Laman

01 August 2012

Marion n Me

Celoteh Aku MamaGlam at 3:45 PM 168 berbalas bebelan

Hah, cer teka anak sapa pulak ni mamaG celop bergambar sama? Cer teka... Hahaha, yg kenal tu konpem la tau kan... Hah, ni la diaanak pegawai mamaF. Kiut kan... Nama dia Marion Lorelai Miseh binti Martin Luther Miseh... Dia ni kan special sikit tau.

Tau mende? Hah, mami dia asal org Sarawak, dadi dia pula org Sabah. Borneoan gitu kan.. Gabungan dua negeri etnik. Walaupun muka Marion ni nampak garang jew (copycat sebiji muka dadi dia), tapi dia ni sangat la peramah jugak tau... Malu tapi mau... Hohoho... Kiut kan kiut kan.. Luv her...

 

25 July 2012

Pagiku...

Celoteh Aku MamaGlam at 7:48 AM 0 berbalas bebelan

Pagiku di ofis.... Rutinnya haruslah amik gambar... Pada yg meluat, mintak maaf la yer... Tak kacau kan... Ni kan blog aku, sukati aku la kan... Hahaha..

20 July 2012

Kelab Orang Tak Pernah Pi Pavillion, Kuala Lumpur

Celoteh Aku MamaGlam at 5:13 PM 1 berbalas bebelan
Hah, ada ku kesah kan Jemah.. Ni penah dengar tak Kelab nih?... For Sure la tak penah kan.. Sebabnya kelab ni baru je ditubuhkan time mamaG dan geng kursus baru ni. Hari tu ditubuhkan, hari tu jugak dibubarkan.. hahahaha, cane tu??? 

Ni alkisahnya mama tersebut la kisah kan.. Rupa-rupanya geng-geng mamaG time kursus ari tu, rupanya tak pernah gi Pavillion. Dok lalu depan Pavillion jew. Tengok daru tingkap keta jew katenye.. Jadik, bila citer punya citer, laaa, ingatkan mamaG sorang jew yang tak penah pi Pavi tuh.. Rupanya semua pon tak penah pi.. Apa lagi, memandangkan jadual kursus time malam tu, tadak apa-apa aktiviti, so Kelab Orang Tak Penah Pi Pavilion pun ditubuhkan la. Ahli-ahlinya lebih kuran 7-8 org rasanya. Punyala semangat nak pi Pavi tuh. HOhohoho... Tempat orang glamer-glamer tuh.. hohohoho..

So, malam tu pun, abis je kelas, lepas dorang-dorang ni solat (mamaG 'bercuti, hihihi), terus jela pi pakat-pakat nek LRT nak ke bukit bintang, konon nak menyinggah ke Sungai Wang.. Wah, dah lama tak jejak kai kat Sungai Wang sejak dah ada anak.. hohohho Adalah dekat-dekat 3-4 tahun gitu... Punya la pesat skang area tuh.. MAcam-macam ade.. TEruja mamaG nak jenjalan... 

 Ni la antara ahli-ahli kelab nih.. hohohoho


Siap posing2 lagi hah. Pantang Betul la..

Lovee dis pics... Wif Kak Masina.. 



Tu diaaa... 
Kebetulan ada Fashion Show.. Mak Ai, model... 
Pastu, terjumpa ngan Penyanyi Imad ni.. Giler sporting dia.. Siap buat lawak lagi.. hohoho

So, memandangkan, kelab ini telah berjaya menjalankan misinya, maka malam itu jugak kelab ini dibubarkan.. Sebabnya semua dah dapat pi Pavillion akhirnya. hahahaha..

Minggu Yang Bizi..

Celoteh Aku MamaGlam at 4:58 PM 0 berbalas bebelan
SAlam Semua,

Ya Allah, lama betul la tak update blog nih.. Dah berhabuk dah ha.. hohoho... Beberapa minggu ni mamaG memang la bizi memanjang. Semuanya urusan rasmi opis. Sampai tinggal hubby dan anak-anak.. Bukan pi mana2 pon tapi bizi menguruskan event, meeting dan juga kena pi kursus.. Hurm, memang terasa sangat keletihannya pon.. Tapi apa nak buat kan, urusan kerja, periuk nasi kan.. Nasib baiklah dan sangat-sangat la bersyukur dianugerahkan Suami yg sangat memahami dan sentiasa bertolak ansur dengan iterinya ini.. Makasih, Syang.. Lubyu more n more n more..

Okeh, ni beberapa pics masa kursus yang terakhir iaitu Bengkel Pengurusan Pelupusan Fail Kerajaan, 16-18 Julai 2012 di Hotel Ancasa, Kuala Lumpur, kerjasama ngan Arkib Negara. Ini pun cilok dari FB kawan.. Thanks my pren...

 
Hah, Macam betul je kan. Padahal time tu sebok dok baca online komik febret mamaG kat Tablet. Tetapi nak wat cane, kamera on, so automatik terjadi gitu.. Ewahhh...
Ooo, yang ni tadak belakun punya.. Memang betul2 cemerlang dorang ni.. Hohohoho.. 

Wahh, beria jer konon kan tengok keje org, padahal tengah berlakun time ni.. hahahaha... Bosan... 

Barisan Penceramah dari Arkib Negara yang banyak membantu kami menguruskan pelupusan fail nih.. Terima kasih yeee.. 

Okeh, nak cerita pasal hotel Ancasa ni pulak ek.. Hotel ni dulu dikenali dengan nama Hotel Impiana. Tapi ntah la mungkin dah bertukar management kut, jadi nama pun tukar gak la kut.. Okeh, bilik hotel, so far memang selesa. Dekorasi memang moden. Tandas pon sangat selesa dan bersih giler. Walaupun tadak bath tub, but still sangat best.. (ntah apa la yg dimaksudkan dengan best tu kan).. Tak dapat nak amik pics, sebabnya tadak mood time tu, penat sangat kan, tak berenti urusan rasmi... 

Pastu, pasal makanan pulak, boleh tahan la.. tak berapa banyak pilihan but sedap la.. Semua masakan melayu. Tadak pon western.. Kalau adapun, spegeti tu jela, yang lain tu masakan melayu. Sambal tempoyaknya, fuh, giler sedap.. hahaha... Dan, lagi satu mamaG peratikan kan, cafe hotel ni selalu jer penuh la, tak kiralah time breakfast , lunch or dinner. Siap kene tunggu to be seated lagi hah.. Sabar jela.. Nak kata, makanan kat cafe tu byk pilihan, tak juga. Sedap pun, ala-ala ok lar.. Tapi tiap kali makan time mesti ramai orang.. Dan foreigner memang sangat ramai okeh.. Time tu, Korean la yang ramai pun... Huhuhuhu..

Okeh la, len kali sambung lagi. Byk lagi pics nak post kan tapi semua pics ada dalam henpon Iphone. Paham-paham jela iphone ni kan, leceh kalau bab-bab nak transfer2 ni kan.. Kalau nak senang pun, transfer driphone or ipad je la.. hohoho..


29 June 2012

Photolergics vs Photogediks - Officemate

Celoteh Aku MamaGlam at 3:52 PM 0 berbalas bebelan

Nak buat macam mana, it's in DNA... Photolergics? Photogediks? Wateverrrrr....

MamaG: hari terakhir kak Ina (tudung hitam putih) di opis. Wish u a goodluck my dear. Gonna miss ur celoteh ye mek. Gonna miss my beauty dan fashionista advisor. Lepas ni nak share ngan sapa lg ek pasal fashion n beauty? Muah muah muah...

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Projek Tengah Malam

Celoteh Aku MamaGlam at 9:58 AM 8 berbalas bebelan
Wah xsedar dah kul 1am la. Time to sleep ni. Ni la jadinya bila buat projek tengah malam ni. Startnya lambat jadi siapnya pun lambat juga la.

Tadi mamaG dok siapkan homework kelas jahitan. Boleh la. Alhamdulillah. Pastu sambung jahit sarung bantal kids tu. otomen, dah x sesabar dah dorang nak pakai.

Haila, biasalah kalau working women ni, kena wat projek tengah malam time kids dah tido. Supaya tiada gangguan dan keje pon siap cepat jew. Hoho. Ingat tak pasal mamaG ada cerita pasal mesin jahit jenama Brother yg mamaG baru unpack semalam? Hah, ni la baru try nya pon. Alhamdulillah, sgt senang nk kendalikan. Dan jahitan mmg sgt la puas hati. Rasa syok sgt la time mjahit.



















Utk jahit sarung bantal kids ni, mamaG jahit macam biasa jew. Jahit lurus jew kat dalam tu. pastu kat area hujung ruang bukaan untuk masukkan bantal tu, mamaG try guna patern sulam huruf dan sulam bentuk. Sajala nak try kan.

Dah ada mesin canggih cenggini rugi la kalau xtry kn walaupun 1st time pakai. MamaG cuba jela do it rite at 1st time. Alhamdulillah, berjaya, tiada sebarang agenda mentetaskan kain dan ulang jahit semula.

Amacam pendapat korang hasil jahitan sulam ku itu? Ok kan. MamaG baru siapkn 2 keping sarung bantal kids ni. Nampaknya kene sambung lg next time la. Sebabnya dah lewat sgt ni. Sok pulak Jumaat, masih keje lagi. Xmo la bangun lambat lagi.

Ok la next time mamaG cerita lagi alkisah mamaG si tukang jahit. Hohoho ^~*

MamaG: kembang kempis kembang kempis idung. .....

- Posted from my iPhone

28 June 2012

My Newly Newbie - Brother NV 50

Celoteh Aku MamaGlam at 5:12 PM 5 berbalas bebelan

Okeh nak share, mesin jahit yang mamaG baru beli. Hurm, alhamdulillah puas hati. Walaupun masih baru lg dalam bidang jahitan ni, tapi atas nasihat dan survey2 yang mamaG buat pasal mesin jahit mana yang sesuai utk dibeli one time jew. Hasilnya model ini la yang sesuai. Jenama Brother, model Innovis 50 atau nama glamer dia NV50...

Apa yang bestnya pasal mesin ni? Dia fully auto. Nak pakai pedal pun boleh, nak auto pun boleh. Kita tolong pegang kain jew. Dia ada 135 patern jahitan, 10 patern lubang butang, ada skrin lcd kecik. Dia boleh jahit huruf dan nombor. Jahit quilt.. Pastu apa lagi ya.... Hurm, ekceli mamaG baru je dapat mesin ni semasam, so tak try lagi pun. Br buka kotak so, nnt bila mamaG dah try jahit guna mesin jahit ni, mamaG buat follow up revies, owkeh...

 

 

 

Pic amik daripada Mr. Google. Yang live, nnt next review. Ok, see ya...

MamaG: tak sesabar nak pakai mesin ni... Nak rry jahit patern bunga kat lengan baju kurung.. Hohohoho..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea