Okeh, hari ni mamaG cuti sebabnya pengasuh anak mamaG minta cuti dia ada appointment dengan doktor. So, kira ari ni mamaG akan bersama-sama dengan si Rayyan la 1 hari ni. So jadual hari ni ialah subuh-subuh alam lagi dah kena antar tetamu dari Sabah mamaG pi epot KLIA. Pastu terusj er anta si Irfan ke Taska di Putrajaya. Pastu bali umah, buat keja rumah la pulak. Tapi before tu mamaG ajak si Rayyan singgah sarapan pagi dulu kat Taman Warisan, Presint 16, Putrajaya. Amboi kanmain lagi dia suka, dapat berjalan ngan bebas la katakan.
|
Siap bawa bekal lagi hah.. |
|
Time ni Rayyan sebok nak kejar kucing. |
|
Hepinya dia dapat jalan-jalan |
Okeh dah samapi rumah dalam jam 9am, macam biasalah buat keja rumah. Kemas-kemas, cuci-cuci, susun-susun. Rayyan pon 'tolong' sekali. 'Tolong' hambur. Aiyok, penat la! Pastu dalam kul 10 gitu, relax-relax ngan Rayyan tengok tv sambil makan-makan. Dalam jam 11am tu dah sampai masa untuk si Rayyan tidur la pulak. Sib baik la kejap jer nak tidurkan dia. Mungkin dia penat kut tadi jalan-jalan kat Taman Warisan tuh. Udara pulak segar pagi2 tuh. Best. Hasilnya, mamaG pun tertidur sama.
kul 12-12.30 gitu mamaG terjaga, nak masak lunch pulak untuk encik asben yang akan balik kul 1pm nanti. Dah siap mkn-mkn, sambung main ngan Rayyan.
Lagipula, dah takda keja kat rumah yang nak kena buat. Kul 3.30pm gitu, masa untuk c Rayyan Tido lagi. Dan mamaG pun ikut sekali. Huhuhuhu... Masa Rayyan tido la masa untuk mamag pun berehat kalau tak ngantuk ataupun tidor. Dalam kul 4.30pm mamaG ajak Rayyan pi amik Irfan kat Taska di Putrajaya. Pastu balik la ke rumah dan ready untuk tengok tv utk drama kul 6.30pm mamaG seperti hari kebiasaan (time ni memang tak leh kacau mamaG, huhhuu). Kul 7.30pm pula dah start masak dinner. Huhuhu, dah siap kemas-kemas, cuci-cuci, dah boleh relax. Kul 10pm time to bed! Sebab besoknya keja.
Penat tapi best sebab kualiti time ngan Rayyan. Cuma yang tak bestnya tuh, susah bila mamaG bawa Rayyan keluar nak drive ke mana-mana tanpa encik Asben. Sebabnya dia akan asik nak minta dukung or duduk di riba. Ni pun dia buat juga tuh. Tawakal dan berdoa jer mamaG minta dilindungi Allah swt drp sebarang kecelakaan Walaupun mamaG tau ianya bahaya tapi terpaksa. Tau apa? MamaG drive sambil menyusu badan Rayyan dan juga drive sambil meriba si Rayyan. Tiap kali keluar. 1st tu time lepas mamaG anta tetamu mamaG di epot. Time drive ke Putrajaya untuk anta Irfan ke taska, Time tu juga la Rayyan nak menyusu badan, tanak duduk sebelah, terpaksalah mamaG berenti tepi kejap, bagi susu kejap tapi pastu drive pelan-pelan sampai ke Putrajaya yang amik masa dalam 45-50 minit.
Lepas tu time balik dari Taman Warisan, pun sama juga dia buat lagi. Kalini pun nak susu badan juga, siap tertidur lagi tuh time mamaG drive sambil susukan dia. Susah macam nih dik oi. Kadang terfikir jugak ni macam mana nak start berentikan dia susu badan. Bagi susu botol dia tanak langsung kalau mamaG ada kat sebelah dia, kan dah membazir. Dia cuma minum susu botol kalau mamaGtak ada di rumah atau di rumah pengasuh jer. Tapi kalau dah nampak mamaG tu dia mesti merengek-rengek nak susu. Balik kerja, selalunya tak sempat nak bukak tudung dia dah sebok-sebok dah nak panjat mamaG nak susu badan. hadoi lah.
Tapi syukur alhamdulillah, perjalanan driving mamaG dilindungi Allah swt.