Laman

29 November 2011

Aktiviti Lam Keta wif kids! [Gambar]

Celoteh Aku MamaGlam at 4:32 PM 0 berbalas bebelan
Hensem tak i?

Brothers Bros


Favret port Irfan @ Bonet belakang since speaker belakang dah kena cabut.


Ekau, makan jo la keje ekau eh..


Like brother like lil bro!

ngap, ngap, ngap...

 
 
Nila kejanya bila kena tunggu dalam kereta dengan kids sementara encik asben pi kedai. Time ni malas nak turun pi kedai, tunggu lam kereta jer la. So, aktiviti dalam kereta macam biasa lah supaya kids tak meragam sebab bosan menunggu. One of fevret aktivit dalam kereta. ahhahahha. Bak kata encik Asben, "Like Mother, Like her 2 sons"... Aiyok! Watever la kan..

11 November 2011

Busy Month of The Year!

Celoteh Aku MamaGlam at 10:30 PM 0 berbalas bebelan

Okeh, esok (12/11/2011) mamaG akan berangkat pulang ke Kampung halaman di Beluran, Sabah untuk menguruskan persediaan majlis perkahwinan adik perempuan mamaG. So, targetnya memang bizi gila la nih dan penat tu memang tahap gaban la kan.  Kali ni kami akan balik agak lama jugak la, dekat 10 hari gitu kan. SEbabnya Emak mamaG dah pesan awal-awal lagi suh balik awal seminggu gitu kan, sebabnya belum coti skool, jadi tak ramai yang dapat datang nak tolong sangat.

Tapi memang terasa sangat la sibuk dan penatnya bulan Oktober dan November berturut-turut nih. Sibuk dengan beberapa program di pejabat yang sentiasa berstatus “Segera”. Tiap-tiap minggu pasti ada hari tu mamaG kena stay back.

Ni pun, mamaG balik lambat jugak hari nih. Barang-barang tak packing langsung lagi. Tak larat dah, tadi balik pun, rehat, makan, mandi pastu dah tak larat dah nak stay untuk packing barang. MAmaG pesan jer kat enchik hubby nak packing esok pagi jer la. Sempat lagi kut kalau mamaG bangun dalam jam 5pagi untuk packing apa yang patut sebabnya flight pun kul 3pm. Lagi pula mamaG dah buat web check in dah, so tadak masalah la.

Okeh la, mamaG nak tido la yer. Nak rehat bek bek, sok pasti lagi penat sebab konfom kids tak reti nak diam dalam flight. Hurm… Okeh, See ya!

Assalamualaikum..

07 November 2011

Hepi Quality Time Wif abang Irfan

Celoteh Aku MamaGlam at 11:34 PM 1 berbalas bebelan
Ya Allah, bosannya time ujung minggu nih. apa nak buat ntah lah ngan kids ni kan. Okeh, pagi tadi dok terfikir nak pi market nak beli few barang dapur la konon kan. ekceli dah beberapa hari dah mamaG terfikir nak masak kek kukus. Teringin la pulak. So apa lagi pi la beli barang-barang utk buat kek. Ni la mamaG, barang-barang dah ada complete dah tapi masa la pulak tak berapa nak cukup. Ada je hal kat umah nak kena buat. 

Apalagi, pada malam yang bosan ni, kids, hubby n mamaG dah blur dan bosan taktau nak buat aktiviti apa dah kat umah. Nak ajak kuar macam malas la pulak kan. so, time tu jam dah menunjukkan kul 11 malam tapi ntah napa kami semua rasa macam malam tu masih awal lagi. encik hubby sebok tengok tivi, ntah cerita apa ntah yang pastinya mamaG tak berapa minat nak tengok, kids pulak sebok 'mengemas' bilik dorang sampai tertidur-tidur si kecil Rayyan kat atas kotak mainannya. boleh pulakla tido macam tu kan. 

Lepas letakkan c Rayyan kat tilam dia, mamaG pun ajaklah Irfan buat kek kukus. Wah, bukan main riuh dan banyak soalan betul anak bujang aku ni lah. "Umi, ni apa?", "Umi, Kita buat pa ni?", "Umi ni tepung ker?", "Umi, napa nak buat kek?", "Umi, Sedap ker ni?" "Umi, ni Irfan boleh makan?", "Umi, Irfan tolong boleh?", "Umi, biarlah abang buat pula", "Umi, bukan macam tu la" "Umi, pukullah laju-laju, apa la Umi ni.."..  "Umi, Bila boleh mkn nih?".

Hadoilah, kepoh tul la dia nih. Tapi alhamdulillah kek kukus cream cheese mamaG dan irfan menjadi juga walaupun senget sebelah sebab belanga kukus tu rupanya tersenget tp tak perasan. Yang paling penting, Sedap!! 


tengah seebok menghias kek.

Irfan bergambar macho ngan kek yg dia hias sendiri.



Tadaa, kek made wif luv from irfan n umi.  (habis setompok dituang aku punya sprinkle)




  O ya, baru mamaG ingat mamaG buat ni juga ngam-ngam time bday emak mamaG kat Sabah tuh. Sedap jugak kek mai buat nih, habis malam tu juga. 

Akhirnya, selepas segala penat dan kegigihan kami buat kek terserlah, malam tu semua orang dah kenyang ngn kek yg sedap tu, semua pun tidur jam 3 pagi. Esoknya semua bangun lambat, ekekeke... 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea