Salam semua, Selamat hari raya Aidilfitri.
Ni dah berapa kilos babat korang simpan sempena raya nih? hahaha.. MamaG naik sekilo jer. Alhamdulillah, Naik sikit berat ni, ni pon nak naikkan lagi sampai jadik berat ideal (51kg).
Okeh la, ni nak cerita pasal Re-U mamaG dengan kawan-kawan skool mamaG time Skool rendah kat kampung nih. wah, hah bukan senang nak re-U ngan kawan kawan time Sekolah Rendah kan. Hehehehe, tapi kawan-kawan skool rendah mamaG ni la jugak kawan skool menengah mamaG. Dari Darjah 1 sampai ke darjah 6, menyambung lagi ke Form 1 sampai ke form 4 Science, kitorang still lagi kelas yang Sama. Lebih kurang adalah dalam 25-30 orang yang masih kelas yang sama.
So, kira tak merasa sangat la kawan baru kan. Yela, abis asik-asik muka ko jugak yang dihadap kan, dari darjah 1 sampai la form 4 Science. Form 4 tu mamaG kena pindah sekolah baru after 4 month later. So, memang masak sangat la dengan perangai-perangai nakal kawan-kawan mamaG nih. Tak kira juga yang mulut puaka kan..
So, Nak dijadikan cerita, hari Raya ke-2 hari tuh kami pun buat Re-U kat rumah mamaG. Kalau ikut plan asal, nak re-U kononnya kat Sekolah rendah kami tuh n bawa pot luck Raya masing-masing. tetapi tak jadik sebab ketua kelas kami time skool rendah tu tak sempat nak minta izin dengan Guru Besar Sekolah. Mmm, kalau dapat buat kat skool tu kan best, boleh mengimbau balik kenangan nakal-nakal time skool tuh.
Okeh, time re-U baru-baru ni yang wat kat rumah mamaG, memang lucu. Yelah dah la tak ramai dapat datang kan. Ei, menci tau. berkobar-kobar yang len-len ni nak datang tau. Siap sindir-sindir la gi hah, sekalinya ramai jugak yang tak datang. Yang datang sekalinya 4 orang jer termasuk mamaG ni daripada 10 orang yang kata konfom pi.. Haish..
Tapi takpa, itu tidak mematahkan semangat kami nak ber-re-U ni, wahh gitu kan.. Walaupun 4 orang ja yang ada tatapi tataplah (nah slang Sabah sudah) havoc jugak okeh. Memandangkan yang hadir tu memang mulut becok ala kepochi kan. Pot pet pot pet je keja, gelak takyah kira la, memang kuat la kan. Umi mamaG dok kat meja makan geleng kepala jer tengok kitorang. Mungkin kat kepala Umi mamaG dok fikir ni, “tak berubah lagi perangai budak-budak ni”.. hihihihi..
Macam-macam topik keluar. Dari kenangan lama kat skool sampaila hal rumahtangga. Hahaha.. Hurm, best la dapat jumpa kawan lama nih. Masing-masing dah berubah, melanngkah ke fasa yang baru. More matured. Yang lucunya, Dorang ni masing-masing membawa air jus buah dan coca cola berbotol-botol tak hengat!. Gila banyak! Sudahnya suma tu jadi hak milik mamaG.. Ekekeke..
Ini La seja yang hadir pon. Termasukla ketua kelas, Jasnikah Jeppy masa kat skool dulu.
Aduh muka penat mamaG terserlah gitu kan. Mana taknya, masa raya kedua nih, subuh lagi dah kena gerak dari umah mak mamaG ke Rumah mak mentua mamaG pulak sebab kena tolong prepared utk open house. Lepas tu, tengah hari kena pi beraya ke rumah kuarga Ayah mamaG, pastu petang lak kena berkejar balik ke kampung mak semula untuk prepare majlis re-U ni. Walaupun penat, tetap hepi sebab dapat jumpa kawan-kawan lama. Bak kata ketua kelas, “geng karas”.. Hahaha.. Kitorang memang rapat dari skool rendah sampailah skool menengah..
Ni Pic BFF mamaG since skool rendah lagi sampai sekarang.
Dari kiri Faradilah (Pa’au), MamaG (Lijed) dan Dewi Hartini (Tinie). Kami ada 4 orang sebenarnya tapi yang sorang lagi (Mazlinah @ Maz) ada hal tak dapat nak datang. Tu kalau datang jg yang sorang tu, memang bertambah gempar la rumah mamaG.
Time skool dulu, group kami berempat ni memang la kira fofular la juga kat skool kan. Fofular dengan kekepochiannya, gelak besarnya dan juga memang sangat aktif sukan dan kesenian. Kami berempat salu jugak jadi wakil untuk nyanyi kumpulan nasyid. Say what?!! Nasyid??!! hah, betul tak tipu punya tau. Walaupun kami ni kasar orangnya (Ekceli 2 orang kasar, 2 orang lagi tu manja), mulut pula agak puaka sikit, tapi kami pun aktif jugak ni nasyid. Kira kadang-kadang tu menginsafi diri la jugak kan.
