Laman

04 January 2016

Do sumting Else Pliss..

Celoteh Aku MamaGlam at 11:38 PM 0 berbalas bebelan

Sindrom jugak ni kalau da jadik macam ni... Plisss sila faham signal jika dia bersikap begitu... u know it but u still do it... u know wat its mean???

....................... derrrr.....



Sempat membebel via Blogaway 😘

Hanya Yang Penting2 Sahaja

Celoteh Aku MamaGlam at 11:34 PM 0 berbalas bebelan

Yang penting penting sahaja... In shaa Allah. Pesanan untuk diri ini jugak...



Sempat membebel via Blogaway 😘

Bukan Hati...

Celoteh Aku MamaGlam at 11:31 PM 0 berbalas bebelan

Tapi waktu kecilku, parut dihatiku lagi banyak daripada parut di kakiku atau di mukaku atau di tangan ku atau di badan ku... pendek kata, parut yang tak nampak lagi banyak daripada parut yang boleh dinampak.

Walau selama mana masa telah berlalu, walau sejauh mana kita telah pergi, walau segembira mana kita hari ini, takkan dapat menghilangkan parut dihati sebagaimana kita dapat menghilangkan parut di kaki atau di muka atau di tangan atau di badan seiring dengan masa yang berlalu.

Walaupun mulut kita selalu saja mengakui bahawa kita dah lepaskan kisah lama, kita da move on daripada kisah sedih, kita dah tak kisah dan dah lupakan pun kisah yang menyebabkan parut dihati tu... tapi pernah tak kita menilai semula dan mengakui bahawa sejauh mana sebenarnya mulut dan hati kita ni sehaluan? Sejauh mana redhanya kita melepaskan melupakan sesuatu kisah itu? Betulkah hati kita benar benar tulus redha? Ada jawapan? Hurmm konfem tak pasti kan...

Sebab tu ada ketikanya kita terperangkap dengan kisah silam. Ada ketikanya kita terasa bersalah dengan diri sendiri. Ada ketikanya kita menyalahkan sesuatu punca kisah silam tu. Ada ketikanya kita rasa kita nak kembali ke masa silam tu dan cuba mengubahnya agar tiada parut terkesan di hati kita dan kita juga sedar kita tak boleh mengubahnya kisah silam.

Adakalanya kita tak sedar, kita sedang berubah menjadi lebih cekal daripada diri kita sebelum ini. Cuma kita tak sedar. Kita tak sedar diri kita dah berubah kerana kisah silam tu. Kita yang tak sedar. Diri kita yang tak sedar...



Sempat membebel via Blogaway 😘

Allah swt lebih tahu

Celoteh Aku MamaGlam at 11:12 PM 0 berbalas bebelan

Sebab tu juga la kot aku da kurang selera nak share cerita kat blog sejak pindah ke labuan dulu tu.. so much story to share tapi sampai skang takda pun share crita suka duka masa d labuan... kalau tengok entry untuk tahun 2014 memang hampir hampir je tak ada... huhuhu.. ntah la...

Kadang kadang da buka da apps nak start buat entry, tapi sekerat jalan terus discard je la entry.. tak jadik nak post. Entah napa.... only Allah swt know kut...



Sempat membebel via Blogaway 😘

03 January 2016

Kau Mampu...

Celoteh Aku MamaGlam at 4:35 PM 0 berbalas bebelan

Betul ka aku mampu? 2014 dan 2015 memang banyak untuk dikenang dan dipelajari supaya tahun 2016 ni dapat dihadapi dengan lebih tenang dan kurang air mata. 2014 dan 2015 ujiannya terlalu getir bagi insan seperti aku. Keyakinan terhadap diri tu macam dirobek robek bila menghadapi ujianNya yang bertimpa timpa... bersendirian dgn anak2 jauh dari orang tersayang dan keluarga, serasa macam kehilangan tulang belakang dan hampir memadamkan senyuman dari hati dan juga jati diri. Siapa aku.... belum ditambah lagi dgn masalah masalah lain yang harus diuruskan sebagai anak yang sulung kan...

Bila dikenang balik, mcm mana aku boleh hadapinya. Dari mana aku dapat kekuatan utk hadap semua tu....

Tentulah dari orang orang yang menyayangi aku kan kan kan.. walaupun jauh, tapi orang orang yang sayangkan aku ni selalu ada bila diperlukan... bila dipanggil... syukur alhamdulillah...

mungkin Dia nak bagi aku tambah kuat dan tak bergantung harap sangat... nak bagi aku tau dan tengok siapa yang orang orang yang sayangkan aku tu. Yang selalu ada walaupun jauh. Yang tak sanggup tengok aku bersedih atau tersungkur sendiri. Yang selalu ada untuk bagi semangat dan ceriakan aku untuk aku terus hadapi ujianNya dengan berlapang dada... it's hard tapi aku boleh lakukannya kan.. pelan pelan bangun... lagipun mungkin juga Dia nak tunjukkan yang aku ni bukannya kuat sangat pun.. huhuhu...

Jadiknya, termengarut da cerita petang ni... hihi.. len kali la sambung yek...



Sempat membebel via Blogaway 😘

Bulan

Celoteh Aku MamaGlam at 4:18 PM 0 berbalas bebelan

Sejauh mana pun kamu semua, aku harap bila kita tengok bulan yang sama di tempat yang berbeza dan jauh, aku harap kamu akan nampak aku dan kenangan kita tika bersama. Sebab tika aku memandang bulan, aku pasti akan teringat dan terkenangkan orang orang yang aku sayang dan kenangan bersamanya...

tika itu aku mendoakan agar kalian semua baik baik sahaja dan sentiasa dilindungiNya. Aku juga selalu berharap kita akan dapat berjumpa lagi dan mencipta kenangan baru untuk dikenang dengan senyuman dari hati yang gembira.



Sempat membebel via Blogaway 😘

Berangan

Celoteh Aku MamaGlam at 4:10 PM 0 berbalas bebelan

Hobi mamaG memang suka daydreaming. Berangan itu salah satu skill terhebat mamaG.. wahahaha...

Ada orang kata berangan itu tak elok. Buang masa. Angan angan tak suda.

Yup betul tu. Memang kalau nak berangan kena gunakan masa yang ada. Dan angan angan tak pernah berhenti dan tak pernah sudah sudah selagi kita ada masa untuk berangan dan nak berangan.

Yang tak eloknya berangan ni bila terlalu banyak sangat masa digunakan untuk berangan sampai lalai dan tak pedulikan hal lain. Dr pagi ke malam berangan pastu sambung balik siang pastu sambung lagi berangan malam pastu buatnya idok kan.. hah itu baru la namanya tak elok dan buang masa berangan..

Kadang kadang kita perlu pasang angan angan.. tak tinggi pun tak apa asalkan ada angan angan.. angan angan yang tak berapa tinggi tu la sebenarnya boleh jadi pemangkin ataupun motivator kita untuk capai sesuatu.. ni nak bagi contoh la kan...

Contohnya bila kita nampak satu handbag yang sangat sangat la terberkenan di hati kan tapi mahal yakmat ko! (dah kenapa bagi contoh handbag pula??... eh sukati la kan.. haha)... okeh back to handbag guys hello hellooo.. hihihi... biasala pompuan ni (eh taktau la orang len kan.. tapi kebanyakannya mcm tu lerr..) kalau ada yang terberkenan di hati sangat sangat tapi berapa nak dapat dimiliki, hah mula la diri tak berapa nak keruan.. terbayang bayang jek.. tergiang ngiang jek.. tershashul shahshul... hihhi..

Kalau kena orang yang nekad nak jugak bende tu. Konfem akan pasang niat dan angan angan.. cane pun mesti nak beli gak benda tu... lambat pun takpa janji beli gak. Tak kira! Titik! Hahaha... jadik tau kat mana angan angan ni main peranan? Hah time time macam ni la...

Time ni la orang akan coba menjadikan angan angannya jadi kenyataan.. dengan menyimpan duit... sanggup tu posa ganti posa sunat bagai... cut bajet makan hari hari... sebab nak simpan duit katakan. Nak beli apa yang dihajati gituu..

Hah ko nampak apa yang suatu angan angan tu boleh buat kat seseorang? Hah nampak kan... tapi ko jangan la berangan angan nak gi bunuh orang pulak kan pastu berusaha nak ia jadi kenyataan.. bahaya tu... itu angan angan tak sihat namanya... 

Itu kalau berangan nak kan sesuatu benda. Lain pula kisahnya kalau berangan nak kan seseorang... hurmmm.. it can be complicated or happily ever after to make it come true.
Why? Okeh kalau kita berangan untuk memilik seseorang yang telah dimiliki orang lain, dat's complicated...  hentikan la cepat cepat angan angan tu... sebelum ianya melibatkan tekad sebuah hati... sebab kalau da melibatkan tekad sebuah hati, nescaya kita sendiri tak dapat nak control angan angan tu. Even otak kita sendiri da tak sehaluan dengan hati... sebab hati dah tekad da taknak da dengar kata kata si otak..

lain la jika seseorang yang kita angankan itu tidak dimiliki orang lain... untuk melaksanakan angan angan itu mungkin hanya perlukan sedikit usaha dan doa, selebihnya berserah kepada takdir dan jodohNya.

So so so, korang suma.. teruskan la berangan yang baik baik.. in shaa Allah semuanya baik baik sahaja...



Sempat membebel via Blogaway 😘

Hello Weekend...

Celoteh Aku MamaGlam at 3:46 PM 0 berbalas bebelan

Ello weekend... ini weekend pertama dalam tahun baru ni sebelum kita memulakan rutin harian kita seperti tahun yang lepas kan kan kan.. kejap ja rasanya cuti yang kononnya pajlnjang tu kan. 2 minggu cuti rasa kejap je masa berlalu...

Ari ni just chillin menikmati ujung minggu dengan anak anak. Lagipun diri ini tak berapa nak sihat sebenarnya. Sakit kepala sedang menjengah diri iney... jadik layankan je la sikit sikit.

Sikit sikit? Boleh gitu kan... Hihihi ye la. Sakit ni kadang tak boleh nak layan sangat pown. So tugas sebagai suri rumah sepenuh masa di kala ujung minggu tetap juga dilaksanakan.. wah ayat skema hahaha... agak agak bingit kepala tu berenti jap kan...
Jap gi nak prepare minum petang lak.. enchek suami da nak balik dari kelas da ni.. dunno nak wat apa utk minum petang kali ni. Dun have any idea pun nak buat apa. Yang pastinya teh O suam kena ada....

Nak buat lempeng kentang ke? Cekodok udang ke? Kuih onde onde? Alaa onde onde tak da kelapa parut la pulak kan... adeh.. dah la sedap kalau makan time petang nak ujan ni kan... hurmmm nak masak apa lagi ya??...

Okeh la kengkawangku, sambung nanti k. Bagi iols pikir dulu nak masak apa ni hah.. huhuhu...

Have a wonderful weekend uols..



Sempat membebel via Blogaway 😘
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea