Laman

28 December 2015

Sumting to fix dat cannot change..

Celoteh Aku MamaGlam at 10:16 PM 0 berbalas bebelan

Pernah tak korang terasa macam nak erase some moment yg penah korang lalui dalam hidup ni? Pernah tak rasa yang ada certain kenangan tu kalau boleh nak hilangkan terus daripada lipatan ingatan? Kalau boleh nak anggap seolah olah perkara tu tak pernah terjadi dalam hidup korang. Tak mo dikenang dan tak mo di ungkit lagi...

Kadang kadang ada perkara yang pernah kita lakukan atau tak sangka kita pernah lakukan itu kita nak lupakan terus. Mungkin sebab tak sanggup nak mengenang kembali perkara yang mungkin kita anggap bodoh atau gila untuk dilakukan... malu dengan diri sendiri, mungkin...

Mesti dalam fikiran kita terdetik, kenapa la aku lakukan perkara tu, kan... kenapala aku boleh terfikir melakukannya, kan... dari mana la aku dapat keberanian utk melakukannya, kan... nak di undur balik masa dan untuk mengubahnya memang mustahil la kan. Sebab orang kata past is past. Already done! Sumting yang dah berlaku takkan dapat diubah lagi kecuali kita cuma boleh memperbaiki apa yang telah terjadi. Fix sumting we cannot change.

Tapikan, di sudut lain. Walaupun perit untuk diingat sesuatu kenangan itu hingga kita rasa lebih sanggup hilang ingatan daripada terkenangkan balik kenangan itu, sebenarnya kenangan yang kita anggap wajib dilupakan itu la yang sebenarnya menjadikan siapa kita hari ini kan. Perasan tak? Kalau tak perasan memang ko takdak perasaan hihihi...

Setiap orang yang kita jumpa yang baik yang tak baik, setiap perkara yang terjadi yang pernah kita hadapi yang baik dan tak baik dan setiap keadaan yang kita pernah tempuh yang baik indah dan tak indah, sebenarnya sedang memberikan kita sesuatu yang bermakna dalam hidup ni supaya kita dapat belajar macam mana untuk survive dlm hidup ni dengan pelbagai masalah, ragam dan ujian.

Everyone have a dark secret, rite...



Sempat membebel via Blogaway 😘

Bermovie Theatre di Rumah

Celoteh Aku MamaGlam at 6:30 PM 2 berbalas bebelan

Semalam alkisahnya gi setup projektor kat rumah. Nak tengok star wars katanya. M not so in to dengan crita star wars ni tp blh la nak layan kan. 1 of epic movie kan. Lagipun ramai jg peminat star wars d luar sana tu yang fanatik kan.

Okeh kisahnya bukan la nak kondem ke nak puji cerita star wars ni pun. Hihihi.. saja nak share je pun aktiviti semalam kan. Dah kids nak sangat tengok star wars. Memandangkan ayahnya xberapa nak bawa ke panggung jadiknya kami transform je la ruang tamu ni jadi teater room. Before dat, kena la ada side dish kan. Kalau kat panggung ala ala xsah kalau tak beli pop corn kan. Jadiknya untuk melengkapkan syarat tengok wayang, mamaG pun menyediakan jagung kukus butter extra sos cheese dan beberapa kepek kepek dalam balang. Boleh la layan movie smbil kunyah kunyah kan. Huhuhu...

Tapi tu la, kalau sa jiwa tu bukan jiwa star wars, baru 20minit mamaG mata da berat da. Hihi.. ntah la sama ada sebab bosan or sebab tak faham jalan cerita yang menyebabkan mamaG ngantuk la pula. Overall bg mamaG movie star wars ni ok. Mcm best jek. Cuma mungkin sbb bukan genre movie mamaG minat kut tu yang jadik gitu.. hahaha.. nak kata memang ngantuk tak jugak. Sebab bila abis je movie tu, elok jek mata celik segar bugar hihihi.. siap tak berapa nak boleh tido malam tu... dekat kul 3am br tido...

Okeh la.. till next entry..



Sempat membebel via Blogaway 😘

Sepetang Minum Petang Campak Mencampak

Celoteh Aku MamaGlam at 5:42 PM 0 berbalas bebelan

Okeh dis is like poreber rasanya tak buat.. hihi since bizi beberapa bln lepas dengan kerja demi memenuhkan isi periuk nasiku. Apa lagi kalau bukan minum petang bersama ma lil famili... there is nothing more heavenly feel than be wif ma lil famili. It's our tradition minum prtang sama2. Since mamaG tengah bercuti lama ni. Baru la dapat lapangkan minda, spend my whole time wif ma kids n mr. Hubs. Wat else dat i want more than dis kan?

Petang ni masak cucur rangup ubi kentang jek.. senang kot nak buat. Campak je segala isi peri ais, gaul gaul dan masak. Hahaha... kids pun suka. Tak sempat sejuk dah abis...

Gigih la kan mamaG nak gi masak banyak kali kan. Hihi.. watever la yang penting hepi to see them hepi makan masakan campak mencampak mamaG tu ahaks..



Sempat membebel via Blogaway 😘

Fix ya Think..

Celoteh Aku MamaGlam at 4:23 PM 0 berbalas bebelan

Korang pernah tak bila ada maslah yang menimpa yang terlalu berat untuk diterima dan diuruskan, korang rasa macam nak stop sekejap daripada memikirkannya. Yang ada difikiran korang cuma nak berehat dan jauh daripada segalanya untuk seketika. Hanya untuk seketika. Jauh daripada nasihat orang untuk seketika. Korang rasa macam korang perlukan satu ruang untuk melegakan hati dan fikiran untuk seketika.

Tapi ada pula orang orang sekeliling yang menilai korang bila korang bersikap san bertindak macam tu. Katanya seolah olah korang nak melarikan diri daripada masalah. Dan timbullah macam macam nasihat bernas lagi positif. Mengatakan maslah takkan selesai jika kita bertindak macam melarikan diri. Tak nak face up problem kita.

Well... tak boleh juga salahkan orang yang berkata kata macam tu kan. Dorang cakap mcm tu sebab dorang concern. Tak mo kita terkandas or jatuh teruk. Betul tak... syukur la atleast ada orang yang sudi tenangkan kita dan sentiasa ada bila kita sedih, susah hati atau dalam keadaan terburuk kita (our worstday ever katanya hihi)...

Cuma ye la, kadang kita memang perlukan masa untuk bersendiri. Meredakan gelora hati dan meleraikan kekusutan fikiran. Untuk kita mengatur semula apa yang perlu kita lakukan untuk hadapi maslah yang datang. 1st thing utk dihadapi dan remain calm adalah emosi dan fikiran negatif yang singgah. Bila kita dapat kawal emosi dan fikiran negatif ni, in shaa Allah kita mgkn boleh berfikir dengan rasional semula dan positif optimis gitu lorr..

Selagi emosi dan pemikiran tu tak berapa nak lurus lagi, memang susah la kita nak hadapi maslah yang berat tu kan. Mula la nanti kemurungan. Kalau murung ok lagi, kalau tetiba agresif buat keja yang xbetul acaner tu kan... membahayakan kesihatan dan diri jugak nantinya.

Jadi, apa apapun, jika ada maslah yang mengganggugugat (wah pjg tol word nak ejanya pown hihi) sila step aside dan take ur time alone... berenti la sekejap. Buat la sesuatu yang melegakan hatimu yang menceriakan hatimu selain mengadap Ilahi. Kita ni manusia biasa. Ada kalanya perlukan seseorang yang kita percayai utk kita meluahkan apa yang terbuku dihati. Jangan pendam terlalu lama. Takut yang dipendam menjadi dendam...

So so so so.... ceria hatimu cerialah hidup mu.... stay hepi ya...



Sempat membebel via Blogaway 😘

Tersuka Tanpa Sengaja..

Celoteh Aku MamaGlam at 3:57 PM 0 berbalas bebelan

Psstt.. psstt.. nak tanya ni. Korang pernah tak tetiba korang terasa korang tersuka kat seseorang? Tanpa sedar... yang pada mulanya it's just nothing. He or she is just nothing. Just frenz. Just buddy or just some one yang hadir dlm hidup kita.

Mesri pernah kan. Apatah lagi budak2 pompuan kan. Kalau zaman sekolah kalau ada guru lelaki yg hensem skit huh konfem paling semangat nak datang sekolah semata mata nak tengok guru faveret yg hensem tu kan hahaha... eh macam tercerita pasal diri sendiri pula kan hahaha.. ala biasala tu suma orang macam tu kan (rasanya...)... even orang yang da ada bofren or da kawen pun masih boleh lagi tersuka kat seseorang kan. Kena la tau batas kan. Suka tak bererti kita nak berlebih lebih kan. It can be more than dat. Can lead us to another step which is more macam lebih dari sekadar suka ja kan. Tapi ceritanya di sini adalah sekadar suka ja ya. Ingat tu anak anak.. sekadar tersuka sahaja hahaha..

Okeh biasanya apa yang menyebabkan korang tetiba rasa tersuka kat seseorang tu? Style? Perwatakan? Karismatik?