Fara tu jenis yang aktif, kecik jer orangnya, cepat panik , suara sedap kalau nyanyi, kalau bercinta, memang la setia gila nih time skool, sangat minat dgn KRU dan suka sangat baca komik (dialah yang supply komik kat kelas kalau boring belajar), tukang ketawa jugak nih, orangnya kecik jer tapi suara besar gila. Yang Tinie pulak, jenis yang manja, ayu, lembut jer, ramai bopren, tapi kalau gelak memang mengilai habis la, mulut memang puaka nih, kalau cakap main lepas ikut sukati dia ja, dia ni kira yang suka menggedik-gedik nih, tang mata dan bibir tu yang mahal tuh, gila ‘hot’ mata ngan bibir dia, sesapa mesti cair punya la (Ahaks!).
MamaG pulak jenis yang kasar, aktif, suka belajar, mulut puaka juga kalau marah, suka ketawa, suka buat hal sendiri, lebih kepada kesenian dan sukan, bopren time tu sorang tu pun sebab boring, kwn2 len dapat bunga time valentine (ekceli dapat juga tp tak suka), dating sana sini, hepi jer, so mamaG pon nak jugak la. hihihi (padahal tak berapa suka bopren2 ni, rimas). Tapi pastu jumpa bopren yg bek hati kena di jiwa. hihihi. Ok la tuh, On Jer.
Mazlinah ni pula jenis manja, aktif sukan jg, mulut boleh tahan puaka juga tapi bertempat, tenang jer, relax jer. Bopren pun ramai jugak tak silap. Ramai peminat la Mazlinah dan Tinie nih.. MamaG time tu tak ramai peminat sangat, setakat secret admirer tu adala. Mungkin sebab mamaG ni kasar macam tomboy, yang Fara pulak mungkin sebab dia kecik kut macam budak skool rendah jer. hiihihi..
Kalau sukan pun aktif jugak. Masing-masing dengan acara masing-masing. Tapi yang paling tamak skali, mamaG lar. Hahahaha, semua jenis sukan mamaG nak masuk. Hahaha.. Gila sukan. Dan aktiviti paling kami suka ialah … M.A.K.A.N.
Ya Allah, tak kira la time bila kan, makanan tu sentiasa ada ja jadi bekalan. Time belajar pun makan, time main pun makan, time praktis pun makan, time bercinta (bercinta??!!!) pun makan jugak. Hahaha, tapi jangan pandang kami ni nakal, akademik tinggal tau. Kami pun pandai jugak tau. Kalau tak, takda la asik masuk kelas A dari skool rendah sampai la menengah kan. Cuma main main tu lagi banyak la daripada belajar kan. Kalau study group lagi la, muka kami berempat ni memang tak bley harap. Study 30 minit, pastu makan 30 minit. Sambung 30 minit, pastu gossip 1 jam. Sambung 30 minit study, pastu mainnnn je terus.. Lupa dah buku.. Sebok menyakat orang sana sini.. Ekekeke..
Okeh, sebut pasal bercinta, toksa cakap la. Masing-masing memangla ada bopren masing-masing kan.. Tapi yang wa salute ama bff mamaG yang tengah pegang anak dalam pic tu. Fuh, dia punya bopren, ramai woo.. Taktau macam mana dia handle. Gila ramai, pujaan ramai la katakan. Nama dia Dewi Hartini. dewi tu, memang sesuai dengan nama dia..
Dulu kami ni kira selalu juga la kena denda sebab salu wat bising, makan lam kelas, kadang-kadang tu time cikgu mengajar, kami dok sebok usha baik punya boys kelas blok sebelah. Siap signal-signal lagi. hahaha, gila nakal. MamaG ingat lagi, sampaikan ada sorang cikgu ni kata “saya pelik la kenapa la korang nibila saya mengajarkan, kepala korang mesti terpusing ke arah blok sebelah dengan kusyuknya pulak tuh”.. “Nak kata Cikgu ni tak hensem, mmm, cikgu memang hensem dah pun, ntah apa la yang ada kat blok sebelah tuh”.. Tu pun kami tak perasan jugak Cikgu dok mengata kami tu. Sebab sebok and konsentret sangat mengusha budak blok sebelah.. hihihih..
Ya Allah terlepas rasanya rindu dengan BFF mamaG ni. Salu kontek dalam FB atau call/sms ja. Ni bila dah berjumpa, ketua kelas suruh diam pun, memang tak kena layan. Ekeeke..
Apa-apapun, walaupun kami berlainan karektor, tapi bila bergabung, nah huru hara skool. Suara ketawa kami jer yang kedengaran. Kami pun bukan jenis kacau orang, tak peduli pun apa orang cakap pasal kami asalkan kami tak ganggu orang dan tak susahkan orang.
Hurmm, kan best bila kita jadi macam time skool dulu. Tak stress sangat pasal hal-hal orang dewasa nih. Ni bila dah dewasa, new fasa, waow, macam-macam hal kena fikir kan. Barulah kita tau apa yang parent kita dok peningkan sangat tu tambah lagi nak uruskan anak-anak yang nakal. Memang mencabar, terutama bagi parent yang berkerjaya.
Neway, dah panjang dah mamaG membebel ni dan rasanya dah hampir-hampir lari dari tajuk dah ni, so bek mamaG cut my story short for now lah. Len kali kita cerita lagi..
Hurmmmm.. (sambil menongkat dagu, mendongak ke atas, pejam mata, membayangkan kenangan time skool dulu..).. Bestnyaaaa…
0 berbalas bebelan:
Post a Comment