Laman

22 December 2011

Aku Tak Perasan Kena Back Stab...

Celoteh Aku MamaGlam at 6:05 PM
Sedih kan bila kita dapat tau kita ni asik kena back stab jer oleh kawan sendiri tanpa kita sedar pulak tuh. Ya Allah, kat depan kita, dia memanglah kawan yang amat prihatin, sangat la baik, suka berbicara soal hukum hakam dalam semua perkara. Tapi dari segi memfitnah, back stab, mengaibkan orang, mengutuk orang dan menyebarkan keburukan orang lain, bagi dia tiada hukum hakamnya. Kira macam imun bagi dia.

Semua tu dilakukan di belakang kita tanpa kita sedar. Boleh pulak tu buat seperti tiada apa-apa berlaku, sedangkan dia baru sahaja mengaibkan/memburuk-burukkan kita di hadapan orang lain. Begini ka kawan yg kita nak? Kenapa aku berjumpa dengan kawan macam ni dalam hidup aku yer? Mungkin Allah swt tu nak tunjukkan kat aku kut, bukan orang macam aku jer yang hidup kat dunia yang luas nih.

Lagi sakit hati bila orang sekeliling kita yang sebelum ni baik dengan kita siap boleh gelak sama-sama, gurau sama-sama dan bekerja sama-sama tanpa sebarang masalah, seperti kawan, tiba-tiba makin menjauh dari kita. Seolah-olah ada najis kat atas kepala ni. Ini semua gara-gara penyakit hati dan penyakit mulut kawan yang ntah apa masalah tak boleh tengok kita senang ataupun baik dengan orang lain ataupun orang lain suka berkawan dengan kita dan sentiasa mengharapkan kita.

Walaupun aku lambat tahu apa yang dilakukan dibelakangku, tapi aku tetap juga memaafkan dia. Masih juga nak berkawan dan bertegur dengan dia. Kenapa ya?... Mungkin memang sikap aku yang tak pandai benci orang kut yang menghalang aku membenci dia. Dan syukurlah, aku tak melakukan hal yang sama macam dia lakukan pada aku dibelakang. Bagi aku, kalau aku membalas apa yang dibuatnya, bererti sama rendahlah taraf dan maruah aku sama dia. Aku tau, walaupun aku macam ni, tapi akhlak dan budi pekerti aku jauh lebih baik dan tinggi daripada dia walaupun tak seberapa.

Wahai kawan, moga Allah swt bukakan pintu hatimu untuk betul-betul berubah dan bukannya berubah sekejap dan berpura-pura dihadapan orang. Amin...

1 comment:

  1. skrg nie kita tgk sapa yg ramai kawan sapa yg takde kawan...hihihi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea