik rindu pulak kalau dia tiba-tiba kena outstation ataupun bizi sesangat, sebabnya dia kadang lupa nak call mamaG. Kalau call pun time tu mamaG dah on the way balik rumah dah. Dan bila dah macam tu soalan dia cuma " Sayang kat mana dah? Dah nak sampai rumah ker? Ok lah, bye."
Satu lagi yang mamaG suka tentang Encik Asben mamaG ni kan, dia suka sangat bermuzakarah dengan mamaG dalam apa hal sekali pun. Nak beli susu anak pun muzakarah juga tau. Mungkin bagi orang lain, perkara macam tu remeh temeh je, tapi bagi mamaG dan enchik Asben, perkara-perkara macam tu harus. Sebabnya, kami mengamalkan dasar bermuzakarah dan capai persetujuan bersama dalam segala hal (wah gitu, ko hade? hahah)...
Tiap apa pun yang nak dibuat yang melibatkan keluarga atau diri sendiri mesti nak bawa bincang. Baru la rasa tak dipinggirkan dan rasa penting je dalam hidup dia. Apa-apa pun mesti kita dibawa bincang. Kita kan isteri dia. Kita kena la tau semua walaupun tak buat semua. Bila kita selalu amalkan macam tu, kita kan jadi sangat rapat, mesra dan tiada perkara tersembunyi untuk kita kecil hati.
So, kepada Enchik Asbenku, "Aku amat mencintaimu dan akan terus menyayangimu sehingga nafasku yang terakhir selagi jodoh kita dikekalkan". (Wah ni kalau enchik Asben baca ni, konfom kata mamaG buat tebiat, buat ayat jiwang tetiba nih. Ni diluar tabii mamaG ni, hahahaha)..

MamaGlam Diaries
Ah Taman Sepilok...
Dah Lama rasanya tak pi taman Sepilok, Sandakan ni. Last pi pon time belajar form 5, tahun 1999. Sekarang ni dah tahun 2012. Ni pi pun time tahun lepas, 2011 masa balik cuti bulan 11 sebab adik mamaG nak kawen. Macam biasala tiap kali balik kampung harusss la tinggal rumah mak mertua dulu kan. Sebabnya dekat ngan epot Sandakan. 5 minit jew sampai umah dah. Tinggal 1-2 malam kat situ pastu balik rumah mak sendiri la pulak.
Memandangkan bosan, takda aktiviti time tu, Enchik Asben pun ajaklah jalan-jalan kat Sepilok. Bawak sekali mak mertua. Kesian dia duduk sorang-sorang kat rumah kan. Walaupun tak ada apa-apa sangat kat Sepilok tu tapi untuk kids, dorang enjoy jew. Terkejut tengok Orang utan tu, besaaaaaarrr sangat.. hahahahha... Time ni tak banyak gambar dapat snap sebabnya nak cepat-cepat round, hujan nak turun time tuh.
Bagi sesapa yang nak pi Sepilok tu, boleh la pegi. Ada bas yang masuk ke Sepilok ni dari jalan besar. Kalau nak naik keta sendiri pun boleh, adalah dalam 3km jauh masuke ke dalam dari jalan utama. Tapi yang bestnya kalau pegi pagi sebelum jam 9.30pagi. Ingat ya ibu-ibu bapa bapa , sebelum jam 9.30 pagi yaaa.. Sebabnya time ni kan, suasana on the way ke Sepilok tu yang kononnya 3km masuk ke dalam sikit tu, view dia memang sangat cantik, segar dan nyaman. Dengan pokok-pokok liar di tepi-tepi jalan di sepanjang jalan nak ke Sepilok tu, memang sangat-sangat nyaman dan hijau jew.. mamaG likeeee...
Lepas tu, kalau nak tengok orang Utan tu keluar pun ada time dia. so sangat-sangat la disarankan supaya datang kesepilok awal pagi sebabnya time Orang Utan keluar untuk makan lebih kurang jam 10 hingga 10.30 pagi jew. lepas tu dah masuk rumah balik tak pun pi merayap kat mana-mana kat hutan tuh. So tak dapat la nak tengok Orang Utan nanti. Kalau nak tengok lagi lepas jam 2 petang pulak. Tu mungkin time dia nak minum petang kut ataupun baru nak lunch. Huhuhuhu... Setiap pergerakkan kita di dalam hutan tu akan di perhatikan oleh pengawal, untuk pastikan kita selamat. Kut-kut la time tu ada Orang Utan yang merajuk ker bad mood ker, hah nak pi serang orang awam la pulak nak lepas geram konon kan, habis la kita.. huhuhuhu..
Pengawal ataupun kira renjer kat situ memang sangat friendly, okeh.. Korang tanya la apa-apa pasal Sepilok or Orang Utan. Konfem dorang dapat jawap punya la..

Wif Mak mertua ku.. |
Habis daun sepanjang jalan dorang ni cabut-cabut... Senyum jew renjer tu tengok.. |
Categories
Out n About
7M - Anak Selalu Hidup Bersama Al-Quran
Setiap orang tua pasti menginginkan buah hatinya menjadi anak yang soleh dan solehah.
Anak soleh-solehah merupakan harta yang paling berharga bagi orang tua.
Untuk mendapatkan semua itu, tentu harus ada kesungguhan yang tinggi dari orang tua dalam mendidik anak.
Salah satu yang wajib diajarkan kepada anak adalah segala hal tentang al-Quran kerana ia adalah pedoman hidup manusia.
Rasulullah SAW pernah bersabda (yang ertinya):
Allah SWT berfirman:
Bila al-Quran sebaiknya diajarkan pada anak? Tentu seawal mungkin. Semakin awal semakin baik. Akan sangat bagus jika sejak anak dalam kandungan seolah-olah calon anak kita itu sudah terbiasa 'hidup bersama' al-Quran; yakni ketika si ibu yang mengandungnya, rajin membaca al-Quran.
Sesekali perlihatkanlah al-Quran kepada anak sebelum mereka mengenal buku-buku lain, apalagi buku dengan gambar-gambar yang lebih menarik. Mengenalkan al-Quran juga boleh dilakukan dengan mengenalkan terlebih dulu huruf-huruf hijaiyah; bukan mengajarinya membaca, tetapi sekadar memperlihatkannya sebelum anak mengenal A, B, C, D. Tempelkan gambar-gambar tersebut di tempat yang sering dilihat anak; lengkapi dengan gambar dan warna yang menarik.
Dengan sering melihat, anak akan terpancing untuk bertanya lebih lanjut.
Saat itulah kita boleh memperkenalkan huruf-huruf al-Quran.
02.Memperdengarkan
Memperdengarkan ayat-ayat al-Quran boleh dilakukan secara langsung atau dengan memainkan kaset atau CD. Kalau ada teori yang mengatakan bahwa mendengarkan muzik klasik pada janin dalam kandungan akan meningkatkan kecerdasan, insyaAllah memperdengarkan al-Quran akan jauh lebih baik pengaruhnya bagi bayi. Apalagi jika ibunya yang membacanya sendiri. Ketika membaca al-Quran, suasana hati dan fikiran ibu akan menjadi lebih khusyuk dan tenang.
Kondisi seperti ini akan sangat membantu perkembangan psikologi janin yang ada dalam kandungan. Ini kerana, secara teori kondisi psikologi ibu tentu akan sangat berpengaruh pada perkembangan bayi, khususnya perkembangan psikologinya.
Kondisi tertekan pada ibu tentu akan berpengaruh buruk pada kandungannya. Memperdengarkan al-Quran boleh dilakukan bila-bila sahaja dan di mana sahaja; juga tidak mengenal batas usia anak.
Untuk anak-anak yang belum boleh berbicara, insyaAllah lantunan ayat al-Quran itu akan terakam dalam memorinya. Jangan pelik kalau tiba-tiba si kecil lancar melafazkan surah al-Fatihah, misalnya, begitu dia boleh berbicara. Untuk anak yang lebih besar, memperdengarkan ayat-ayat al-Quran (surah-surah pendek) kepadanya terbukti memudahkan si anak menghafalkannya.
orang tua harus menggunakan kesempatan ini dengan baik jika tidak ingin menyesal kehilangan masa emas (golden age) pada anak. Supaya anak lebih mudah mengingat, ayat yang sedang dihafal anak boleh juga sering dibaca ketika ayah menjadi imam atau ketika naik kereta dalam perjalanan. Disamping anak tidak mudah lupa, hal itu juga sebagai usaha membiasakan diri untuk mengisi kesibukan dengan amalan yang bermanfaat.
Nabi SAW bersabda: Demi Zat yang jiwaku ada di tangan-Nya, sesungguhnya hafalan al-Quran itu lebih cepat lepasnya daripada seekor unta pada tambatannya. - HR al-Bukhari dan Muslim
04.Membaca
Siapa saja yang membaca satu huruf dari Kitab Allah maka dia akan mendapat satu kebaikan. Satu kebaikan akan dibalas dengan sepuluh kali lipat. Aku tidak mengatakan bahawa alif-lam-mim adalah satu huruf. Akan tetapi, alif adalah satu huruf, lam satu huruf, dan mim juga satu huruf. (HR at-Tirmidzi).
Sungguh luar biasa pahala dan kebaikan yang dijanjikan kepada siapa saja yang biasa membaca al-Quran. Bimbing dan doronglah anak agar terbiasa membaca al-Quran setiap hari walau cuma beberapa ayat. orang tua penting memberikan contoh. Jadikanlah membaca al-Quran, terutamanya pada pagi hari usai solat subuh atau usai solat maghrib, sebagai kegiatan rutin dalam keluarga.
Ajaklah anak-anak yang belum boleh membaca untuk bersama-sama mendengar abang-kakaknya yang sedang membaca al-Quran. orang tua mempunyai kewajipan untuk mengajarkan kaedah-kaedah dan adab membaca al-Quran. Untuk boleh membaca al-Quran, termasuk mengetahui kaedah-kaedahnya, sekarang ini tidaklah sulit. Telah banyak metode yang ditawarkan untuk boleh mudah dan cepat membaca.
Ada metode Iqra, Qiroati dan sebagainya. Metode-metode itu telah terbukti memudahkan ribuan anak-anak bahkan orang tua untuk mahir membaca al-Quran. Alangkah baiknya membaca al-Quran ini dilakukan secara bersama-sama oleh anak-anak di bawah bimbingan orang tua. Ketika seorang anak membaca, yang lain menyemaknya. Jika anak salah membaca, yang lain boleh membetulkan. Dengan cara itu, rumah akan selalu dipenuhi dengan bacaan al-Quran sehingga berkat.
05.Menulis
Belajar menulis akan mempermudah anak dalam belajar membaca al-Quran. Ajarkan kepada anak kata-kata tertentu yang mempunyai makna. Dengan begitu, selain anak boleh menulis, sekaligus anak belajar bahasa Arab. Mulailah dengan kata-kata pendek.
Misalnya, untuk mengenalkan tiga kata alif, ba, dan dal anak diminta menulis a, ba da (tolong tuliskan Arabnya, ya: a-ba-da) ertinya diam; ba-da-a (yang ini juga) ertinya mulai; dan sebagainya.
Sesekali di rumah, cuba adakan lumba menulis ayat al-Quran. Berilah hadiah untuk anak yang paling kemas menulis. Jika anak memiliki kemampuan yang lebih dalam menulis huruf al-Quran, mereka boleh diajari lebih lanjut dengan mempelajari seni kaligrafi. Rangkaian huruf menjadi sukukata yang mengandungi erti bertujuan untuk melatih anak dalam memperkaya kosakata, di samping memberikan kesempatan bagi mereka untuk bertanya tentang setiap kata yang diucapkan serta mengembangkan cita rasa seni mereka.
Jadi, tidak hanya bertujuan mengenalkan huruf al-Quran semata-mata.
06.Mengkaji
Ajaklah anak mula mempelajari isi al-Quran. Ayah boleh memimpinnya setelah solat maghrib atau subuh. Paling tidak, seminggu sekali pelajaran sekeluarga ini dilakukan.
Tajuk yang diketengahkan boleh jadi tajuk-tajuk yang ingin disampaikan berkaitan dengan perkembangan perilaku anak selama satu minggu atau beberapa hari. Kajian bersama, dengan merujuk pada satu atau dua ayat al-Quran ini, sekaligus dapat menjadi sarana tawsiyah untuk seluruh anggota keluarga.
Pada waktu yang sama, tajuk yang akan dikaji boleh diserahkan kepada anak-anak.
Adakalanya anak diminta untuk memimpin kajian. orang tua boleh memberi arahan atau pembetulan jika ada hal-hal yang kurang tepat. Cara ini sekaligus untuk melatih keberanian anak menyampaikan isi al-Quran.
07.Mengamalkan dan memperjuangkan
Al-Quran tentu bukan hanya untuk dibaca, dihafal dan dikaji. Justeru yang paling penting adalah diamalkan seluruh isinya dan diperjuangkan agar benar-benar dapat menyinari kehidupan manusia. Sampaikan kepada anak tentang kewajiban mengamalkan serta memperjuangkan al-Quran dan pahala yang akan diraihnya. InsyaAllah, hal ini akan memotivasikan anak. Kepada anak juga boleh diceritakan tentang bagaimana para Sahabat dulu yang sangat teguh berpegang pada al-Quran; ceritakan pula bagaimana mereka bersama Rasulullah sepanjang hidupnya berjuang agar al-Quran tegak dalam kehidupan.
Sumber - Artikel iluvislam.com
Anak soleh-solehah merupakan harta yang paling berharga bagi orang tua.
Untuk mendapatkan semua itu, tentu harus ada kesungguhan yang tinggi dari orang tua dalam mendidik anak.
Salah satu yang wajib diajarkan kepada anak adalah segala hal tentang al-Quran kerana ia adalah pedoman hidup manusia.
Rasulullah SAW pernah bersabda (yang ertinya):
Didiklah anak-anakmu dengan tiga perkara: mencintai Nabimu; mencintai ahlul baitnya; dan membaca al-Quran kerana orang-orang yang memelihara al-Quran itu berada dalam lindungan singahsana Allah pada hari ketika tidak ada perlindungan selain daripada perlindungan-Nya; mereka beserta para nabi-Nya dan orang-orang suci. - HR ath-Thabrani
Sesungguhnya al-Quran ini memberikan petunjuk kepada jalan yang lebih lurus dan memberikan khabar gembira kepada orang-orang Mukmin yang mengerjakan amal soleh bahawa bagi mereka ada pahala yang besar. - QS al-Isra' (17: 9)
7M Agar Anak Selalu Hidup Bersama al-Quran
01.Mengenalkan
Saat yang paling tepat mengenalkan al-Quran adalah ketika anak sudah mulai tertarik dengan buku. Sayang, banyak orang tua yang lebih suka menyimpan al-Quran di rak almari paling atas.
Saat yang paling tepat mengenalkan al-Quran adalah ketika anak sudah mulai tertarik dengan buku. Sayang, banyak orang tua yang lebih suka menyimpan al-Quran di rak almari paling atas.
Dengan sering melihat, anak akan terpancing untuk bertanya lebih lanjut.
Saat itulah kita boleh memperkenalkan huruf-huruf al-Quran.
02.Memperdengarkan
Memperdengarkan ayat-ayat al-Quran boleh dilakukan secara langsung atau dengan memainkan kaset atau CD. Kalau ada teori yang mengatakan bahwa mendengarkan muzik klasik pada janin dalam kandungan akan meningkatkan kecerdasan, insyaAllah memperdengarkan al-Quran akan jauh lebih baik pengaruhnya bagi bayi. Apalagi jika ibunya yang membacanya sendiri. Ketika membaca al-Quran, suasana hati dan fikiran ibu akan menjadi lebih khusyuk dan tenang.
Kondisi seperti ini akan sangat membantu perkembangan psikologi janin yang ada dalam kandungan. Ini kerana, secara teori kondisi psikologi ibu tentu akan sangat berpengaruh pada perkembangan bayi, khususnya perkembangan psikologinya.
Kondisi tertekan pada ibu tentu akan berpengaruh buruk pada kandungannya. Memperdengarkan al-Quran boleh dilakukan bila-bila sahaja dan di mana sahaja; juga tidak mengenal batas usia anak.
Untuk anak-anak yang belum boleh berbicara, insyaAllah lantunan ayat al-Quran itu akan terakam dalam memorinya. Jangan pelik kalau tiba-tiba si kecil lancar melafazkan surah al-Fatihah, misalnya, begitu dia boleh berbicara. Untuk anak yang lebih besar, memperdengarkan ayat-ayat al-Quran (surah-surah pendek) kepadanya terbukti memudahkan si anak menghafalkannya.
03.Menghafalkan
Menghafalkan al-Quran boleh dimulai sejak anak lancar berbicara.
Mulailah dengan surah atau ayat yang pendek atau potongan ayat (misalnya fastabiq al-khayrât, hudan li an-nâs, birr al-walidayn, dan sebagainya). Menghafal boleh dilakukan dengan cara seringkali membacakan ayat-ayat tersebut kepada anak. Jadi latihlah anak untuk menirunya. Hal ini dilakukan berulang-ulang sampai anak hafal di luar kepala. Masa kanak-kanak adalah masa meniru dan memiliki daya ingat yang luar biasa.Menghafalkan al-Quran boleh dimulai sejak anak lancar berbicara.
orang tua harus menggunakan kesempatan ini dengan baik jika tidak ingin menyesal kehilangan masa emas (golden age) pada anak. Supaya anak lebih mudah mengingat, ayat yang sedang dihafal anak boleh juga sering dibaca ketika ayah menjadi imam atau ketika naik kereta dalam perjalanan. Disamping anak tidak mudah lupa, hal itu juga sebagai usaha membiasakan diri untuk mengisi kesibukan dengan amalan yang bermanfaat.
Nabi SAW bersabda: Demi Zat yang jiwaku ada di tangan-Nya, sesungguhnya hafalan al-Quran itu lebih cepat lepasnya daripada seekor unta pada tambatannya. - HR al-Bukhari dan Muslim
04.Membaca
Siapa saja yang membaca satu huruf dari Kitab Allah maka dia akan mendapat satu kebaikan. Satu kebaikan akan dibalas dengan sepuluh kali lipat. Aku tidak mengatakan bahawa alif-lam-mim adalah satu huruf. Akan tetapi, alif adalah satu huruf, lam satu huruf, dan mim juga satu huruf. (HR at-Tirmidzi).
Sungguh luar biasa pahala dan kebaikan yang dijanjikan kepada siapa saja yang biasa membaca al-Quran. Bimbing dan doronglah anak agar terbiasa membaca al-Quran setiap hari walau cuma beberapa ayat. orang tua penting memberikan contoh. Jadikanlah membaca al-Quran, terutamanya pada pagi hari usai solat subuh atau usai solat maghrib, sebagai kegiatan rutin dalam keluarga.
Ajaklah anak-anak yang belum boleh membaca untuk bersama-sama mendengar abang-kakaknya yang sedang membaca al-Quran. orang tua mempunyai kewajipan untuk mengajarkan kaedah-kaedah dan adab membaca al-Quran. Untuk boleh membaca al-Quran, termasuk mengetahui kaedah-kaedahnya, sekarang ini tidaklah sulit. Telah banyak metode yang ditawarkan untuk boleh mudah dan cepat membaca.
Ada metode Iqra, Qiroati dan sebagainya. Metode-metode itu telah terbukti memudahkan ribuan anak-anak bahkan orang tua untuk mahir membaca al-Quran. Alangkah baiknya membaca al-Quran ini dilakukan secara bersama-sama oleh anak-anak di bawah bimbingan orang tua. Ketika seorang anak membaca, yang lain menyemaknya. Jika anak salah membaca, yang lain boleh membetulkan. Dengan cara itu, rumah akan selalu dipenuhi dengan bacaan al-Quran sehingga berkat.
05.Menulis
Belajar menulis akan mempermudah anak dalam belajar membaca al-Quran. Ajarkan kepada anak kata-kata tertentu yang mempunyai makna. Dengan begitu, selain anak boleh menulis, sekaligus anak belajar bahasa Arab. Mulailah dengan kata-kata pendek.
Misalnya, untuk mengenalkan tiga kata alif, ba, dan dal anak diminta menulis a, ba da (tolong tuliskan Arabnya, ya: a-ba-da) ertinya diam; ba-da-a (yang ini juga) ertinya mulai; dan sebagainya.
Sesekali di rumah, cuba adakan lumba menulis ayat al-Quran. Berilah hadiah untuk anak yang paling kemas menulis. Jika anak memiliki kemampuan yang lebih dalam menulis huruf al-Quran, mereka boleh diajari lebih lanjut dengan mempelajari seni kaligrafi. Rangkaian huruf menjadi sukukata yang mengandungi erti bertujuan untuk melatih anak dalam memperkaya kosakata, di samping memberikan kesempatan bagi mereka untuk bertanya tentang setiap kata yang diucapkan serta mengembangkan cita rasa seni mereka.
Jadi, tidak hanya bertujuan mengenalkan huruf al-Quran semata-mata.
06.Mengkaji
Ajaklah anak mula mempelajari isi al-Quran. Ayah boleh memimpinnya setelah solat maghrib atau subuh. Paling tidak, seminggu sekali pelajaran sekeluarga ini dilakukan.
Tajuk yang diketengahkan boleh jadi tajuk-tajuk yang ingin disampaikan berkaitan dengan perkembangan perilaku anak selama satu minggu atau beberapa hari. Kajian bersama, dengan merujuk pada satu atau dua ayat al-Quran ini, sekaligus dapat menjadi sarana tawsiyah untuk seluruh anggota keluarga.
Pada waktu yang sama, tajuk yang akan dikaji boleh diserahkan kepada anak-anak.
Adakalanya anak diminta untuk memimpin kajian. orang tua boleh memberi arahan atau pembetulan jika ada hal-hal yang kurang tepat. Cara ini sekaligus untuk melatih keberanian anak menyampaikan isi al-Quran.
07.Mengamalkan dan memperjuangkan
Al-Quran tentu bukan hanya untuk dibaca, dihafal dan dikaji. Justeru yang paling penting adalah diamalkan seluruh isinya dan diperjuangkan agar benar-benar dapat menyinari kehidupan manusia. Sampaikan kepada anak tentang kewajiban mengamalkan serta memperjuangkan al-Quran dan pahala yang akan diraihnya. InsyaAllah, hal ini akan memotivasikan anak. Kepada anak juga boleh diceritakan tentang bagaimana para Sahabat dulu yang sangat teguh berpegang pada al-Quran; ceritakan pula bagaimana mereka bersama Rasulullah sepanjang hidupnya berjuang agar al-Quran tegak dalam kehidupan.
Sumber - Artikel iluvislam.com
Categories
Al-hidayah,
Artikel
22 February 2012
Goin Busy La Konon
Okeh, Starting diz month mamaG will be busy hal-hal peribadi gitu kan. Wah macam bizi sangat la tu kan, takpa still belum boleh lagi nak kalahkan Menteri-menteri watsoever. Ni semua sebab banyak betul plan yang suda pun dirangka (wahh perkataan tak hengat ko!) untuk tahun ni dan juga tahun depan (hurmmm, tahun tepan??!!)...
But yang paling penting sebenarnya berkaitan adik bongsu mamaG yang akan bertunang pada bulan April ni dan berkahwin (Insya Allah) Bulan Ogos tahun depan. Wah, lama lagi tapi rasa macam tak lama lagi jew.. huhuhuuhu... Wat masa ni mamaG ditugaskan dan juga mengofer diri sendiri untuk buat kat kawen adik mamaG itew. bakat dan mengupgradekan skill dalam bidang jahitan baju dan juga membuat kek sekali mendekokan kek itew. Terutamanya cupcakes! Wah, i like laaa.
Kut-kut la sedap mamaG buat, pastu pulak tetiba ter-teror kan, hah boleh bukak biz cupccakes. Wah amik ko Verrraangan gitu kan. Takpa, Insya Allah, yang penting dapat redha dan support Enchik Asben. Bagi mamaG, kalau biz cupcakes tu, selain rasa kena sedap, hiasan tu yang penting. Kreatif harusss la tahap dewa gitu kan.. Buat apa sedap kalau tak menarik tertarik, kek ko memang tak daboom kan... Haduila ni yang hormon eksaited aku ni bertambah-tambah nih.. hahahaha..
Lain-lain plan ialah menjahit baju. Yang ni memang tak payah nak katalah. Ni kan kira plan yang di brought forward dari tahun-tahun sebelumnya. Dari bujang sampailah ada anak dua nih. Aiyok!!! Hah, yang ni pun, kalau tetiba jer jadik teror menjahit baju kurung kan, hah apa lagi, korang janganlah segan-segan nak tempah kat mamaG, owkeh! (Wahh verrangan lagik)...

Sekeping Hati itu...
Seketul daging. Terisi di dalamnya dengan seribu perasaan yang kadang-kadang sukar untuk diertikan manusia, Ramai yang lemah kerananya. Memilikinya tanpa sedar akan pengaruhnya. Kenapa ramai yang suka menjadi hambanya? Menurut segala kemahuannya tanpa bertanya pada akal yang lebih sempurna.
Hati. Segalanya bermula di situ. Hati yang penuh dengan kasih dan sayang, hati yang penuh dengan rasa benci dan dendam, hati yang sentiasa cintakan kedamaian, hati yang sentiasa inginkan kepuasan. Cantik dan buruknya perilaku seseorang bergantung pada ketulusan hatinya.
Betapa sukar untuk menjaga sekeping hati.Pernah kita menjaga hati dengan sebaiknya? Atau kita sering mencacatkan hati dengan kerakusan hawa nafsu semata? Manusia mampu mencipta nama segah mungkin. Mampu melakar rangkaian teknologi yang canggih. Mampu merungkai rahsia alam yang sukar untuk ditembusi. Namun mengapa manusia ini khilaf dalam menjaga sekeping hati nan suci?
Hati seringkali dipenuhi dengan hasad dan dengki, benci dan dendam yang tidak terperi sehingga mampu mempengaruhi tangan dan kaki bergerak, berfungsi tanpa mengikut rentak akal yang diberi. Mengapa sanggup membiarkan hati yang penuh dengan amarah ini menyentuh sekeping hati yang penuh dengan ketulusan kasih sayang yang suci? Puaskah hatimu mencerobohi kamar hati dengan kerakusan hawa nafsu sendiri? Puaskah?
Kerana hati, ramai yang tersungkur, rebah menjadi hamba duniawi. Apabila diri dipuji-puji, hati kembang tidak terperi. Mencipta keangkuhan dalam hati dan merasakan akulah yang terhebat di muka bumi ini. Melayarkan sayap kesombongan sehingga terlupa untuk berpijak di bumi.
Lupa pada erti kesyukuran atas nikmat yang telah Allah pinjamkan. Hanya kerana rentetan hati yang teruji dengan pujian yang menggunung tinggi. Apabila ditegur akan kesilapan diri, dengan angkuh dan sombongnya menolak kritikan sehingga menampakkan kekejian di hati. Tertawalah si Syaitan dan Iblis kerana berjaya menghunuskan pedangnya di hati manusia yang 'mati' dari cahaya Illahi. Tidakkah kita sedar semua ini?
Ada segelintir manusia yang merasakan dirinya sudah cukup hebat di sisi Ya Rabb. Solatnya, zikirnya, ibadahnya dirasakan sungguh cukup sempurna dan mampu melintasi titian sirat dengan mudah. Sehingga menciptakan segelumit rasa bangga di dalam hatinya kerana menyangka diri tergolong dalam golongan mukmin. Jangan!
Jangan pernah berprasangka seperti ini kerana hati manusia sangat rapuh. Sangat-sangat rapuh. Allah mengetahui sejauh mana keikhlasan hamba-Nya dalam mencari cahaya cinta-Nya. Rasulullaah S.A.W sendiri yang sentiasa dilindungi Allah, yang telah dijanjikan Allah syurga Firdausi tidak pernah walau sedetik pun meninggi diri memperkatakan amalan yang dilakukan sehari-hari.
Malahan Nabi kita ini beribadah sehingga bengkak kaki Baginda hanya untuk menuntut takwa dan kasih sayang Allah S.W.T. Maka, mengapa kita yang hanya hamba-Nya yang sangat-sangat kerdil merasa bongkak dan angkuh seperti itu? Adakah kita akan merasa aman kerana secara zahirnya kita soleh tetapi hati kita sebenarnya terselingkuh di kemudian hari? Tidakkah kita takut dengan amaran Allah?
Dari sekeping hati yang suci mampu berubah menjadi onar dan duri. Hati pada asalnya penuh dengan kelembutan dan kasih sayang agar kita saling menyayangi dan melindungi sesama sendiri tetapi apa yang telah terjadi pada detik ini? Kerana dendam kita bermusuhan. Kerana dengki kita mencipta pergaduhan. Kerana marah, kita sanggup meleraikan persahabatan. Rosak binasalah hati akhirnya membawa kemusnahan pada diri sendiri.
Inilah persoalan yang membungkam pemikiran hati ini. Perihal penyakit hati yang semakin meruncing yang menggugat keimanan dan melunturkan ketakwaan. Ukhuwah yang terjalin terlerai hanya kerana terpedaya dengan bisikan hati yang sentiasa di cucuk dengan hasutan Iblis.
Jangan gunakan kebencian dan kedengkian kerana apa pun kebaikan akan bernilai negatif di mata para pendengki. Jangan dibiarkan hati terus bernanah, membusuk sehingga kebusukan itu dapat dihidu oleh orang lain. Didiklah, tuntunilah hati ini dengan madah dan kata Allah.
Bersihkan hati ini dari kata yang kelam lagi suram. Jauhkanlah hati dari nafsu dan dendam. Dikhuatiri kita terus hanyut dalam jalan yang suram sedangkan jalan yang terang luas terbentang tidak dapat dilihat hanya kerana hati yang hitam penuh kegelapan. Semoga kita terlindung dari kekejian hati. Amin.
Ketahuilah bahawa di dalam dada manusia ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya, apabila ia rosak, rosaklah seluruhnya. Ketahuilah seketul daging itu adalah hati. [HR Bukhari dan Muslim]
Categories
Al-hidayah,
Artikel
17 February 2012
16 February 2012
Pesanan utk Para Suami ~ Fahami Situasi Isteri Mengandung
Salam semua,
Tadi mamaG ada terbaca satu artikel di website nih. Pasal peranan suami ketika si isteri tengah sarat mengandung. Lepas baca artikel tu, teringat masa mamaG tengah mengandung anak pertama dan kedua dulu tuh. Encik Asben, Azman bin Tahir (Wah nama penuh lagi), memang 1st class Asben i've ever had. Muah muah muah, sayang kamu sampai akhir hayat!
Bukan nak puji Asben sendiri lebey-lebey okeh, tapi memang sangat-sangat bersyukur dijodohkan dengannya owkeh. Dia seorang suami yang sangat-sangat la penyayang, penyabar, memahami dan sooo helpful dari mula mamaG mengandung sampailah melahirkan dan sampailah sekarang ketika kami sama-sama cuba membesarkan dan mendidik anak-anak kurnia ILahi yang tidak terhingga penat dan gembira dengan kehadiran kids ni.
Dia sentiasa memberikan yang terbaik untuk mamaG dan anak-anak, tak kiralah makan minum, pakaian, keperluan, kemahuan dan macam-macam karenah 'nakal' dan menggeramkan mamaG dan anak-anak. Sekarang ni dah ada anak 2 ni lagilah penat melayan kan, tambah-tambah lagi dua-dua pun superhero dan super aktif. Stamina kena betul-betul cukup baru larat layan dorang berdua nih. Itu baru bab melayan, belum lagi bab kemas rumah, tu lagi dasyat. huhuhuhu.. Apa-apa pun, mamaG memang sangat-sangat bersyukur. Encik Asbenku, mamaG and kids luv u owez as u luv mamaG n kids. Muah muah muah.. Oppss,... tettttttt.....
Okeh tapi ini bukana apa yang mamaG cuba nak kongsikan sebenarnya.mamaG nak kongsi peranan para suami time si isteri sedang mengandung. Memang harusss sangat la tau semua nih. Bukan apa, bila si suami faham, insya Allah, tiada rasa kurang puas hati, geram, marah, pelik or watever la kan kat si isteri. Yela, orang mengandung ni, pelik-pelik sikit perangai, pe'el dan juga permintaan nih. Dia akan jadi luar biasa gitu kan.. huhuu.. Okeh, jom baca yer para Suami, moga jadi info berguna.
Apakah perkara yang perlu dilakukan suami semasa isteri mereka mengandung?
(Ni harus sangat ni, kalau taknak isteri merajuk, amal-amalkan la. huhuhuhu)
(3) Perlahan
Suami perlu tahu bahawa semasa isteri mereka mengandung, segala pergerakan mereka akan menjadi perlahan. Apabila suami membawa isteri mereka untuk bersiar-siar, berjalanlah dengan perlahan untuk menunjukkan anda memahami situasi isteri anda. Tidak perlu untuk memarahi mereka disebabkan pergerakan mereka yang lambat.
(Yeaaa, kami lambat pun sebabkan kesan 'perbuatan' korang jugak kan, sooo tunggu okeh)
(oh, Echik Asbenku harus menang Anugerah Suami terbaik nih. Neway, thanks Sayang)
(Yeaaaa, lagi sekali Anugerah Suami Terbaik dimenangi Enchik Asbenku, Horay!!)
(Hrmmm, Anugerah Suami Penyayang pun bagi menang jugak lah kpd Enchik Asbenku, Horayyyy lagi)
(Part yang ni, mamaG lagi suka drive sensorang, tak bagi enchik Asben drive, duk tepi jew jaga anak. huhuhuhu)
(9) Pinjamkan tangan anda pada isteri
Apabila isteri ingin memakan ubat, pinjamkanlah tangan anda untuk pergi mengambil ubat. Kemudian pinjamkan tangan anda untuk pergi ambil air suam di dapur.
(Owh, luv u even more, more, more and more!!!)
Tadi mamaG ada terbaca satu artikel di website nih. Pasal peranan suami ketika si isteri tengah sarat mengandung. Lepas baca artikel tu, teringat masa mamaG tengah mengandung anak pertama dan kedua dulu tuh. Encik Asben, Azman bin Tahir (Wah nama penuh lagi), memang 1st class Asben i've ever had. Muah muah muah, sayang kamu sampai akhir hayat!
Bukan nak puji Asben sendiri lebey-lebey okeh, tapi memang sangat-sangat bersyukur dijodohkan dengannya owkeh. Dia seorang suami yang sangat-sangat la penyayang, penyabar, memahami dan sooo helpful dari mula mamaG mengandung sampailah melahirkan dan sampailah sekarang ketika kami sama-sama cuba membesarkan dan mendidik anak-anak kurnia ILahi yang tidak terhingga penat dan gembira dengan kehadiran kids ni.
Dia sentiasa memberikan yang terbaik untuk mamaG dan anak-anak, tak kiralah makan minum, pakaian, keperluan, kemahuan dan macam-macam karenah 'nakal' dan menggeramkan mamaG dan anak-anak. Sekarang ni dah ada anak 2 ni lagilah penat melayan kan, tambah-tambah lagi dua-dua pun superhero dan super aktif. Stamina kena betul-betul cukup baru larat layan dorang berdua nih. Itu baru bab melayan, belum lagi bab kemas rumah, tu lagi dasyat. huhuhuhu.. Apa-apa pun, mamaG memang sangat-sangat bersyukur. Encik Asbenku, mamaG and kids luv u owez as u luv mamaG n kids. Muah muah muah.. Oppss,... tettttttt.....
Okeh tapi ini bukana apa yang mamaG cuba nak kongsikan sebenarnya.mamaG nak kongsi peranan para suami time si isteri sedang mengandung. Memang harusss sangat la tau semua nih. Bukan apa, bila si suami faham, insya Allah, tiada rasa kurang puas hati, geram, marah, pelik or watever la kan kat si isteri. Yela, orang mengandung ni, pelik-pelik sikit perangai, pe'el dan juga permintaan nih. Dia akan jadi luar biasa gitu kan.. huhuu.. Okeh, jom baca yer para Suami, moga jadi info berguna.
**************************
(1) Luangkan masa bersama isteri
Mungkin suami terlalu sibuk dengan pekerjaan yang perlu dilakukan. Tetapi mereka perlu berusaha untuk meluangkan masa bersama isteri. Ia kerana pada waktu ini isteri amat-amat memerlukan anda. Dengan hanya berada disamping isteri, ia dapat membantu untuk mengurangkan tekanan yang sedang ditanggung oleh mereka. (Ni harus sangat ni, kalau taknak isteri merajuk, amal-amalkan la. huhuhuhu)
(2) Membantu pemakanan isteri
Seperti yang anda semua tahu, pada waktu ini isteri biasanya akan mengidam. Suami sepatutnya membantu untuk memenuhi kehendak mereka. Selain daripada itu, isteri juga memerlukan makanan yang berkhasiat. Sekiranya suami membelikan mereka yogurt, madu, buah-buahan atau makanan kesihatan yang lain adalah lebih baik.(3) Perlahan
Suami perlu tahu bahawa semasa isteri mereka mengandung, segala pergerakan mereka akan menjadi perlahan. Apabila suami membawa isteri mereka untuk bersiar-siar, berjalanlah dengan perlahan untuk menunjukkan anda memahami situasi isteri anda. Tidak perlu untuk memarahi mereka disebabkan pergerakan mereka yang lambat.
(Yeaaa, kami lambat pun sebabkan kesan 'perbuatan' korang jugak kan, sooo tunggu okeh)
(4) Tidak perlu bertanya, terus lakukan
Semasa isteri anda mengandung, tidak perlulah suami bertanyakan mengenai apa yang perlu dilakukan. Apabila melihat kain banyak tidak dibasuh, terus pergi untuk membasuhnya. Begitu juga terhadap kerja rumah yang lain. Ia adalah ciri seorang suami yang baik.(oh, Echik Asbenku harus menang Anugerah Suami terbaik nih. Neway, thanks Sayang)
(5) Belajar
Semasa isteri anda mengandung, mereka akan mengalami perubahan yang besar di dalam aktiviti harian mereka. Suami seharusnya belajar mengenai tanda-tanda seperti ini. Ia akan membuatkan anda lebih bersedia sekiranya isteri anda marah-marah, terlalu sensitif, kuat merajuk dan sebagainya.(6) Membantu menyiapkan hidangan makan
Sekiranya sebelum ini segala tugasan hanya dilakukan oleh isteri semata-mata untuk memastikan suami mereka kenyang, tidak salah sekiranya semasa isteri mengandung, suami pula melakukan tugasan yang sama.(Yeaaaa, lagi sekali Anugerah Suami Terbaik dimenangi Enchik Asbenku, Horay!!)
(7) Membantu menjaga anak yang lain
Ini adalah peluang keemasan untuk suami menghabiskan banyak masa untuk anak mereka. Jangan sesekali melepaskan peluang ini. Ia adalah cara terbaik untuk mengeratkan lagi hubungan anda dan anak.(Hrmmm, Anugerah Suami Penyayang pun bagi menang jugak lah kpd Enchik Asbenku, Horayyyy lagi)
(8) Membawa isteri ke mana sahaja
Pada waktu ini, sebaiknya jangan biarkan isteri anda memandu seorang diri. Sekiranya anda mempunyai masa, bawalah mereka ke mana sahaja mereka ingin pergi.(Part yang ni, mamaG lagi suka drive sensorang, tak bagi enchik Asben drive, duk tepi jew jaga anak. huhuhuhu)
(9) Pinjamkan tangan anda pada isteri
Apabila isteri ingin memakan ubat, pinjamkanlah tangan anda untuk pergi mengambil ubat. Kemudian pinjamkan tangan anda untuk pergi ambil air suam di dapur.
(Owh, luv u even more, more, more and more!!!)
Rasa nak Bertukar la pulak...
Adoilah teriba la rasa bosan ni. apa sajalah ko ni mamaG ada jew yang tak puas hati, ade jew yang nak ditukar, CEpat benor bosan. Hurm, watever la mamaG oi. Takpa-takpa, mamaG cari luk bahan-bahan, nanti kalau dah cukup puas hati dengan bahan yang ada, mamaG tukar jew lagi.. huhuuhu, macam tak biasa la pulak kan..
Categories
Wat's up Blog
Art...
Bila bosan ni la hasilnya...
Semua ni hasil dari aps yang ada kat henpon...
Ni guna Collage aps. |
Guna ColorMe |
Guna ColorMe |
Guna Image |
CAmera360 - Edited by Irfan |
KidsFrame |
Piroro Maroon - Edited by Irfan himself. Ni aps fevret Irfan. |
Pics Art |
Pics Art (my fevret pics) |
Pics Art |
Personal Camera (aiyok, muka dah tembam!) |
Categories
Hibur Libur
Harussss owkeh!
"Owkeh, tahun ni mesti buat jugak, mamaG! Harussss owkeh! Mmm. Tapi bila ek mo start? Waduh waduh... kalau dalam masa terdekat ni rasanya memang x lah kan. Sebabnya si al-Rayyan itu mesti akan kacau punya la. Aiseh..."
Mmm, macam yang mamaG penah kata tahun ni memang xda azam baru macam orang len dan juga macam tahun2 sebelumnya, hanya ada 'upgrade' dan 'downgrade' jew. Dalam beberapa hari ni, mamaG asik terpikir mo upgrade skill jew. Okeh, untuk perkembangan kerjaya mamaG dah settle dah daftar untuk exam kenaikan pangkat, mintak korang semua doakan mamaG lulus owkeh. Tahun depan kan kantoi terkandas gitu kan. Arap2 tahun ni ada la rezeki, kalau bukan untuk mamaG, rezeki untuk anak2 la kan. Amiiiiiinnnn.....
Owkeh sambung balik before mamaG terlupa sebab masuk cerita lain. Owkeh, lepas tu mamaG dah daftar kursus jangka pendek yg kena belaja online jew. Kalau lulus dapat la sijil. Adala juga a few kursus (adoi banyak owkeh, mampu ke mampus? Huhu) dan mamaG dah start kursus tu pelan2 kat rumah bila time anak2 tengah tido tu pun kejp jela online.
Hah lepas tu kan ada a few lagi skill yang mamaG nak upgrade kan. Apa yang dalam senarai sekarang ialah mamaG nak belajar jahit baju kurung n baju melayu, belajar wat deco cakes n cupcakes n amik upah wat photoshoot editing. Dalam masa sama aktif balik biz online mamaG tu. Aiyok lamanya tu kedai online tutup. Semuanya sebab terlalu sebok konsentrat dgn famili (sebenarnya pasal si Rayyan jew pun, x blh nak buat keja langsung bila depn mata).
Sekarang ni semua list di atas tu sudah pun mendapat mandat, sokongan dan redha dari enchik Asben, cuma masalahnya (ekceli alasan juga) masa dan si YB Rayyan. Ni mamaG pelan2 tengah survey kelas2 buat deko cupcaken kek dan juga kelas menjahit di google. Ada la jg a few yg menarik dan costnya murah.
Insya Allah, doakan mamaG dapat overcome semua dugaan. Amiinnn...
Location : 1 Jalan Harmoni 8, Taman Harmoni Indah, 43300 Seri Kembangan, Selangor,
Wif luv from mamaGlam henpon via Blogaway
Categories
MamaGlam Diaries
07 February 2012
Arghhhhhhh!!!!
Arggghhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Tolong lah, i can't sleep la. Jam sekarang ni dah kul 4am. Hadoilah, wahai mataku yang kecil loteh dan sepet, sila la tutup sekarang jugak! Apasal la ekau teidak mau tutup untuk menidukan diriku????? Sudah macam-macam cobaku lakukan untuk mengisi masa sementara menunggu ekau tutup, tapi ekau tidak jugak mau tutup. Y? y? y?
Nasib baik la besok masih cuti lagi. Kalau esok kerja macam man? sapa nak jawap kalau aku termengantuk ker, terlebih lapar ker sebab tak cukup tidur? KAng tersengaja cuti la pulak sebab tak cukup tido. Haish.....Takpa, ku cobalagi untuk tidur lepas publish entry ni. Insya Allah. Okeh la, mamaG nak coba beradu lagi untuk kesekian kalinya pulak. SElamat subuh pagi...

03 February 2012
Review Klinik Pakar Mata
03/02/12 - Hari ni mamaG ada temujanji untuk review pakar mata kat hospital Serdang ni, klinik pakar oftalmologi hah terbelit jari mamaG nak taip. Huhu Arap-arap kali ni last la review mamaG. Ni pun review sebab dulu lepas bersalin mamaG kena jangkitan virus kat mata. Abis bengkak mata ni. Lama pulak tu dan effectnya ialah mata mamag jadik sgt sensitif dah tak macam mula-mula dulu, normal jer walaupun rabun. Huhuhu
Apa nak buat ujian Allah swt, mamaG terima jew. Lagipun syukur la mataini masih boleh melihat dunia kan. So buat apa merungut kan.
MamaG kat sini dok tunggu giliran since kul 10pagi sampai la mamaG wat entry kat henpon ni jam 12pm. Dah 2 jam dahni tunggun. Adoi la dah la ngantok, betri henpon lak nak abis dah. Ni time buat entry ni, kira tunggu masa henpon ni nak padam jew. Huhuhu.
Gila lama nak tunggu. Nak kata ramai orang tak jugaklah. Tapi mungkin proses nak periksa mata tu kut yang lama. Ya Allah mamaG dah lapar dahni duk tunggu ni. Padahal tadi pagi dah bedal lempeng 2 set. Dabar je la.
Ok la jumpalagi next entry.

02 February 2012
I am Touched!
Semalam, mamaG suh si Irfan pi basuh tangan dan mulut kat sinki di tandas tu. Habis comot la hah korang dua beradik makan anggur kan. Si Rayyan toksah cakap lah, dia lagi la, sampai ke baju comotnya. Apa lagi, si Irfan pun ajak la adik dia pi tandas sekali, konon nak tolong basuhkan tangan adik dia sekali. MamaG biarkan jer la, as owez :P
Makin lama tu mamaG perasan, pesal la budak berdua ni tak kuar lagi dari tandas ni? Ni basuh tangan ke basuh seluruh badan nih? Hurmmmmmm. Sekali mamaG pi la intai anak teruna berdua tuh.
Laaa, i so touched bila tengok rupa-rupanya Irfan tengah sebok ajar adik dia macam mana nak amik air wudhu sambil tangan pegang paip getah suh adik dia cuci tangan, mulut, idung, muka, telinga, lengan, kaki. mamaG tengok jer dari jauh. Ya Allah, syukur ya Allah, tak sangka melekat juga ilmu yang diajarkan pada Irfan walaupun dia ni jenis yang aktif dan malas nak bagi tumpuan kalau diajar sesuatu. Asik main jer. Syukur ya Allah, terima kasih ya Allah swt.
Okeh, lepas tu mamaG pun uji la Irfan kan. mamaG tanya dia buat apa tu? Dia kata dia tengah cuci tangan. Lepas tu mamaG pun tanya la macam mana dia cuci tangan. Sekali dia tunjuk cara cuci tangan yang dia kata tuh, dari mula sampai akhir. Memang sebiji dengan cara amik wudhu, siap cara membasahkan anggota tu p0un betul, terutama bahagian telinga, lengan dan muka. Kagum jugak la tengok dan sangat terharu. Time tu memang mamaG banyak-banyak bersyukur kat Allah swt.
So, lepas ni, azam mamaG 2012 ni nak tingkatkan lagi pelan-pelan serapkan nilai agama dalam diri Irfan walaupun dia nakal, agresif dan aktif. Insya Allah.

My Lil Hero
01 February 2012
Study Group
Hah ni snap time Irfan n Rayyan tengah study group conteng buku. Seboknyeeee sampai kena snap pun tak perasan.
Location : Silk Hwy, 43300 Seri Kembangan, Selangor,
Wif luv from mamaGlam henpon via Blogaway
Categories
My Lil Hero
Coti lagi..
Hari ni cuti hari Wilayah utk org2 yg bekerja d wilayah persekutuan. Setiap 1hb Feb tiap2 tahun. So memandangkan hari 1hb, jd coti lagi la. Adoila letih la aaik coti jer since bulan Jan lagi. Wah wah kao mamaG bila dapat cuti free ko merungut nak keja, tapi coba bila takde coti free, kao merungut jugak asik keja jer. Huhuhu...
Tau napa mamaG jadik macam ni? Ni sebabnya bila time coti free ni pastu panjang pula tu cutinya, then kena pula time tu hati tak berapa niat nak cuti, semangat membara pula nak keja time awal-awal tahun ni, dan yang paling penting hah, duit tak berapa nak cukup nak gi mana2 o nal shopping, lagilah tak rela nqk cuti lelama.
Mula la nanti kepala ni masuk air la masuk angin la. Sebabnya takda plan nak ke mana, dok umah jew. Nak ajak hubby n kids jalan2 ke KL yang dah lama tak dijejak tu, atleast ke klcc ker, tapi macam ngeri jew, sebabnya mesti time cuti2 gini, mesti ramai sangat foreigner kan kan. Menakutkan kalau bawa kids mamaG yang aktif n tak reti diam tu.
Ni baru cuti sehari. Yang merisaukan minggu depan. Cuti lama tu start ari sabtu depan sampai hari selasa. Nampaknya mamaG kena la plan some aktiviti utk kids so dorang tak boring. Hah ni la akibatnya kalau tinggal kat negeri orang, jauh dari kampung halaman sendiri. Kalau la kampung dekat jew, dan boleh naik keta je takpa gak. Ni tak kena naik flight. Takpala, rezeki masih d tempat orang. Insya Allah mgkn Allah swt tengah merancang sesuatu utk mamaG n family yg lrbih baik dan lebih besar utk mamaG n famili kan.
So, apa plan for next week ni??????
Wif luv from mamaGlam henpon via Blogaway
Categories
MamaGlam Diaries
Subscribe to:
Posts (Atom)