Kadang kadang ada juga orang tu kita salu gaduh ngan kita. Salu la kacau kita. Spoil mood kita. Kalau tak gaduh ngan kita sehari tak tenang hidup dia kan... tapi ada ketikanya, ada satu moment tu bila kita tengok orang tu tetiba terdetik satu pemikiran yang membuatkan hati kita berkata 'she or he is not dat bad ekceli'.. ataupun ' dia ni wahlaupun macam hampeh but sumting about her or him yang kadang kadang mengkagumkan orang jugak'... itu kalau jumpa dengan orang yang salu jadi teman gaduh...

Lain pula kisahnya kalau terjumpa dengan orang yang mmg dari awal kenal sweet jek, charming dan ada karisma. Mata kita mungkin tak lepas dari memandang dia. Hati kita tak pernah berhenti memuji dan mengagumi dia. Difikiran kita tak pernah jemu nak tau pasal dia mendengar ceritanya.

Betul ke? Adakah ini perasaan suka yang bagus ataupun tak baik? Korang rasa?

As for me la kan.. there's good n bad side of it kut. Ye la. The good one is kita semangat apa! On sumting... Haahha.. di sebabkan orang yg kita suka tu pun ada sama kita jadi semangat gitu lor. Hihihi.. harimu rasa macam ceria jek. Hepi jek. Stress keja banyak pun tak rasa sgt haahha.. tapi tak baik juga kalau rasa suka tu jadi berlebih lebih.. nanti tak boleh nak fokus la pula kan.

So wat ever it is, suma tu depend on us jg. Dari diri sendiri. Mcm mana kita nak kontrol rasa suka tu kan. Kalau setakat suka macam tu ja, tak da maslah kot. Hihihi.. ya la semua orang suka berada di kalangan orang orang yang kita suka bersama kan. Baru la mood ceria dan hepi ja kan...

So so so kamu semua yang pernah or sedang tersuka seseorang tanpa sengaja pandai pandai la yek hihihi... jangan sampai terkandas dah la yek. MamaG juga pernah tersuka seseorang tapi just suka gitu je la. Sebab suka tengok cara orang tu bercakap, cara dia berfikir, cara dia bergurau dan cara dia membuatkan kita rasa selesa bila bersama sama. Suka yang bukanla ke arah berlebih atau ada perasaan romantik terselit di sebalik rasa suka tu hihihi..

Apa apa pun, bersyukur la kita ditemukan dengan orang orang yang kita suka dan selesa bila bersama. Seseorang yang secara tak langsung sebenarnya membantu kita rasa bersemangat atau membantu kita melihat suatu sudut tu lebih positif dan ceria. Betul tak? Alah ye kan je la hahaha..

Ok la, next kita sambung lagi ya.



Sempat membebel via Blogaway 😘

09 December 2015

Highway Dikala Senja.. luv it mucho!

Celoteh Aku MamaGlam at 7:38 PM 0 berbalas bebelan

Highway di kala senja... hurm... rite now ekceli ondeway ke klia 2 mo pi jumpa my mum... kejap ja pun. Muah muah here n there, short chitchat then muah muah bye bye...

Hari ni agak kelam kelibut sikit sebabnya tengah handle bengkel. Program drag panjang so program abis lambat. Sib bek ler flite my mum delayed so xyah nk rush sangat spt plan asalnya. Syukur la.

Hurmm.. suka tengok langit senja ni... ekceli mamaG memang suka tengok view pun. Langit malam, pantai petang, view subuh time sunrise.. suka amat amat... rasa macam tenang jak jiwa ni. Rasa macam bersyukur sangat.. kadang terasa syahdu mo nangis pun ado. Padahal tengok view je pun kan. Hihihi..

Sama la macam view dalam gambar tu. Subhanallah tenang rasa masa memandu. Rasa macam mo berenti tepi jalan kejap dan mo tengok lama lama jak langit senja tu...  tapi tula, namanya pun senja kan. Kejap je la view tu kan. Terus bertukar malam pula kan.. malam pun cantik juga. Terutama bila langit bersih je kurang awan kepul kepul kan dan banyaaaaakkk bintang.. subhanallah mashallah indah sangat...

Salu mamaG gi keja awal pagi tu time tu gelap lagi la pun. Bila sampai area opis time tu dan 7am or 7.15am... view sunrise mmg cantik la.. rasa macam lapang ja hati ni. Rasa macam hepi jak hati ni.. rasa riang ja hati ni pi kerja... nak menikmati view memang tak sempat sangat la sebabnya mo cepat kejar punch kad jam 7.30am kan. Tapi serius la, mamaG memang suka sangat la tengok view... bagi ketenangan sangat... hihihi

Ke mamaG je yang rasa macam ni.. watever la.. janji iols hepi dan rasa tenang kan kan kan.. hahaha.. k la, till next entry...

Assalamualaikum...



Sempat membebel via Blogaway 😘
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea